Monday, 28 December 2009

Happy Day with Thaqif and Arif

Meluangkan masa bersama kanak-kanak memang dapat menghiburkan hati
biar penat itu ada tetapi lega di hati hanya kita yang tahu..
Selepas christmas hari tu pada 26th Dec 2009
aku sempat ke kota keriangan Genting Highland..

Actually Nina my friend nak bawak anak buah dia pergi berhibur
sebelum mereka pulang ke Sudan. So Genting Highland tu jadi pilihan
cuma kami tersalah pilih, sebabnya time cuti sekolah ni orang ramai giler!~



You can see picture above..
haa beratur untuk naik ke puncak and turun ke puncak dengan guna skyway pun sejam lebih..
and we only play one game..
aper ntah namanya then hujan so we lepak kat indoor jer la..
sempat masuk snow world snappy here and there..


Nina, Thaqif, Aiman and Arif
Hehe kena paksa budak-budak makan dulu..
end up uncle yang hbskan makanan tu kan? hehe


Asyik tol mereka berdua ni duk tengok orang wat performance..



Starbucks Time!!~


Sedang menanti nak ke snow world..
So uncle haqq and Arif..
ariff said " i want to drink coffee"



Masa untuk pulang..
menanti bas tiba..


Thanks untuk Nina and Aiman sebab ajak join sekali.. then I'm so happy lepak with budak berdua tu, mereka sgt bijak. Thanks also for Starbucks stamp.


p/s: Rumusan 2009 entah sempat wat or x.. =)

Monday, 21 December 2009

3 Hari 3 Tempat Berbeza

Isnin, hari semua orang rasa malas nak memulakan kerja, nak mula belajar dan segala-galanya, tambahan pula untuk bulan ni setiap kali jumaat mesti cuti. So 3 hari cuti untuk setiap minggu, tapi aku memang tiada kelas pada hari jumaat so memang aku cuti 3 hari setiap minggu.. hehe. Ini cerita yang telah berlaku.

Bagi menyambut seruan
YES
aku pun menghabiskan hari cuti aku di tempat yang berbeza
al maklumlah duit baru masuk tapi skank dah tinggal half
tapi insyaAllah masih dalam bajet yet.
Skank tinggal untuk spend dengan kawan-kawan plak.

Jumaat
One Utama~
di ajak zaki katanya nak menonton avatar
tapi malangnya no seat.
So end up kami shopping
seriously last semester save giler and aku memang xshopping
so this time i wont let it go just like that.
Grab 3 t-shirt and baru terfikir it is not suitable for class
so okeyla mungkin untuk layparking later..
yang penting Zack yang shopping sakan..


Sabtu

Sg Wang + Lot 10 + Pavillion~
naik lenguh kaki berjalan di 3 tempat sekali gus
but then still have fun and enjoy the moment..
Zack still paling atas untuk ranking orang paling banyak shopping.
I just bought 2 shirt for class.
Dinner at murni, ss2..
then balik tidoe.. memang dah exercise sangat jauh!!~
turun beberapa kilo then pas makan naik balik
huhuhu


Ahad
KLCC
Niat just nak gi tukar modem and settlekan bil handphone
plus nak change to prepaid since year 2010 is a tough year for me..
so yang mana leh berjimat so berjimat la kan..
So settle kat situ and tukar modem baru i have to pay rm100
and have 1 year contracts.. Since malas nak fikir sangat amik jer la..
then tengok wayang citer Storm worrior..
for me besh giler!!~
Nope just besh!!

So itulah cerita hujung minggu aku yang penat tapi enjoy.. tapi merasalah pastu aku terlupa study for quiz, lambat submit assignment and etc.. OMG!!~! but then semua settle..thanks to all my lecturer..

p/s: bila kita ikhlas akan sesuatu, insyaAllah jalannya akan dipermudahkan..

Saturday, 19 December 2009

Minggu Kedua

Menjejaki kembali sebuah kehidupan yang aku kira penuh dengan corak yang kadang kala sukar ditafsir dengan mudah tetapi perlu akal yang matang untuk menilai akan sesuatu yang buruk mahupun baik. Jangan mudah membuat kesimpulan akan sesuatu yang terjadi tanpa mengetahui sebab dan musabab kenapa ianya berlaku, kerana jika tersilap langkah besar malu yang akan ditanggung kelak. Jangan pula meletakkan ego di satu tahap yang akan membuatkan kita mendabik dada dengan apa yang kita ada tanpa memikirkan bagaimana ianya ada untuk kita.

Merepek sekejap, maaf yer. Sekarang nak kata aku busy sangat tak juga tetapi setiap kali nak update blog aku kehilangan idea dan cerita. Biar banyak “drama” yang berlaku di sekitar aku namun tak bisa juga aku nak coretkan disini secara langsung kerana banyak hati yang perlu aku jaga, banyak persoalan yang berpusing dikepala aku ni, tetapi biarlah mereka yang terlibat selesaikannya sendiri.

Minggu ni aku sempat lunch dengan rakan-rakan dari satu department aku. Itupun setelah dipaksa untuk sertai mereka. Aku sebenarnya tak pernah lunch dekat ngan fakulti, aku lagi suka tapau makanan and makan kat bilik depan pc aku, bukanlah aku ni xmahu bersosial Cuma ruang masa yang sikit itu bisa untuk aku berehat sebelum memulakan kelas pada sesi tengahari. Tapi aku tetap enjoy bila berkumpul macam tu, best sebab semua macam sekepala then senang nak borak.

Aku dapat rasakan ada yang tak kena dengan kawan-kawan aku, so aku mula jadi tukang busy body bertanya itu dan ini. Maklumlah dah satu uni even bukan satu fakulti dengan aku tetapi mereka tetap kawan aku yang sering bersama aku time main bowling, tengok wayang dan juga karaoke. Lagipun makin tua kita sepatutnya makin matang dalam menilai bukan makin buta hati. So sebab aku dah diheret sama dalam kes kawan aku ni, so akupun minta penjelasan. Lepas dengar and compare dengan apa yang aku perhatikan. Sebenarnya kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan, adatlah kita manusia ni tak perfect. So muhasabah lah diri kita tu then cuba tengok baik sangatkah kita? Mampu ke kita melakukan sesuatu tanpa pertolongan kawan kita tu? Sebenarnya dah nama siswa dan siswi gunalah otak tu, jangan hanya belajar tetapi tak diaplikasikan pada kehidupan kita sendiri.

Uiks baru perasan kita dah di penghujung tahun 2009,

Cepat btol masa itu berlalu, dan banyak juga perkara yang telah terjadi sepanjang tahun 2009. Ada yang gembira ada yang sedih dan ada juga yang pahit untuk ditelan tetapi ianya menjadi memori 2009. Nanti la kalau ada kesempatan akan aku buat entry rumusan untuk tahun 2009.

Sekarang ni aku kira aku tak bermusuh dengan sesiapa mahupun ada bergaduh dengan sesiapapun, Alhamdulillah semuanya selesai sebelum tahun 2010 menjelma. Aku gembira dengan itu, kerana aku sebolehnya tak mahu ada masam muka dengan teman-teman aku.

p/s: Sudah dapat menerima ketentuan itu, moga Dia bahagia dengan apa yang dia mahukan.

Saturday, 12 December 2009

Teater Natrah

Maria Hertogh atau Natrah menjadi bualan masyarakat tempatan tak kala teater tentang Natrah sedang di pentaskan di Istana Budaya sehingga 13 December 2009. Aku baru selesai menonton teater tersebut dengan Nina, Zul dan Mimi..

Siapa natrah? tak pernah aku ketahui.. namanya tak pernah ada dalam buku sejarah peradaban dunia mahupun sejarah malaysia ketika aku ambil subjek itu di tingkatan 4 dan 5. Yang menarik minat aku untuk menonton teater ini adalah disebabkan pelakon-pelakonya serta pengarah yang sangat aku kagumi iaitu Erma Fatima..

Sedikit pemahaman aku tentang natrah..

Seorang anak kecil yang berketurunan belanda diserahkan kepada keluarga angkat untuk dipelihara seketika kerana ibu anak kecil itu mengalami kesusahan kerana suaminya menjadi tawanan perang.

Anak kecil yang diberi nama Maria Hertogh atau Natrah ini dibesarkan oleh keluarga melayu islam di Kemaman Terengganu.

Isunya timbul bilamana keluarga kandung mula mencari anak mereka yang akhirnya di kesan di kemaman dan membawanya ke Singapura.

Perebutan natrah di antara keluarga kandung dan keluarga angkat menjadi kontroversi kerana kedua-duanya punyai agenda tersendiri. Agama menjadi sebab dan musabab kenapa ianya menjadi begitu sensitif.

Persoalan dan kenyataan dari teater ini:

- Kenapa kata berlaku di kemaman tetapi dialek tempat tersebut tidak kedengaran.

- Sangat suka dengan monolog Sofea Jane, Adelaine ibu Natrah, Che Aminah.

- Remy ishak, motif menyanyi?

- Pergerakan dari kecil hingga besar sangat pantas..

Tahniah buat Erma Fatima, teater natrah ini tidak panjang meleret simple and tetapi penuh makna untuk dihayati. Konsep orang melayu yang bila dah terhantuk baru nak bersedia, bila dah diusik mula melenting. alpa dengan kesenangan yang ada. Apepun aku suka dengan teater ini.. =)

Thanks untuk nina susah from start till malam tadi.


p/s; sorry detail about natrah u can google it by yourself.. =)

Friday, 11 December 2009

Semester Baru ..

Lega hati ini bilamana semua proses tambah dan buang selesai di lakukan. Semester baru kini bermula, ramai wajah-wajah baru kat kuliyyah mahupun sekitar kampus. Mana semua batch aku? Baru la aku terasa tuanya aku kat uia ni. Sepatutnya aku akan grad semester ini, tetapi dek kecuaian yang di lakukan setahun aku kena extend, jadi insyaAllah april 2011 tamat lah pengajian aku di sini. Ada lagi 2 semester yang aku kena hadapi, hanya DIA sahaja yang tahu betapa aku tertekan dan kadang-kadang langsung tak gembira.

Mana taknya tengok kawan-kawan yang sebaya ada yang dah bekerja, melancong sana sini.. aku pula masih ke kelas menuntut ilmu dan masih juga di bawah sponsor fama dan ptptn. Moga semester ini aku kuat dan dapat hadapinya dengan tenang. Selalu berfikiran positif dan jangan dilayan sangat yang negatif tu.

Result semester lepas tidak memuaskan malahan menghancurkan aku sendiri. Kerana aku yakin dengan apa yang aku lakukan akhirnya keputusan yang diumumkan membuatkan aku menangis tanpa henti. Muhasabah diri agar cerita lalu tak berulang lagi. Pada kawan-kawan yang khabarnya nak berputus-asa, renungkanlah tanggungjawab kalian di sini belum selesai, ingat apa yang kita impikan tak kala offer letter berada di tangan sehingga ke hari ini. InsyaAllah semangat itu datang kembali..

aku kuat kerana mereka adalah keluargaku..


Blog ini bukan untuk menagih simpati, sekadar berkongsi pengalaman diri.. agar yang baik di jadikan ingatan yang buruk dijadikan sempadan..


Monday, 7 December 2009

Debat di UM.. and Shopping

Royal Debate 09' diadakan di UM setelah UIAM menjadi tuan rumah pada tahun lepas. Aku bukanlah orang yang arif dalam bidang perdebatan untuk aku memberi komen secara total. Aku pergi pun hanya untuk menyokong kawan-kawan yang bertanding. Itupun aku hanya sempat lihat pusingan suku akhir dan separuh akhir, ketika pusingan awal berlangsung aku masih di Kelantan..

Mungkin rezeki UIAM untuk menang masih belum tiba, kali ini baik pasukan utama mahupun muda, perjuangan mereka terhenti di separuh akhir.. Kedua-duanya dikalahkan dengan usul " F1 Satu Malaysia Satu Pembaziran". Yang muda kalah di tangan UTP dan yang utama kalah di tangan UKM..

Untuk pasukan Junior, Ismail, Radzi, Aiman dan Amalina.. tahniah mara ke separuh akhir.. all the best untuk next tournament..

Untuk pasukan Senior, Husna, Kajol, Izat dan Auzan.. tahniah juga untuk kalian.. mungkin rezeki untuk uiam menang belum tiba.. mungkin ada hikmah disebalik yang terjadi.. mungkin pahitnya sekarang manisnya kemudian.. kita hanya merancang.. DIA yang menentukan.

On the way balik aku ketiduran dalam kereta.. penat.

p/s: uiam masih penganjur terhebat.. =)

.......

Malam nya pula aku ke Carrefour Wangsa Maju, beli pape barang yang patut untuk digunakan kerana semester baru kini bermula. Konsepnya beli tetapi cari barang yang harganya berpatutan.. Bukan kedekut tetapi berjimat mana yang patut. =)

Okeyla..

off..

New Moon biler aku mau nonton ni..