Mama dikaulah ratu di hati kami


Al-Fatihah
untuk
Allahyarhamah Hjh Nik Khuzaimah bt Hj Nik Salleh
ibu yang kami cintai


Bila sebut pasal ibu hati mana tak gembira? hati mana pula tidak teringatkan insan yang paling banyak bersusah payah untuk melihat zuriatnya membesar dengan sebaik mungkin. Ia mungkin ada ibu yang terpaksa bertindak kejam atas keadaan yang memaksa, tapi sebagai anak sedarlah walau apapun yang berlaku, ibu tetap ibu dan tiada siapa yang mampu menggantikan tempat paling istimewa di hati setiap anak. Kerana ibu adalah ratu hati kita semua.

Hanya 10 tahun untuk aku bermanja dengan ibu, 6 tahun pula untuk adik aku yang nombor 2 dan hanya 7 bulan untuk adik aku nombor 3 sempat bermanja dengan ibu, sebelum beliau pergi pulang ke pangkuan-NYA. Alhamdulillah masih di beri peluang untuk merasai kehangatan seorang ibu walaupun sementara tetapi semangatnya kekal dalam ingatan kami bertiga.. Pesanan terakhir masih aku ingat, masih aku simpan kemas dan rapi di hati dan juga kotak fikiran aku semoga ianya kekal bersemi di situ.

Untuk kalian semua raikanlah hari ibu dengan penuh rasa kasih-sayang dan pada mereka yang senasib dengan diri kami bertiga.. Al-Fatihah kita sedekahkan. Jangan bersedih tetapi bersyukurlah kerana setiap ketetapan itu ada hikmahnya..


"selamat hari ibu"
"mama you always be queen of our hearts"
love you always.

Comments

RyZ4L said…
uuu..
sorry~
waaaa,,sedeyh!! :((
ladyhaneem said…
moga allahyarhamah sentiasa dalam rahmat dan lindungannya....al fatihah
WaN HaQQ said…
Ryzal - uiks.. sedey plak dia..

Nuar - :)

Haneem - Thanks haneem

Rizz - Okey

Popular Posts