Sunday, 15 August 2010

Thankful

Day 4 of Ramadan,

Simple, nasi putih + gulai ayam + teh ais.
Di bawakan khas dari Baazar Taman Melawati~
terasa jauh baazar hari ni, almost 1 hour nak sampai~ =)
Sorry tercarut sedikit :P

Perkataan hari ini "thankful".
Sambil melayari muka buku pagi tadi aku klik satu video yang dipostkan oleh kawan aku ni, pasal seorang lelaki yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki, tapi dia masih mampu menjalani kehidupan seperti orang lain siap ada isteri lagi. Dia sekarang bagi ceramah motivasi di sekitar negaranya and beberapa benua lain~

Nama beliau Nick Vujivic - Nak tahu detail pasal beliau google it~
He will release his book this year with title:

Life Without Limits: Inspiration for a Ridiculously Good Life

Kenapa aku pilih perkataan thankful?
will be continue~

Saturday, 14 August 2010

Ramadan itu bulan Yang Indah

Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Berpuasa buat semua teman-teman yang datang membaca blog ini. Hari ke-4 kita berpuasa barulah aku ada peluang untuk mencoretkan sedikit cerita tentang Ramadan kali ini.

Hari pertama berpuasa, aku berbuka bertemankan komputer aku jer, menonton movie sambil berbuka, hanya itu peneman kesunyian. Sedikit sayu teringatkan kampung halaman, tapi ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Bagaimanapun sempat ke Bazaar Ramadan Taman Melawati, ramai sangat orang sama macam tahun-tahun lepas. Menu aku untuk hari itu, Nasi Dagang, Puding Keramel, Cendol.

Hari kedua pula aku berbuka di rumah makcik aku, tahun ni sempat menjengah umah makcik aku ni. Menu berbuka Nasi Kerabu, Ayam Percik, Tumis Udang dan Daging Goreng with tauhu goreng anura. So tak ke baazar la yer, sebab makcik aku dah marah jangan gi sebabnya dia masak. Terubat rindu kat family jap~

Semalam berbuka bersama teman-teman kelab debat~ Izat, boy, wawa, abg jep and jue di studio. Sekarang hujan lebat di petang hari, so semalam gigih jugak meredah hujan di Baazar Taman Melati. So aku tapau Nasi Minyak, itu jer sempat beli lepas tu cepat-cepat balik. Then kuar melepak di NZ curry house wangsa maju lepas terawih~


Menghargai setiap waktu yang ada, penuhi dengan memori dengan orang yang kita sayangi supaya ianya dapat menjadi momen yang berharga kelak~
jumpa lagi~

Sunday, 8 August 2010

Pertukaran URL~

Tiba masanya aku membuat beberapa perubahan yang dirasakan perlu untuk blog aku ini, Perubahan pertama yang bakal aku lakukan bermula pada 10hb Ogos, url akan aku tukarkan kepada http://wanhaqq.blogspot.com. Ianya dirasakan perlu supaya tidak ada persoalan yang timbul kerana sekian lamanya orang bertanya siapa imran~ please take note kawan-kawan dengan pertukaran url ini~

Lepas tu ada lagi beberapa pertukaran yang bakal aku lakukan if aku tersangat rajin dan punyai masa yang cukup untuk berblogging. Aku mula sibuk kerana project tahun akhir bahagian pertama sudah bermula. Aku mula kena mencari jurnal, baca, memahaminya dan berbagai lagi. Sekarang aku mula faham kenapa bila ada fyp setiap pelajar kejuruteraan dilanda tekanan~

Okeyla itu sahaja yang aku sempat bercerita tentang kehidupan aku buat seketika~
semoga kalian semua dalam kesihatan yang berpanjangan~
salam sayang untuk semua yang singgah ke sini.. =)


p/s: =)

Friday, 6 August 2010

Cuci the Musical 2


Pada minggu lalu aku berkesempatan menonton Cuci the Musical 2 di Pentas Panggung Sari Istana Budaya. Tahun ini masuk tahun kedua teater ini dipentaskan dengan beberapa pembaharuan di buat. Menurut teman yang telah menonton teater ini pada musim lalu, dari segi lagu ianya dikekalkan cuma beberapa pendekatan tambahan dibuat sesuai dengan pertukaran pelakon dari musim pertama. Jika dahulu Ac Mizal dan Adibah Noor melakon kan watak C'tan dan Jasey pada kali ini pemenang raja lawak Nabil dan penyanyi Jaclyn Victor pula mengambil alih watak tersebut.






Sebetulnya watak C'tan yang dibawa oleh nabil ini sangat baik, lantas tidak langsung mengingatkan aku kepada pelakon asal musim pertama dahulu. Cuma watak Jasey yang dibawakan oleh Jac masih ada ruang untuk diperbaiki kerana elemen spontan yang ada pada Adibah Noor dahulu lagi menyerlah. Keseluruhan teater ini sangat best dan penonton tidak akan kering gusi dengan lawak yang dilakukan secara spontan ataupun tidak. Rugi siapa tak menonton teater Cuci the Musical 2 kali ini~ Harapnya tahun hadapan ada lagi~




Malam aku ditemani beberapa orang sahabat yang selalu aku sebut dalam blog ini, Aiman, Nina dan Zul. Walaupun ada beberapa kesulitan yang terpaksa ditempuhi salah seorang daripada kami, tapi tetap berjaya datang pada waktunya. Kali pertama aku ke Istana Budaya duduk tiga baris hadapan dari pentas. Sangat teruja, yang penting dapat tengok semua pelakon dengan lebih dekat. Teater pada malam itu juga lebih diingati dengan kehadiran Permaisuri Agong bersama ahli rombongan baginda mencemar duli pada pementasan Cuci the Musical 2 tersebut.





Terima Kasih Korang~


p/s: url blog ini akan ditukar kepada wanhaqq.blogspot.com pada 9 Ogos 2010