Wednesday, 31 December 2008

Catatan 2008

Sudah 31 Disember 2008 rupanya bermakna ini adalah hari terakhir untuk tahun ini sebelum kita semua memasuki tahun 2009. Sedar atau tidak setiap tahun kita akan mengalami perubahan dari segi usia, pemikiran, cara hidup dan banyak lagi. Kadang-kadang perubahan esktrem juga berlaku kepada individu-individu yang telah tercatat nasibnya untuk tahun 2008. Sebagai muslim kita harus tahu setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, baik atau buruk semua itu ada alasannya dan hanya DIA yang tahu apa kesudahan hidup kita. Sebagai manusia kita hanya berdoa untuk kesejahteraan hidup kita, keluarga, sahabat dan semuanya. Ingin wan ambil kesempatan ini untuk meneliti kembali ape yang telah berlaku sepanjang tahun ini dan berkongsi dengan kalian.


Kronolgi perkara yang wan ingat sepanjang tahun 2008 ini:

Januari ~ 8/1/08 will be memorable day for me, why? let it be secret but then not for certain people. *wink


Februari ~ 8/2/08 WaNz iMraN di lahirkan dan dimahsyurkan sebagai sebahagian daripada hidup wan. lahirnya ia sangat bermakna buat wan kerana dapat kenal lagi ramai kawan espcially geng sayap. Mungkin xsemua wan kenal tapi macam best la kan? hehe
~ Gi perlis untuk wakil uni wan kursus disana bersama peserta dari IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.


April ~ Interskewl Debate, wan join lagik jadik komiti. Best espcially dpt kenal komiti special task, nana,azie and the rest pastu dapat join gak komiti catering yang sekepala so leh gedik di sana sini yer. Hehehe. Next year, join lagik layanz.


May ~ Concation Nazmie, dia grad diploma dia so wan and nazrie and k.neem pergi la meraikan kejayaan dia dan tunggu untk degree wan pergi lagi. Hehehe


June ~ Jadik planner untuk majlis pertungan cousin wan, next year kawen plak diaorang sojadik planner lagik. konsep masih rahsia. Hahaha.
~ Nazrie ajak wan tengok P.Ramlee Muzikal Show. Best giler, first time masuk Istanabudaya so mcm orang kampung gilerz wan ni tapi enjoy.


Ogos ~ Yer untuk pertama kalinya wan join pertandingan debat antara kolej kediaman kat uni ni, best gilerz, tapi penat yaamat. Kalah di semifinal tapi kekalahan itu sangat menyakitkan hati yer. Sudey jer.


September ~ Erm bulan ni kita semua berpuasa yer, jadik banyak la aktiviti berbuka puasa yang best. Berbuka puasa di Chilis KLCC, Kak Mah tom yam kampung baru,
IKEA and many more. hehe


Oktober ~ Erm raya best sebb semua ahli keluarga balik so sgt la happening raya kali ini. Besday wan yang paling xbest sebb esoknya exam then down sesngt so hopefully meriahla next year punya besday


November ~ Erm bulan ni result exam kuar, ya Allah teruk sesangat. Macam x study tapi xleh la down sangat cuma fokus untuk wat yang lagik elok this sem. Jadik komiti untuk royal debate, best jugak lepak ngan new friends semua.. Lepak ngan mirul till putrajaya, lepak ngan ryzal,cali and fariq kat taman larangan tu..


Disember ~ Bulan akhir yang best actually, sebb bulan ini wan jatuh cinta ngan keluarga Cullen's. Lepak ngan my bestfriend kat pantai, miss that moment so much, meeting new friend, and lepak ke melaka dengan kawan jugak yang enjoy sayang kalian Muahxxxx..


Mungkin ini sebahagian sahaja yang wan ingat, tetapi banyak lagi okey yang berlaku dalam hidup kita setiap tahun. Memang wan mengakui tahun ini jugak wan pressure sesangat dengan karenah orang tetapi itulah hakikat kehidupan. Pernah wan terfikir tanpa kalian siapalah wan, mungkin wan tak akan jadik tabah dan tekun dalam menghadapi semua yang berlaku. Jadik alhamdulillah semuanya bergerak secara smooth yer. Kenangan ini akan jadi sebahagian daripada hidup wan dan akan kekal sebagai kenangan yang bermakna. Moga ketemu lagi.

Selamat Tinggal 2008

Selamat Menyambut Awal Muharram 1430 hijrah dan Tahun Baru 2009

Lentera Timur



Lentera Timur atau bermaksud Cahaya Dari Timur, itulah buah tangan terbaru dari penyanyi yang paling superb di Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza. Album yang mula menejengah pasaran pada 26/12/2008 ini menampil kan 11 buah lagu dengan pelbagai rentak yang kreatif dan unik. Tahniah buat semua penulis lirik dan pencipta lagu untuk album ini.


Erm wan just purchased album ni after few days kat pasaran. Sbb memang minat beliau since she participated in bintang hmi 1995. Setelah Hadiah daripada Hati, inilah yang paling latest.. Setelah duk mendengar dan komen, ada jugak lagu yang xmenarik perhatian wan tapi baru sekali dua dengar so belum tentu lagi k.



Inilah pilihan lagu dari yang wan paling suka dan kebawah yer..


Di Taman Teman
Jelmakanlah Ayumu
Senyum Minang Manis
Ada Masa Mata
Seloka Budi
Bintang Malam
Di kayangan Kita
Joget Menanti Kasih
Cinta ini
Bulan yang Mesra
Rasa Antara Kita



Dapatkan yang Original yer untuk album Tok Siti, ini..

Tuesday, 30 December 2008

Melaka bandar Warisan Dunia


Yeay seronok betul seharian di Melaka Bandaraya Bersejarah, dan juga telah di wartakan sebagai sebahagian Warisan Dunia. Perancangan asal mahu ke Port Dickson diubah atas alasan cuaca yang mendung dan sebahagiannya pula lagi suka ke Melaka. Dengan dua buah Kereta dan 7 we all pun menuju ke Melaka. Penat di atas kereta tak terasa biler masing-masing ada jer benda untuk dibualkan, tambahan lagik fifi penuh ngan idea nak melaha orang yer..





Bertolak dari kampus kol 8 pagi then terus ke destinasi, konsep keyakinan digunakan yer walaupun x pasti jalan we all terjah je.. haha so mmg sengal gak tapi itulah yang enjoy nyer.. hehe xde yang tension mahupun sakit kepala. Singgah di perhentian rehat mana ntah then breakfast. Yang penting Album Lantera Timur jadi peneman sepanjang perjalanan, ulang 2 3 kali sampai muak, tapi tetap xmuak macam mana tu. Thanks yer adi bagi kiteorg rembat jap cd tu, wan masih belum dapatkan album siti yang latest tu, nanti la kalau kuar next week beli.





Sampai jer di Melaka, pusing-pusing di sekitar bangunan Stadhyus (Maaf yer kalau salah eja), So ibarat pelancong asing we all tangkap jer semua pic. Posing x hengat walaupun orang ramai yang penting puas hati. Dari Jauh dah Nampak suatu benda yang asing disini iaitu Menara Taming Sari, menara yang puncaknya berbentuk hulu keris tu. So we all aim nak naik menara tu, so berkonsepkan kayakinan lagi we all mencari dimanakah menara itu. Makin dekat yer la tu makin nak sampai, itulah hipotesis yang kami bina.







Beli tiket dan beratur untuk naik sangat panjang yer, so memandang kami pergi 7 orang, wan beratur untuk naik, lagi 2 orang beratur beli tiket and 5 orang makan aiskrim sambil duduk. Boleh ?? Hehe tapi xdela lama sangat beratur tu, 1 jam lebih-lebih sket. Bulbul agak cuak nak naik menara ni. Entah aper yang dia fikirkan tapi kami tetap mengusik hehe. Dimana ada kami, di situ akan kecoh bagai tempat kami yang punya. Sempat time duk beratur tu, we all duk carut petugas menara.. First macam pramugari jer then kekwat x ingat, hurm nasib la ko. We all x amik kesah sangat pun, wat bodo jer.. Naik jer menara tu, ada abg yang jaga tu di punya announcement punyala mantap, nangis pramugari MAS and AIRASIA dengar.. hehe dia berceritala pasal sejarah and etc, tapi semua orang macam x amik port sangat sebb sebok bergambar. Kiteorg siap beridiri lagi dalam tu, even dah dipesan jangan berdiri.






Lunch at Burger King sebb xdop idea nak gi melantak kat mana, then singgah Starbucks jap beli Dark Mocha Frapuciino, okeyla like this one too then ingat dah nak balik tapi x sah kalau datang Melaka x panjat tangga ke punya bukit tu, aper ek A Farmosa tu, hehe so walaupun semput tapi gigih yer then sambil naik tetap posing. Pregnant Lady pun gegeh k naik kota tu, so we all lagik la. Lepas turun dari situ we all nak balik dah sebb dah pukul 4 ptg. Nak singgah Nilai lagi, sajer menghabiskn duit yang sememangnya xda yer. Huhuhu.

On the way balik stuck traffic jam area exit seremban, tapi x fahamnya bukan ada accident or pape, sini la wat we all macam sentap jap. Singgah Hentian rehat jejantas jap, untuk solat then sambung balik ke nilai. Sampai nilai kol 7 malam, terus ke kedai pape yang patut, bising jap dan semua kedai and barang we all nak beli tapi fikirkan keta yang x berapa besar tu we all matikan niat itu. Hehe. Bertolak balik then dinner kat Ampang then balik ke kampus jam 12tengah malam.



Memori ini akan kekal sebahagian daripada memori indah untuk tahun 2008, spend time ngan all of them memang happening and konsep x kesah itu juga wat wan senang untuk join and bergelak ketawa bersama. Thanks to fif, fadh, bulbul, mimi, ika and last but not least adi. Next trip pape jangan lupa ajak lagi ek.

Selamat Menyambut Awal Muharram


Salam ..


Nantikan cerita di awal muharram
Serta entry rumusan 2008..
Peace

Sunday, 28 December 2008

Sorry !!~

Salam ..


Entry ni special untuk
Cik Anis & Ryzal..


Untuk Cik Anis wan minta maaf kerana xdapat hadir
ke majlis resepsi your brother.. So sorry.
Tapi dah plan kan nak replace mcm ne kan
So nantila kita tentukan date hehe


Untuk Ryzal, wan minta maaf jugak sebabnya
cancel last minute, rasanya macam dah bgtahu you.
Rasa bersalah plak.
Xpe nanti i bunjer you coki-coki yer.
Hehehe


Wan xdapat hadir sebb ada masaalah peribadi
Sorry Once Again yer..

Saturday, 27 December 2008

Histeria

Last week on Sunday, wan and my friend zaki ke times square untuk menonton cerita Histeria. Sejujurnya wan bukan la fan cerita seram yer kerana wan x akan duk diam kalau tengok cerita seram ni. Hehe. Tetapi sebb komen yang positif dalam newspaper so wan jadi berminat untuk lihat and feel it. So ini cerita seram kedua wan tengok kat cinema after jangan pandang belakang.




Histeria sebuah cerita bergenre seram tetapi diolah berbeza dan punyai jalan cerita yang berbeza dengan cerita seram keluaran Malaysia. Setujulah jika filem ini diberi pujian oleh pengkritik filem dan wan senang faham via cerita ini. Lupakan seketika kontroversi pasal adengan ciuman and lesbian just fokus pada jalan cerita yer.





So tahniah James Lee and all the actor and actress for this film.


In the other hand, few weeks before wan sempat tengok antoo fighter with few friends rasanya kami gi ramai-ramai untuk tengok cerita tu, at first nak tgk madagascar tp dah penuh so tengokla antoo fighter. Sedih dan sangat menyesal sebb inilah cerita paling down yer dalam tahun ni. We all tengok 15 minit pertama jer pastu tidur secara berjemaah, satu baris tidur.. huhu sedar-sedar filem dah habis..


Just can't wait to watch Muallaf, directed by Yasmin Ahmad a superb director.

No Title

Salam. Break yang sekejap itu dah memadai untuk wat rehatkan tekanan dalam kepala, muhasabah diri plak tetap akan diteruskan sehingga la badan dan nyawa terpisah. Alhamdulillah sepanjang berfikir dan meneliti diri, banyak pandangan yang wan ambil kira. Dari teman rapat, dan teman sekampus, masing-masing punyai pandangan dan idea yang tersendiri dalam memberi komen dan cadangan. Semuanya wan hargai kerana ianya semua membantu wan berfikir dengan cara yang betul dan perbetulkan hidup wan.

Jesteru, wan sedar betapa sesungguhnya diri ini sangat tak mampu untuk puaskan hati semua orang sekeliling, my friends cakap "haqq be urself", yes itulah wan yang anda kenali. Tapi tak semua orang senang dengan ape yang kita lakukan, jauh sekali ape yang kita fikirkan. Bukan wan tak cuba k, tapi setiap kali wan cuba untuk puaskan hati orang.. ada terus ujian datang untuk wan jadi wan balik so what can i do? hurm cubalah fahami orang yang bernama wan jugak dan insyaAllah, wan belajar untuk fahami kalian. Lebey kurang 2 hari wan mengelamun dan termenung memikirkan apa-apa yang patut, buku eclipse pun masih tidak wan sentuh kerana tiada mood langsung dan nasib baik kelas masih x start lagi.

Wan akan tinggalkan semua ni, i mean lupakan perkara ini dan fokus pada perkara akan datang dan wan akan cuba yer, cuba untuk jadi yang terbaik pada kalian yang bergelar sahabat. Tapi diingatkan kalau rasa xpuas hati atau wan wat salah tegurlah. Kerana teguran secara halus atau kasar, wan akan terima semuanya. Itu janji wan pada kalian. Salam sayang untuk semua.


"Like branches of a tree we grow in different directions,
yet our roots remain as one.
Each of our lives will always be a special part of the other's."

Thursday, 25 December 2008

I Need A Break

Salam.. " i need a break" baru jer new semester buka i'm so stressed. It's made me confuse to face all the problem and people.. Sepanjang jadik siswa inilah sem paling pressure bagi wan bukan sebab subject yang amik kerana memang this semester subject yang wan ambil sangat sedikit k. First of all thanks to all of you kerana via blog wan sangat happy kenal new friends enjoy bercerita via ym or sms.

Break ni untuk wan muhasabah diri wan ni supaya tengok balik aper salah silap atau attitude yang orang mungkin x suka atau xsenang. Senang citer wan nak ngadap cermin and teliti betul-betul. I have to face it, if not semua benda x akan selesai. Opinion from all of you wan appreciate it so much. Yang mana wan ada wat silap salah or sebagainya, wan minta maaf bebanyak kerana kekadang wan tak sedar akan aper yang diperkatakan atau perlakuan wan membuatkan anda terasa atau sakit hati.

Lot's of Love
~ WaNz iMraN ~

Tag from Ritz

Holiday yang membosankan because i don't know what to do.. So time duk baca blog ritz tu, wan baru tahu i have been tag. Thanks Ritz. So meh kenali diri ini melalui tag ini. Plus i will put some photo that i have been edited via few website. Hehehe.

Pernah tak anda jalan sorang2, pastu terserempak dengan couple. Si perempuan (kalau anda lelaki dan vice versa la sendiri) asyik pandang2 anda.

Erm biasanya kalau jalan kat mana-mana i don't even think about this laa.. like i care kan? Sbb kalau sesorang, wan dah biasa pergi terus kat mana yang wan nak pergi, then xamik kesah sangat sekeliling. Unless somebody panggil baru la i realise kot. Hehehe





Pernah tak orang ingat anda bukan anda sepatutnya (Eg: You dah kawin kan? Eh you adik siti kan??)


Situasi ni biasa berlaku. Time aku jalan ngan ayah wan, ada orang datang tanya ni adik yang bongsu ke? Sebab wan basically tinggi sikit dari ayah or may be the way i dress kot. Then time jadi fasilitator dulu few people ingat wan final year student walhal at that time i just enter main campus in gombak.. That's was so sad.. hehehe



Pernah tak drive sasat atau pun anda jadi co-pilot then anda penyebab sesat.


Kalau kat kelantan rasanya x sesat la kot. Pernah drive in KL sesat tapi x parah pun, tengok jer sign board then ikutlah panduan itu. Nescaya anda tidak akan sesat. Hehe yang penting jangan panic, sediakan wang secukupnya and isi minyak full tank yer..


Apa cita-cita orang tak nak buat tapi you beria-ia nak jadik..



Ayoo.. aper ek? Hahaha kira bulu beruang.. I percaya xde siapa nak buat. Hehe wan kan rajin, daripada bosan jer baikla bergurau senda ngan beruang.. Bapa tunggal tu pun mcm menarik taw ritz. Hehehe





Kalau ada, ceritakan satu kisah sedih dalam hidup anda


Bile bertemu dengan kawan-kawan yang berpura-pura baik depan anda belakang duk mengata or tanpa lihat diri sendiri dulu. So for this group of people i suggest beli cermin and cermin diri. Jadi diri sendiri lagi elok dan baik percayalah.




Kalau anda pernah nakal dan jahat, cuba ingatkan satu kes yang anda nyesal tak sudah lepas buat kerja tu.



Erm.. Erm.. Erm.. haaaa... Erm.. let it be la. Hehehe




Apa perkara yang you suka buat sejak dua menjak ni? Dulu-dulu plak aper hobi anda?



I suka shopping yes shopaholic sesangat spend few hundreds for a jacket and it's crazy i think pastu insaf jap. So i found new love dengan membaca buku novel. Skank i dalam proses nak habiskan siri twilight ni. Kalau dulu hobi wan aper ek? Entah there are thousand of hobbies that i have to count. So let it be la.


Apa pesanan penjaga anda yang paling diingati dan selalu membuatkan anda beringat-ingat.



Solat jangan tinggal ( still termiss.. ishk ishk ), Jaga adik-adik, and belajar sampai berjaya ( alahamdulillah both my sister mmg superb dari abg dia) then Xda duit bagi tahu ( hehehe from my dad so mmg xde duit bg tahu my dad lor )



Dah itu jer. Anda dah makan??


Alhamdulillah baru pas lunch tadik kat cafe. Kenyang.


People that i wish you to this tag

~ Ryzal
~ Cali
~ Ricca
~ Mizzah
~ Imma





Wednesday, 24 December 2008

Yang Ku Tahu Cinta Itu Indah



Yang Ku tahu Cinta itu Indah, yeah inilah salah satu lagu yang ada dalam album diatas.. Entah kenapa wan suka bangat bila dengar lagu ini ya?? Huhu mungkin melodinya and pasangan duet nya entahla.. But then mmg lagu dia wan suka.. So layanz.. Maaf yer kalau salah info.. Haaaa uolz can listen this song via ninja kat sebelah kanan ni.. Enjoy



Haaa satu lagi pengumuman penting yang mungkin orang lain dah tahu. Ini info wan dapat dari blog Kash. She will release new album on 26th December 2008, Can't wait too.. Kali ni album traditional plak. Best-Best

X'mas Celebration




To all my reader who will celebrate x'mas, Enjoy Your X'mas Celebration and Happy Holiday to all of You.. :) I want present too .. wish to get Ipod touch or new camera. Hehe.. Chill

Monday, 22 December 2008

Siri Twilight

Oyeah !!~ Merasa wan update few entry in one day. Kali ni wan nak share sikit ngan pembaca blog ni pasal buku. Actually wan dah lama jugak stop membaca buku novel either english or malay and any genre. Rasanya dalam collection wan adalah koleksi buku Sophie Kinsella, then wan stop sebab tiada masa sangat nak baca buku cerita ni.


It's change after tengok movie twilight. One gurl yang kuar ngan wan jugak untuk tengok movie tu duk asyik promote pasal siri buku tu. Yup mula-mula xde la minat sangat nak beli, lepas tengok movie tu terus wan falling in love. Yes wan still terbayang all the scene yang ada dalam movie tu.


So wan usha kat borders, kinokuniya, few mph and other places only book number 2, 3 and 4 jer ada. So macam dah give up. Terus teringat wan ada kawan kat penang, maznah namanya, she's manage to find twilight international edition kat sana. Sebab wan nak cover asal, xmo cover pelakon tu. Hehehe, memang wan demand sket. So alhamdulillah hari raya ke dua dia dah poskan buku tu ke umah wan di kelantan. Thanks a lot..


Skank wan sedang habiskan book number 3. Number 1 and 2 dah habis wan baca time cuti hari tu.. Seriously best and wat wan berjaga malam just to finished that book.. So jom la join wan baca buku ni. Habis jer siri ni, wan macam nak cari siri lain plak.. nanti la kita fikirkan..












New Sem .. New Hope.. New Dream.

Welcome to second semester session 2008/2009. After a long break, i feel so happy and quite excited to start this sem. Yeah since jadik siswa di iium ni, inilah cuti yang paling lama kami pernah dapat. Banyak betol yang dilakukan time cuti, yang membuatkan wan lupa sebentar masaalah dan perkara yang wat wan x selesa di sini.


I just hope this new semester will be a great semester than i can score this sem so that leh la increase my cgpa. Yeah sebelum ni x amik berat about this even ramai orang advice me. Tapi biler cuti ritu lepak with my goodfellas, i realise yang wan jauh ketinggalan kat belakang, so that i will work hard but then untuk enjoyed masih ada tapi berpada-pada la.


Untuk informasi, i just took 12 credit hour this semester. Yeah sangat minimum. Inipun setelah bertanya pendapat our advisor at each department. Dia bersungguh-sungguh nak wan amik 12 credit hour and score, insyaAllah i will do my best. So that pada hari isnin dan rabu i only have 1 class. For tuesday and thursday i have 3 class, and friday evening for seminar part 2. So pasni jangan sesaper tanya ek. Penat la ceq nak explain benda yang samer.. hehehe


Thanks to all visitor that spend time to visit this blog.. Yeah i appreciate every comment and I'm so sorry for not reply it yet because i still busy in decorating my room after break. See you soon..

If You wanna be My Lover ~ Spice Girl Tagged by Fegha

RULES:
1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle. remember! SHUFFLE !!
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. You must write that song name down NO MATTER HOW silly it sounds.
4. Put any comments in brackets after the song name.
5. Put this on your journal / blog.


1. If someone says, “Is this okay?” … you say?
+ Where Did you sleep last night ~ Nirvana ( Xpernah tahu ada dalam list lagu aku)



2. How would you describe yourself?
+ Balada Pemuzik Jalanan ~ Farha AF4



3. What do you like in a girl?
+ Beautiful Liar ~ Beyonce ft Shakira



4. How do you feel today?
+ Together ~ Avril Lavigne



5.What is your life’s purpose?
+ Senyumlah Kuala Lumpur ~ Alleycat’s




6. What is your motto?
+ Strange Foreign Beauty ~ Michael Learns to Rock



7. What do your friends think of you?
+ Rupanya Kita Serupa ~ Siti Nurhaliza



8. What do you think of your parents?
+ Better Man ~ Robbie Williams



9. What do you think about very often?
+ First Fallen ~ Juliet The Orange



10. What is 2 + 2?
+ Intro ~ 7 Kurcaci



11. What do you think of your best friend?
+ Kau dan Aku ~ Flop Poppy (sepatutnya mereka dan aku)



12. What do you think of the person you like?
+ Money, Money, Money ~ ABBA (hahaha I’m not a rich people)



13. What is your life story?
+ Ku Damba Keampunan ~ Amar ( betol betol betol.. )



14. What do you want to be when you grow up?
+ Anje Anje ~ Senario (OMG ntah pape)



15. What do you think of when you see the person you like?
+Berusaha Berjaya ~ Hijjaz ( yeah bersama yer berusaha untuk Berjaya)



16. What will you dance to at your wedding?
+ Bila Cinta Didusta ~ Screen ( haaa mampu time aku kawen duk ingat kekasih lama)



17. What will they play at your funeral?
+ Tolonglah Kami ~ Akhil Hayy ft Faris ( insaf … )



18.What is your hobby/interest?
+ Shut Up and Drive ~ Rihana (yeah like it so much)



19. What is your biggest fear?
+ Di pagi Aidilfitri ~ Elite ( haa lagu raya pun ada..)



20. What is your biggest secret?
+ Sandarkan Pada Kenangan ~ Jamal and Sarah ( yup kita sandar semunya pada kenangan )



21. What do you think of your friends?
+ Sekilas Cinta ~ Ella



22. What will you post this as?
+ If You wanna be My Lover ~ Spice Girl ( yeah like it too)



23.say something bout the person tagged you.
+ Cinta Kita ~ Teacher’s Pet ( haaaa fegha sapo nak menjawab )




Thanks Fegha..

Tagged from Imma

Let's settle all the tagged.. sorry a bit late. hehe


1)Do you think you're hot?
~ Ayoo soklan.. erm macam ne ek? Dengan merendah diri I say nope.. entah I’m cold coz I’m Cullen’s family ( influenced by twilight trilogy ) hahaha.


2)Upload your favourite picture of you!












3)Why do you like that picture?
Okey actually dalam pic above, it’s all gather five of us.. my best buddy and people that I can trust the most. Yup I really appreciate their existence and really glad to have them in my life.. Hehehe semua pic ni di tangkap time cuti yang panjang. Persamaan pic ni adalah di ambil musim raya. hehehe


4)When was the last time you ate pizza?
Erm lupa biler ek?? Rasanya time tu farewell party kot. Bukan party pun.. time tu wan bunjer few people kat pizza hut taman melawati.


5)The last song you listened to?
Super Trouper ~ ABBA.. dengar time tengok movie MAMMA MIA


6)What are you doing right now besides this?
Watching MAMMA MIA


7)What name would you prefer besides yours?
Erm.. Suka nama Daniel and Imran.. I don’t know why. But then nama skank ni dah cukup baik dan elok Cuma orang nyer jer x elok perangai hehehe. Thanks to my both grandparents yang susah nak cari nama untuk wan dulu. Jangan xtahu nama abdulwahab and abdulwahub memang ada dalam list diaorang..

Yeah end of this Tagged
Thanks to Naurulhaqq a.k.a Imma

Tuesday, 16 December 2008

Guy's Day Out


It's guys day out.. Sorry to all my loyal reader's, sebb wan dah lamer tak update or online as usual. Almaklumlah kat kampung, malas sangat wan nak pinjam lappy my sis ni untuk update my blog and etc. Okey la let's say sumthing about guys day out.











Pic above it's special to my reader and my friend. Yup on 15/12 - 16/12, wan just spend my time with my best friends. Kalau anda pembaca tetap blog ni mesti tahu kan saper mereka. Tanpa perancangan yang rapi, we all just plan by phone dan hari ini pun wujud dengan jayanya walaupun hujan here and there dan juga few problem lain. Alhamdulillah. After 3 years, 5 of us x spend time like this, so this year we all do it..






After zohor, afif as driver amik wan kat umah, then aiman, nazmie and nazrie, our destination is pantai melawi dekat ngan To' Bali, jiran kepada pantai irama di bachok. But then before pi pantai, singgah jap kat tesco untuk beli some stuff untuk wat BBQ pada malam nanti. Riuh jap tesco because of me and afif, argue about everything and it always like this but then it's end with both of us mengalah. hehe..
From our hometown it takes about 1 hour untuk sampai kat sana. Yeah itupun kalau jalan tak jem and etc.












Sampai sana terus check in chalet yang selalu kiteorg sewa. Chalet kat sini simple jer, macam pondok tapi complete and bersih gak la, it's just cost RM45 per night. Untuk yang ada aircond plak RM65. So we all choose yang xde aircondla sebb cuaca dah sejuk lagipun tepi pantai plak tu. Nanti semua beku saper susah. Lepas rest, terus pi pantai, even ombak besar sebb skank kat pantai timur musim tengkujuh tapi tetap gigih yer main air till maghrib. End of that, cermin mata aiman hilang dibawa ombak time dia duk main air.. sian dia terus jadik seypet macam orang korea, plus my camera pun terselam di dalam air.. yeah sangat mantap yer..


Malam plak spend time bbq, makan-makan.. mmg best kenyang sangat. After that wan gigih ajak diaorang main monopoly. Hehehe macam sonok k, spend time main board game ngan buddies. wan rasa we all start main kol 11 and habis main kol 2.15 pagi.. inilah permainan yang paling lama sekali wan main.. thanks afif sebb teach us how to play. Hahaha sbb dah familiar ngan saidina so keliru sket ngan rules monopoly. Aiman menang overall, tapi penat sebb we all duk bantai gelak ngan karenah and idea masing-masing. Bab nak pujuk beli tanah pun macam-macam gaya. hehehe.. After bercerita kol 5pagi baru semua tido..






Yeah wan sedar dah kol 8pagi, terus la wat bising, harapnya semua sedar.. but then semua wat dek jer, so terus lagik wat bising. So semua bangun pi mandi kat pantai, before matahari naik. Sepanjang pantai tu, memang wan ngan kekwn jer. Pantai melawi ni mmg privacy sket so itu yang best. Lepas puas dah swim, swim ke?? hehe so it's time to have breakfast + lunch. Hidupkan api guna arang then bakar roti plak, like oldstyle of kopitiam. Usaha gigih afif,aiman and nazrie hidupkan api sangat dihargai. Wan plak just bercerita jer, haha sbb xreti lor nak hidupkan api ni. hiks..





Kol 4 baru we all kuar dari sini then balik ke umah masing-masing. Thanks to all of you guys. Aiman sebb gigih gak call semua orang then get ready ngan ayam and mee hun and all those stuff, Nazrie even demam tapi still enjoy pergi and spend time together, Afif sebab dapat amik and hantar kiteorang then layan jer karenah kiteorang, nazmie sebb memeriahkan suasana.





"Hopefully next time dapat lepak lagik begini.. Inilah antara kenangan terindah dalam hidup wan"