Saturday, 26 February 2011

Kusut

Macam mana eh nak menyusun kata? dalam kepala aku ni banyak sangat yang aku fikirkan tapi tak tahu macam mana nak luahkan. Aku rasa dalam 2 3 hari ini aku terlampau banyak berfikir. Nak kata aku tak happy, Alhamdulillah aku okey jer, tak la happy sangat dan tak jugak sedih giler. Almost okey and just ikut jer flow yang aku ada sekarang. ~ sigh!! i wish i can say it out loud!!

Betul jugak kata orang, tak semua benda yang kita nak dapat. Currently aku kalau leh nak rapat, nak happykan semua orang kat sekeliling aku. Tapi sebaliknya, lain pula cerita. Bila rapat ngan si A, si B pulak aku rasa tak rapat. Walhal A dan B langsung tak berkaitan. Or adakah ini hanya perasaan aku? i wish i can solve it.

Okeyh weng dah!!~ that's all..

Tuesday, 15 February 2011

Lonely .. I'm so Lonely

Baru selesai sebahagian ulangkaji untuk exam hujung minggu nanti, tetiba rasa sayu dan sedih. Ya Allah akhir-akhir ini aku makin tidak mampu nak tanggung ujian ini. Pernah aku tanya kenapa sukarnya ujian untuk aku, kenapa susahnya jalan aku untuk habiskan degree ni. Tengok kawan-kawan lain senang jer, dapat kerja pun bagus-bagus. Sesungguhnya aku iri hati dengan mereka, ingin jadi seperti mereka.. mungkin belum tiba masanya buat aku.

Dari satu sudut aku fikir, mungkin aku masih belum bersedia untuk menghadapi dunia di luar sana, maka aku diuji dengan keadaan sekarang. Almost tertekan sepanjang masa, dan rasa sunyi giler. So kawan-kawan yang aku selalu kaco via sms ke, call ke, maaflah. Sekadar nak mendengar suara kalian supaya dapat memotivasikan aku. At least aku tak rasa keseorangan. i do feel like a loser now!!~ hanya pada DIA aku menangis mengadu segala cerita yang terbuku di hati. Moga dikurangkan bebanan jiwa dan dipermudahkan segalanya.

Beberapa hari lepas dapat call dari teman baik aku, katanya dapat kerja nun jauh di rantau orang, terkedu seketika. Sedikit rasa sedih, sebabnya dari dekat duk jauh plak. Maknanya makin sukarlah nak lepak lepas ni. Tapi aku tumpang gembira dan happy untuk dia kerana peluang yang datang tu sukar kita perolehi. Moga gunakan peluang dan manfaatkan masa yang ada kutip pengalaman sebanyak mungkin untuk digunakan di masa hadapan. Sebesar mana ruang yang ada tapi jika keseorangan semuanya tak bermakna. Aku sangat perlukan kawan-kawan aku, selain keluarga kerana tanpa mereka memang hidup aku sepi!~


Saturday, 12 February 2011

Road Trip Day 2

Uiks kesibukan melanda diri, tetap nak sambung cerita ke ipoh!! sorry aku sedikit jakun so bila dapat bercuti walaupun dekat tetap nak story kat sini.

Since trip ke ipoh ni just trip hujung minggu so hari ahad kiteorang dah bersiap nak balik. Tapi before balik still nak pusing-pusing ipoh dulu. Since plan nak ke garage sale, or pasar orang jual barang-barang antik tidak kesampaian, so bangun jer terus brunch. Brunch kali ni kat kedai aper ntah. Lupa!! tapi makan nasi ganja. Haa jangan la plak ingat ganja yang diharamkan kerajaan tu, nama jer nasi ganja, tapi sebenarnya nasi lauk ayam goreng and berkuahkan kari kot. Ramai giler orang kat kedai makan tu. Harga pun murah~

then dah kenyang, singgah plak kat stesen keretapi ipoh, yang ni aku request since nak sangat ke situ. Next plak tempat aku gi Perak Cave Temple.. temple ni macam dalam gua sedikit, ada patung buddha dan lukisan dinding. Dan di temple ni ada tangga untuk ke puncak, so that korang dapat tengok pemandangan dari puncak bukit ni. Ouh korang hanya perlu mendaki anak tangga, dan tidaklah sukar mana, cuma bagi yang kurang senaman macam aku. Cepat sikit penat.~ huhu.

So dari situ, balik rumah and berkemas nak balik KL~ singgah jap di Kampar, rumah nenek kawan aku. Sangat excited bila singgah kat kampung kawan aku ni, since umah nenek dia, umah melayu traditional and persekitaran yang sangat luas dan bersih. Honestly next time ke sana, aku nak lepak kat kampung dia jer, since aku teringin nak duk kat kampung macam tu.

Okeylah~
itu jer trip aku. maaf sesangat if cerita diatas tak best or pape lah yang seada dengannya.
try to improve later~

Tuesday, 1 February 2011

Road Trip Day 1

Road trip to Ipoh~ itulah agenda yang dirancang.. Kebetulan kawan aku faiz nak balik sana so ape lagi ikut jer la, lagipun since cuti pertengahan semester dah start kan, so grab la peluang ni nak kenal tempat orang. Plan berempat tapi since 2 orang lagi kawan tak dapat ikut serta sebab tetiba ada keje yang tak dapat dielakkan. For sure if berempat lagik meriah la road trip ni~

Dari gombak dalam kol 7pagi tu, kami sampai kat kampar dalam kol 9 lebih kot. Singgah jap kat kampar sebab kawan faiz ada kebun durian so stop untuk makan durian. I'm not so lucky, even durian banyak tapi aku memang tak makan durian. So can't help~ Dalam kebun tu, ada pondok tinggi jugakla tempat untuk berehat and nak melepak sambil makan durian. So most of the time duk tengok jer la diaorang makan. Lepas jer makan, pi pusing-pusing tengok ada tak durian yang jatuh. Honestly berjalan dalam semak without proper shoes memang menakutkan, aku pakai flip flop jer so memang asyik terpikir menatang yang berbelit-belit tu, nasib baiklah xde pape~ huhu

Puas sudah melepak kat kebun durian tu, kami teruskan trip ke ipoh~ lunch di restoran tasik raban. Banyak sangat pilihan makanan yang ada, and murah. Aku rasa ngan lauk yang aku amik kalau kat kl sure la mahal~ service pun not bad. so next time kalau ke ipoh kena gi lagi restoran ni. Lepas lunch balik umah dulu rest~ tapi sebelum tu aku kena lunch untuk kali kedua~ memula memang taknak, since tuan umah dah angkat hidang semua. So nak tak nak kena makan jugak la kan? (bila nak kurus?) .. sampai umah tido~ huhu

Malam plak berjalan ronda ipoh~ sempat singgah di gerbang malam, macam uptown kat bandar ipoh la. Not so meriah macam kat danau kota, tapi crowd berbeza so sonok jugak~ before that dinner kat nasi ayam hainan~ yummy!! Ouh end day 1 kat ipoh watching movie Shaolin kat ipoh parade! best~