Friday, 30 April 2010

Bebel!!~

I love this pic and few other pic that i have been attached with my post before. i did grab it from bro ian's facebook page. hehe credit to him.

I would like to share with you guys something but then i even can'T say it directly and everything keep moving in my head. Even it's hard to make one correct sentences.

Someone can just lend your ears to me so that i can talk to your ears and after i've done with it i will give it back to you. I do want to borrow your mouth since i do afraid if it can't keep my secret. What did i "bebel" here.




Thursday, 29 April 2010

Saya bukan Anti - Sosial


Saya bukan anti sosial yer!! hehe nak tergelak pun ada bila aku dilabel kan sebagai anti sosial yer.

Ceritanya macam ni, malam tadi housemate aku tempat aku praktikal ni ajak kuar lepak since diaorang dah masuk gaji semua. So bising la diaorang plan nak kuar semua.

Aku as usual la sepanjang praktikal ni aku balik jer kerja, mandi solat semua then aku mula bertapa depan encik itam ni sehinggalah aku nak tido dalam kol 10 malam or 11. Memang kegemaran aku suka lepak depan encik itam, layan muka buku ke, main game ke, tengok movie ke dan macam-macam lagik. So bila di ajak untuk kuar lepak aku jadi malas, bukan apa jap lagi nak salin pakai baju lain nak iron lagik dan sama waktu dengannya. So aku dah 2 3 kali juga menolak untuk ikut diaorang keluar.

Sehinggakan housemate aku siap perli lagi, " jomlah ikut, jangan duk anti sosial la. or xmo kawan ngan kiteorang?" terkedu jap. Diaorang mungkin tak tahu aku ni sangat terlebih sosial, since praktikal ni sajorh aku jadi sangat baik. Entah tetiba i change to be a good boy. So kesimpulannya saya bukan anti sosial yer!! tunggu lah i will reveal who am i dekat dekat nak habis praktikal nanti.


p/s: new interns nak masuk next week.. cuak!!

Tuesday, 27 April 2010

Interesting kah?

Rupanya baru 3 minggu aku kat shah alam ni, aku ingat dah 3 bulan. Lambatnya nak cukup 3 bulan ni, dah tak sanggup nak buat praktikal lama-lama. Kepenatan yang amat, job description aku pun kabur memang tak JELAS. Semalam memang aku stress, naik kat ofis tingkat atas sekali akak admin tanya

"since you have been here for 3 weeks, what do you think about this company?"

aku tengok dia, and tanya balik

"akak nak jawapan ikhlas or mengampu?"

then aku jawab la..

" i do not feel interesting at all, since everything is blur for me.."

and adalah sedikit lagi percakapan aku ngan akak tu..

akak tu sempoi jer, teman untuk aku bergelak, menari bagai dalam ofis kan.. hehe superb la.

Tapi hari ni aku juga bersyukur di tempatkan aku disitu kerana aku dapat pelajari ilmu lain, tak mungkin ianya ada dalam buku teks.. cuma sering diingatkan oleh orang tua kita.

so far kat tempat praktikal aku ni, aku cuba bergaul dengan semua orang dan perhatikan kehidupan setiap orang. Bila tengok orang lain lagi banyak kekurangan tapi berusaha untuk melakukan yang terbaik, tak pernah kenal putus asa aku terus motivated.

Btol kata orang kalau waktu yang ada ni, diberi peluang untuk belajar, belajar elok-elok jangan main-main. Nanti bila dah kerja senang, cari kerja yang elok-elok.

Ada hikmah disebalik apa yang berlaku..
Hari ini aku belajar untuk menghargai dan menghormati.




Monday, 26 April 2010

Kembali Jadi Baby

She's cute right? her name is Fakhira Adriana. I published her picture after i got the permission from her unty, Miss Nana Sarina. Click her name and you can read her blog. Full of Drama's.. hehe kidding.

Okey from europe, we are going back to Malaysia.
hehe

Happy sangat after tengok picture baby ni, yup tak perlu fikir atau buat keputusan. Hidupnya bangun makan buang and tido. What a great life then.. tapi untuk fasa bayi je la.

Okeyh kenapa tetiba aku fikir pasal buat keputusan ni? Okey entry ni macam nak beri sedikit penjelasan buat teman-teman yang sekeliling aku. Harap selepas entry ni, aku cuba jadi yang lagi baik untuk kalian.

Terkejut beberapa hari lepas ada dua orang kawan tegur sebab aku jarang ikut aktiviti yang di anjurkan atau senang citer aku ni kekwat sebab tidak menghadirkan diri dalam program mereka, even dah di ajak.

Okey sebenarnya aku ni tidaklah memilih atau sombong atau papelah yang sama waktu dengannya. Kadang-kadang bila ajakan itu datang serentak, aku akan pilih yang mana datang dulu, itupun menghormati ajakan orang dan biasanya ketidakhadiran aku itu mesti disertakan maaf cuma kadang-kadang terlepas pandang.

Hidup aku sebagai student masih banyak halangan yang wujud, program university, hal-hal peribadi dan sometimes kewangan juga jadi halangan. Almaklumlah masih ditaja FAMA ni kena juga bajet. Even aku duk berenjoy sakan tu, still meminimizekan penggunaan wang. Btol and tak tipu. Sometimes ada juga bila ada waktu lapang aku hanya ingin tidur secukupnya.

Dalam berkawan, aku tak memilih.. TETAPI orang selalu memilih untuk berkawan dengan aku. Aku pasti setiap orang ada alasannya tersendiri, selagi mampu aku akan fikir positif, selagi mampu aku akan cuba jadi rasional, selagi mampu aku pasti ingin hiburkan hati teman-teman sbb tanpa korang hidup aku pun sunyi gak, tiada siapa nanti nak tengok blog aku and tiada siapa juga nak komen status aku kat facebook. Tak begitu?

Senang citer hidup kita ni saling memerlukan antara satu sama lain..
cuma ada persefahaman atau tidak.

Maaf untuk semua teman jika wan haqq ini banyak buat kalian terasa dan apa-apa yang sama waktu dengannya..




I love baby..
Tomeynyer dia!!!!

Saturday, 24 April 2010

Drink with ME!


It's my drink!!~
New drink for summer from starbucks..


Kaku sekejap bangun pagi di hujung minggu tanpa aktiviti..
Sesudah solat subuh terus aku meneliti isi perut encik hitam aku ni..
walaupun isinya dah berhabuk tapi malas lagi aku nak menguruskannya..
hehe, tapi encik hitam jangan merajuk ek, sudah aku habiskan duit
beli kepala baru kat encik hitam.. jenama dari korea lagik!!
saya sayang encik hitam saya ni.. tanpamu hidupku tak bererti..

Pagi tadi merempit jap,
mcm tak sesuai jer aku merempit tapi layankan ajer..
merempit ke seksyen 9, ke plaza shah alam,
aku rasa tempat ni paling sesuai untuk aku lepak
pertamanya tak ramai orang, kedua ada kedai yang cukup..
so sempat aku beli movie.. ingt nak beli the nanny tapi terbeli the .....
totally xtahu citer pasal apa cuma baca sinopsis vampire..
so okey la kan since skank demam vampire
tapi lain plak bila tengok.. citer dah mcm porn movie..

Nyesal sebab better beli the nanny leh aku gelak xingat..
so next week kena gi beli the nanny..

Ouh petang tadi my bro from penang sampai..
before dia gi amik buah hati dia, dia singgah jap anta tiger aku.+
dah lama dia belikan baru nak bagi.. tapi okeylah i'm hepy..
pow dia dinner kat oldtown..
as usual dia kritik naper aku makin besar..
jawabnya aku pakai baju kecik!!~ sekian..

Now~ dah malam xtahu nak uat pe..
Have a great weekend uols


Thursday, 22 April 2010

Cerita Beliau

Usai solat maghrib aku terus memakirkan diri ini di hadapan kotak tipis, cuba mengingati kembali apa yang aku telah lalui untuk seketika. Dari satu blog ke satu blog aku terus membaca, mataku terhenti di satu blog menceritakan akan suka duka kehidupannya..

Iya sudah lama beliau dalam senarai rakan di muka buku namun jarang sekali aku tegur.. hanya hasil karya beliau yang aku baca. Jujurnya aku langsung tidak mengetahui rupanya disebalik senyumannya dan cerianya punyai satu cerita perjuangan yang mungkin aku tidak mampu menghadapinya.

Dari satu halaman ke halaman lain hanya mata aku jadi berair macam dimasuki habuk,hidung aku terus tersumbat sebagaimana jika kita selsema, nada suara aku mula bertukar. Aku memang mudah tersentuh akan sebuah cerita yang sayu. Erm penyakitnya mungkin tidak bisa diubati lagi, namun beliau masih gagah untuk terus berkarya menghadapi saki baki hidup yang tinggal.

Untuk kamoo.. tabahkan hati terima semua ini dengan tenang moga kamu bisa menghadapinya sehingga ke hari akhir tanpa menyoal sedikitpun ujian ini dari-NYA. Kerana hanya insan yang disayangiNYA di uji sebegitu rupa. Doakan aku buat kamu supaya di pulihkan kesihatan dan tidak mudah berputus asa kerana apa yang kita miliki adalah milikNYA dan DIA mampu melakukan apa sahaja.

Beliau ialah:
Safwan Husaini



Wednesday, 21 April 2010

Internship and Interschool

Salam. Terhenti seketika mengupdate blog sebabnya cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran di tempat baru. Kalau sebelum ini tempatnya selesa di gombak punyai compartment yang beri ruang privacy untuk diri aku kali ini tidak. Kena memahami konsep rumah bujang, tapi xsemua rumah bujang yang ado yer.. So untuk 3 bulan ni aku kena bersabar je la, harapnya masa cepat berlalu..

Minggu lepas, kol 4 petang aku dah cabut kuar and terus balik ke umah and pack few shirt untuk balik ke gombak. thanks fathi sebab tolong amik aku and anta ke stesen komuter shah alam. Singgah jap kat kl sentral for dinner, ingt nak meet "dia" tapi tak sempat plak since aku pun xde mood. So terus balik ke uia untuk join opening ceremony interskewl debate. Xbesh dis year x dapat jadik komiti..

Rumusan interschool this year, alhamdulillah lagi smooth compare to last year yang paling ketara kes keracunan makanan yang beri tekanan kepada biro katering, so this year semua tu tiada and makanan lagik best compare to last year.. Sempat aku jadi judge untuk 6 pusingan awal, and thanks beri kepercayaan for that. Bangga juga tengok sekolah harian mara ke octofinal, sebb last year smk jitra x break and ranking pun agak bawah, this year you guys prove it.. sbb itu janji korang last year kan.. walaupun gagal ke quater, korang tetap mantap mungkin tiada rezeki just dont give up!!~ smk dato' ahmad maher plak, kalian buktikan sekolah dari negeri cik siti wang kembang mampu ke semifinal, almaklumlah sebelum ni baik mrsm pc atau faris petra, kalah jer terus nak balik kan?

Aku tak sempat nak menonton quater, semi and final sebab hari ni dah masuk kerja.. so semalm awal pagi aku dah cabut balik shah alam.. almaklumlah bukan mahir aku bawak motorsikal ni.. alhamdulillah semuanya selamat..

So jumpa lagi di intershool next year..
itu interschool terlast aku jadik komiti.. insyaAllah..

Thursday, 8 April 2010

Jom Mula

Saya kembali..

Kembali untuk berapa lama itu tidak pasti. Cuma biarlah aku punya masa dan kekuatan untuk berblogging ni. Banyak sangat hal yang telah berlaku dalam hidup aku bermula dari entri terakhir itu hingga kini. Ingin berkongsi dengan kalian tapi tak mampu mengingati cerita yang ingin di kongsi..

Alhamdulillah peperiksaan akhir semester kali ini telah selesai aku jalani, sepatutnya exam habis aku patut gembira dan lega, ini lain plak. Aku rasa takut, sedih, sunyi dan macam-macam. Hurm entah teman rapat yang selalu lepak dengan aku bila hujung minggu pula dah memulakan kerjaya baru beliau..

Walaupun peperiksaan akhir dah habis, aku masih belum mampu untuk berehat atau betulkan otak yang dah memang weng ni. Aku dah mula fikir nak kemas pakaian yang patut dibawa ke rumah sewa sebabnya minggu hadapan aku dah mula praktikal. Haa aku tak jadi buat praktikal dekat bangi, tapi aku akan menjalani latihan industri aku di shah alam. Doakan aku yer..

So bermula saat ini, aku akan mula update blog macam dulu-dulu..
konsepnya kekal sama, sebab ni blog aku so suka ati akulah kan nak tulis apa..
aku hanya tulis dari pandangan aku sahaja.. tak suka beri teguran.. insyaAllah aku perbaiki mana yang kurang..

~