Thursday, 30 December 2010

Penghujung tahun

Cepatnya setahun berlalu!!
Esok merupakan hari terakhir untuk tahun 2010, azam tahun ini semua dah direalisasikan ke? Kalau macam tu baguslah, tetapi macam aku, azam tahun 2010 masih belum dapat direalisasikan dan aku "foward" ke tahun 2011. Hehehe.

Honestly aku masih tiada mood untuk sambung berblogging ni,
setiap kali login jer, terus hilang idea aku nak taip apa dalam blog ni. Cuma aku harapkan semua teman-teman blogger aku sehat sejahtera serta terus meriah hidup kalian dalam dunia blogger ni, and aku appreciate setiap moment-moment yang kita lakukan untuk tahun 2010 ini.

Moga tahun 2011 beri aku kekuatan untuk terus bercerita!!
Have a great day!!

Tuesday, 7 December 2010

Salam Maal Hijrah!!

Cuti aku yang berbaki kurang dari seminggu lagi, kini dirasakan sedikit tenang, mana tidak nya keputusan exam semester lepas telah pun di keluarkan semalam. Walau apapun keputusan aku bersyukur pada-Nya kerana aku masih diberi peluang untuk memperbaiki kekurangan dan kesilapan. Sekarang pula aku cuba meneliti segala kesilapan yang dilakukan sehingga macam tu jadinya. Sebelum result keluar, cuti aku macam sedikit terganggu, ini kerana boleh dikatakan setiap hari aku memikirkan result yang bakal keluar. Macam-macam aku fikir, dari yang positif sehinggalah ke yang negatif. Yang banyaknya pastilah negatif. Menggigil sekejap~

Ada Hikmahnya~

Semalam, aku ke Ipoh menemani sahabat aku yang ada tugasan disana. Boleh dikatakan bercuti la jugak walaupun 1 day trip. Cuma next time nak gi lagi and this time aku make sure nak explore Perak tu. Nak ke obersea tak mampu lagi, so kita cuti dalam negara dulu. Hehehe~ Before balik ke KL singgah jap di Starbucks Ipoh Parade.. sedikit spoiled sebabnya barista kat cawangan tu sangat teruk!! senyum memang tak, so memang tak friendly la kan? wat coffee macam first timer so macam ne la diaorang belajar wat cofffeeeeeee ni.. Luckyly mood aku sedikit elok so aku senyum jer!! if not.. aku mengamuk disitu baru la dia tahu!! gggrrrrr

Itu cerita semalam.. hari ni permulaan Tahun Baru Islam!! so untuk semua muslimin dan muslimat.. Selamat Maal Hijrah buat semua!! Azam aku pula nak improve lagi diri dari pelbagai aspek!!

okeyla off dulu~


Saturday, 4 December 2010

perjalanan ku masih jauh

I am here already!!~ taman ilmu dan budi.. sentap 4 saat bila aku duk pasang cadar tadi, bila kawan aku tegur,

"bila la ko nak start keje duk asyik tukar cadar jer"

Ouh btw kalau tak faham maknanya bila la aku nak habis belajar since orang lain dah start kerja, well aku senyum jer la but inside, hanya Allah s.w.t tahu.

Sepanjang perjalanan tadi otak aku mengelamun jauh entah kemana-mana, honestly esok lusa result final exam hari tu akan release, so hati aku memang tak senang since few paper yang aku anggap crucial and hope for miracles to happen. I really hope for that, i am also have to get ready for anything..

till now hati aku masih tak senang..
hurm..

don't want to think about it to much la~
now menonton semua citer korea yang aku ada..
perlu cari citer sedey so that aku layan la citer sedeyh tu.. hehehe~
k la till aku merepek lagik~

Tuesday, 30 November 2010

cuti aku~

Ouh lamanya aku tak update blog, nak singgah jauh sekali. Mungkin aku dah malas nak berblog ni, tapi ini sahaja tempat untuk aku bercerita apa yang terpendam dalam hati aku. Hehe so kena hidupkan kembali blog yang dah bersawang ni.

Currently, aku masih di kampung, memula nak balik awal ke campus nak start final year project aku, tapi lain plak ceritanya kerana aku kena jaga rumah and masak pape yang patut since nenek aku ke umah atok sedara aku sebab ada kenduri. Berbelit~ hehe

Inilah holiday aku!! nak pergi makan angin di tempat orang jauh sekali memandangkan aku kena kawal bajet aku. Nampaknya sehingga hujung tahun depan lah jawabnya. Biasanya aku hanya habiskan masa dirumah tengok tv, makan, tengok tv~ macam mana tak membesar.. stress!! hehe. Well aku happy for my friend yang duk gi bercuti tu, cuma jangan belikan aku ole-ole yer.. sayang korang!! hehehe

Haa lately aku sangat suka lepak kat umah and switch on channel kbs~ korean channel!! best giler!! plus i am addicted to korean culture and etc. Ouh i wish one day dapat gi korea!! tunggu!!~ mungkin 2 3 tahun lagi. InsyaAllah~ wat trip Korean Japan 2013~ mcm worldcup 2002 plak~ hehe..

plus aku layan channel 712 and 711~ amazing race all season yang diulang, kimora, giulianna and bill, top chef and many many more..

Okeyla itulah update merepek aku jap~
ting tong~

Saturday, 6 November 2010

It's my belated birthday story

Dah 24 tahun rupanya, sedar atau tidak aku dah makin tua!! :P Maaf kerana lama tinggal blog ni, masa dicuri untuk menunjukkan bahawa blog ini masih bernafas untuk berkongsi dengan pengikut dan pembaca. Tanggal 30/10 umur aku genap sudah dan tiada apa yang di pinta semoga aku dilimpahi kesihatan yang berpanjangan agar mampu aku balas segala budi baik orang sekeliling aku. InsyaAllah tiba masanya, aku tidak lupakan.

Ouh sambutan birthday aku tahun ni bermula dengan exam di pagi hari. Jam 9 pagi till 12 tghari aku pening kat exam hall, dahla soalan susah jugak plus semua yang aku hafal macam dah mixed up. So tulis semua jawapan yang aku hafal hopefully lecturer tu pemurah dan baik hati.. Habis jer exam balik on facebook dan cuba reply semua wish birthday kat wall. Then aku tarik selimut tidur....

Malamnya nina and hannah datang amik aku kat kampus dan terus ke Midvalley, kalut giler makcik nina drive.. sebabnya dia janji ngan orang untuk collect barang. Selesai kami pilih tempat for dinner.. So end up we choose Chili's



Ini dinner kami malam tu, aku pilih firecracker fish kot,hannah pilih spaghetti and nina makan desert jer molten choc. Yummy!! and thanks nina sebab bunjer kami berdua. Moga murah rezeki nina. Ouh nina pun sediakan cupcakes untuk kami, cupcakes from wondermilk!!~ besh and kemas tapi sangat manis icing dia tu. Jap nak posing ngan cupcakes tu~


tadddaaaaaa!!


Ouh kenapa ada haqq and hannah tu, meh nak story. Hannah nyer birthday on 31/10 and aku punya birthday 30/10. Jadi malam tu celebrate birthday aku and hannah sekali sorang belated and sorang lagi becoming. Senang nak ingat!!~

Settle makan, tengok jam dah lepas curfew ni.. jadi pecut cepat cepat balik uia. Alhamdulillah kol 12.45 sampai and lucky me pak guard just check matric card. If kena saman sudeyh.. So since cupcakes ni kami share berdua so aku amik sikit untuk makan kat bilik~



ini yang aku amik, sebab comey so tatap dulu puas puas baru bagi kawan rumate-rumate aku.. and lepas tu bagi pilot ni pose jap ngan cupcakes tu..
pilot yang kawaaaiiiii~





So cute!!~ love this lil pilot!!~ ouh ni present from one of my friends, since dia tahu aku duk collect lil teddy so terus dia belikan 4 ekor yang berlainan, ni one of them. Sangat comel!!~



Ouh if kalian penggemar novel, why not korang beli baca hasil karya terbaru Anuar Kamaruddin ni, sure korang heppy punyer~ aku pun tak sempat beli lagi tapi karya AK sebelum ni semuanya tak mengecewakan. Nuar, apa kata hadiahkan jer buku ni kat wan 1? hehehehe :P So aper lagi jom beli!!



p/s: thanks kepada semua yang wish!!~ saya bangga ada kawan-kawan semua!!

Wednesday, 27 October 2010

Short!!~

Quick update!!

-Now busy with study..
Final exam on 26th till 15th Nov

will update and change layout when i do finish exam..
till then
love you guys~

Tuesday, 12 October 2010

Yang Diidamkan~

Minggu lepas, seorang kawan menyapa aku..

"Haq, sekarang dah bulan sepuluh, aku masih menanti wish list ko"

aku tengok kawan aku sorang ni dan membalas..

"wish list apa nya, yang last year punya pun satu jer tercapai.."

haa yang tercapai itu yang paling aku suka.. nak tahu tengok last year punya wish list and cuba tengok apa wish yang terakhir tu. terima kasih buat teman-teman yang bagi benda kecik itu, ianya buat aku hepy sesangat.

Ouh this year aku simplekan wish list aku..
semenjak dua menjak ni, handphone aku dah wat hal.. asyik terputus walaupun tiada gangguan line~ dan kadang-kadang suka restart sendiri like my computer. pening pening.. so aku dah anta proposal kat boss besar aku nak tukar handphone.. tapi aku pun tak tahu apa responnya.. so simpan duitla mulai skank.. 10 sen sehari cukup kot untuk iphone 5~ hehehe

okeyh aku mengidam dah nak pakai handphone kat bawah ni..
yang mana satu aku pun tak pasti.. both i like..
so which one? pilih dulu beli kita pikir plak bila.. lols~




















some of my friends said aku ni sesuai untuk iphone4..
ada pula yang suh beli bb sebb diaorang pun pakai bb jugak~
entahla..

so ini lah my wish list untuk tahun 2010..

jap second wish list would be laptop~ to replace my pc
pc aku problem jugak~ hopefully both leh bersabar till i graduate..

Thursday, 7 October 2010

Yang perlu diingati

Menghilang seketika sibuk dengan kehidupan seharian. Ada suka dan duka seperti biasa. Sebenarnya banyak yang berlaku, tetapi seperti biasa masih tidak punya kesempatan untuk berkongsi dengan kalian. (ayat yang biasa korang dengarkan dalam blog ini?)..

Meh kita simpulkan beberapa perkara yang berlaku:

Annual Grand Dinner at Cititel Hotel Midvalley..
On 26th of September, KDBM telah menganjurkan dinner untuk alumni dan ahli-ahli nya, dan dihadiri oleh tetamu kehormat, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan Isteri. Majlis yang simple cuma yang menambahkan kemeriahan majlis bilamana semua ahli KDBM berkumpul dan masa inilah nak update segala cerita. Disebabkan masaalah teknikal, ramai juga yang tidak dapat menghadirkan diri tetapi overall sukses.. tahniah.


Mock Trial 2010..
Alhamdulillah semalam pementasan mock trial berjaya dilaksanakan. Ini antara yang terbaik katanya tetapi itu semua pendapat individu. Bagi aku ini kali pertama bersama bebudak law and sangat suka dan peluang diberikan ini aku hargai. Pengalaman yang berharga ni akan aku ingat, semua cast majority best.. paling aku ingat azie watak ariani, orang-orang yang kena bom and few people yang down to earth and sempoi.. salute u guys. Btw cik pengarah mock trial nana pun sangat superb, nana u can be a good actress.. insyaAllah if you choose that field la. =)

Ouh my job during mock trial ni ialah assistant to stage manager.. assistant II, jaga stage belah kanan and bagi ikut flow.. well some people said i am like makcik makcik, well xtahu itu negatif or positif tapi pedulikanlah. As long as aku wat yang terbaik and jalankan tanggungjawab aku dengan jujur dan elok. Selagi aku enjoy buat apa yang ditugaskan aku tak kisah dah yang lain. Thanks a lot to redha sebabnya banyak gak tolong aku, aku pun mohon maaf dengan semua if sepanjang mock trial ni aku tidak hadir, dan banyak karenah.. but deep down inside i feel happy and proud to be there as part of production team.

Ouh pic semua ada kat facebook..

Saturday, 18 September 2010

Raya Oh Raya

Kita masih di dalam bulan Syawal, maknanya sepanjang hujung minggu sure ada open house. Hopefully dapat pergi jika tiada aral melintang.. Baiklah entri kali ini aku nak update secara pukal dan aku ringkaskan kepada beberapa bahagian..

Menjelang Raya..
Aku balik kampung seminggu awal dan sempat berbuka bersama keluarga dan teman rapat. Yang penting apa yang aku idamkan semuanya aku dapat makan. Alhamdulillah.. Aku mengidam pun bukan benda yang susah cari senang jer. Adatlah orang yang tiada mak macam aku perlu menumpang kasih moyang sedara, makcik dan nenek untuk aku dapat makan apa yang aku idamkan. Berbuka puasa bersama teman rapat di Hotel Riverview, kualitinya not bad, cuma sedikit kecil tempatnya dan lauk plak dah habis tak tambah, tapi semuanya best!!~ 2 hari nak raya aku sibuk buat kek cokelat.. Untuk raya tahun ni aku siapkan 12 Biji kek cokelat, yang aku bawa balik KL yang hado sebabnya dah habis.. nak uat balik aku dah malas.. hehe. Malam raya anta kek kat umah atok aku and makcik aku kat kota bharu sambil pusing-pusing tengok suasana malam raya di kota bharu..

Hari Raya..
Seperti biasa bangun awal pagi, ke masjid untuk solat sunat aidilfitri. Kali ni sebab seawal-awal aku ada lagi orang yang datang awal so masjid dah penuh jadi sembahyang di tempat yang terbuka la jawabnya. Still seronok sebabnya jarang-jarang sekali dapat tengok masjid penuh macam tu. Tengah-tengah solat tu ujan rintik-rintik tapi tak lebatla, lagi sesuwai di panggil gerimis kot. Balik umah bermaaf-maafan ngan family semua, terus pecut nak jumpa mak aku. "Along datang ngan adik-adik.." Baca yassin untuk mak, sambil baca aku jadi sebak entah kenapa tapi rindu aku datang bertimpa-timpa teringat zaman bonda masih ada.. lepas bersama mak, aku pulak ke rumah atok aku blah mak.. dekat jer ngan tempat tinggal mak aku. Lepas beraya and dapat duit raya.. pecut plak ke umah makcik aku di kota bharu.. makan nasi dagang.. kalau xgi kecik ati makcik aku tu.. ~ inilah rutin raya aku. 3 tempat wajib aku pergi.. walaupun mak aku ni ada adik beradik yang ramai 8 orang termasuk beliau tapi makcik sorang ni jer aku pergi sebab agak rapat.. pastu balik umah lepak jer.. jadik bibik.. =(

Duit Raya..
Weeaahhooo masih dapat!! Banyak wooo dapat tahun ni.. tapi pas bayar itu dan ini tinggal ciput.. sedeyh kembali. =( nanges.. nak uet raya lagggggiiiikkkkkkkk

Kawan-Kawan..
Sorang kawan aku plak beraya di pelantar so sunyi sikit sbb dia yang selalu jadi penggerak skank, jadi driver pun leh gak sebb dia yang ada kete!!~ so since dia xde semua macam senyap duk kat umah jer.. Sempat ke kenduri Azwani aka biey.. kat situ jumpala kawan2 sekolah dulu.. riuh jap jadinya. then ke open house sorang kawan sekolah gak, so kat situ pun dah jadi mini gathering so kira okeyla dari xde pape kan? hehe before bertolak balik ke kampus sempat gi umah aiman since dia dah balik dari pelantar.. sempat gak la lepak berempat since nazmie dah balik jb kerja.

Rancangan TV..
Sedeyh kot tahun ni rancangan kat tv banyak yang ulangan!!~ so kalau tak sempat tengok tahun ni tahun depan korang leh tengok lagi cuma pepandai la cari kat tv9 ke, tv3 ke, tv2 ke, astro ria ke.. sangat banyak ulangan. Haiyooo watla drama murah pun janji baru, dari duk ulang yang tahun lepas..

Semasa..
Takziah untuk keluarga Datuk Sosilawati yang mati dibunuh dan juga keluarga 3 lelaki lagi yang turut menerima nasib yang sama. Tak tahulah dahsyat sungguh orang skank~ hopefully pasni yang terbabit tu terima hukuman yang setimpal la~ Lepas tu berita gembira buat sekalian rakyat Negeri Kelantan di atas Pemahsyuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang ke-29. Daulat Tuanku..

Itu cerita yang ingin aku kongsikan, lepas ni aku dah mula sibuk dengan pelbagai agenda. Hopefully semuanya sempat diselesaikan dengan sempurna!!~

Tuesday, 7 September 2010

Cerita Ramadan


Entah ramadan ke berapa, kawan aku dari ipoh bertandang ke tempat aku.. kebetulan dia cuti jadi seminggu jugak dia melepak ngan aku. So sepanjang seminggu tu kami berbuka dan bersahur bersama~ simple tapi enjoy la ada kawan. tak de lah aku buka pose sambil ngadap facebook jer~ hehehe thanks faiz!!~ lupa kami sempat berbuka di redbox sogo~ makanan pun besh~

Then masih tak ingat ramadan ke berapa, if tak silap 26 sept aku ke klcc untuk berbuka bersama akak gonjeng a.k.a kak heze.. memula ingatkan ramai nak datang~ end up seramai 12 orang jer kot.. Meriah habis bukak puasa kali ni yang bertempat di Nando's.. aka gonjeng siap masakkan bubur lambuk spesel untuk kami yang datang. Ouh aku juga kenal muka-muka baru, well diaorang friendly and aku plak xdelah kekok nak bersembang~.. sempat snap-snap kat kolam klcc tu sebagai tanda kenangan

Kebetulan one of my buddies aiman is in KL, so sempat berbuka ngan pakcik sowang ni dekat kelab darul ehsan ampang~ time ni aku mmg sangat tak larat so buffet pun mcm tak fun sangat~ tapi did enjoy the food cuma macam rushing.. overall besh~ then for second time bukak pose kat D'Templer~ chinese food cuisine.. first time aku gi ngan faiez beberapa hari sebelum tu~.. food kat kedai ni best and sangat suka dim sum dia~

thanks jugak untuk izzat dan wawa yang banyak juga ajak aku berbuka di studio bersama-sama, paling best sebb sempoi jer tetapi bermakna~ hehehe.. yer lah time aku duk sesorang kt bilik time tu la izzat sms ajak berbuka so macam selalu kena ngan waktunya la~ hehe lepas berbuka supper plak kat McD la, kat kedai mamak la~ memang besh

Itulah cerita aku sepanjang di kampus bulan ramadan ni~
Skank aku dah ada kat umah~ cerita lain bakal menyusul~
sorry kelam kabut update blog
hehehe..

p/s: jom buat kek

Sunday, 15 August 2010

Thankful

Day 4 of Ramadan,

Simple, nasi putih + gulai ayam + teh ais.
Di bawakan khas dari Baazar Taman Melawati~
terasa jauh baazar hari ni, almost 1 hour nak sampai~ =)
Sorry tercarut sedikit :P

Perkataan hari ini "thankful".
Sambil melayari muka buku pagi tadi aku klik satu video yang dipostkan oleh kawan aku ni, pasal seorang lelaki yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki, tapi dia masih mampu menjalani kehidupan seperti orang lain siap ada isteri lagi. Dia sekarang bagi ceramah motivasi di sekitar negaranya and beberapa benua lain~

Nama beliau Nick Vujivic - Nak tahu detail pasal beliau google it~
He will release his book this year with title:

Life Without Limits: Inspiration for a Ridiculously Good Life

Kenapa aku pilih perkataan thankful?
will be continue~

Saturday, 14 August 2010

Ramadan itu bulan Yang Indah

Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Berpuasa buat semua teman-teman yang datang membaca blog ini. Hari ke-4 kita berpuasa barulah aku ada peluang untuk mencoretkan sedikit cerita tentang Ramadan kali ini.

Hari pertama berpuasa, aku berbuka bertemankan komputer aku jer, menonton movie sambil berbuka, hanya itu peneman kesunyian. Sedikit sayu teringatkan kampung halaman, tapi ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Bagaimanapun sempat ke Bazaar Ramadan Taman Melawati, ramai sangat orang sama macam tahun-tahun lepas. Menu aku untuk hari itu, Nasi Dagang, Puding Keramel, Cendol.

Hari kedua pula aku berbuka di rumah makcik aku, tahun ni sempat menjengah umah makcik aku ni. Menu berbuka Nasi Kerabu, Ayam Percik, Tumis Udang dan Daging Goreng with tauhu goreng anura. So tak ke baazar la yer, sebab makcik aku dah marah jangan gi sebabnya dia masak. Terubat rindu kat family jap~

Semalam berbuka bersama teman-teman kelab debat~ Izat, boy, wawa, abg jep and jue di studio. Sekarang hujan lebat di petang hari, so semalam gigih jugak meredah hujan di Baazar Taman Melati. So aku tapau Nasi Minyak, itu jer sempat beli lepas tu cepat-cepat balik. Then kuar melepak di NZ curry house wangsa maju lepas terawih~


Menghargai setiap waktu yang ada, penuhi dengan memori dengan orang yang kita sayangi supaya ianya dapat menjadi momen yang berharga kelak~
jumpa lagi~

Sunday, 8 August 2010

Pertukaran URL~

Tiba masanya aku membuat beberapa perubahan yang dirasakan perlu untuk blog aku ini, Perubahan pertama yang bakal aku lakukan bermula pada 10hb Ogos, url akan aku tukarkan kepada http://wanhaqq.blogspot.com. Ianya dirasakan perlu supaya tidak ada persoalan yang timbul kerana sekian lamanya orang bertanya siapa imran~ please take note kawan-kawan dengan pertukaran url ini~

Lepas tu ada lagi beberapa pertukaran yang bakal aku lakukan if aku tersangat rajin dan punyai masa yang cukup untuk berblogging. Aku mula sibuk kerana project tahun akhir bahagian pertama sudah bermula. Aku mula kena mencari jurnal, baca, memahaminya dan berbagai lagi. Sekarang aku mula faham kenapa bila ada fyp setiap pelajar kejuruteraan dilanda tekanan~

Okeyla itu sahaja yang aku sempat bercerita tentang kehidupan aku buat seketika~
semoga kalian semua dalam kesihatan yang berpanjangan~
salam sayang untuk semua yang singgah ke sini.. =)


p/s: =)

Friday, 6 August 2010

Cuci the Musical 2


Pada minggu lalu aku berkesempatan menonton Cuci the Musical 2 di Pentas Panggung Sari Istana Budaya. Tahun ini masuk tahun kedua teater ini dipentaskan dengan beberapa pembaharuan di buat. Menurut teman yang telah menonton teater ini pada musim lalu, dari segi lagu ianya dikekalkan cuma beberapa pendekatan tambahan dibuat sesuai dengan pertukaran pelakon dari musim pertama. Jika dahulu Ac Mizal dan Adibah Noor melakon kan watak C'tan dan Jasey pada kali ini pemenang raja lawak Nabil dan penyanyi Jaclyn Victor pula mengambil alih watak tersebut.






Sebetulnya watak C'tan yang dibawa oleh nabil ini sangat baik, lantas tidak langsung mengingatkan aku kepada pelakon asal musim pertama dahulu. Cuma watak Jasey yang dibawakan oleh Jac masih ada ruang untuk diperbaiki kerana elemen spontan yang ada pada Adibah Noor dahulu lagi menyerlah. Keseluruhan teater ini sangat best dan penonton tidak akan kering gusi dengan lawak yang dilakukan secara spontan ataupun tidak. Rugi siapa tak menonton teater Cuci the Musical 2 kali ini~ Harapnya tahun hadapan ada lagi~




Malam aku ditemani beberapa orang sahabat yang selalu aku sebut dalam blog ini, Aiman, Nina dan Zul. Walaupun ada beberapa kesulitan yang terpaksa ditempuhi salah seorang daripada kami, tapi tetap berjaya datang pada waktunya. Kali pertama aku ke Istana Budaya duduk tiga baris hadapan dari pentas. Sangat teruja, yang penting dapat tengok semua pelakon dengan lebih dekat. Teater pada malam itu juga lebih diingati dengan kehadiran Permaisuri Agong bersama ahli rombongan baginda mencemar duli pada pementasan Cuci the Musical 2 tersebut.





Terima Kasih Korang~


p/s: url blog ini akan ditukar kepada wanhaqq.blogspot.com pada 9 Ogos 2010




Sunday, 25 July 2010

July's Birthday Celebration!!~

Niat nak balik kampung pada hari khamis telah pun dibatalkan atas sebab yang aku pun tak mahu ingat. Just lupakan apa yang tak sepatutnya. So hari Jumaat aku dipaksa rela oleh Syazwan untuk menghadirkan diri untuk sambutan hari jadi teman-teman kdbm yang lahir pada bulan July.

Bertempat di Redbox Sogo, Kami 10 orang melalak beramai-ramai..

Bila birthday boy buat suprise untuk kami yer, bukan kami buat suprise untuk dia.
Rasanya dah lama jugak aku tak join mereka melepak macam ni~
It makes me happy!!~ sebabnya beberapa perkara berlaku buat aku down.
So thanks yang memaksa aku, walaupun aku dah cancel jugak nak join ni~




Happy Birthday to Fakhrul Sesuatu and Mecky~

Aku lepak dengan diaorang about 1 jam setengah sahaja and kalut balik sebab got another plan with my cousin. Cousin aku baru bukak kedai makan di saujana impian kajang~ so kami pergi untuk tolong makan. Hehehe~ plus dia launching new line food. So kol 7 baru gerak dari uni aku and terus ke Kajang~ nasib baikla along tak mengamuk sebab tunggu aku lama sangat.. Lepak sana till Midnyte and balik keramat. ~ Happy Jugak sebab rindu dah lama tak jumpa and lepak ngan diaorang semua. Thanks Kak Ha for the Food!!

Uiks
sesiapa yang kat area saujana impian kajang tu,
Kalian leh try makan kat
Uncle's Na Cafe
siap ada delivery lagi~
detail will post later~


p/s: soon i will change my url to wanhaqq@blogspot.com


Wednesday, 21 July 2010

Bila Hujan

Hujan itu rezeki yang dikirimkan kepada kita hambanya~ Alhamdulillah

Awal aku bangun, usai menjalankan tanggungjawab kepadaNYA, melangut depan pc, macam biasa .. Ada orang tanya " haqq u tak bosan ke duk berkurung dalam bilik jer?" aku senyum susah nak jawab sebabnya terpulang pada individu itu sendiri bosan atau tidak.

Reply email teman aku, then melangut tengok mukabuku pulak~ reply komen kawan-kawan then baru bersiap nak gi kelas~ masuk bilik mandi dah menggigil, belum bukak paipnya lagi. Sesungguhnya air kat gombak, ni sangat sejuk.. mungkin sebab dikelilingi bukit-bukit ni kot~

Bersiap la sempoi jer sebab nak gi kelas jer kot~ jangan over bersiap nanti kena carut~ budak engin kat kampus aku ni semuanya pakai sempoi jer~

Dah off semua pc~ nak gi tempat motor hujan pulak lebat.. Nak jalan kaki sure bila sampai pintu kelas tu dah kena kunci.. Lecturer pagi ni memang strict sikit. Haiyooo mengharapkan hujan at least berkurangan supaya aku yang bawak motor slow ni tak kebasahan bila sampai kelas..

tapi tak jugak berkurangan~ now since dah 8.42pagi, ko berani nak ke kelas? kan ada kena suh duk luar kelas kan~ so end up aku update la blog ni...


=( Esok kena gi beli raincoat dah~ yg lama dah terkoyak.. when i turn to be incredible hulk~

Monday, 19 July 2010

Jom berkelah ~


Jom berkelah!!~

Okeyh semalam aku dapat join geng putus fius wat gathering di air terjun batang kali. Lama jugak aku tak ikut serta program blogger ni, kali terakhir aku jumpa diaorang masa karaoke di the mines, itu pun kebetulan ikut Zaffril setahun yang lalu. Itulah first time jumpa Kak Heze, Qielah, Pojie Pooh, Ritz, Remy dan juga beberapa lagi rakan blogger yang aku tak ingat nama.

Kami semua berkumpul di stesen minyak Shell,Batu Caves.. Dari situ gerak ke batang kali, Birthday boy jer tahu jalan so dia lead the way. Sempat aku lelap jap~ sebab jalan bengkak bengkok, sebelum aku pening baik aku tido. hehehe then sambil tu amik serai pukul driver sebab mulut tak henti nak bahankan aku.. ggggrrr :p

Cari port, and bertuah kami sebab port tu paling elok cuma nak main air kena panjat memanjat la sikit. Kata Kak Heze "baru adventure".. Dah selesai susun makanan, ada yang gi main air terus termasuk aku dan ada juga yang tolong selesaikan bbq itu~

Sekali masuk air sejuk sangat kot~ so bertapa jap make use ngan suhu air tu. Lepak ngan anak-anak Kak Heze. Sangat cumil.. geram. :P hehe . Ada few games yang kami main, besh gak.. Kelakar pun ada, next time kena main lagi~ hehehe




Ouh perkelahan ni sehari selepas hari jadi Zaffril, apa lagi besday boy memang harus dikenakan so Am dah mandikan dia dengan air perap ayam tu. Haiyoo~ xsanggup :p hehe Cool besday boy sporting~ Memandangkan hari gelap nak hujan and kami decide untuk berkemas dan balik, yer la bahaya kot kalau hujan diatas sana..




Okeyh we end our perkelahan with photography session~
I do happy to join all of you, tersangat minta maaf if ada kekurangan, terdiam ke, terlebih cakap ke dan semuanya.~ Salam perkenalan buat yang first time jumpa. Untuk yang dah jumpa before, moga ikatan perkenalan ini kekal ke akhir hayat~


Sunday, 4 July 2010

SLMSB sebuah kenangan~

Ingatkan tiada setitik pun air mata mengalir di hari akhir praktikal, tetapi lain ceritanya. Penat okey menahan supaya tidak mengalir. Minggu terakhir aku kat SLMSB tu, banyak masa aku di peruntukkan untuk siapkan log book dan tolong mana yang patut tambahan lagi aku perlu menerima lawatan pensyarah aku untuk menilai prestasi dan melihat keadaan syarikat itu.

Cerita duka aku letak tepi, entri kali ini banyak kepada yang lebih positif kerana tak semua yang ada itu negatif. 30hb aku menerima lawatan dari Bro Raziff dan Bro Ashraff, sekali dua datang, cuak sekejap aku. Alhamdulillah presentation aku sangat simple and more to discussion. Lepas sembang-sembang terus buat pusing kilang. Sedikit token of appreciation untuk mereka berdua, setiap seorang dapat minyak pelincir kereta lagi tu. Hehehe.

1hb pula ialah farewell party untuk aku dan juga 2 lagi pelajar praktikal, kira diaorang gabungkan sekali. Best giler makanan tengahari tu, our sales manager tempah or masak sendiri xtahu. Janji kenyang dan best. Walaupun ada sedikit kontroversi pasal masakan tu, but i do trust him even we are not in same religion but he know well what is halal and haram to muslim. Simple speech from me and my fellow intern.

Esoknya pula our CEO, ask me what i want to eat dia nak belanja.. Since aku kan pemalu jadi, ikut jer la apa orang nak belanja. Aku terima jer, end up tapau pizza makan lepas solat jumaat with all staff. Terkilan my ceo tak sempat lunch sekali since dia ada urusan lain.

Betul kalau ikutkan masa kita marah banyak perkara negatif wujud tanpa kita pandang yang positifnya. Tetapi sepanjang minggu aku cuba ingatkan apa yang manis untuk aku kenangkan dan jadi pembakar semangat untuk aku supaya jadi better person dan cuba jadikan teladan atas kekurangan yang wujud. Mengenali mereka semua, buat aku berfikir banyak benda.. dari hari pertama hingga hari terakhir banyak perkara yang akan aku ingati. Too many things..

i feel so lucky to know them, i feel so lucky to get this experience and i will never regret to be there. i'm touched with this words:
"haqq, you are a good man, i know one day you will be a manager or more than that, just be yourself.. when we come to kelantan, we want you to become our tour guide.. and don't be shy because no matter what, we are like family.. anything just contact us"
lepas tu aper lagik, penat tahan akhirnya merah la mata aku.. =(

Thanks a lot to Our CEO, Bos Li, Kak Rin, Abg Nizar, Muz, Bro Sritharan, Abg Nazli, Abg Sholeh, Abg Seriman, Zul and all SLMSB staff..

Sunday, 27 June 2010

Minggu terakhir Intern!!~

Ouh i'm in a good mood today!!~ sorry for yesterday's entry. Sekadar apa yang terbuku dihati, kalau makin dipendam meletup ianya lagi susah betul tak? Maaf buat yang membaca andai ada tersalah kata dan sebagainya.

Hujung minggu aku kali ini, aku habiskan masa melekat di hadapan teman baik aku, apa lagi selain dari pc aku. Ulang the Nanny again and again, kalau zaki tengok sure dia perli aku tengok the Nanny season berapa dah?..

By the way 3 month of internship, tak semua pengalaman itu sedih. Banyak juga yang buat aku gembira dan tak dapat lupakan. Dalam buruk itu, ada juga yang baik dan sebaliknya. Ouh esok bermula minggu akhir internship aku. Nak kata sedih tak juga, nak kata happy tak juga. Yup aku suka dengan environment kawasan apartment ini, if this apartment belong to me, i bet it will be totally different and more beautiful than before. hehe..

Okeyh done with that~ i'm going to watch movie..
It's like reading story book before sleep.

Saturday, 26 June 2010

Sedih

11 minggu dah berlalu, minggu hadapan merupakan minggu terakhir aku di Shah Alam. Alhamdulillah 12 minggu disini buat aku kembali di dunia nyata berfikir tentang kitaran kehidupan yang bakal aku tempuhi kelak. Duduk dibawah satu bumbung dengan pelbagai ragam pekerja menjadikan aku lebih matang untuk berfikir soal kehidupan. Secara keseluruhan aku tidak memilih bila disuruh, jadi driver untuk bos pun aku tidak membantah hanya kerana pengalaman yang ingin aku miliki. Sejujurnya aku tidak gembira untuk berada disitu lebih lama atas alasan, kesemua disitu sememangnya talam 2 muka, faham-faham lah~ Yang ketua, asyik asyik menyebelahi anak buah yang hanya buat kerja bila nampak beliau, belakang beliau sibuk bermuka buku mahupun bermain game. Yang kaki kipas pula tetap dengan usaha mengipas sana sini, bila ditanya terkial-kial menjawab. Minggu terakhir buat aku gembira, sangat gembira sebabnya tidak lagi aku perlu menahan sakit hati dan bebanan perasaan. Kadang-kadang timbul perasaan kasihan akan pekerja bawahan yang tidak memiliki suara yang lantang untuk membela mereka.

Inilah kehidupan~ pilihla seawal usia, mana satu yang ingin anda jadi dewasa kelak. Bila berjaya jangan pula lupa orang bawah, beri mereka peluang untuk bersuara. Maaflah aku memang tidak mengamal semangat kenegerian~

Kecewa dengan nenek aku, semakin meningkat usia semakin pelik aku tengok beliau. Mungkin di mata beliau aku 3 beradik ini hanya menumpang. Buruk kami kekal kelihatan, baik kami dipandang tidak. Sebagai abg long, aku cuba mengamalkan nilai keterbukaan bila berbicara dengan adik-adik aku, supaya mereka punyai peluang untuk bercakap. Supaya aku dapat memahami mereka dan memenuhi kehendak mereka. Aku cuma nak merealisasikan impian arwah bonda, jaga adik-adik sebaik mungkin. Mohon perlindungan DIA untuk keluarga aku. Bukan bermakna aku benci atau tidak suka akan nenek aku, cuma aku berharap beliau sedar dan buka mata akan apa yang berlaku. Pilih kasih dah lama aku terasa, semenjak kecil lagi.. kata ayah sabar. Seburuk-buruk kami, kami masih hormat akan mereka.

Maaflah entry kali ini berunsur begini.. Luahan yang terpendam harus aku kongsi supaya tak meletup menyebabkan aku gagal berfikir. Jesteru untuk mengelak dari perkara tak diingini, aku kongsi dengan kalian ceritera hati aku.


p/s: i have my own right to speak!!

Monday, 21 June 2010

Pi Mai Pi Mai Tang Tu

Setiap orang dari kita mesti membesar dengan persekitaran yang berbeza dan mempunyai pelbagai kenangan. Kerana aku tiada sangat kerja kat ofis, aku rajin sangat muat turun sitkom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" yang mengingat aku kepada zaman kecil aku.

Kalau tak silap aku dulu kat tv3, sitkom ini ditayangkan pada hari ahad jam 9malam atau 10malam. Kebetulan kat tempat aku tinggal dulu, hari ahad ada pasar malam, jadi petang jer pi pasar malam, malam jer terus lepak depan tv dengan ayah, mama atok nenek, sepupu duk layan cerita ni. Gelak ramai-ramai, sangat best.

Sekarang aku duk tengok dan gelak sorang-sorang, dalam tawa aku terkenangkan saat kanak-kanak aku tu~ tersenyum aku sendirian sebab sitkom ni beri aku memori yang terindah, saat yang aku rindui.

p/s: mood lara~

Thursday, 17 June 2010

Tag is a Tag

Erm dah lama tak buat tag~
so kali ni nak buat tag plak yang diberi oleh Cik Alia
Let's begin..

1) Adakah anda rasa anda Hot?
Yeah i do feel hot ( ado aku kesah?, yakin sajorh)


2)Upload wallpaper pc/laptop yang digunakan sekarang..


3) Cerita pasal gambar ini..
Ouh inilah wall paper yang aku guna skank, i love it entah sbb abstrak or memang suka style macam ni. No folder yang tak penting. Cuma kemaskini desktop supaya tak berserabut.


4) Kali terakhir makan pizza..
Ouh kalau tak silap time dinner with cik azwani, yeah dia bunjer saya..


5) Lagu terakhir anda dengar..
Bila rasaku ini rasamu ~ khas untuk sidia..


6) Apa yang anda akan buat setelah selesai tag ini?
Erm mungkin tidoe~ sebab ngantuk


7)Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
-Wan
-Haqq
-Abe
-Along
-Imran


8) Tag 5 orang sahabat anda
-El Zaffril
-Flyz
- Anis
- Arelt Sensei
- ?

9) Siapa orang nombor 1 dengan anda?
-He's good friend of mine, walaupun selalu aku jadi bahan dia tapi i do appreciate him sebab selalu wat aku gelak. Ngok ngek!!~


10) Katakan sesuatu pada orang no 5.
Since no 5 xde orang macam mana aku nak say sumthing?


11) No 3 ada hubungan dengan siapa?
Ouh dah lamer tak bergossip dengan dia, tunggu yer nanti aku tanya dia


12) Bagaimana dengan nombor 2?
Kawan blogger~ =)


13) Kata-kata cinta pada orang nombor 4..
erm.. mmmm... hmmm


15) Berikan 5 fakta yang anda tahu mengenai orang yang anda tag
- Semuanya istimewa di mata saya
-Kami punyai rahsia tersendiri
-Inginkan kebahagiaan yang berkekalan sepanjang hayat
-Kami blogger
-Kami suka menulis dan tak kisah orang suka atau tidak~







Sunday, 13 June 2010

Hati ..

Aku Memang Terlanjur Mencintaimu
Dan Tak Pernah Ku Sesali Itu
Seluruh Jiwa Telah Ku Serahkan
Menggenggam Janji Setiaku

Kumohon Jangan Jadikan Semua Ini
Alasan Kau Menyakitiku
Meskipun Cintamu Tak Hanya Untukku
Tapi Cobalah Sejenak Mengerti


Bila Rasaku Ini Rasamu
Sanggupkah Engkau Menahan Sakitnya
Terkhianati Cinta Yang Kau Jaga

Coba Bayangkan Kembali
Betapa Hancurnya Hati Ini Kasih
Semua Telah Terjadi


Aku Memang Terlanjur Mencintaimu


~Bila rasaku ini rasamu~


p/s: ... =(

Xtvt Hujung Minggu~

Weekdays in my hometown and now weekend in Shah Alam~ I'm going back to Qlate for works and lega juga dapat meet my moyang yang sakit tu. I did said before that i will update blog from there but then since i have no time so i just let it go.

On Friday as usual kena pergi kerja, seem someone tak puas hati with the allowance yang aku dapat~ hurm seriously if that becoming an issue i will return it back as long as dapat puaskan hati semua orang. Seem nazmie's last day in KL before he's going back to JB, so i did plan to watch movie and have dinner with him. Nina also call me and plan to watch movie, so senangnya pergi tengok ramai-ramai macam lagi best. After dinner at MMZ, terus ke jemput nina and lepak kat starbucks menanti Zul~

Ouh This time tengok cerita A-Team, layan gak tengok movie ni~ gelak tak ingatnyer. Then after movie terus separate, nazmie going back alone to Puchong since dah lewat, esoknya dia kerja and 3 of us pergi cari kedai mamak and chit chatting till 3am i think before we going home.
at 4 am sampai umah and terus tidoe~ penat


10am on Saturday aku dah siap sedia plak nak ke Ikea since fathi call me yesterday minta temankan dia ke situ. Aku on sebab tiada wat pape and dapat makan meatball. Yeah i like it. 4 hours at Ikea itu sangat memenatkan ~ tapi enjoy since i love to go to Ikea.

~ dah lama tak update blog so itulah cerita aku.
World Cup dah bermula~ Yeah GO England!!~ my favourite team since few years ago~

Sunday, 6 June 2010

Saya sayang kamoo!!~

Setelah lama menanti akhirnya ketemu jua,
Semua plot cerita berlaku sangat pantas sehingga aku keliru,
Tetapi harapnya ia menjadi garapan cerita yang indah untuk aku,
Kini dan masa hadapan..
Saya sayang kamoo.

Ouh jiwang sikit yer. Tinggal lagi sebulan untuk praktikal ni, banyakla pula task yang diterima. Sebab itulah tak sempat nak update blog. Ouh malam ini aku bertolak ke KB, ada program disana so aku incharge untuk barang-barang program yang dibawa dari KL.

Semalam hang out with Faiez kat pavillion again, sama juga macam last weekend. Melalak tak ingat. Then sempat tengok wayang citer Prince of Persia. Best!!

Ouh itu lah cerita aku, sekarang ni aku mungkin bahagia, happy dengan apa yang aku miliki. Dia, keluarga, teman-teman rapat dan semuanya sudah buat aku sangat ceria.


~ will update blog dari kampung halaman.


Monday, 31 May 2010

Convo's and Friends

Ouh
Congratulation


to
Nazmie
on His Convocation!!
well again no one of us attend his convo since he request for it
Neway i stole this picture from his facebook.


also thanks to
Faiez Buer for Karaokeing session.. singing till drop
and gossiping till sleep.. lols
Meet new people,
enjoy it.

End Of May!!~

Monday, 24 May 2010

Dia yang Bodoh!!~

Since kecil too many people will ask me why am i doing this and why am i doing that and ramai pula yang mengkritik atau menghukum apabila ianya berkaitan aku walaupun hakikat itulah diri aku. Korang sedih tak bila orang cakap kat anak diaorang macam ni

"wat perangai tu elok-elok nanti jadi macam sepupu kamu yang mcm ni and mcm tu"

It's okey bila perangai baik itu dijadikan contoh, Alhamdulillah. But when it comes to your natural attitude can you handle it? yer la bagi diri aku, i just be myself and still ada batas-batas perlakuan, itulah aku tapi ada yang tak menyukainya. Entahlah.. Aku membebel ni bila ada hantu kat ofis aku ni yang semacam tak puas hati dengan aku sebab aku tak settlekan kerja dia.

Ouh well aku memang super duper emo bilamana kerja yang aku dah settlekan siap wat filing lagi langsung tak dihargai walaupun dengan ucapan terima kasih, ni kata plak aku tak siapkan kerja dia. Who the hell are you? Bercakap cukup mantap, memang kalau berniaga kat pasar malam untung besar la mamat tua sorang ni. Entah lah kalau nak aku ceritakan attitude malaun sorang ni esok pun tak habis. Well i do lost my respect to him no matter what apa pun title pangkat dia. Plus ko bukan mentor mahupun superior yang patut aku contohi. Pi matilah ko!!~

Sorry if u guys have to read all those thing. I just can't keep it any longer..
Can't hold it anymore..
Just sad enough!!
=(

Tuesday, 18 May 2010

Geram

Geram tak bilamana kena tunggu seseorang untuk dua jam setengah? Hari ni hari kedua dah aku pegang kunci ofis and kunci kilang. So bila nak balik tadi baru pasan one of the manager tu tak balik lagi dan dia plak pinjam helmat staff lain. 3 of us wait for him from end office hour at 5.30pm till 7pm. Yes alasan dia gi jumpa client and so on, aku akan percaya alasan itu kalau aku baru masuk kerja kat situ. Ini dah sebulan lebih aku kat situ which is dah kenal each one of them. I do keep think positive before and this time no more. I do lost respect to him, no matter what who you are. Hari tu dalam panas tengahari suh aku gi cari bromide paper. Balik xde bukanlah nak mintak maaf ke atau tunjuk la sikit penghargaan tapi yang ado!!~ Busy memanjang tapi bila check file, dah beberapa bulan tiada pun sumbangan dia kat company. PROPA jer lebih!!~ So pasni i will no more help him!! Geram!!~ sorry if i'm doing practical pun let us be profesional and i will report this to higher management or board of director if i have too..


Ouh dalam geram tadi aku balik then time nak naik lift ada pasangan suami isteri with their baby. OMG tetiba aku jadi sayu and hilang geram. Waa that cute lil baby make me feel so release from stress.

Ouh list name visiting lecturer dah keluar
Bro Razif will visit me here. Who is he?

Monday, 17 May 2010

Kembara mencari Amani!!~

Amani!!~ comey. Ouh baru lepas tengok adamaya.. i love the beginning, not in the middle of the series and love the ending too. Okeyla dapat teka. Citernya bagi aku tipikal drama melayu tapi itu realitinya masyarakat kita.

Kawan aku bagi tahu attire dalam drama tu lawa-lawa, i admit it. Baju adam dari jeep, everlast and lacoste itu sangat-sangat aku suka. Demmit time ni jugak rasa nak shopping then i realise i'm student. Huk huk.

By the way dalam cerita ni bila tengok ending, aku dapat wat kesimpulan iaitu jangan kita terlampau mencintai manusia sehingga kita lupa akan pencipta. Cintailah DIA kerana DIA tahu apa yang terbaik untuk kita. Well cinta manusia sehingga gila? rugi..

Well i do like this drama.. okey aku ke kayangan untuk meneruskan khayalan aku.


p/s: sekejap dipinjamkan aku ketenangan.. kini kerisauan pula melanda.

Sunday, 16 May 2010

3 F's.. faith, family FRIENDS


Erm awal pagi tadi aku sempat bersembang dengan seorang kawan yang jauh di benua lain. Entah mengapa hari ini, aku tidak dapat menerima gurauan nya itu. Mungkin kerana perkara semalam masih aku ingati, perkara yang lepas masih lagi aku fikirkan. Demi tak mahu menyusahkan sahabat beberapa perkara sangat sensitif buat aku.

Telah aku titipkan kata-kata maaf kerana bagi aku tak perlu untuk bergaduh akan perkara kecil cukuplah masing-masing menyedari kesilapan yang wujud dan cuba untuk menjadi lebih baik. Bagi aku pula dalam persahabatan bergaduh kadangkala dapat mengeratkan lagi persahabatan tu sebab kita makin mengenali kawan kita. Tetapi jangan pula melampaui batasnya. Itu gila namanya.

Ya jiwa aku sensitif.. mudah terusik.. cepat tersentap.. suka memendam..
That's me.. =)

Cikgu itu Ibarat Lilin..

Bila bercerita tentang insan yang bergelar guru ni, terlalu banyak untuk diperkatakan, sangat panjang untuk aku senaraikan nama guru kelas aku bermula sejak dari tadika sehinggalah ke hari ini.

Umur 5 tahun aku dah dihantar ke Tadika Tengku Anis sehingga umur 6 tahun, then masuk umur 7 tahun aku dihantar ke Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan sehingga umur 12 tahun. Selepas itu aku tambah lagi ilmu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim Satu dari umur 13 hinggalah 17 tahun. Then ada rezeki sambung lagi belajar di Matrikulasi UIAM selama 2 tahun sebelum ke UIAM kampus gombak.

Kali ini aku tak mahu membebel pasal hari guru sebabnya dah 2 tahun aku bercerita pasal hari guru ni kali ketiga, apa kata aku ceritakan pasal sekolah menengah aku ni. Kalau korang tengok pic ni ada dua. Satu pic blur tu untuk majalah sekolah, aku grab dari facebook, sebab xsempat nak scan and satu lagi tu jamuan akhir tahun form 5 with cikgu kimia kiteorg. Cikgu Asiah, cikgu ni garang sangat tapi baik giler. Sebab beliau i love chemistry. Tapi xpandai jugak. Sedeyh!!~

If korang bijak bistari yang mana satu aku? Hehehe dalam pic blur disebelah ni? Ouh with cikgu kelas aku, Cikgu Noraini. Ouh i love her so much!! dia jugak paksa aku masuk debate with teacher jamilah, teacher roslina. Kena paksa okeyh!!~

Ouh, bagi aku aku hargai setiap seorang dari pengajar yang mengajar aku secara langsung atau tidak sebabnya tanpa mereka siapalah aku hari ini. Untuk bakal cikgu, jadilah cikgu yang baik untuk anak bangsa, didiklah dengan hati yang ikhlas demi anak bangsa kita sendiri.

Aku suka blog cikgu Jimi
Click his Name!!

Selamat Hari Guru buat Guru-Guru Malaysia!!~
Saya sayang cikgu saya!

Yeah free lunch for me!

it's sunday (sorry not on sunday but saturday) again~ dont know what to do seriously!!

at 10.30 am i think i got msg at ym, ask me to have lunch date with him
Ouh he is my blogger's friend ya, you know Zaffril?
So end up we met at Plaza Masalam, and have our lunch at Subway.
Yummy like it so much.. Steak and Cheese

Since i've not met him for a long time, we talk about a lot of thing..
his master's prog, career, life and many thing.
Alhamdulillah he's still alive after went through hard situation i think.
Ouh at 3pm i'm going home since he has to go back to his office.
well gigih bekerja kan? hehe

And since nothing to do at home i just fall asleep till 6.30pm
Ouh then as usual playing with my blackie..
luckily i have u blackie who always be with me..

Tonight I've got the answer or to be exact just to confirm about what my instinct said
Yeah.. people try to denied something with reason who is sometimes not relevant
and sometimes to hide the weakness with other peoples weaknesses.
I'm not that fragile by the way.. Motivate very well
Ouh good nyte!!

Friday, 14 May 2010

Thank's i do appreciate it Flyz

Uiks aku terharu hari ni.
Balik dari kerja tadi seperti biasa,
sebelum aku duk lepak dengan blackie..
Mesti kena wangi-wangi dulu.

Erm then setiap hari as usual aku akan check
if ada any update kat facebook, blog, myspace and email aku.
Haa i've got new visitor who leave his comment. thanks!!~
then time visit blog dia i found something kat blog scroll dia.
Ouh i found my face at other's people blog
then after check it..

It's true.. it's my face with link of my blog
the owner of that blog i know him with name flyz.
Thanks dude!!~ really appreciate it when u named my blog as one that
u wait for my update!! Yeah i'm smilling like i finish my internship now!!
hehehe. Seriously never imagine that ada juga orang stop by to my blog
and read it like you!! Hehe will update everyday or depends on my mood.
Currently my life was not so busy at all.

Okeyla..
got to go..
watching glee season 1 again.
waiting to watch season 2
Ouh i love glee!!

Thursday, 13 May 2010

It's thursday night!!~

It's thursday, most of the staff who already married will talk something about malam jumaat thing. Ouh what should i say when they start to joke around that matter? Shengal okeh. Ouh today i did not do any production job. Hehe early in the morning went to seksyen 17 to pick the document. Dammit they did not give me correct instruction so i have to wait there to confirm it with KB branch. Then from Shah Alam, i have to hurry up to Damansara Height to submit that document at menara MBSB. Ouh i hate the recptionist, not totally hate her but annoyed with her. Put all her make up staff like small mirror, lip gloss on the table and i like Helloo.. this is not small company dear wake up!! and please take care of your image too..

From there going back to Shah Alam,visit bank session, from Bank Islam to Maybank and last stop is at Eon Bank. Then going back to office settle few task that been given to me. After 30 minute, going out again to stationary shop, yeah i like this place, full of stationary stuff like mini mall to me. Therapy session.. LoL. then tesco then waiting for lunch. Ouh today we force my supervisor to belanja us, correction i am not forcing him but akak admin suh.. Hehehe Thanks bos!!

Going back to office and doing special task job, since this monday our company will organize talk in perak so that we need to prepare some file and pencil and pen, common stuff for seminar or talk. Get ready for 80 pax. Then that's all for today. That's what am i doing..


Tuesday, 11 May 2010

Cerita Budak Kecil

Semasa pulang dai kerja tadi, aku singgah jap kat gerai jual kuih seperti selalu. Tak ramai orang pun cuma ada akak yang sedang tunggu turn dia dan dua budak lelaki yang baru balik dari kelas agama kot. Budak ni memang kecik lagi, sekolah rendah dalam darjah 2 or 3. Ini ceritanya..

Budak A: Makcik keropok lekor 2 ringgit.. Makcik 2 ringgit eh

Makcik Penjual: Sabar, ikut giliran (sangat mak-mak yer)

Budak B: Haa tunggulah jap.. ikut giliran..

dah selesai budak A beli apa yang dia mau, selepas itu budak B pula datang..

Budak B: Hello.. Makcik nak keropok lekor singgit.

Makcik Penjual: Bagilah salam, mat saleh mana hello-hello ni?

Budak B: Assalamualaikum.. makcik keropok singgit.

Makcik Penjual: Haa macam tu lah, kan elok..

Pakcik Penjual tengok aku duk tersenyum lepas tu terus dia cakap "anak-anak zaman sekarang lain masa zaman pakcik"

Aku masih tersenyum sambil bawak motor.

Sembang Kosong

Cerita sedih dalam entry yang lalu?
Kita lupakan, maaf jika ianya buat yang membaca tidak menyukainya.
Sekadar luahan hati untuk ketika itu.
It's wet my pillow anyway.


Hurm
last weekend i did spend my time with my friends
Aiman and Zul, hang out at One Utama..
watching movie as usual after i reject to go to Bukit Cerakah
since few technical problem happened.
Plus can u imagine if penat-penat kayuh basikal tu
masuk dalam keta dah macam oven? oppsie..
hehehe


Ouh,
i'm ready to love someone not only as a friend but more than that
but who is that person?
i dont know because i'm still looking for the person
who will accept me the way i am.
Okey la i do merepek again.
Well this time i'm update my blog from office
hehehehe


Ouh before i forget
Happy Birthday to Nazrie!!
Good Luck in you Career..


Sunday, 9 May 2010

Happy Mother's Day

Bila tiba bulan Mei aku ada gembira dan aku ada juga sedihnya. Gembira sebab ramai juga kawan yang sambut birthday bulan Mei ni. Yang sedihnya sebab bulan ini, bulan perayaan Hari Ibu.

3o Oct aku dilahirkan ditunjukkan dunia kepada aku sehingga hari ini. Pernah aku tanya mama aku, "abg dulu dilahirkan macam ne?" mama jawab "aku ni dilahirkan melalui pembedahan sebabnya cara normal tak dapat, serviks tak buka or apa ntah. Dulu tak faham erti kesakitan pembedahan itu, sekarang luka di tangan pun terasa sakit inikan pula kesusahan seorang ibu melahirkan anaknya.

Dalam 2 3 minggu aku kat shah alam ni, aku sering teringat. Bau masakan mama sering menerpa hidung aku. Entah khayalan atau aku sememangnya terlalu merindui mama aku. Tengok anak kecil dengan hadiah untuk ibu mereka sememangnya buat aku iri hati kerana aku tak mampu lagi untuk beri hadiah pada hari ini mahupun perayaan lain.

Untuk bonda Allahyarhamah Hjh Nik Khuzaimah, dikau berikan aku peluang untuk hidup, beri aku kenangan untuk hargai, beri aku adik-adik untuk jadi teman, beri aku pengajaran sebagai bekalan, terlalu banyak dikau berikan sehingga diri ini tak mampu dan tak sempat nak membalasnya. Hanya doa yang aku kirimkan agar dirimu tenang disana. Pesanan mu tidak sekali dilupakan, tidak sekali diabaikan. InsyaAllah.

Happy Mother's Day to All Mom!!~

Saturday, 8 May 2010

Aiman's Birthday Dinner

Aiman's Birthday Dinner last night!! It's simple and one of memorable night i think. Aku dapat call pagi semalam and birthday boy ajak dinner with zul and his friends. So after office hour terus pecut balik rumah, rest jap. After maghrib terus tunggu cab ke station batu 3. This time i will not get into wrong coach again. Hehe.


Sampai jer kat angkasapuri, mereka dah ada kat situ so terus pecut ke damansara. We have our dinner at Wondermilk. Yup kedai cupcakes yang unik tu. Unik sebab simple and still lawa. By the way wondermilk ni terletak di area damansara uptown. So apa lagi korang pun leh try makan kat situ. We did order sandwiches , Say Cheese, BBQ Chicken Chicken Wings, Wedges and Mushroom.

Kami hanya berlima tapi cupcake ada 6. Siapa sorang lagik itu? Jadi persoalan yer. :P. Dari wondermilk kami melepak di the Curve, sekadar duduk dengar lagu sambil duk merepek with zul and others.

Since Mel and Nina kena balik awal so dari The Curve kami berpecah, we did plan to go to Dataran Merdeka tapi since tak dapat park keta kat tepi jalan kami just lalu jer la dataran merdeka and terus ke A&W petaling jaya just for supper. Terkejut tengok outlet yang ni. Sangat dull, restoran tu perlu direnovate and please baju ketua cukup punya baru dan lawa and baju staff macam dah 10 tahun pakai. I mean sangat lusuh and the design pun perlu ditukar. Tapi cawangan tu sangat klasik!!

Sampai umah kol 1 pagi.
Thanks to Aiman sebab bunjer kami semua.
Zul and I still waiting bila dapat makan kat Chili's ni. As promised next holiday ek? :P

Thursday, 6 May 2010

Baik or Jahat?

It's almost a month i am doing my internship here in Shah Alam. Everything going smoothly even sometimes i feel stress on something but still try to be optimistic.

Minggu ini sahaja aku dah ke bank hampir setiap hari sehinggakan supervisor aku duk fikir aku ni nak ponteng kerja or banyak main. Tetapi nampak ke time aku wat keje? plus I'M NOT PERMANENT WORKER!! walau penat aku cuba show that i might be the good product from my uni, at least!! Sv aku ni dia bagi kerja then dia hilang entah kemana-mana. Ouh this week he's been promoted to new post. Production Manager so dia macam lemas sikit dengan pangkatnya itu, so ala-ala gila kuasa 4 saat. Hari ni aku mogok, well yes sometimes aku ni mengarut di mulut tapi kerja jalan beb. So next time suh aku gi bank, aku akan listkan setiap saat dimana aku berada. Plus i'm new here in shah alam, tadi dari maybank shah alam aku leh tersesat till uitm. Jauh kot. Urgghh wasting my time.

Esok i'm going to bank again early in the morning..
will see what he will say to me.
"laser" is back!!

Ouh btw i did ask my friend to evaluate me. I mean since i know her, what she think about me. It's alright to ask you friend to evaluate you? Then she reply and said that haqq is laser.. certain people can handle it but she's not. She also said that i'm too "baik", and sometimes baik itu pun bukan semua orang leh terima..

Okey i keep questioned myself, baik sangat tu tak baik ke?
baik tu define macam mana? amik berat tu kira baik ek?
Sometimes tak rasa aku laser tapi aku faham tak semua orang can accept it. Tapi baik pun ada orang jugak orang tak terima. I'm only good to my friends. I just like to show to them, how i appreciate them and how i care about them, so that i can be a good friends.

~

Monday, 3 May 2010

Pink itu bukan Milik aku

Pengalaman itu mengajar kita kan?

Semalam hari yang memalukan aku tetapi end up hari yang menggembirakan aku. Nak tahu kenapa? Korang sedar tak sekarang KTM Komuter telah mewujudkan koc warna pink khas untuk wanita. Aku tahu kewujudan koc ini selepas baca status kawan aku kat mukabuku, tapi aku tak tahu macam mana rupa koc wanita ni.

Jadi ceritanya macam ni, dalam aku nak cepat nak train aku telepas pandang sticker warna pink khas untuk penumpang wanita itu. Sampai je train aku terus naik and siap cari sit untuk duduk lagik. Then after 5 second aku perasan something, kenapa dalam train ni semua wanita, then that koc sangat wangi. Mula aku perasan ada mata yang memandang okeyh, siap ada yang senyum sinis lagik. Aiyoo nak jer aku suruh train stop time tu jugak. Sampai next station cepat-cepat aku cabut kuar tukar koc, tapi yang peliknya ramai plak orang laki masuk koc tu. Papelah. Cuma carilah sticker yang lagi relevan kalau nak lekat kat pintu tu then sila letak information notice kat each station la!! Papepun aku dah try naik koc wanita, korang macam ne plak? LoLs


Semalam sempat lepak bersama teman-teman aku, tengok Iron Man 2. Best movie as before tapi perlu ke antagonis character mati macam tu jer? Sia-sia jer kerja dia duk create weapon tu semua. I met Kak Neem and Kak Syazana, both my senior from secondary school. They did hang out at Midvalley too. Time duk tengok citer tu, that indian boy sebelah aku sibuklah duk cakap phone. Aiyoo emo and sentap okey.. U paid double to watch that movie with translator skali okeh tapi yang ado aku nak faham. I'm not racist tapi mmg geram plak. End of my weekend..





Saturday, 1 May 2010

Cerita hari Semalam

It's weekend!! bangun awal pagi terus pose rajin kan, so aper lagik amik penyapu, sapu satu rumah. Since rumah ni bersepah and berhabuk. Siap menyapu, susun kerusi semua masuk dapur plak cuci semua pinggan and susun dalam almari. So atas sinki tu memang clean and clear.

Since memang lapar aku pun memang plan nak keluar ke plaza masalam, so merempit lah ke sana. Terus tuju ke kedai video kat situ tapi masih tutup. So aku breakfast dulu, tapi sangat-sangat lite.

Kedai dah bukak so aku sempat rembat 2 series. The Nanny season 1 and yang satu lagi rahsia. On the way balik singgah jap di warung tepi jalan yang jual nasi bungkus for lunch. Warung ni sempoi jer, jual pun nasi lemak atau nasi ayam goreng jer.Dah tapau makanan balik duk melepak kat umah je la. That's my life. Bosan pun layan kan jer la.


It's time for me to sleep..
will update more later..
Nyte.

Friday, 30 April 2010

Bebel!!~

I love this pic and few other pic that i have been attached with my post before. i did grab it from bro ian's facebook page. hehe credit to him.

I would like to share with you guys something but then i even can'T say it directly and everything keep moving in my head. Even it's hard to make one correct sentences.

Someone can just lend your ears to me so that i can talk to your ears and after i've done with it i will give it back to you. I do want to borrow your mouth since i do afraid if it can't keep my secret. What did i "bebel" here.




Thursday, 29 April 2010

Saya bukan Anti - Sosial


Saya bukan anti sosial yer!! hehe nak tergelak pun ada bila aku dilabel kan sebagai anti sosial yer.

Ceritanya macam ni, malam tadi housemate aku tempat aku praktikal ni ajak kuar lepak since diaorang dah masuk gaji semua. So bising la diaorang plan nak kuar semua.

Aku as usual la sepanjang praktikal ni aku balik jer kerja, mandi solat semua then aku mula bertapa depan encik itam ni sehinggalah aku nak tido dalam kol 10 malam or 11. Memang kegemaran aku suka lepak depan encik itam, layan muka buku ke, main game ke, tengok movie ke dan macam-macam lagik. So bila di ajak untuk kuar lepak aku jadi malas, bukan apa jap lagi nak salin pakai baju lain nak iron lagik dan sama waktu dengannya. So aku dah 2 3 kali juga menolak untuk ikut diaorang keluar.

Sehinggakan housemate aku siap perli lagi, " jomlah ikut, jangan duk anti sosial la. or xmo kawan ngan kiteorang?" terkedu jap. Diaorang mungkin tak tahu aku ni sangat terlebih sosial, since praktikal ni sajorh aku jadi sangat baik. Entah tetiba i change to be a good boy. So kesimpulannya saya bukan anti sosial yer!! tunggu lah i will reveal who am i dekat dekat nak habis praktikal nanti.


p/s: new interns nak masuk next week.. cuak!!

Tuesday, 27 April 2010

Interesting kah?

Rupanya baru 3 minggu aku kat shah alam ni, aku ingat dah 3 bulan. Lambatnya nak cukup 3 bulan ni, dah tak sanggup nak buat praktikal lama-lama. Kepenatan yang amat, job description aku pun kabur memang tak JELAS. Semalam memang aku stress, naik kat ofis tingkat atas sekali akak admin tanya

"since you have been here for 3 weeks, what do you think about this company?"

aku tengok dia, and tanya balik

"akak nak jawapan ikhlas or mengampu?"

then aku jawab la..

" i do not feel interesting at all, since everything is blur for me.."

and adalah sedikit lagi percakapan aku ngan akak tu..

akak tu sempoi jer, teman untuk aku bergelak, menari bagai dalam ofis kan.. hehe superb la.

Tapi hari ni aku juga bersyukur di tempatkan aku disitu kerana aku dapat pelajari ilmu lain, tak mungkin ianya ada dalam buku teks.. cuma sering diingatkan oleh orang tua kita.

so far kat tempat praktikal aku ni, aku cuba bergaul dengan semua orang dan perhatikan kehidupan setiap orang. Bila tengok orang lain lagi banyak kekurangan tapi berusaha untuk melakukan yang terbaik, tak pernah kenal putus asa aku terus motivated.

Btol kata orang kalau waktu yang ada ni, diberi peluang untuk belajar, belajar elok-elok jangan main-main. Nanti bila dah kerja senang, cari kerja yang elok-elok.

Ada hikmah disebalik apa yang berlaku..
Hari ini aku belajar untuk menghargai dan menghormati.




Monday, 26 April 2010

Kembali Jadi Baby

She's cute right? her name is Fakhira Adriana. I published her picture after i got the permission from her unty, Miss Nana Sarina. Click her name and you can read her blog. Full of Drama's.. hehe kidding.

Okey from europe, we are going back to Malaysia.
hehe

Happy sangat after tengok picture baby ni, yup tak perlu fikir atau buat keputusan. Hidupnya bangun makan buang and tido. What a great life then.. tapi untuk fasa bayi je la.

Okeyh kenapa tetiba aku fikir pasal buat keputusan ni? Okey entry ni macam nak beri sedikit penjelasan buat teman-teman yang sekeliling aku. Harap selepas entry ni, aku cuba jadi yang lagi baik untuk kalian.

Terkejut beberapa hari lepas ada dua orang kawan tegur sebab aku jarang ikut aktiviti yang di anjurkan atau senang citer aku ni kekwat sebab tidak menghadirkan diri dalam program mereka, even dah di ajak.

Okey sebenarnya aku ni tidaklah memilih atau sombong atau papelah yang sama waktu dengannya. Kadang-kadang bila ajakan itu datang serentak, aku akan pilih yang mana datang dulu, itupun menghormati ajakan orang dan biasanya ketidakhadiran aku itu mesti disertakan maaf cuma kadang-kadang terlepas pandang.

Hidup aku sebagai student masih banyak halangan yang wujud, program university, hal-hal peribadi dan sometimes kewangan juga jadi halangan. Almaklumlah masih ditaja FAMA ni kena juga bajet. Even aku duk berenjoy sakan tu, still meminimizekan penggunaan wang. Btol and tak tipu. Sometimes ada juga bila ada waktu lapang aku hanya ingin tidur secukupnya.

Dalam berkawan, aku tak memilih.. TETAPI orang selalu memilih untuk berkawan dengan aku. Aku pasti setiap orang ada alasannya tersendiri, selagi mampu aku akan fikir positif, selagi mampu aku akan cuba jadi rasional, selagi mampu aku pasti ingin hiburkan hati teman-teman sbb tanpa korang hidup aku pun sunyi gak, tiada siapa nanti nak tengok blog aku and tiada siapa juga nak komen status aku kat facebook. Tak begitu?

Senang citer hidup kita ni saling memerlukan antara satu sama lain..
cuma ada persefahaman atau tidak.

Maaf untuk semua teman jika wan haqq ini banyak buat kalian terasa dan apa-apa yang sama waktu dengannya..




I love baby..
Tomeynyer dia!!!!

Saturday, 24 April 2010

Drink with ME!


It's my drink!!~
New drink for summer from starbucks..


Kaku sekejap bangun pagi di hujung minggu tanpa aktiviti..
Sesudah solat subuh terus aku meneliti isi perut encik hitam aku ni..
walaupun isinya dah berhabuk tapi malas lagi aku nak menguruskannya..
hehe, tapi encik hitam jangan merajuk ek, sudah aku habiskan duit
beli kepala baru kat encik hitam.. jenama dari korea lagik!!
saya sayang encik hitam saya ni.. tanpamu hidupku tak bererti..

Pagi tadi merempit jap,
mcm tak sesuai jer aku merempit tapi layankan ajer..
merempit ke seksyen 9, ke plaza shah alam,
aku rasa tempat ni paling sesuai untuk aku lepak
pertamanya tak ramai orang, kedua ada kedai yang cukup..
so sempat aku beli movie.. ingt nak beli the nanny tapi terbeli the .....
totally xtahu citer pasal apa cuma baca sinopsis vampire..
so okey la kan since skank demam vampire
tapi lain plak bila tengok.. citer dah mcm porn movie..

Nyesal sebab better beli the nanny leh aku gelak xingat..
so next week kena gi beli the nanny..

Ouh petang tadi my bro from penang sampai..
before dia gi amik buah hati dia, dia singgah jap anta tiger aku.+
dah lama dia belikan baru nak bagi.. tapi okeylah i'm hepy..
pow dia dinner kat oldtown..
as usual dia kritik naper aku makin besar..
jawabnya aku pakai baju kecik!!~ sekian..

Now~ dah malam xtahu nak uat pe..
Have a great weekend uols


Thursday, 22 April 2010

Cerita Beliau

Usai solat maghrib aku terus memakirkan diri ini di hadapan kotak tipis, cuba mengingati kembali apa yang aku telah lalui untuk seketika. Dari satu blog ke satu blog aku terus membaca, mataku terhenti di satu blog menceritakan akan suka duka kehidupannya..

Iya sudah lama beliau dalam senarai rakan di muka buku namun jarang sekali aku tegur.. hanya hasil karya beliau yang aku baca. Jujurnya aku langsung tidak mengetahui rupanya disebalik senyumannya dan cerianya punyai satu cerita perjuangan yang mungkin aku tidak mampu menghadapinya.

Dari satu halaman ke halaman lain hanya mata aku jadi berair macam dimasuki habuk,hidung aku terus tersumbat sebagaimana jika kita selsema, nada suara aku mula bertukar. Aku memang mudah tersentuh akan sebuah cerita yang sayu. Erm penyakitnya mungkin tidak bisa diubati lagi, namun beliau masih gagah untuk terus berkarya menghadapi saki baki hidup yang tinggal.

Untuk kamoo.. tabahkan hati terima semua ini dengan tenang moga kamu bisa menghadapinya sehingga ke hari akhir tanpa menyoal sedikitpun ujian ini dari-NYA. Kerana hanya insan yang disayangiNYA di uji sebegitu rupa. Doakan aku buat kamu supaya di pulihkan kesihatan dan tidak mudah berputus asa kerana apa yang kita miliki adalah milikNYA dan DIA mampu melakukan apa sahaja.

Beliau ialah:
Safwan Husaini



Wednesday, 21 April 2010

Internship and Interschool

Salam. Terhenti seketika mengupdate blog sebabnya cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran di tempat baru. Kalau sebelum ini tempatnya selesa di gombak punyai compartment yang beri ruang privacy untuk diri aku kali ini tidak. Kena memahami konsep rumah bujang, tapi xsemua rumah bujang yang ado yer.. So untuk 3 bulan ni aku kena bersabar je la, harapnya masa cepat berlalu..

Minggu lepas, kol 4 petang aku dah cabut kuar and terus balik ke umah and pack few shirt untuk balik ke gombak. thanks fathi sebab tolong amik aku and anta ke stesen komuter shah alam. Singgah jap kat kl sentral for dinner, ingt nak meet "dia" tapi tak sempat plak since aku pun xde mood. So terus balik ke uia untuk join opening ceremony interskewl debate. Xbesh dis year x dapat jadik komiti..

Rumusan interschool this year, alhamdulillah lagi smooth compare to last year yang paling ketara kes keracunan makanan yang beri tekanan kepada biro katering, so this year semua tu tiada and makanan lagik best compare to last year.. Sempat aku jadi judge untuk 6 pusingan awal, and thanks beri kepercayaan for that. Bangga juga tengok sekolah harian mara ke octofinal, sebb last year smk jitra x break and ranking pun agak bawah, this year you guys prove it.. sbb itu janji korang last year kan.. walaupun gagal ke quater, korang tetap mantap mungkin tiada rezeki just dont give up!!~ smk dato' ahmad maher plak, kalian buktikan sekolah dari negeri cik siti wang kembang mampu ke semifinal, almaklumlah sebelum ni baik mrsm pc atau faris petra, kalah jer terus nak balik kan?

Aku tak sempat nak menonton quater, semi and final sebab hari ni dah masuk kerja.. so semalm awal pagi aku dah cabut balik shah alam.. almaklumlah bukan mahir aku bawak motorsikal ni.. alhamdulillah semuanya selamat..

So jumpa lagi di intershool next year..
itu interschool terlast aku jadik komiti.. insyaAllah..

Thursday, 8 April 2010

Jom Mula

Saya kembali..

Kembali untuk berapa lama itu tidak pasti. Cuma biarlah aku punya masa dan kekuatan untuk berblogging ni. Banyak sangat hal yang telah berlaku dalam hidup aku bermula dari entri terakhir itu hingga kini. Ingin berkongsi dengan kalian tapi tak mampu mengingati cerita yang ingin di kongsi..

Alhamdulillah peperiksaan akhir semester kali ini telah selesai aku jalani, sepatutnya exam habis aku patut gembira dan lega, ini lain plak. Aku rasa takut, sedih, sunyi dan macam-macam. Hurm entah teman rapat yang selalu lepak dengan aku bila hujung minggu pula dah memulakan kerjaya baru beliau..

Walaupun peperiksaan akhir dah habis, aku masih belum mampu untuk berehat atau betulkan otak yang dah memang weng ni. Aku dah mula fikir nak kemas pakaian yang patut dibawa ke rumah sewa sebabnya minggu hadapan aku dah mula praktikal. Haa aku tak jadi buat praktikal dekat bangi, tapi aku akan menjalani latihan industri aku di shah alam. Doakan aku yer..

So bermula saat ini, aku akan mula update blog macam dulu-dulu..
konsepnya kekal sama, sebab ni blog aku so suka ati akulah kan nak tulis apa..
aku hanya tulis dari pandangan aku sahaja.. tak suka beri teguran.. insyaAllah aku perbaiki mana yang kurang..

~

Monday, 22 March 2010

Internship ooh Internship

Syukur..
dah pun dapat tempat praktikal
nun jauh di bangi tempatnya.. jenuh aku nak mencari tempat tinggal plak
xpe janji dah dapat praktikal ni so skank leh fokus exam
doakan aku yer..

credit to my junior who ask me to apply to that company..



Friday, 12 March 2010

PABM 2010 and Weekend!!~

It's friday!!
It's mean that we are going to meet weekend again..
and this entry is about last friday and last weekend..
It's sound weird with the statement above.. but i dont care then..

Haa aku sibuk sedikit dengan persediaan final dan juga nak submit segala macam benda, tetapi yang ado dapat fokus kat final tak kala lect masih gigih nak bagi assignment, nak bagi kuiz.. bila bercakap time management habis student dihempuk dengan pelbagai tuduhan tetapi bila terjadi macam ni, SALAH SIAPA?


Baiklah Congrat's untuk Syazwan Shuhaimi!!
Johan kategori Nusantara di Petandingan Akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2010.


Sedikit cerita pasal penyokong dari uiam, kami bertolak agak lewat untuk ke sana ingatkan ada tempat and jalan smooth, tetapi berangan la kan.. End up kami tiba di picc jam 8.30 malam. Nasib baik pertandingan masih belum mula, kalau tak kami down. On the way kami bas cukup meriah mana taknya main teka nama lagu, nama movie and segala jenis game ada. Yang penting jalan yang jem tu tak rasa bosan sangat. Since dah lewat, so there will no seat yang available, so kami hanya duduk atas tangga jer, xpelah janji dapat tengok and menyokong kawan-kawan.



Sabtu


Semalam penat pun tak hilang
awal pagi dah dikejutkan, plan mereka nak ber skytrek
tetapi since kena ada pre book so xdapatlah mereka nak ber sky trek
alih-alih kami kayuh jer la basikal

kalau last week nak masuk rumah 4 musim tu tak dapat
sebabnya semua tinggal duit dalam kete,
kali ni pulak rumah 4 musim ditutup sebabnya
perubahan musim..

Kali ni kami berbasikal ke tempat yang kami xpergi last week, lagi mencabar since naik bukit yang tinggi pastu turun ke empangan yang sgt curam so pepahamlah naik naik balik pasni mmg hazab~ tapi seriously kawasan empangan tu sangat sunyi and air sangat jernih. So time sampai tu ada dua tiga orang sibuk duk memancing.




Tenang and Relax..
Ilang jap perasaan penat tu sebab dapat tgk keindahan pemandangan di situ.


Dari bukit cerakah, terus ke Masjid Shah Alam untuk bertukar pakaian then ke Sunway pyramid. We have our lunch and then karaoke till drop.
Thanks to Aiman sbb jadik driver kiteorang.. and zul menyanyi tak ingat!!~

p/s: pic selebihnya kat facebook

Thursday, 4 March 2010

Sejenak - Gundah Gulana

Gundah Gulana ~

Itulah yang dapat menggambarkan perasaan aku buat ketika ini.
Kerisauan yang amat sangat pasal internship aku yang masih tidak dapat ni, walaupun dah dekat 20 company aku approach. 12th April dah bermula internship aku tapi till now tiada lagi jawapan positif. Setiap hari celik mata check email and check website internship tapi yang ado~

Final exam pun bakal menjelang tiba tidak lama lagi, ikut jadual yang paling latest exam aku bermula pada 25/3 sehingga 7/4. So untuk tempoh ini aku kuarantinkan diri aku kat area uia. Paling jauh boleh pergi pun sekitar gombak jer la. Jauh-jauh xmo~ muktamad.

Baiklah rasanya untuk bulan 2 aku dah banyak susahkan beberapa kenalan aku yang terpaksa dengar aku bercerita mahupun aku jadikan tempat mengadu. Maaflah aku tahu kalian sibuk dengan kerja dan kehidupan kalian semua. Tetapi terima kasih kerana masih sudi mendengar aku bebel.. :P

Hari ini juga aku tidak tahu adakah itu noktah atau suatu permulaan cerita, yang penting drama yang tak tercalon di oscar ini makin komplikated jalan ceritanya sehingga aku terheret sama, jenuh aku fikirkan kenapa aku diheret sama kerana aku hanyalah watak jemputan yang datang berkenalan dan cuba keep in touch tapi end up aku dapat watak juga. Alhamdulillah aku berjaya lari dari drama ini dan aku harapkan kalian settlekan elok-elok. For whatever reason between you guys.. i'm still kawan kalian.

Bercinta? tak mungkin..
Aku malas, masih banyak benda lain aku fikirkan.
Hidup aku pun masih up side down so settlekan dulu soal aku..
the rest kemudian lah.

Esok jumaat aku akan ke picc..
menyokong syazwan di pertandingan pidato antarabangsa bahasa melayu.
Jadi untuk semua saksikan secara langsung di tv1.
malam esok yer..

Haqq Out~

Monday, 1 March 2010

Berbasikal itu Best

Wayang lagi? Ada yang nanti kata aku kaki wayang~

Usai solat jumaat, terima sms dari aiman ajak tonton wayang dengan cj. Baru jer aku bercadang nak lelapkan mata yang sangat mengantuk tetapi tetap juga pergi. Ramai orang di one utama ni, al maklumlah cuti maulidur rasul.

Jadi memilih untuk menonton cerita "The book of Eli", cerita yang serasa aku tiada dalam senarai filem yang mahu ditonton. Tetapi layankan, janji ianya bisa beri kepuasan pada aku. Cerita yang ringkas, aksi yang ekstrem dan memerlukan pemahaman yang mendalam untuk cerita ini agar hati tak terpesong. Jesteru kanak-kanak tidak disyorkan untuk menonton filem ini.

Habis tayangan pun sudah jam 12 tgh malam, tandanya pagar kota larangan kini terkunci rapat.. itulah jam loceng sudah berbunyi, aku gagal memenuhi syaratnya. Ambil keputusan bermalam di rumah teman aku, sebelum itu kami pusing bandar kuala lumpur sehingga jam 2 pagi barulah pulang~

Hari yang simple tetapi buat kami gembira, lupa seketika redup yang melanda..


Sabtu malam terima sms lagi, ajak berbasikal di bukit cerakah ahad pagi, setelah dipastikan jam 7 pagi ahad aku dah siap menanti driver datang amik, hehe.. mati pasni aiman xmo amik lagi~ sampai kat umah cj dah jam 8 pagi tambah sesat lagi so jam 9pagi lebih kurang kami tiba di destinasi..

Blur jap bila dah sampai~ sebab tak tahu mana nak mula..
amik basikal yang disewa, haa sewanya tak mahal pun, murah jer.. so mulalah kami kayuh basikal tu, kekok sedikit setelah lama juga aku tak mengayuh basikal ni.

penat, letih, semput, lapar, happy semua ada. Rasakan lagi semua tinggal wallet dalam keta, jadinya dahaga pun kena berjimat ~ hehe kelakar plak~

3 jam mengayuh basikal tu penat and sangat letih tetapi enjoy... lupa plak kat bukit cerakah ni, ada taman kaktus, dusun buah buahan, taman burung, taman hiasan dan macam-macam lagi, untuk yang tak pernah pergi boleh pergi and enjoy disitu.

Ouh untuk gambar kena tunggu..
sbbnya hanya cj yang berjaya tangkap gambar..
camera yang aku bawa dah habis bateri.. sudey lagi..

Penghujung bulan 2 yang menyeronokkan~ bulan 3? kena serius peperiksaan akhir semester bakal menjelang tiba.. doakan aku yer.