Sunday, 31 May 2009

Bercakap tentang aku

“ Aku penat dengan hidup aku, bukan aku tidak menerima ujian yang mendatang tetapi aku rasa sangat penat sehingga aku rasa tidak mampu untuk menerima lagi semua ujian. Tetapi sebagai hamba, aku perlu redha dan terima kerana Allah tak pernah uji hambanya kalau hambanya tak mampu terima ujian itu. Alhamdulillah salah faham ngan Miss W telah pun selesai kerana keadaan aku yang terkena tapi tidak apalah aku mengalah, bukan rugi pun janji aku tak nak sakitkan hati sesiapa. Dengan kawan aku yang sorang tu plak entahlah aku langsung tak reti untuk berbicara dengan orang yang egonya tersangatlah tinggi, aku pujuk hati aku agar bersabar tetapi pedulilah kerana dari kenal till sekarang tak tahulah berapa kali aku sakit hati dan geram.. aku doakan dia bahagia dengan apa yang dicari Cuma pesan aku ingat jangan ego sangat nanti kalau dah terjatuh susah nak terima kenyataan.

Petang tadi lepas bangun tido aku duk termenung menatap skrin computer aku ni, yup monitor ni bukan aku yang punya, pinjam dulu kerana monitor aku rosak.. mengeluh lagi kerana aku masih bertangguh untuk membaiki monitor tu. Erm aku terdengar kawan aku duk bercakap ngan mak ayah dia, Ya Allah hati aku lantas diselimuti rasa kerinduan akan mama yang dah lama pergi meninggalkan kami, dan aku juga rindui ayah dan adik-adik aku di kampong. Rasanya kalau mama ada aku akan lagi manja tetapi aku pasti mama akan ada bila mana aku memerlukannya. Mama, along rindu sesangat kat mama.. entahla ujian dating bertandang dalam hidup ni. Harapnya I can survive!.

Sejak akhir-akhir ini dada aku sering sakit, entahla kenapa tapi aku juga risau. Lagi risau untuk buat medical check up yerlah sebarang kemungkinan ada kan? Cuma aku hindarkan mandi lewat malam dan bila tidur mesti selimut. Cuma kalaulah suatu hari nanti aku juga ditakdirkan pergi awal, aku terima cuba bersediakah aku? Esok dah bulan jun maknanya kita dah sampai ke pertengahan tahuun, so apa yang aku dah buat sepanjang januari sehingga jun? muhasabah sebentar..

Penat juga bercakap dengan diri sendiri tetapi lagi elok kerana siapa lagi nak fahami kita kalau bukan kita sendiri. Aku Cuma harapkan segala drama dalam hidup aku dihentikan, aku nak lalui hidup aku dengan tenang dan gembira dengan teman di kala aku senang dan susah, teman yang tidak memilih untuk berkawan dengan aku, teman yang tidak malu untuk mengaku mamat ni kawan aku, teman yang menerima segala kekurangan dan kelebihan aku, dan teman yang menerima aku seadanya. Credit tu Miss A sebab lately memang banyak kacau dia, sebabnya diakan suka gelak.. hehe..

Jap ada lagi, semalam aku duk chat ngan sorang kawan ni sekali dia kata ko ni membosankanlah, yup aku terkedu nak cakap aper lagi kan? Yup aku tahu kalau aku ni seorang yang membosankan tapi tak kenal maka tak cinta gitulah jawapannya selepas aku kembali ke konsep cermin diri. Masih teringat komen junior-junior bila mana aku menjadi fasilitator diaorang, antaranya

“abang ni at the first place macam bosan tapi bila duk main game, abg ni okeyla baik dan menceriakan”

“bro, hari pertama tu memang bosan tapi bila dah selesa dan kenal baru fun”

Bukanlah aku nak mendabik dada dengan pujian itu tetapi sebagai sumber kekuatan aku sahaja, untuk aku pulihkan semangat aku. Iyer aku menanti kritikan atau teguran kawan-kawan aku kerana aku belajar dari kesilapan dan teguran. Macam mana ko nak hidup dan berkawan tak diajar secara khusus tetapi pengalaman lah yang mengajar kita tentang mcm ne nak hidup dan bergaul, pandangan aku la. Satu lagi hati aku jadi geram dengan seorang mamat ni, yup kat blog dia tak habis-habis berbicara pasal politik, yup aku bukan suka politik tetapi bila kritikan beliau sekadar diatas angin baik tak usah kerana ia menunjukkan peribadi anda sendiri. Tak dinafikan budak tu dengan aku lagi ensem dia tetapi bila bercakap tentang sesuatu tanpa ilmu yang cukup kamu jadi bodoh. Letaklah dalil sebanyak mana pun tetapi kalau tak faham maksud dalil tu, bukankah ianya tidak elok? Entah la tak faham”

p/s: monolong ini dalam diri aku, kalau terasa aku minta maaf.. au perlu luahkan agar hati aku tenang aku penat nak menerima segala karenah. So bermula 1 Jun, jom mulakan hidup yang baru dengan harapan yang baru. (macam sambut new year plak)

Friday, 29 May 2009

Akar

Di saat ini aku berpaling
Kembali pada akar ku
Kembali melihat dunia
Mengajarku erti lara

Apakah aku seperi buih
Terapung dilautan luas
Atau sebutir bintang
Antara ribuan kilauan

Tentu ada
Sesuatu yang amat beharga
Dari segala
Kekurangan yang ada
Dan kekayaan tak semsti sempurna

Beri ku ilham
Agar tidak ku tempuh
Perjalanan yang ranjau berliku
Berikan ku hidayah
Agar tidak tersesat
Hanyut dipikul arus peraaan

Istana impianku terjulag
Putera Atiku kan menanti
Namun ada yan bilang
Bahagia belum pasti

Di saat ini ku mengerti
Petunjuk penerang hati
Semoga akan ku perolehi
Satu hakikat yang sejati


p/s: i love this song so much lately.. meaningful, putera atiku tu kita tukar puteri atiku yer.. nak tukar directly mati aku kena saman
..

Wednesday, 27 May 2009

Exam again!! ~ good bye


Comelkan? Pertama kali wan tengok pic ni kat blog saper ntah terus suka. Tupai, selalu la wan tengok tapi bukan dalam jarak yang dekat. Alhamdulillah pagi tadi selesai paper math 4 untuk mid term exam, i'm not belong to group of excellent student so before exam wan memang stress giler, even a nite before exam time wan duk wat revision wan nyanyi then segala. Biler stress tu wan akan jadi pelik la kot, i mean my emosi up side down and everything messed up. **sigh. thanks jugak kat kawan yang ada di kiri kanan wan, even we all almost all student in that group memang xsempat jawab exam tadi. Yezza tutor yang jaga, memang la dia x strict in term of jaga tapi ting tong of tengok timing. Biarlah malas nak citer, cukup cukuplah benda berlaku pada hari hari semalam dan termasuklah hari ini, let by go

It's 3am when i continue this entry.. yeah i can't sleep so i just read few blog, yang mana pertama kali wan buka pada pagi ni.. Nice to read other's story about their life.. So it's make me smile, i dunt know why but i feel okey and thankful to Allah s.w.t for what was happened to me. I try to be me in this blog then everything that i shared here is based on my opinion or what i saw around me. You like it or not is none of my business!!


Love HaQQ
XOXO

Monday, 25 May 2009

Exclusive Concert : Satu

Hey guys!! are you a big fan of Siti Nurhaliza? Yeah our own number one diva in Malaysia! Untuk sekelian alam On 26th - 28th June 2009 there will be an exclusive concert by Dato Siti Nurhaliza named as Satu at Istana Budaya. I bet it will be a superb concert from her and i'm so excited to go to this concert!! Already bought a ticket with my friends.




let me share with u guys an article from Utusan.com.my review about this coming concert:

Dari raut wajah dan tutur katanya sahaja, sudah cukup membuktikan anak pasangan Allahyarham Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik ini begitu teruja dan berdebar menantikan konsert solonya. Konsert itu bakal membuka tirainya selama tiga malam berturut-turut bermula 26 Jun ini.

Apatah lagi, setelah sekian lama dia sendiri tidak beraksi dalam konsert solo seperti mana yang pernah dilakukannya sewaktu zaman anak dara di Bukit Jalil serta konsert percuma di seluruh negara.

Sebelum ini di Panggung Sari, IB dia pernah mengadakan persembahan berupa konsert tribute kepada Allahyarham Sudirman (2002) serta Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham Puan Sri Saloma (2007).

Menjanjikan sebuah persembahan yang ekstravaganza dan hebat, Siti memberitahu konsert anjuran Yayasan Nurjiwa dan diselia serta diterbitkan oleh SNP itu adalah seumpamanya di negara ini.

Bukan sebuah konsert biasa kata Siti, kerana muzik, efek, tarian, visual, grafik, koreografi dan teknikal semuanya digabungkan menjadi satu lalu membentuk sebuah persembahan yang cukup istimewa menerusi lagu-lagu yang disampaikan.

Walaupun konsert Satu diinspirasikan daripada konsert A New Day: Live In Las Vegas yang pernah dijayakan oleh penghibur terkenal dunia, Celine Dion, kata Siti, apa yang dilakukannya sepanjang tiga malam itu adalah bergantung kepada bajet dan kreativiti mereka yang terlibat.

Untuk konsert Satu, koreografer terkenal Pat Ibrahim dilantik sebagai pengarah konsert, manakala Aubrey Suwito pula akan mengemudi konsert berkenaan apabila menjadi pengarah muzik.

"Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, semuanya dilakukan mengikut kemampuan yang ada dan saya harus akur dengan keadaan ekonomi semasa yang membuatkan saya mengukur baju di badan sendiri.

"Saya juga bertuah kerana dapat bekerja dengan Pat dan Aubrey untuk konsert ini kerana saya yakin dengan kemampuan dan kreativiti mereka. Apatah lagi, Pat sendiri sudah lama ingin mengarahkan konsert seperti ini.

"Apa yang saya harapkan semua pihak dapat hadir menyaksikan konsert ini. Bukan sahaja untuk berhibur tetapi juga untuk amal kerana sebahagian daripada penjualan tiket akan disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa untuk diagihkan kepada badan kebajikan yang terpilih," jelasnya yang akan menyampaikan lebih daripada 30 buah lagu solonya secara penuh dan medley dengan susunan muzik yang baru.

Menariknya juga tentang persembahan ini apabila ia juga akan menerapkan elemen 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.



Sementara itu, apa yang membuatkan hati si jelita ini berbunga riang adalah apabila ramai pihak yang sudi bekerjasama untuk menjayakan konsert berkenaan dari segi penajaan.

Antaranya adalah Maxis, Jakel dan juga tiga pereka fesyen iaitu Michael Ong, Amir Luqman dan Rizman Ruzaini yang akan menaja busana Siti sepanjang persembahan berlangsung.

Tiket-tiket berharga RM80 hingga RM300 untuk menyaksikan konsert Satu ini sudah pun mula dijual bermula 19 Mei lalu.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi talian 03-4149 8600 atau layari laman sesawang www.ticket2u.biz.


Ticket on 27th and 28th still di jual and u guys boleh juga tempah for 3 days via website ticket2u. Sebab wan masih lagi student so mampu beli yang paling murah sajork which is RM80, itupun dah cukup excited. Bestkan kalau duk depan tu, tapi bersyukur jer dengan aper yang ada. At least i still can be part of the concert!! Okeh c u guys there.. wan akan pergi on the last day!.

Sunday, 24 May 2009

Kita Kawan tetapi kenapa..... ??

Peningnya kepala wan skank time taip entry ni tetapi a bit okey lepas amik ubat tadi. Malam ni agak geram dan kecewa dengan mereka yang bernama kawan. Semuanya yang ado!! Bukanlah niat nak mengaibkan orang tetapi kesabaran wan ada batasnya, mungkin aku tidak sempurna di mata kalian tetapi itulah bukan suatu isu yang boleh mereka perlekehkan aku..

Kisah pertama:
Received sms from my friend kata nak jumpa sebabnya dia ada prob so okey la tapi one by one alasan. Okey aku sabar lagi, cuma dah dapat agak and tahu jawapan untuk keputusannya nanti cuma tidak jawapan yang sebodoh itu bagi orang macam dia. Katanya sorry tak tahu nak masuk iiu, haiyooo kalau aku ada meter kepanasan, time tu adalah paling tinggi.. Seriously everything segala carutan keluar dalam kepala aku. Alasan tu student sekolah rendah leh gelak guling-guling tahu, mungkin ada yang leh bagi jawapan kat kawan aku tu..

Kisah kedua:
Yang sorang ni plak cukup gigih nak suh aku lepak ngan kenalan dia dan aku jugak baru kenal dak tu, yezza aku cakap leh tapi aku lupa next weekend aku pun dah plan ngan kawan aku jugak. So aku gtahu terpaksalah ubah tarikh or next time, terus dia kata i'm busy sebb i ni bukan senang nak jumpa orang bagai.. HELLO i know who you are, kita dah kenal almost a year which is at the first place saper yang plan without asking me?? then x usahla duk gtahu u busy segala sebab selama ni aku well know darjah kebusyian anda mengalahkan presiden sebuah negara. Tetapi wan hargai usaha anda cuma sometimes tolong juga hormati orang, tulisan membawa maksud yang lain dah terpesong dari ekspresi sebenar kita.


Dari kisah pertama dan kedua sebenarnya berlaku dikala emosi aku juga tak menentu dan aku mohon maaf dari hujung rambut till hujung kaki dengan kalian kerana blog ini adalah medan aku luahkan perasaan aku. Kalau tak aku mungkin jadi ting tong sebab tiada tempat nak mengadu. So lepas ni JANGAN dah nak plan jumpa aku kan senang!! Untuk semua maafkan wan. Hanya tertekan..

p/s: pelok bantal la plak pasni then tidoe.. dan somebody who can chill me up..

Saturday, 23 May 2009

Trip to JB

Eyo!!~ How to start? i dont' know yet but then i try my best to share with u my short trip to JB into two part, or maybe i only do everything in this entry. Yeah i try!! I'm so sorry because i can't attached the pictures yet because i have to wait to grab it from my friend's. Motif duk speaking walaupun grammar semua ke laut? Alright, last sunday syazwan and i went to Johor Bharu with Zack's car to UTM skudai for Debat Perdana Integriti antara IPT Malaysia. Bertolak from Syazwan's house around 8.30am then terus masuk highway, yezza i'm so excited because this is the first time i nak drive jauh and sah-sah impressed ngan diri sendiri yang sangat over okey.. Tiba di UTM around 11.30am, sini memang aku fikir balik lajunya i bawak keta and i'm totally afraid Zack akan terima saman.. saper nak jawab tu nanti?


Semua peserta berkumpul di tempat makan, so bila kami masuk jer untuk ke tempat pasukan uiam semua yang ada dalam dewan tu sing happy birthday to syazwan. OMG he's face turn into red then like WOW the whole hall sang for him. So artis okeh! Menangis tu kalau ur sister know about that. hiks.. Then me sempat tengok round 5 and round 6, at this moment kami sepakat la ngan few lagi friends untuk sokong team Meky. Fyi, uiam hantar 2 teams.. 1 team kajol and 2nd team meky. Habis jer pusingan akhir iaitu pusingan 6 kami semua berkumpul di dewan senat UTM untuk pengumuman team mana akan ke pusingan kalah mati. Once they announce that team meky dah menang that round we all bersorak then team kajol kalah last round.. tapi dengan kelebihan pada team kajol her team layak ke peringkat kalah mati dan team meky plak tak layak. However we proud with both of them sebab mereka berdua berada di kedudkan pertama dan kedua untuk pendebat keseluruhan.. Di peringkat kalah mati plak uiam bertemu dengan utm tetapi uiam kalah dengan utm dengan juri 3-2.. at this moment seriously i taught uiam menang dengan hujah yang lagik okey dari utm tapi tiada rezeki.


So untuk menceriakan kembali team uiam so we all decide kuar jalan-jalan bandar JB.. We all tiba di bandar baru uda sebab ada sorang tu tak habis-habis wat segmen jejak kasih ngan Johor bharu, so kat situ first time wan try nasi ambang, OMG best gilerz as a result makan 2 pinggan so macam ne nak kurus? Fikirlah sendiri.. Dari situ pergi plak ke City Square, kat situ memang macam bosannya.. so half of us tengok wayang then half of us plak lepak kat Coffee Bean. Yang yakinnya beli air starbucks tapi lepak coffee bean about 3 hours gak la kat situ, sesi bercerita. Petang tu kita orang decide rest and tido dulu sebabnya malam nanti nak kuar lagik so enjoy gak lakan.. while waiting untuk semua berkumpul wan text wawa sebab giler bosan so ajak wawa pusing2 taman u semua. Okeyla.. karok atas keta then pusing-pusing kenal utm and it was so awam and seriously i like the environment kat situ more than uiam.. Then kami ramai-ramai dinner kat Singgah Selalu, makanannya boleh la nak sedap sangat tu xdala.


Esok pagi plak.. around 9am kami berempat dah on the way balik KL, but then singgah dulu ke ayer hitam and kluang. Syazwan nak gi tengok sekolah lama dia SMS Johor, yeah satu sekolah kiteorang lawat dari 5 minit bertukar jadik 1 jam setengah.. mampu? Yang penting our lunch kat pizza hut tu best giler sebabnya pizza kat situ lain dari yang ada kat KL, we all wat kesimpulan mungkin kerana kat situ xde orang pergi so sekali orang gi terus dia wat elok2. huhu Tiba di uiam dalam kol 5 petang..


This is short trip but then i'm happy and enjoy.. lupa sekejap semua masaalah. Thanks to all of you, meh kita listkan nama diaorang.. Kak Mun, Meky, Zack, Yobi, Ezuwan, Kajol, Amal, Kak Arina, Abg Jep, Reza, Iqmal, Za'ba, Ato', Syazwan, Zaki, Haneen, Razi, Abg Daud, Abg Syathir dan semuanya.. Wawa also.. nanti kita lepak Jco pavillion plak yer..



Happy Birthday!! Mei


It's May Celebration!!
Sorryla end of month baru nak wish..
Bukan aper kononnya nak buat suprise kat kekawan tapi yang ado
kerana akhirnya aku gak yang terlupa.. sorry yang tak terwish!!

Sorry kepada sesiapa yang xde pic di atas kerana kesulitan mendapatkan pic kalian
Kang letak pic yang tak vogue terus korang lahar aku.. Saper nak jawab? Yang ado jugak
Hehe..

"To all of you Happy Birthday and Happy Belated Birthday
Semoga hari-hari yang kalian lalui akan lagi beerti dan
berjaya dalam semua bidang yang kalian ceburi"

Friday, 22 May 2009

Nasihat Untuk yang masih Single


Tidak, jodoh tiada kaitan dengan
keturunan. Hanya belum sampai masanya.
Ia bagai menanti jambatan untuk ke
seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org
jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya
belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia
itu telah digunakan untuk membina
kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan
dan keinginan anda itu dalam doa2
lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik,
sebaliknya wanita jahat untuk lelaki
yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan
mendapat Mr Right dan biar seorang
diri daripada menjadi mangsa lelaki yang
tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir
kehidupan ini. Kita selalu sangka. Aku
pasti bahagia kalau mendapat ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar
mendapat apa yang kita inginkan itu,
ia juga datang bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta
mewah dan terdetiklah di hati kita,
bahagianya org itu. Hakikatnya apabila
kita sendiri telah memiliki kereta
mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.
Tidak mustahil pula org yang memandu
kereta mewah(walaupun sebenarnya tak
mewah) terpaksa membayar lebih tatkala
berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga
biasa, dia terpaksa membayar berlipat
ganda.

Ketika anda terperangkap dalam
kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada
jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya
menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang
dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan
bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka
membahagiakan itu benar-benar
membahagiakan. Bahagianya mungkin ada
tapi deritanya juga datang sama. Semua
benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik
sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah
Nabi, sebagai saluran yang betul untuk
melepaskan shahwat di samping membina
sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga
buruk sebab ramai org yang berkahwin
hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik
sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab
dan Kabul selain menghalalkan hubungan
kelamin, tanggungjawab yang terpaksa
dipikul juga turut banyak? Bukankah
apabila anda gagal melaksanakannya,
anda membina dosa seterusnya jambatan
ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali
perkahwinan masing-masing padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji,
memupuk cinta kasih malah ada yang
sanggup berkorban apa sahaja asalkan
segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar
isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika
merasakan diri belum cukup ilmu untuk
bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah
dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk
bersabar dengan kerenah anak2, carilah
dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin
dahulu sebab kenyataannya ramai yang
tidak bersedia untuk melangkah tetapi
telah melompat, akhirnya jatuh
terjerumus dan tidak jumpa akar
berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi
yang benar-benar mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak
putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman,
mencintai Tuhan dan menjadikan syurga
sebagai matlamat. Berkahwin itu
sempadan dari ketidaksempurnaan insan
kepada kesempurnaan insan - bagi yang
mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-
Nya, bukan berkahwin kerana perasaan
dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah
terlalu dirisaukan, tiba masanya ia
akan datang menjemput, namun perlu
juga anda membuka lorong2nya agar
jemputan itu mudah sampai dan tidak
terhalang.


Thursday, 21 May 2009

Your American Idol Season 8 - Kris Allen

Your American Idol Season 8 "Kris Allen" Yezza i'm so happy after host Ryan announced Kriss win this season. Because since beginning i'm followed this show and two idol i like the most is Kris Allen and Danny Gokey. However both finalist who performed on the final stage is brilliant and off course superb. Either Adam or Kris both of them are the champion of this season.

Yeah archuleta already comes to Malaysia, then maybe Kris soon.. hehe day dreaming again i taught. But then let's enjoy the moment and can surf here to read other articles about finale of american idol this season.



I'm so happy and next week i don't know what to do.. help me please

Tagged from Zaff.. - 5 things

[1] - 5 Names I go by:

  1. Haqq
  2. Abe
  3. Along
  4. Wan
  5. Imran

[2] - 5 Jobs I have had in my life:

- Tak pernah berkerja langsung yer..

[3] - 5 Places I have lived before

  1. Taman Guru ( since kecil till tadika )
  2. Taman Mimi ( standard 1 till standard 3)
  3. Pasir Pekan ( standard 4 till 6)
  4. Pasir Mas ( form 1 till 5 )
  5. Petaling Jaya ( matriculation )

[4] - 5 TV Shows that I watch currently

  1. American Idol Season 8
  2. Amazing Race Season 14
  3. Survivor Season 18
  4. America’s Next Top Model Cycle 12
  5. Boys over Flower

[5] - 5 places I have been

  1. Kedah – Langkawi, Jitra, Kodiang
  2. Sabah – Sandakan, Tawau, Semporna, Kota Kinabalu
  3. Penang
  4. Terengganu
  5. Johor Bharu

p/s: sabah paling best!!

[6] - People that e-mail/contact me regularly

  1. My dad
  2. Appy
  3. Mimi
  4. Zaffril
  5. Nisa’

[7] - 5 of my favorite foods

  1. Nasi Berlauk
  2. Roti Canai
  3. Pizza
  4. Goreng Sayur Khailan Ikan masin
  5. Lala masak Pedas

[8] - 5 things I would like to do

  1. Buy a new Camera
  2. Potong rambut
  3. Jogging
  4. Play boling with my friend
  5. Study

[9] - 5 Things I am looking forward to

  1. Finish my degree
  2. Looking for a JOB
  3. Get a House
  4. Get a Car
  5. Support my family

[10] - 5 friends I think will respond

  1. Anis
  2. Ryzal
  3. Cali
  4. Cikgu Jai
  5. Fadhliyah