Saturday, 30 January 2010

i'M dOWn!!

Sedar atau tidak malam ni aku akan kembali ke tempat itu untuk meneruskan cita-cita aku. InsyaAllah biar lambat, akan aku habiskan juga saki baki yang ada. Sebelum cuti aku la orang yang paling excited nak cuti, tapi sekarang ni, aku juga yang nak balik ke tempat itu secepat mungkin..

Cuti kali ini beri aku suatu yang pahit untuk aku telan dan hanya DIA sahaja yang tahu betapa aku sedih dan kecewa. Kenapa selama ni ketika aku demam sakit, tension dengan study, orang ini langsung tidak ambil tahu, tidak juga nak bertanya khabar. Tetapi bila aku tergelincir sedikit, hinanya aku di mata seorang saudara.

Ia tadi terdengar ceritanya pada nenek aku, yang aku mungkin silap dalam baca pasal ubat nenek aku sebab aku tergelincir sedikit in study. Ya Allah, aku tergelincir bukan bermakna aku BODOH!!. Hati aku sedih giler and end up makin cepat aku kemas barang nak balik ke tempat itu.. Makin juga aku merindui seseorang yang jauh pergi tinggalkan aku.

Erm.. entahlah ini sebuah kehidupan yang banyak ceritanya, ada pahit dan manis yang disimpulkan bersama untuk menjadikan kehidupan kita itu lebih indah. Aku terkilan.. aku kecewa.. satu hari nanti bila kertas sekeping itu di tangan.. aku akan framekan dan letak di satu sudut supaya mereka dapat lihat dan malu dengan apa yang mereka katakan pada aku hari ini..

p/s: alhamdulillah ayah, adik-adik dan kawan-kawan masih ada bersama dengan aku..

Sunday, 24 January 2010

I'm Back!!

Uiks tahun 2010 ni baru satu entry aku buat?

Btol ke?

Sekarang, mood untuk berblogging kian hilang, entah kenapa aku tak rasa sangat untuk berkongsi dengan teman-teman blogger lain. Nanti aku dikatakan suka menulis sehingga mengundang rasa tidak enak di hati teman-teman. Cuma sayang untuk aku tinggalkan blog ni sebab tahun ni dah masuk tahun ke 3 aku berblogging so banyak juga pengalaman pahit manis yang aku dapat. So kesimpulannya aku akan terus berblogging.

Aku kira banyak jugak gathering blogger yang aku tidak dapat ikut serta sebab ada komitmen lain yang datang lagi awal dari yang itu jemputannya. Jadi aku sangat-sangat minta maaf dekat kak Heze, Anis and Pojie. Neway diri ini tak sombong jauh sekali nak berlagak, cuma masa yang ada itu terlalu sedikit. InsyaAllah next time kalau kena dengan waktu yang ada i will join, cuma jangan la serik ajak wan.

Okeh skank mood nak bercuti..
memula ingat tak nak balik cuti ni, and nak balik cuti chinese new year tapi entah rindu giler kat tempat aku membesar tu, lagipun nak jugak lepak ngan adik-adik aku. So balik ni leh la tolong pape yang patut untuk persiapan sepupu aku nak kawin chinese new year nanti.

Okey till then we will meet again..
=)



Saturday, 9 January 2010

Salam Tahun Baru 2009

Alhamdulillah setahun berlalu banyak perkara yang telah terjadi, gembira atau sedih itu semua cerita lalu, yang tak perlu diungkit cuma perlu dikenang agar tahun baru ini ianya jadi peringatan untuk diri aku. Mohon maaf kerana beberapa minggu ini mood untuk update blog ini hilang, agak sibuk dengan urusan hidup yang aku kira lagi penting, dan juga bosan dengan drama yang telah terjadi. Biarlah, aku dah buang jauh di dalam lautan, nak suruh aku terjun mencari apa yang aku buang, ianya tak mungkin berlaku. Kecuali itu sudah tersurat dalam hidup aku..

Jom aku buat kesimpulan apa yang aku lakukan di hari akhir 2009 sehinggalah beberapa hari awal di tahun 2010..

31 December 2009 - Since i have an excuse letter untuk tidak attend class so aku pun setuju nak lepak ngan kawan. So aku janji nak jumpa kat klcc since ianya senang untuk aku pergi ngan public. I have my lunch at Chili's with Lutfy and Hannah, both of them kiranya first time aku ketemu.. Then aku and lutfy ke Pavillion untuk tonton movie Avatar 3D, last minute decision but then nasib baik ada tiket thanks to Nina and Aiman who bought the ticket for us. Having our coffee at starbucks then after movie aku dah gerak balik since lutfy plak nak tunggu his friend kt situ.

I have my last dinner for year 2009 with fifi, lah and their friend's at Gombak station. Ingatkan nak kuar celebrate new year with aiman and nina kat klcc or other place yang meriah, tapi xjadi end up diaorang lepak dalam uia dekat ngan block aku till 1.20am sambil tengok bunga api kat genting.. Yes we can see it from my place.. =)

1st January 2010 - As promise last nyte, we went to Alamanda Putrajaya to watch Sherlock Holmes. Yes nasib baik tiket ada and sempat untuk kami tonton!! Before that singgah kat masjid putrajaya for friday prayer and lunch at Rasa. Besh giler kedai "Kelantan" tu, kalau nak rasa pure masakan kelantan pi la kat kedai tu.. memang aku suggest kat korang..

so first time jugak Aiman, Nina and aku ke masjid besi, yup seriously masjid ni pun lawa giler. So sempatlah kami tunaikan solat maghrib and isya' kat situ. Singgah jap kat pasar malam putrajaya kat presint 2 tu, then balik.. =)

2nd January 2010 - Hari ni ke Sunway Lagoon!! yup aku ke sunway lagoon ni sebabnya aiman ajak ke family day company dia. Since aiman leh ajak 2 orang untuk join family day ni, so dia ajak aku and zul. Sampai sana around 10am kot, then terus regist and salin pakaian.. Ouh besh giler sampai awal, orang pun tak ramai lagi and tak perlu pening dengan orang ramai. Aiman dengan aktivitinya kami pula dah terjun dalam kolam dulu. hehe

Sebab kami dapat pass untuk main semua game kecuali beberapa park, so peluang yang ada jangan kita lepaskan. Compare to genting, sunway lagoon lagi besh!! santai jer rasanya. The best thing for me kali ni, aku berjaya berjalan kat jambatan gantung tu dari hujung ke hujung setelah dipaksa oleh aiman and zul.. Scary coz aku gayat..

Kuar dari theme park tu dah kol 6 lebih then cari makan la dulu sebab dah lapar sangat perut ni. End up kami makan kat italianese.. 3 main course yang sangat besar tu memang sah sah la xdapat habiskan. Yang penting aiman dah tahu tapi not inform us.. so aiman yang bersalah dalam kes ni. Lepas makan sempat lagi shopping sikit, then kami balik.

3rd January 2010 - Sebab nina tak dapat ikot kiteorang semalam, so hari ni kena tunaikan permintaan nina nak cuba lunch kat chocolate lounge. So after check semua tempat, kami pun pilih la chocolate lounge kat pavillion. Join me and nina is aiman and zul. Lepas makan kami menapak ke klcc untuk cari butik everlast, cik nina kita nak cari kasut kat situ katanya. Then kembali ke pavillion balik untuk tengok citer The Imaginarium of Dr Parnassus.. OMG citer ni memang xbesh and till sudah aku cuba merungkai apa yang aku tak faham ni..

Itulah penghujung sambutan tahun baru aku.. Besh gak and at the moment i'm happy!! for year 2010 aku akan cuba jadi yang terbaik untuk semua. InsyaAllah.. =)