Lonely .. I'm so Lonely

Baru selesai sebahagian ulangkaji untuk exam hujung minggu nanti, tetiba rasa sayu dan sedih. Ya Allah akhir-akhir ini aku makin tidak mampu nak tanggung ujian ini. Pernah aku tanya kenapa sukarnya ujian untuk aku, kenapa susahnya jalan aku untuk habiskan degree ni. Tengok kawan-kawan lain senang jer, dapat kerja pun bagus-bagus. Sesungguhnya aku iri hati dengan mereka, ingin jadi seperti mereka.. mungkin belum tiba masanya buat aku.

Dari satu sudut aku fikir, mungkin aku masih belum bersedia untuk menghadapi dunia di luar sana, maka aku diuji dengan keadaan sekarang. Almost tertekan sepanjang masa, dan rasa sunyi giler. So kawan-kawan yang aku selalu kaco via sms ke, call ke, maaflah. Sekadar nak mendengar suara kalian supaya dapat memotivasikan aku. At least aku tak rasa keseorangan. i do feel like a loser now!!~ hanya pada DIA aku menangis mengadu segala cerita yang terbuku di hati. Moga dikurangkan bebanan jiwa dan dipermudahkan segalanya.

Beberapa hari lepas dapat call dari teman baik aku, katanya dapat kerja nun jauh di rantau orang, terkedu seketika. Sedikit rasa sedih, sebabnya dari dekat duk jauh plak. Maknanya makin sukarlah nak lepak lepas ni. Tapi aku tumpang gembira dan happy untuk dia kerana peluang yang datang tu sukar kita perolehi. Moga gunakan peluang dan manfaatkan masa yang ada kutip pengalaman sebanyak mungkin untuk digunakan di masa hadapan. Sebesar mana ruang yang ada tapi jika keseorangan semuanya tak bermakna. Aku sangat perlukan kawan-kawan aku, selain keluarga kerana tanpa mereka memang hidup aku sepi!~


Comments

Popular Posts