Enggang dan Pipit




Termenung melihat kotak intelek
Membaca setiap patah perkataan
Menceritakan perihal yang berlaku
Pada enggang yang penuh keegoan..
Lama sudah pipit terbang
jauh dari kawasan bandar,
ke kampung yang aman lagi mendamaikan..


Sedikit pipit rasa kesal,
Kesal kerana menyahut cabaran enggang
yang sentiasa ego dengan kelebihannya..
pipit berdiam kerana cabaran
cabaran untuk tidak langsung mempunyai sebarang komunikasi
antara mereka berdua pada suatu tempoh yang ditentukan.


Pipit sedar,
tidaklah sama taraf mereka berdua
untuk berkawan dengan enggang
yang mempunyai segala kelebihan.
Cabaran ini wujud akibat pipit
yang sgt mengambil berat perihal kawannya itu.
pipit termenung melihat langit,
"walaupun aku penuhi setiap hari aku dengan terbang kesana-sini
jauh di sudut hati, ingin sekali aku bertanya khabar enggang"
namun biarlah..
kerana ini pilihan enggang..
semoga enggang dapat terbang bebas
kembali tanpa melihat pipit lagi..
Walaupun begitu,
pipit sentiasa mendoakan enggang
melewati hari-harinya dengan riang dan gembira.


p/s: biler saya tingtong, inilah jadinya..

Comments

RyZ4L said…
aiyooo..sape la engang and sape la pipit ituw....bile da mati nanti wanz. engang n pipit hanye nama~~ hahaha:))

Popular Posts