Sunday, 4 December 2011

Just me!!


Sigh!! Readers, 1 month left for me to complete my degree, am i prepare? I really don’t know!! Okeyh currently i’m on my way to finish the report for my research. Yeah that’s me, bila ada masa benda lain aku fokuskan, now di hujung-hujung baru aku terkial-kial nak siapkan semuanya.  Ouh aku tak tahu kenapa lately something stuck in my mind, jap jer aku happy and selainnya aku macam nak maki orang or dalam erti kata lain emo!!. Easily be mad at something simple or something that i can’t get. I’m getting annoyed with internet connection that really sucks and i really need it to be good because it’s the only thing make me connected with my family and friends. Yeah last week i went to the garden and survey for a new handphone. Lepas fikir-fikir i choose to use blackberry with maxis prepaid because it’s cheaper than using line but somehow half of me already fell in love with samsung s2, then again i got headache for that simple thing. Yeah feel like to grab both but then i told to myself to be patient and think carefully, so that final decision i will use blackberry. Just waiting for my tabung to penuh!! Halfway to go.. Santa can u grant my wish? :p crazy!!
Sorry for the crazy update! =)

Tuesday, 15 November 2011

Happy Birthday Aunty Norlin!!~

It's Aunty's Birthday!!
Congratulation Aunty Norlin!!~

Last week on 10th November, kami merancang untuk mengadakan suprise party in advanced untuk Aunty Norlin. Idea suprise party ni kami dapat time duk dinner and Myra yang suggest  this idea. So selepas beberapa siri discussion kat facebook maka terjadilah list di bawah ni.

Program Coordinator : Ewan
Bawak Beli Barang : Syazwan
Decoration : Nana
Food : Myra
Spy and Cake : Madie
Gift : Haq
Invitation and Attendance : Izzat
Host : Mail

Ouh time organize birthday ni, aku dalam cuti pertengahan semester so kiranya tiada problem sangatlah dari kami cuma datang awal sikit untuk celebrate birthday aunty. I am so excited. Gosh i'm incharge pasal hadiah. Memula tak tahu nak bagi aunty apa, so it's end up bagi scrap book with dalamnya our card or wish to aunty sempena birthday beliau dan gambar sepanjang kami kenal aunty. Sweet tak? On 9th tu gigih aku merempit ke taman melawati dan sri gombak cari barang-barang nak buat scrap book ni, i wish i can have a lot of time and more money to do scrap book yang i wish!! haha. That gift betol-betol siap 1 hour before aunty balik umah. Sebab wish kawan-kawan yang lain last minute semuanya. Tapi yang penting apa yang kami tulis ikhlas dari hati kami. We Love You Aunty!!~

On 10th tu awal pagi dah bangun dan bersiap, meet Yoba at KL sentral and naik ERL to Putrajaya. Arrived safely at Putrajaya and tunggu jap Syazwan before we directly gerak to Aunty's house. Lunch at Aunty's house, best food. Mungkin sebab selalu makan lauk cafe jer so makan kat rumah ni selera lain sikit walaupun bukan rumah sendiri. Hiks~ Lepas tu meeting di dapur nak masak apa, ouh our Chef Myra tak dapat datang atas masalah kesihatan. So aku terus tukar task iaitu memasak. So the menu totally changed, aku masak Baked Mac and Cheese and Pisud akan masak Nasi Goreng ngan Ayam Madu. Before that kena topup bahan-bahan so terjah Alamanda la apa lagiii~ hehe. Ouh this part pun best sebab macam family gi shopping kata Yoba lagik. Lepas tu part memasak pun best and meriah jugak. Kat dapur tu macam ada party. Ada yang bersih ayam, potong memotong dan sebagainya. Thanks to Kak Sariah a lot sebab melayan karenah kiteorang kat dapur. 

Lepas semua dah sampai Pisud amik turn masak nasi goreng and geng Villa Propa plak kat dapur. Last minute cari cili kering memang kelakar, ingat tak sempat masak tapi Alhamdulillah jadi jugak!!~ kalau tak merasalah double suprsise hari tu. Sementara tu kami kat luar duk siapkan Book Gift of Love tu. Meriah jugak dengan ada yang duk bertanding kad saper paling lawa. Nana mmg pesaing yang kuat yer, konfiden level dia sangat tinggi walaupun dah separa ting tong. Hehehe.. Few other incident happen, biarlah kami jer yang mengingatinya. Nak tulis semua kat sini hbslah aku nak menaip. Bahasa pun dah huru hara dah ni!!~ Ouh lupa credit to Hasiah sebab dia yang wat Triffle. Besh jugak!!~ layan la

Okeyh!!~ walaupun Aunty dapat agak, tapi tetap kami berjaya suprisekan aunty. Guna dapur without permission tu salah satunya. Lepastu Gift of Love tu paling sweet dari kami semua. Gelak ketawa time siapkan buku tu paling best. So let's c the picture.. 




Pose!!



Nana tengah high!!~ dia demam pity her




Gift of Love!!~




Birthday Cake Aunty!!~

Sorry again kalian if entry ni macam huru-hara. Yup lately memang aku taip blog macam makin huru-hara. Sedihnyer!! Ouh nak say something untuk aunty..

"Aunty, thanks sebab menerima kami semua sebagai penyeri hidup aunty. Gelak tawa bersama tu sebenarnya antara moment terindah yang wujud ketika kita semua bersama. Bagai sebuah keluarga itu perasaan saya. We will always support you Aunty and InsyaAllah we will never let you down." Thanks to Uncle and Madie jugak sebab support kami untuk organize event ni.!!~ Happy Birthday Aunty!!~ take care.


Love!!~
Haqq!!~

Thursday, 3 November 2011

Birthday Celebration

Sambutan Jubli Perak!! Simple yet meaningful.. Ouh ahad lepas birthday aku! I am 25 years old now. Usually sambutan birthday aku biasa dan tak pernah disambut besar-besaran. Yup i agree i don't need a big celebration but what i need is with my people that i know and people who love me. Alhamdulillah like a dreams come true. Eventhough without my family, but all of them pun tetap ku anggap keluarga.
 
Malam birthday aku dikejutkan dengan kehadiran Faiez, Fakry and Jalil.. Diaorg berjaya mengejutkan aku dengan homemade cupcake, belon, kuih, dan 1 jag air. I'm crying because tak sangka they really come here with all those thing. Lagi terharu bila tahu diaorang gigih wat cupcake siap decoration semua. I feel happy and thanks to them. Lepas ni confirm tak boleh lagi nak sentap sentap ngan diaorang. How? like i care kan, sentap tetap sentap. So lepas ni kena plan la plak macam mana nak sambut birthday diaorang next year. =)
 
On Monday plak there are another birthday celebration. Memula plan nak gi lepak makan-makan kat Baskin Robin, tapi end up having dinner at TGIF Pavillion. Sambil dinner sambil bercerita memang best sebab dapat lepak ngan orang-orang yang kita kenal. Lepas makan dan bersembang, sekali lagi dapat kejutan.. biasalah kot kat TGIF all the crew came and nyanyi lagu birthday with Baskin Robin Ice Cream Cake. Meriah sekejap TGIF tu. Terus tiup lilin? tidak kena buli dulu oleh staff kat situ. I have to stand up on the chair and nyanyi lagu pape yang aku nak nyanyi kecuali lagu negaraku and lagu apa ntah lagi. Time ni malu tak yah cakap, malu sebab first time kot. Dah berani sikit cuba figure out lagu apa nak nyanyi. Entah macam mana time tu lagu ni jer keluar
 
"seumpana naskha yang terbuka, sesungguhnya tiada rahsia.. bacalah kenalilah siapa aku yang sebenar...."
 
then make a wish and baru dapat tiup lilin.. lepas sambung balik makan. Dinner kat TGIF ni ramai jugak, Okey Aunty Norlin, Madiha, Nana, Izat, Ewan, Acap, Syazwan and Zakwan. Dinner aunty sponsor, Cake Nana sponsor. Okey ucapan time kat TGIF tu pendek. So kat blog ni let me personally say something untuk semua.
 
Firstly, untuk mama and ayah.. i am happy and feel thankful dilahirkan dan dibesarkan oleh mama ngan ayah. Segala pengorbanan akan abe ingat sampai bila-bila and janji abe pada kalian berdua, i will make both of u happy and proud. Mama, even kita jauh terpisah di dua dunia yang berbeza you always alive in my heart. Untuk both my princess thanks sbb jadik adik yang baik pada abe even nakal sedikit.

Untuk Aunty, Izat, Syazwan, Nana, Ewan, Zack, Acap, Madiha.. malam itu i am so happy too. Mengenali kalian amat bermakna buat ceq. So if ceq ada buat salah silap for the future just tegur me directly. Hopefully this friendship kekal ke akhir hayat. Thanks a lot k for the food and cake. Besh!!

Untuk Faiez,Fakry and Jalil, thanks a lot.. i am happy and touched. Seriously happy.. You guys are also important in my life. 
 
Untuk kawan-kawan yang wish via sms, call semua thanks a lot. Ingatan korang buat aku adalah hadiah yang berharga for my birthday!!~ thanks 
I LOVE ALL OF YOU!!
MUUAHHXXXXX
















Friday, 28 October 2011

Rajin plak update hari ni..

Deng!! ketuk kuat-kuat sebab dah lama tak update blog and this year aku rasa paling sikit aku bercerita kat sini. Nak tahu kenapa? Sebab aku malas dan sibuk. Plus tiada apa yang best pun dalam hidup aku kerana setiap hari aku lakukan perkara yang sama. Sampai satu masa aku rasa sangat bosan..

Ouh it's October!! yeah my birthday.. honestly i can't wait for my birthday because i feel happy and good on that day. Firstly thankful to Allah sebab menjadikan aku, thanks to Ayah and Mama sebab melahirkan aku, membesarkan aku, and thanks to all sebab menemani aku sepanjang perjalanan kehidupan aku. Gosh i miss my mom badly.. i wanna give her a kiss on my birthday, i wanna received a present from her and what i really want is her.. We got so many Queen on earth and around the world, but i only have my mom as Queen of my heart.. Love you Mom!! Ouh this year celebration i don't know because all my best friend are not here and my very close friends also busy have to entertain his family. Forget, he did ask me to have dinner on sunday night. So that's it. hehe

Selesai sudah tanggungjawab aku sebagai komiti debat ppm2011. Ouh so many thing i want to share but everything is kinda secret so i cannot spilled it out here. One words is stress and not enjoy like before. I have an experienced organizing idc and royal debate when iiu become a host for that big event.  It wasn't stress like this one. What i really want to remember about ppm2011 is how all committeesss work very hard to organize that event and we made it. Alhamdulillah.. =)

That's all..
tunggu la if aku meroyan lagi so i will update it again..






Tuesday, 27 September 2011

i am so jealous with you


I am super duper jealous with my friend. He just bought his new hand phone!! see the picture below.. Urggh!! why am i so jealous? because this is my latest favorite hand phone since i do dream to use Blackberry and Iphone before. Yeah i like it very much becaue samsung galaxy s2 since it is cheaper than iphone and  besides that i read the review about this hand phone and it was really good and the demand for this hand phone is high. Ouh if you guys wanna get the review about this hand phone there a lot about it on the internet..


 By the way masih bersyukur dengan apa yg ada sekarang. cuma terasa nak tukar since dh 7 years kot i use my current hand phone and everthing dah not in a good condition. Jom simpan duit dari skank. cepatlah penuh tabung aku tu.
p/s: meroyan jap~ :P


Monday, 19 September 2011

Broga Again



 
 
Knowing myself, aku tahu aku bukanlah makhluk yang aktif dalam bersukan mahupun kegiatan yang menyihatkan badan. That's the fact. I love shopping, going to cinema but not outdoor activities such as cycling, hiking and so on. Walau bagaimanapun luckily aku berkawan dengan teman-teman yang buat aku sedar syoknya aktiviti macam tu. Ouh this entry i will share an experienced yang aku lalui Jumaat (16/09/2011) lepas.
 
 
 Rancangan awal kami akan bergerak seawal jam 5 pagi untuk kekaki bukit broga, malangnya since dah terbabas tidur, jam 6 kot baru bangun dan bersiap ke broga. Nak tengok sunrise? memang tak lah sebabnya setibanya kami di kaki bukit tu memang dah terang-benderang. Whatever it is, semangat pendakian diteruskan. Ouh honestly since naik pertama kali ke broga few month ago, i don't think i will come to that place again, well semangat berkawan itu kuat jadi aku datang lagi. I had mix feeling, sebabnya tahu susahnya nak panjat since aku ni bukan lakukan banyak exercise pun. Plus my body is quite big so macam susah jugak la. But just trust yourself and think positive more than negative.. InsyaAllah u will get the strength.
 
 
 
Ouh untuk kali perjalanan ke atas tu tidaklah sesukar mana kerana aku dah laluinya sebelum ini and basically i am mentally prepared for everything. Cuma i can't walk fast like the others and the had to wait for me. Seriously i feel quilty since they had to waste their time for me. Even though they didn't say it, but i can read. :P. Last time i come here aku tak sampai puncak satu pun, sampai kat pokok yang ada buaian, itu jer. So kali ini cabaran aku nak naik ke atas. Memang nak naik sangat, walau tak mampu sampai puncak ke 4, setakat puncak ke 2 dan 3 tu kira okeylah. Next time i will try to reach puncak ke 4.
 
Ouh aku kali ni pergi berempat. Sorang stuck kat pokok yang ada buai tu since he's a bit gayat kot, another one with me at puncak 3 and sorang jer sampai kat puncak paling tinggi tu. Well he is so gigih so memang kalau dia sampai ke puncak tu something wrong somewhere la kot. hehe
 
Sementara tunggu kawan aku tu naik ke puncak, so me and jalil did snap a pose here and there. First time in my life i try jumping pose. Memang leh lompat tapi not in a good pose la. Demmit kena try practice ni for future activity. Bila dah snap, my jumping pose is a bit awkward and cacat, fake smile and everything doesn't look right i think. hehehe

Kami kat atas pun sekejap jer, since one of our friends dah turun dulu. Ouh part turun ni aku memang cuak dan takut. Curam kot cerun nak turun tu. Time panjat tak rasa pulak kecerunannya.. Bila nak turun memang aku turun sambil duduk.. cakap la apa nak cakap janji aku selamat turun. Kat tempat macam tu xperlu i nak act cool or what. One more thing aku ni pun penakut jugak. Alhamdulillah selamat turun dengan jayanya, ouh tapi tengok ada sorang chinese boy tergelincir and luckily dia sempat berpaut pada dahan pokok.
 
 
 
 
Sampai kat petengahan jalan aku plak terseliuh, hurm sebab mata tak letak ditempat sepatutnya memang terus jatuh terduduk. Ya ampun time tu, only Allah knows how painful it is. Dari yang leh turun sekejap jadi makan masa yang banyak jugak. Again aku susahkan kawan-kawan aku. Honestly i am touch for what both of you had done for me. Thanks a lot and really really appreciate it so much.
 
30 minutes later we reach the parking lot.
 





It was a nice experienced and i loved it so much. It will be next time for sure.. i will go to broga again InsyaAllah.

Sunday, 14 August 2011

Alhamdulillah!! Selesai Sudah.

Syukur ke atas-NYA kerana dengan izin dan limpah kuarniaNYA, experiment project final year aku tamat dan dapat result yang aku kehendaki. Perasaan gembira itu hadir dikala aku rasa sedih dan rasa tidak terurus for past few days (again).

Semasa nak siapkan project ni pelbagai halangan dan cabaran perlu ditempuhi, semuanya menjadikan aku lebih matang dalam menyelesaikan masaalah mahupun berhadapan dengannya. Sepanjang menyelesaikan project ni, Prof, Lina, Kak Hidayah, Kak Shidah antara orang yang paling banyak membantu, tidak aku lupa teman-teman lab yang selalu memberi kata-kata semangat dan menghiburkan hati di saat aku perlukannya. Family dan kawan-kawan lain pula terima kasih juga kerana menjadi inspirasi aku. Kejayaan korang, ialah cabaran untuk aku.

Report plak, sv aku suh submit after raya.. So apa lagi melompat gembira jugak!! Nak balik kampung dah!! tiket pun dah terus beli semalam.. Nak balik berehat dan bersama keluarga. Nak lupakan seketika apa yg terjadi disini..

Ramadhan 14.


p/s: buat sahabat, diri mu masih aku perlukan.. walaupun aku bukanlah sebaik yang dikau harapkan tapi aku masih aku.

Thursday, 4 August 2011

Hari ke Empat Ramadhan

Lambat 3 hari baru aku mula bercerita disini..

Hari pertama ramadhan, dalam sedar atau tidak kita sebenarnya berpuasa.. Puasa kali ini tidak meriah kerana aku keseorangan di kampus. Kalau dulu roomate, kawan-kawan ramai sekarang ni di blok aku pun ada kurang dari 10 orang..

terawih malam sebelumnya di pavillion, menemani nina dan aiman shopping.. aku hanya menemani mereka. Jam 10malam aku dan nina bertolak ke KLIA menghantar lutfy pulang ke Saudi. Kasihan teman yang seorang ni, orang baru nak berpuasa dia terpaksa pulang ke Saudi..

Hari kedua pula aku di makmal, menyediakan beberapa perkara untuk step terakhir dalam procedure experiment aku. Sedikit penat, kata seorang teman hari kedua biasanya perut sudah terkejut kerana makanan tidak diambil pada siangnya.

di makmal, bergerak kesana kemari memang memenatkan.. sempat berborak dengan kak shidah pasak kpop, kerjaya dan suggestion sambung master kat korea.. interesting~

Ouh hari ni bernasib baik bila seorang teman lab, hafizal nak datang berbuka puasa di bilik aku. At least hari kedua tidak berseorangan time berbuka.


Hari ketiga, kembali berbuka seorang diri.. tapi sepanjang time berbuka sampaila ke saat aku menulis entry ni.. hati aku nervous sangat. Entah apa yang aku fikirkan.. hari ketiga ini aku super letih..

siangnya di lab, masuk stor chemical mencari urea.. macam-macam bau aku dapat. kuar je dari stor memang pening tak ingat..

sepanjang 3 hari ramadhan, cafe mahallah Ali jadi tempat aku beli makanan.. murah dan lauk yang aku nak dah makan ada disitu.

Hari keempat? nak bersahur jap lagi..

sahur aku air masak, biskut chipsmore dan kurma sebijik..

Okeyh.. now perlu berhenti disini.. nak menelefon keluarga di kampung kejut bangun sahur dan juga teman yang entah dimana untuk bangun sahur..

Saturday, 9 July 2011

Pertunangan .. Cuti

Penat, taip panjang-panjang sekali lost everything.
Okeyh quick update:

1 - Tahniah Pojie!! dah bertunang tapi senyap-senyap kan. Janji kahwin nanti kena kompang satu Malaya yer. If tak memang sentap! hehehe.. Papepun i doakan yang terbaik untuk you and tunang. =)

2 - Ouh ayahanda pulang esok dari mengerjakan umrah. i am so happy and excited. Gonna meet him at KLIA.

3 - Currently at Putrajaya, since bermalam kat umah kawan aku so datang jap temankan dia. Dia ada game volley. weekly game yang dia selalu ada. So leh cuci mata jap.

Okeylah itu jer kot
Nanti update lagi bila ada mood

Thursday, 19 May 2011

Cuti Wesak : Bukit Broga

Niat hati dah lama nak kesana, malangnya rasa cuak dan tak pasti makin menebal~

Hari isnin tengahari dapat sms dari kawan nak confirmkan nak join tak panjat memanjat ni, aku cakap bagi aku masa untuk fikir sekurang-kurangnya satu jam. Masa untuk fikir tu, aku google la cari info pasal tempat yang hendak dituju dan sms kawan-kawan tanya sebab ada yang dah gi. So aku decide untuk join.

Malam tu lepak umah member aku, sebab nak panjat ni sebelum subuh. So dalam jam 4.30pagi dah bangun bersiap simple jer sebab konsepnya dalam hutan tak ramai orang. Kami bertiga bertolak dari umah kol 5 pagi, sampai kat ladang kelapa sawit tu, dah ramai orang. Bayar parking RM2, cari port. Then mulalah berjalan memanjat bukit broga ni, sebab orang ramai so perjalanan tu tak sunyi sangat, then seronok juga ramai-ramai.

Trek ke atas bagi aku sedikit mencabar, sebabnya aku bukanlah orang yang selalu exercise, badan plak tu besar, so memang tak tahu tahap kesabaran aku macam mana. Sepanjang jalan tu aku memang fikir positive and bagi semangat untuk aku naik jugak ke atas. Terpaksa berhenti di beberapa tempat sebab semput. Before tiba ke puncak 1, aku dah memang angkat bendera putih. So aku decide tunggu kawan-kawan aku dekat ngan pokok tempat orang baling kasut tu. Nak naik tapi sangat tak larat. Sedih plak, tapi kawan aku yang dua orang lagi berjaya ke puncak 4 bukit broga. Dengki sebab tak dapat ikut naik ke atas.

Sepanjang aku kat bawah tunggu kawan tu, sempat perhatikan gelagat orang-orang yang datang. Yang buat aku kagum, ada pakcik-pakcik dan makcik-makcik sampai ke tempat aku tu, and ada yang sampai atas lagi. So kenapa tidak aku kan? Ramai jugaklah orang kat sana, kebetulan hari cuti wesak so memang agak sesak dan meriah kat atas sana.

Perjalanan turun lancar cuma kena hati-hati sebab ada part yang licin dan curam. Ouh time nak turun ni kami bersaing dengan keluarga kak rahimmah dan abg asrul, sangat meriah akak sorang ni. Penat tu hilang bila dengar celoteh akak kita ni. Sebelum balik singgah jap makan nasi ayam berhadapan sekolah cina kat area tu. Boleh tahan nasi ayamnya..

Okeyh aku nak gi broga lagik,
nak cuba panjat naik keatas tu.
InsyaAllah


Wednesday, 18 May 2011

Cuti Hujung Minggu : Teluk Kemang

Let's update:


Dah lamer aku mengidam nak bercuti ni, biarlah tak pergi jauh pun janji konsepnya bercuti. Jadi, hujung minggu lepas kami berempat ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Okeylah sekadar weekend gateway. Tak jauh sangat dari Kuala Lumpur. Okey aku sangat excited bila duk fikir pasal percutian ni, honestly aku tak fikir benda lain dah selain duk terfikir nak relax jer. Kami bertolak dari Sg. Besi malam around 8pm and sampai kat sana around 9:15pm kot. Since company tempat one of my friend keje tu ada buat kind of small apartment untuk disewa staff so kami stay kat situ. Murah pun murah, cukuplah untuk cuti weekend. So kami cari punya cari jumpa tempatnya di teluk kemang. Ada 6 unit rumah apartment, okeylah.. kemudahan asas complete and selesa. Sebab aku ni jakun so paling penting ada swimming pool.. hehehe~

Malam tu pusing-pusing cari tempat makan, akhirnya makan tepi laut on the way ke hutan lipur kot. Okey service sangat slow.. plus masak macam tak reti sangat. Sabor jer la.. tapi inilah kaedah jalan-jalan cari makan~ nyamuk pun banyak..

Aktiviti kat sana most of the time mandi kolam~ celik mata pi breakfast terus terjun dalam kolam, sampai kecut semuanya baru naik.. Duk bersembang sampai bosan, terjun lagik dalam kolam~ pastu mandi kat pantai plak~. Okey if kat teluk kemang ni, pantai dia not bad.. tak ramai orang dan tak kotor.. Air pun boleh la tak sekeruh kat pantai melawi yang aku biasa gi.

Kalau gi trip mesti ada BBQ, so konsep mudah perap ayam guna sos knows jer. Google kat mana ada mall di PD, lucky us jumpa oceanic mall.. so pergila beli pape yang patut. Kami pilih nak bakar-bakar tepi pantai. So mmg gigih angkut semua barang-barang ke pantai, hidupkan api, sambil tu main kad.. sampai terlupa ayam hangus~ tapi still can eat..

Okey kami balik dari PD hari ahad, tapi singgah makan dekat Ayam Panggang nasi kukus, menarik gak cuma aku lagik suka ayamnya.. Konklusinya percutian pendek ini sangat best biarpun ada kekurangan tapi ianya hilang bila asyik bergelak ketawa dan yang penting ENJOY THE PRESENT moment.. =) thanks a lot to Faiez, Shah, and Hafiz.. p/s: men kad sampai kol 4 pagi tu best gak.. =)




Friday, 29 April 2011

It's today

Today is Will and Kate's Day!!
Their Wedding Day!! 29th April 2010..



Don't miss to watch this ceremony!!
Ntv7 and Astro
3pm

C O N G R A T U L A T I O N S
may you be prince and princess of people's heart too
just like your mum

Sunday, 17 April 2011

Yeay Exam END!

Okey now mood untuk berblogging kembali~ i need to share with all of you few things..

Yeah!! this semester already end by last friday with my exam at 9am till 12noon, currently i 'm stuck here to finish my final year project. ~ sigh!! while other student packed their belonging and going home and i still here watching korean movie/series. Ouh my fyp consist of an experiment and report. Since the experiment is going on so that i can't finish the report yet and have to wait for the result of the experiment. i already apply for deferment about 5 week and during this 5 week hopefully i can finish it successfully~ InsyAllah.

Ouh currently my mood upside down, not currently but as always. lol.. sigh like i have "pms" but for a long time. Hopefully i can handle it without hurting other people around me and i have to pretend to be happy eventhough inside of me i feel scared thinking of result final exam that will coming out by end of this month.

Ouh for next two week, i will finish my final year project, going for penang trip/perak trip.. it's depend on my mood which one will make me totally happy and praying that i get good result for my final exam, and many more. For time being i just sit down and relax watching korean series, full of it in my hdd.. love korean entertainment so much!!~

till we meet again!!~
have a great sunday

Sunday, 27 March 2011

Berkecil Hati

Salah siapa? salah aku la.. FYP ni ubah aku jadi manusia yang lagi banyak negatif charge kot. Tadi duk chat ngan kawan aku bercerita pasal diri aku sekarang. Sekali dia sound yang aku ni macam ada perubahan sedikit senang citer macam orang mati isteri. I admit sekarang ni kekasih aku FYP la, siang malam duk fikir pasal tu jer, sampai doc pun cakap aku ni sakit sebab terlampau stress and takde rest. Since banyak masuk lab, aku rasa makin hilang kawan, i mean kawan lama makin tak berapa nak rapat tapi banyak lepak ngan kenalan baru. Entah itu yang aku rasa, aku jadik selfish sedikit sebab keadaan kot, after kelas at 1pm aku dah ada kat lab til 6/7pm kekdang sampai malam. So balik bilik, study and rest untuk esok plak~ so memang aku jumpa kawan kat lab jer la. Itulah rutin aku dah almost a month..

Last week dapat relax sket since gi lepak umah membe aku, sleepover at his place, jauh sikit dari kampus and dpt tengok persekitaran feel relax. Thanks a lot to my friend tu, next time nak gi lepak lagi, maybe lepas final exam. Isu berkecil hati bila tengok mereka yang selalu lepak ngan aku now kuar pun tak ajak. Yup memula ignore jer la tapi makin lama i can't handle.. since banyak negatif charge so fikir pun negatif dulu la~ Entahla if ini berterusan, aku terima jer la since dunia kita makin berbeza, kalian dah kerja aku masih student.

K la membebel panjang sangat, ouh before that, next week aku dah start final exam. Doakan aku eh.. Sorry pada semua kawan-kawan lama dan baru dan semualah~ aku enjoy masa sekarang, aku hargai masa lalu dam aku mengharapkan yang lagi baik untuk masa hadapan..

p/s: my exam on 2nd, 6th, 7th and 15th..

Saturday, 26 February 2011

Kusut

Macam mana eh nak menyusun kata? dalam kepala aku ni banyak sangat yang aku fikirkan tapi tak tahu macam mana nak luahkan. Aku rasa dalam 2 3 hari ini aku terlampau banyak berfikir. Nak kata aku tak happy, Alhamdulillah aku okey jer, tak la happy sangat dan tak jugak sedih giler. Almost okey and just ikut jer flow yang aku ada sekarang. ~ sigh!! i wish i can say it out loud!!

Betul jugak kata orang, tak semua benda yang kita nak dapat. Currently aku kalau leh nak rapat, nak happykan semua orang kat sekeliling aku. Tapi sebaliknya, lain pula cerita. Bila rapat ngan si A, si B pulak aku rasa tak rapat. Walhal A dan B langsung tak berkaitan. Or adakah ini hanya perasaan aku? i wish i can solve it.

Okeyh weng dah!!~ that's all..

Tuesday, 15 February 2011

Lonely .. I'm so Lonely

Baru selesai sebahagian ulangkaji untuk exam hujung minggu nanti, tetiba rasa sayu dan sedih. Ya Allah akhir-akhir ini aku makin tidak mampu nak tanggung ujian ini. Pernah aku tanya kenapa sukarnya ujian untuk aku, kenapa susahnya jalan aku untuk habiskan degree ni. Tengok kawan-kawan lain senang jer, dapat kerja pun bagus-bagus. Sesungguhnya aku iri hati dengan mereka, ingin jadi seperti mereka.. mungkin belum tiba masanya buat aku.

Dari satu sudut aku fikir, mungkin aku masih belum bersedia untuk menghadapi dunia di luar sana, maka aku diuji dengan keadaan sekarang. Almost tertekan sepanjang masa, dan rasa sunyi giler. So kawan-kawan yang aku selalu kaco via sms ke, call ke, maaflah. Sekadar nak mendengar suara kalian supaya dapat memotivasikan aku. At least aku tak rasa keseorangan. i do feel like a loser now!!~ hanya pada DIA aku menangis mengadu segala cerita yang terbuku di hati. Moga dikurangkan bebanan jiwa dan dipermudahkan segalanya.

Beberapa hari lepas dapat call dari teman baik aku, katanya dapat kerja nun jauh di rantau orang, terkedu seketika. Sedikit rasa sedih, sebabnya dari dekat duk jauh plak. Maknanya makin sukarlah nak lepak lepas ni. Tapi aku tumpang gembira dan happy untuk dia kerana peluang yang datang tu sukar kita perolehi. Moga gunakan peluang dan manfaatkan masa yang ada kutip pengalaman sebanyak mungkin untuk digunakan di masa hadapan. Sebesar mana ruang yang ada tapi jika keseorangan semuanya tak bermakna. Aku sangat perlukan kawan-kawan aku, selain keluarga kerana tanpa mereka memang hidup aku sepi!~


Saturday, 12 February 2011

Road Trip Day 2

Uiks kesibukan melanda diri, tetap nak sambung cerita ke ipoh!! sorry aku sedikit jakun so bila dapat bercuti walaupun dekat tetap nak story kat sini.

Since trip ke ipoh ni just trip hujung minggu so hari ahad kiteorang dah bersiap nak balik. Tapi before balik still nak pusing-pusing ipoh dulu. Since plan nak ke garage sale, or pasar orang jual barang-barang antik tidak kesampaian, so bangun jer terus brunch. Brunch kali ni kat kedai aper ntah. Lupa!! tapi makan nasi ganja. Haa jangan la plak ingat ganja yang diharamkan kerajaan tu, nama jer nasi ganja, tapi sebenarnya nasi lauk ayam goreng and berkuahkan kari kot. Ramai giler orang kat kedai makan tu. Harga pun murah~

then dah kenyang, singgah plak kat stesen keretapi ipoh, yang ni aku request since nak sangat ke situ. Next plak tempat aku gi Perak Cave Temple.. temple ni macam dalam gua sedikit, ada patung buddha dan lukisan dinding. Dan di temple ni ada tangga untuk ke puncak, so that korang dapat tengok pemandangan dari puncak bukit ni. Ouh korang hanya perlu mendaki anak tangga, dan tidaklah sukar mana, cuma bagi yang kurang senaman macam aku. Cepat sikit penat.~ huhu.

So dari situ, balik rumah and berkemas nak balik KL~ singgah jap di Kampar, rumah nenek kawan aku. Sangat excited bila singgah kat kampung kawan aku ni, since umah nenek dia, umah melayu traditional and persekitaran yang sangat luas dan bersih. Honestly next time ke sana, aku nak lepak kat kampung dia jer, since aku teringin nak duk kat kampung macam tu.

Okeylah~
itu jer trip aku. maaf sesangat if cerita diatas tak best or pape lah yang seada dengannya.
try to improve later~

Tuesday, 1 February 2011

Road Trip Day 1

Road trip to Ipoh~ itulah agenda yang dirancang.. Kebetulan kawan aku faiz nak balik sana so ape lagi ikut jer la, lagipun since cuti pertengahan semester dah start kan, so grab la peluang ni nak kenal tempat orang. Plan berempat tapi since 2 orang lagi kawan tak dapat ikut serta sebab tetiba ada keje yang tak dapat dielakkan. For sure if berempat lagik meriah la road trip ni~

Dari gombak dalam kol 7pagi tu, kami sampai kat kampar dalam kol 9 lebih kot. Singgah jap kat kampar sebab kawan faiz ada kebun durian so stop untuk makan durian. I'm not so lucky, even durian banyak tapi aku memang tak makan durian. So can't help~ Dalam kebun tu, ada pondok tinggi jugakla tempat untuk berehat and nak melepak sambil makan durian. So most of the time duk tengok jer la diaorang makan. Lepas jer makan, pi pusing-pusing tengok ada tak durian yang jatuh. Honestly berjalan dalam semak without proper shoes memang menakutkan, aku pakai flip flop jer so memang asyik terpikir menatang yang berbelit-belit tu, nasib baiklah xde pape~ huhu

Puas sudah melepak kat kebun durian tu, kami teruskan trip ke ipoh~ lunch di restoran tasik raban. Banyak sangat pilihan makanan yang ada, and murah. Aku rasa ngan lauk yang aku amik kalau kat kl sure la mahal~ service pun not bad. so next time kalau ke ipoh kena gi lagi restoran ni. Lepas lunch balik umah dulu rest~ tapi sebelum tu aku kena lunch untuk kali kedua~ memula memang taknak, since tuan umah dah angkat hidang semua. So nak tak nak kena makan jugak la kan? (bila nak kurus?) .. sampai umah tido~ huhu

Malam plak berjalan ronda ipoh~ sempat singgah di gerbang malam, macam uptown kat bandar ipoh la. Not so meriah macam kat danau kota, tapi crowd berbeza so sonok jugak~ before that dinner kat nasi ayam hainan~ yummy!! Ouh end day 1 kat ipoh watching movie Shaolin kat ipoh parade! best~

Sunday, 23 January 2011

apokah?

Kau hado? tetiba..

entah ada kaitan tak dengan apa aku nak story ni.. Mengong sikit lately due to some reason. FYP sepatutnya dah lama start, maksud aku awal semester lagi.. tapi since raw material aku agak susah nak cari plus aku pun mengalami syndrom malas teramat so aku biarkan sehinggalah minggu lepas.
So pre-experiment semua aku dah siapkan~ weekend plak plan nak grind and wat yang mana basic. Tup tup malam semalam ada part kat lab terbakar which is all lab kena hold tak dapat masuk. Down kot! yer la aku plan hari ni nak masuk nak teruskan kerja so esok leh la pre-treatment and proceed ngan next step.

So ni aku duk melangut depan komputer je la macam biasa..
hehe~ alhamdulillah lately aku dapat releasekan sikit tekanan aku. Yo lah dah kertu tapi masih belajar kat sini, kawan yang lain plak dah berkerja dan dah ada aset. Entah macam mana aku dapat handle ni pun aku tak tahu. Tapi aku percaya, ujian pada diri kita ni memang dah ditentukan. DIA tak akan bagi ujian kepada orang yang tak mampu menerima ujian ni~ So caiyok!! fighting..

oKey la sekadar mengupdate..

Thursday, 6 January 2011

FYP oh FYP

It's new year!! Ouh sambutan tahun baru berbeza sedikit.. biasanya aku hanya lepak di bilik, tengok drama or anything yang aku dapat wat with my blackie. Tapi tahun ni, kol 3 petang dah keluar, ke Midvalley.. temankan kawan aku ada kerja kat situ, then terus ke Digital Mall nak usha kamera.. Kuar dari situ dah kol 9.30malam, so terus plak ke Puchong.. terjah umah orang. Kat puchong ni dah agak lewat and sure tak sempat aku nak balik ke kandang aku yang dikunci kol 12tghmalam.. So dah keterlanjuran berjalan, teruskan ajer~ so terus ke Asia Cafe di usj kot, sebab kawan aku ni nak kena siapkan kerja before menjelang tahun baru.. Gigih okey~ so di cc tu dari kol 11malam till 12.10.. so tahun baru aku di cc yer~ sambil tengok We Got Married.. Then we choose lepak kat starbucks jap before balik.. Thanks Nina and Hannah for that night!~

Currently, aku sedang dalam usaha nak siapkan final year project aku.. Honestly dulu bila orang sebut pasal FYP aku cakap senang jer kot if ikut jadual semua.. tapi sekarang bila aku sendiri sedang berhadapan dengan fyp ni, aku rasa cukup susah even ikot jadual semua.. Hurm.. Lucky me ada akak master tu yang nak tolong, hopefully akak tu dapat tolong till aku faham apa yang perlu aku wat. If not menangis la aku.. and bertuah gak sebabnya kawan aku boy nak membantu, he's already done his fyp last semester so sem ni aku punya turn plak. ~ stress ada jugak ngan supervisor aku yang sangat busy ngan kerja dia.. tapi nak tak nak terpaksalah~ he's good sv cuma bz jer.. can't help..

Life aku Alhamdulillah, ketawa dan duka datang silih berganti.. buat aku bersyukur tentang gembira yang datang, dan menjadikan aku lebih tabah untuk duka yang hadir. Ouh cukup la dulu.. aku nak ke kelas~