Monday, 7 May 2012

Kisah Aku

Lama sudah aku tinggalkan laman ini,
Laman yang pernah menjadi teman setia..
Bukan melarikan diri cuma masa yang ada aku lagi suka berdiam diri.
Bohong!! masa yang ada sebenarnya aku habiskan di twitter.
Macam-macam perkara berlaku sejak kali terakhir aku menulis disini.
Kadang-kadang tidak mengerti kenapa semuanya terjadi,
ada juga rasa tersepit dengan ujian datang bertandang
Jesteru berdiam diri adalah langkah bijak,
tahun ini entah berapa gelen air mata aku curahkan
hanya kerana ujian yang datang silih berganti.

Untuk seketika aku kembali,
dengan harapan laman ini kembali menemani
hidup aku yang sunyi dan sendiri.
Rindu zaman aktif menulis blog dahulu
ada sahaja cerita yang ingin dikongsi,
suka dan duka sering saja aku khabarkan
hanya kerana tak tertanggung rasa di jiwa.
Entah kenapa sekarang aku lebih selesa memendam
kadang-kadang terbit kerisauan ianya meletup kemudian hari,
risau ada yang terkena percikan itu walaupun tidak berkaitan.

Di saat ini,
hidup aku tidaklah macam dahulu..
Cuma aku bersyukur dikurniai dan ditemani mereka yang aku sayang.
Bila aku jatuh mereka di sisi,
Bila aku gembira mereka dilupa jangan,
Doa aku supaya aku dapat membalas budi setiap daripada mereka
atas apa yang mereka lakukan.
Jika aku tidak berkesempatan,
Biarlah DIA yang membalas budi baik kalian.
Aku masih terus berjalan mencari kejayaan,
untuk ayah, ibu dan adik-adik serta tidak
dilupa kepada mereka yang ingin melihat aku berjaya.

Pada MU aku mengadu
Pada MU aku bercerita
Pada MU aku menangis
Pada MU aku berharap
hanya kerana MU yang Maha Mengetahui..

Sebulan lagi, semoga aku mampu mengharunginya..