Monday, 7 December 2009

Debat di UM.. and Shopping

Royal Debate 09' diadakan di UM setelah UIAM menjadi tuan rumah pada tahun lepas. Aku bukanlah orang yang arif dalam bidang perdebatan untuk aku memberi komen secara total. Aku pergi pun hanya untuk menyokong kawan-kawan yang bertanding. Itupun aku hanya sempat lihat pusingan suku akhir dan separuh akhir, ketika pusingan awal berlangsung aku masih di Kelantan..

Mungkin rezeki UIAM untuk menang masih belum tiba, kali ini baik pasukan utama mahupun muda, perjuangan mereka terhenti di separuh akhir.. Kedua-duanya dikalahkan dengan usul " F1 Satu Malaysia Satu Pembaziran". Yang muda kalah di tangan UTP dan yang utama kalah di tangan UKM..

Untuk pasukan Junior, Ismail, Radzi, Aiman dan Amalina.. tahniah mara ke separuh akhir.. all the best untuk next tournament..

Untuk pasukan Senior, Husna, Kajol, Izat dan Auzan.. tahniah juga untuk kalian.. mungkin rezeki untuk uiam menang belum tiba.. mungkin ada hikmah disebalik yang terjadi.. mungkin pahitnya sekarang manisnya kemudian.. kita hanya merancang.. DIA yang menentukan.

On the way balik aku ketiduran dalam kereta.. penat.

p/s: uiam masih penganjur terhebat.. =)

.......

Malam nya pula aku ke Carrefour Wangsa Maju, beli pape barang yang patut untuk digunakan kerana semester baru kini bermula. Konsepnya beli tetapi cari barang yang harganya berpatutan.. Bukan kedekut tetapi berjimat mana yang patut. =)

Okeyla..

off..

New Moon biler aku mau nonton ni..


2 comments:

Hezesuze said...

nk debat ngan wan bleh??? hehe

Anonymous said...

team UIAM Pada royal debate ni mmg nampak agak agresif,luar biasa,all out...mmg nampak kesungguhan utk menang..mungkin utk menebus kekalahan spanjang debat 2009 ni...dari pusingan awal ,kelihatan uia bakal beraksi di pentas akhir ,namun....kajol yg veteran dlm debat ni pun tidak mampu jua utk membawa uia ke final...papepun uia mmg power!!!debat arab still uiam terbaik!!