Saturday, 18 September 2010

Raya Oh Raya

Kita masih di dalam bulan Syawal, maknanya sepanjang hujung minggu sure ada open house. Hopefully dapat pergi jika tiada aral melintang.. Baiklah entri kali ini aku nak update secara pukal dan aku ringkaskan kepada beberapa bahagian..

Menjelang Raya..
Aku balik kampung seminggu awal dan sempat berbuka bersama keluarga dan teman rapat. Yang penting apa yang aku idamkan semuanya aku dapat makan. Alhamdulillah.. Aku mengidam pun bukan benda yang susah cari senang jer. Adatlah orang yang tiada mak macam aku perlu menumpang kasih moyang sedara, makcik dan nenek untuk aku dapat makan apa yang aku idamkan. Berbuka puasa bersama teman rapat di Hotel Riverview, kualitinya not bad, cuma sedikit kecil tempatnya dan lauk plak dah habis tak tambah, tapi semuanya best!!~ 2 hari nak raya aku sibuk buat kek cokelat.. Untuk raya tahun ni aku siapkan 12 Biji kek cokelat, yang aku bawa balik KL yang hado sebabnya dah habis.. nak uat balik aku dah malas.. hehe. Malam raya anta kek kat umah atok aku and makcik aku kat kota bharu sambil pusing-pusing tengok suasana malam raya di kota bharu..

Hari Raya..
Seperti biasa bangun awal pagi, ke masjid untuk solat sunat aidilfitri. Kali ni sebab seawal-awal aku ada lagi orang yang datang awal so masjid dah penuh jadi sembahyang di tempat yang terbuka la jawabnya. Still seronok sebabnya jarang-jarang sekali dapat tengok masjid penuh macam tu. Tengah-tengah solat tu ujan rintik-rintik tapi tak lebatla, lagi sesuwai di panggil gerimis kot. Balik umah bermaaf-maafan ngan family semua, terus pecut nak jumpa mak aku. "Along datang ngan adik-adik.." Baca yassin untuk mak, sambil baca aku jadi sebak entah kenapa tapi rindu aku datang bertimpa-timpa teringat zaman bonda masih ada.. lepas bersama mak, aku pulak ke rumah atok aku blah mak.. dekat jer ngan tempat tinggal mak aku. Lepas beraya and dapat duit raya.. pecut plak ke umah makcik aku di kota bharu.. makan nasi dagang.. kalau xgi kecik ati makcik aku tu.. ~ inilah rutin raya aku. 3 tempat wajib aku pergi.. walaupun mak aku ni ada adik beradik yang ramai 8 orang termasuk beliau tapi makcik sorang ni jer aku pergi sebab agak rapat.. pastu balik umah lepak jer.. jadik bibik.. =(

Duit Raya..
Weeaahhooo masih dapat!! Banyak wooo dapat tahun ni.. tapi pas bayar itu dan ini tinggal ciput.. sedeyh kembali. =( nanges.. nak uet raya lagggggiiiikkkkkkkk

Kawan-Kawan..
Sorang kawan aku plak beraya di pelantar so sunyi sikit sbb dia yang selalu jadi penggerak skank, jadi driver pun leh gak sebb dia yang ada kete!!~ so since dia xde semua macam senyap duk kat umah jer.. Sempat ke kenduri Azwani aka biey.. kat situ jumpala kawan2 sekolah dulu.. riuh jap jadinya. then ke open house sorang kawan sekolah gak, so kat situ pun dah jadi mini gathering so kira okeyla dari xde pape kan? hehe before bertolak balik ke kampus sempat gi umah aiman since dia dah balik dari pelantar.. sempat gak la lepak berempat since nazmie dah balik jb kerja.

Rancangan TV..
Sedeyh kot tahun ni rancangan kat tv banyak yang ulangan!!~ so kalau tak sempat tengok tahun ni tahun depan korang leh tengok lagi cuma pepandai la cari kat tv9 ke, tv3 ke, tv2 ke, astro ria ke.. sangat banyak ulangan. Haiyooo watla drama murah pun janji baru, dari duk ulang yang tahun lepas..

Semasa..
Takziah untuk keluarga Datuk Sosilawati yang mati dibunuh dan juga keluarga 3 lelaki lagi yang turut menerima nasib yang sama. Tak tahulah dahsyat sungguh orang skank~ hopefully pasni yang terbabit tu terima hukuman yang setimpal la~ Lepas tu berita gembira buat sekalian rakyat Negeri Kelantan di atas Pemahsyuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang ke-29. Daulat Tuanku..

Itu cerita yang ingin aku kongsikan, lepas ni aku dah mula sibuk dengan pelbagai agenda. Hopefully semuanya sempat diselesaikan dengan sempurna!!~

Tuesday, 7 September 2010

Cerita Ramadan


Entah ramadan ke berapa, kawan aku dari ipoh bertandang ke tempat aku.. kebetulan dia cuti jadi seminggu jugak dia melepak ngan aku. So sepanjang seminggu tu kami berbuka dan bersahur bersama~ simple tapi enjoy la ada kawan. tak de lah aku buka pose sambil ngadap facebook jer~ hehehe thanks faiz!!~ lupa kami sempat berbuka di redbox sogo~ makanan pun besh~

Then masih tak ingat ramadan ke berapa, if tak silap 26 sept aku ke klcc untuk berbuka bersama akak gonjeng a.k.a kak heze.. memula ingatkan ramai nak datang~ end up seramai 12 orang jer kot.. Meriah habis bukak puasa kali ni yang bertempat di Nando's.. aka gonjeng siap masakkan bubur lambuk spesel untuk kami yang datang. Ouh aku juga kenal muka-muka baru, well diaorang friendly and aku plak xdelah kekok nak bersembang~.. sempat snap-snap kat kolam klcc tu sebagai tanda kenangan

Kebetulan one of my buddies aiman is in KL, so sempat berbuka ngan pakcik sowang ni dekat kelab darul ehsan ampang~ time ni aku mmg sangat tak larat so buffet pun mcm tak fun sangat~ tapi did enjoy the food cuma macam rushing.. overall besh~ then for second time bukak pose kat D'Templer~ chinese food cuisine.. first time aku gi ngan faiez beberapa hari sebelum tu~.. food kat kedai ni best and sangat suka dim sum dia~

thanks jugak untuk izzat dan wawa yang banyak juga ajak aku berbuka di studio bersama-sama, paling best sebb sempoi jer tetapi bermakna~ hehehe.. yer lah time aku duk sesorang kt bilik time tu la izzat sms ajak berbuka so macam selalu kena ngan waktunya la~ hehe lepas berbuka supper plak kat McD la, kat kedai mamak la~ memang besh

Itulah cerita aku sepanjang di kampus bulan ramadan ni~
Skank aku dah ada kat umah~ cerita lain bakal menyusul~
sorry kelam kabut update blog
hehehe..

p/s: jom buat kek