Saturday, 28 June 2008

Sangat Malas !!~

Hey!!~


erk!!~ malasnya nak update..
xde mood lagik
kat umah skank to many budak kecik
huhuhu..


short entry kali ni
nak cerita sket pasal semlm
huhu
yesterday lepas amik sepupu aku
kat stesen bas.. sbb dia baru balik dari kl
terus aku pi lepak umah nenda aku jap
dia baru kuar hospital sebb sakit jantung
so after that pi la pulak umah uncle which sgt dekat ngan umah atok
huhuhu
makan laksa
then lepak lagi situ..
drive balik umah sampai jer kol 10 mlm
siap2 tido..


waaa sgt malas nak update okey la
itu jer kot nak story hear and there
best balik kampung dapat cuci mata..
hahahahaha
bubye


Lot's of Love
~ WaNz ~

Wednesday, 25 June 2008

3 in 1

Hey !!~


Waaaa finally.. berjaya update my blog.. hahaha gigih. actually wanz kat umah ni internet ada tapi nak cari cabel untuk transfer pic ni susah nak dapat. Erm biler wanz balik kelate ek? lupa seyh.. okey dah ingt, wanz sampai umah on 21 june.. then keesokan harinya wanz dah terus lepak with my buddy which is aieman and afif.. oopss silap cikgu afif.. hik hik..




Al kaedahnya, this is all aiman's plan. dia la plan semua wanz and afif just follow everything.. pi main bowling kt KB MALL.. as usual la me win the game.. hahaha yeah even dh lama xmain i still can score yeah..(matilah pose perasan nak mati, kalau score exam xpe gak) so next time to both of u guys nak ajak aku main bowling pi practice dulu.. gelak sombunk!!~ actually nak lepak kt port biasa agak xbesh sebb dua org lagi xde.. both of them plak duk busy with the final exam of short semester.. mereka tu nazri and nazmie.. hurmm aperla korunk ni cepat la wei balik




So skank ni kat kampung gue dah hujan xdela panas memanjang.. time balik cuti ritu x hujan langsung..so sangat panas..skank ni dh suam-suam kuku.. next stop three of us lepak kat Big Apple kt Tesco.. till malam..




~!! Afif !!~


~!! aieman !!~


aper yang disembang?? macam-macam.. layanz.. nextday plak xkuar mana-mana wanz just lepak kat umah jer sebb mereka berdua ada keje..huhu then esok nya lagi wanz pi sekolah tempat wanz blajar dulu.. lepak2 jer kat koperasi sekolah tu then lepak2 jer kt situ jumpa cikgu-cikgu and a few staff.. best gak ler.. then pi lepak kat kedai kecik yang dekat ngan sekolah and rumah aku... with aieman.. then balik umah lepak kat umah jer la....
............end!!~




WaNz mintak maaf citer dlm entry kali ni agak campur aduk and ntah pape kerana mmg entah ler..... huhuhu k la nnatila wanz citer lagik.. neway rini aiman dah balik KL.. jumpa saper buah hati dia kot.. hahaha matilah aku kena tibai ngan dia.. okeyla daaaa




Lot's of Love
~ WaNz ~

Saturday, 21 June 2008

Pergolakan Jiwa

Hey !!~

3 a.m rite now!!~ oh my God.. hehe nothing that is so suprise rite? maybe ramai orang sedang tengok live euro skank ni.. Me?? malas nak tengok, senang citer pernah ke wanz tengok bola? haha mestilah pernah but wanz xde lah tengok selalu.. huhu better i read my book or playing with my baby.. (baby?? portable sony playstation.. need to mention? harus untuk propa) Okeyla.. wanz xtidoe lagi sebb pagi nanti dah nak balik kampung.. yeay!!~ what is so great about my hometown?? banyak.. sebut jer negeri kelantan banyak la propaganda yang ditaburkan.. let it be. Janji x disturb my life pun, just kena pose baik-baik jer biler sampai.. hahaha

Aper yang nak share kat sini ek?? Haaa dua malam lepas actually i'm so happy and feel release. My big bro dah menjelma.. hik hik sesuatu kan? mana dia hilang, haruslah wanz xtahu.. i know him since form 5 kot.. lupa such a great bro.. always support me in my study, sebab dia pun dalam medical field so haruslah dia nak wanz excellent but i'm not.. oh my God..i have to work hard to compete him.. i think he knows my cgpa kat matric but not here in gombuck.. sebab segan lor dia wat master tapi cgpa maintain jer..yang penting let by gone be by gone just janji jangan jadik biskut chipsmore lagik dah ler..i already grown up, facing with a lot of crap make me more matured bro then i will always keep my promise to u, coz u like my real bro..

Coretan hati?? xde k.. wanz pun xde plan sangat kat kampung, for me it is time to relax and laypark with all my family members.. yang penting nak mintak my moyang wat nasik kerabu (failed lagi diet akuu) my moyang pandai masak and still kuat yeah.. tapi kuat merajuk.. hahaha. tapi okeyla kan dah org tua so biasalah tu.. hehehe..

cerita tentang mereka berlima? we will make gathering tapi one of us maybe x cukup sebb dia kena balik awal.. waa sedey lor.. Aman dah busy call katanya balik cepat-cepat sbb bnyak gossip.. matiler kegigihan melampau dak sorang tu.. afif plak diam jer.. orang dah nak kawen.. pasni ko dah xdapat la join kiteorg afif.. daaa hik hik.. entahla actually rindu gak skewlmate.. yang satu kelas.. especially biey.. ketua delegasi 5 sains.. matiler pasni kena tumbuk.. haha perlu ke.. aku cakap ngan dia seryes dua perktaan the rest mengarot jer.. waa miss this gurl so much.. kalo jumpa mulut carut masing-masing.. the rest miss po'oh, miss izzah, huriey, and other's.. muahx untuk u all...

waaa itu jerla wanz nak bebel.. actually kt umah xtahu sempat update x blog.. let see k.. bukan xnak tapi kat umah wanz ni internet kat bilik uncle and malas nak ganggu dia.. lagipun kalau dah kat umah malas nak ngadap komp.. tido+tengok tv+baca novel+main monopoly with my cousin and adik yg darjah 6 + masak (reti ke???) then last sekali.. ngumpat.. hahahaha xdelah most of the time ade lah issue yang dibualkan..

Okey la shingga bertemu lagi..
muahx untuk kalian...

Lot's of Love
~WaNz~

Friday, 20 June 2008

Please Take Note !!

Hey !!~





Press Conference ??? Hehehe.. xdalah wanz just nak tolong selesaikan perkara yang kusut di kalangan kenalan wanz yang sedia maklum siapa wanz.. aper taknya sebokla ada yang bertanya who is imran?? mula-mula dapatla nak explain one by one tapi biler makin ramai bertanya then inilah persoalan yang patut wanz jawab okey.. i'm not superstar adatlah manusia, biler kita wat baik ada yang nak bercakap? nan ado.. tapi sekali jer nampak kelemahan terus nak propa sana-sini.. okeyla let be optimistic..



"firstly imran kat blog wanz ni tiada kaitan dengan sesiapa, seperti ada yang merepek kononnya wanz minat imran ajmain la or mana-mana orang bernama imran.. imran kat sini tiada kaitan orang yang hidup atau dah meninggal.. actually zaman baru kenal internet dulu i use to chat with people using this name.. so biler dah selalu guna then mcm lekat la.. so guna lah nama imran..okey itu jer explaination nyer.. nama wanz adalah nama sebenar wanz.. so sebab xnak guna nama haqq then i put imran.. okey.. clear everybody?? hehe jap nak pasan jadik superstar.. bintang kecil kot.. kecil ker? hahaha matilah ko..



okey nama btol wanz ialah wan mohd abdulhaq.. lahir tahun 1986.. bukan 1987 okey.. email kat ym itu sebabnyer 86 dah ade org guna so i use 87 la.. berzodiak scorpio.. pure kelantanese but berjaya sembunyikan identiti kelantanese in term of loghat.. haha matilah aku poyo lagikk.. tapi ada aku kesah..?? okey la xperlu tahu semua pasal wanz.. just add me kt friendster or myspace u will know who am i..



Case close!!~ hehe no more question k.. some part it is personal so let keep it as personal. i love when somebody care about me.. but at least do appreciate who am i dat's all.. okeylah itu jer nak merepek.. muahxx
Lot's of Love
~ WaNz ~

Thursday, 19 June 2008

Lepas Tension !!~

Hey !!~

Waaa, finally short semester berakhir.. biler berakhir?? bagi wanz each semester berakhir bila last paper of examination la kan? hehe short sem ni i just only amik 1 paper jer.. tadi exam entahla.. hopefully dapat yang terbaik.. i just try my best to get a good result... Exam end at 12pm.. alhamdulillah la gak, the rest wanz no comment la tunggu jer la result okey..


Actually wanz dah plan nak gi lepak-lepak pas exam even sesorang pun, tapi at last ada gak kawan-kawan join which is ajim and zaki.. Dalam hujan lebat we all gigih gak pergi ni.. Depa nak tgk wayang kat times square so okey jerla wanz ikot. Kalau ikotkan hati nak gi kat klcc jer.. leh jumpa orang hik hik..





Ini citer yang wanz tengok :-





Seriously this movie sangat besh and wat wanz gelak x henti.. sepanjang citer tu wanz gelak jer x hengat okey.. ajim gtaw pas habis citer, dia kata ko gelak x henti dah la suara ko jer yang dengar.. hahaha.. seriously sangat menghiburkan hati..

Wanz bukan reti sangat nak review panjang-panjang.. cukupla secara ringkas.. this movie citerkan kat kita bahawa jangan takot nak capai impian sendiri, kerana masa depan kita adalah milik kita.. next citer ni jugak shows how to appreciate with what we have rite now, jangan tamak mahukan benda lain kerana kurang atau lebih dalam diri kita, itulah istimewanya kita ini..

Bagi wanz watak panda ni best sebb dia mcm selamber jer, even panda ni comel jer kan.. susah nak bergerak tapi still berusaha laa.. at last coz we believe in sumthing then the result will be good and excellent.. work as a team bagus tapi belum tentu berjaya tanpa perancangan yang rapi..

Itu ker review nya? hentam sajerlah belalang.. ni dah ngantok taw penat giler.. dari times square ke sungei wang then ke pavillion.. wah mood shopping makin menjadik.. sempat beli short and top.. tol ker matilah salah paham.. lantak laaa. pastu hasut plak ajim beli barang.. akhirnya beli jugak yeah.. hasutan aku berjaya!!~ dinner kat food court kt pavillion.. best gak ler, harga biasa jer, and overall memuaskan...

Konsep haru biru okey entry kali ni kerana wanz penat giler jalan tadik..

Next entry : Press Conference!!~ AWAS

Lot's of Love

~ WaNz ~

Sunday, 15 June 2008

Sesaat With Me !!~

Hey !!~





Olaa.. time duk kemas folder dalam komp tadi i found this picture. Yeah like this picture gak sebb i snap this picture without editing.. hehe. Peduli aper orang nak cakap sebabnya this is my blog so aper aku nak tulis and nak letak hak aku la kan ( tetap nak warning si celaka itu )..

Tinggal lagi 2 days nak final exam, so otak mcm dah nak ting tong sket, biasalah makin dekat exam feel tu rasa makin takut and macam lupa semuanya. Hopefully i will be okey, yang penting usaha + doa and tawakkal.. Aku amik satu subject jer sem ni, so mcm tenang gak ler idup.. hehe.

Erm pagi tadi my sis call katanya dah bertolak ke kedah okey la good luck for her and study la elok-elok kat KMK itue.. Jangan main-main, kalau xnak dengar along baca khutbah.. hehe esok la kot dia daftar. Okeyla aku pun stop jap jer ni study sebb mcm dah pening with all the calculation...

Okeyla takat itulah kot bebelan aku.. Jom study !!~

Lot's of Love
~ WaNz ~

Saturday, 14 June 2008

Our Hero !!~

Hey !!~









Kalau di tanya siapa hero yang di kagumi, sudah tentulah ayah wanz.. beliau bukanlah ada superpower tapi cukuplah ada hati yang ikhlas dan tabah.. Seingat wanz ayah wanz ni tak pernah nak pukul atau rotan wanz, kalau ada buat salah. Mungkin bagi ayah, itu bukanlah cara yang terbaik dalam mendidik putera dan puteri-puterinya.. Waktu kecil wanz pernah x dapat jawab soalan latihan dan akibatnya sekotak besar komik wanz di buang, kalau di ingatkan balik mmanglah sedih dan terkilan tetapi kalau tidak kerana itu wanz x jadi wanz pada hari ini.. Dan wanz dapat tahu komik itu tidak dibuang sebaliknya disembunyikan di rumah atok belah ayah..


Since bonda pulang ke pangkuan ilahi, ayah sangat tabah dalam membesarkan kami.. seingat wanz waktu tu my age just 10 years old, adik yg second baru 5 tahun and yang 3rd 7 bulan. Waktu tu sangat susah dan perit bagi wanz tapi ayah la insan yang banyak bagi sokongan untuk kami 3 beradik.. ketabahan beliau juga menjadi teladan untuk kami.. Kini telah 12 tahun bonda pergi dan ayah tetap tidak menemui pengganti, bukan tiada tapi ayah yang tak mahu, baginya biarlah anak-anak dia besar dahulu..


Ayah wanz ni bab berkawan tidak memilih, dari seorang nelayan atau cleaner till la orang berpangkat semua ayah berkawan.. hurm sebab itulah ayah ni disenangi di kalangan kawan-kawan dia.. Kalau nak cerita pasal hero wanz ni, sangatlah panjang.. jadi cukuplah sekadar itu yang wanz kongsikan.. Harapan wanz supaya kami tiga beradik dapat genggam segulung ijazah sebagai tanda pengorbanan ayah lakukan berbaloi dan di hargai..




Happy Father's Day
You will be our Hero Forever



Lot's of Love
from

Along !!~
xoxo





Malam Minggu !!~

Hey !!~

Hehe after a few thing happen.. i feel a liltle bit release rite now.. thank God. Malam tadi just duk study jer la memandangkan final exam untuk short sem adalah next week. Study pun mcm xnak jer kan entahla memang xde mood, tapi wanz tetap jugak baca and wat latihan sket.. ada kawan-kawan datang lepak semlm tengok bola, wanz plak mmg jarang tgk bola so mmg xtengok terus. hahaha sangat pelik kan? tapi bukn la x amik tahu just x tgk jer..

Habis jer first match sajer jer la ajak one of my rumate kuar pusing-pusing itupun kalau dia nak pi and pak guard sempoi. Kalau x mana pak guard nak bagi.. ikut mood dia la kot. Pusing la KL duk atas keter jer, lalu klcc, lalu jalan sultan ismail, pi petaling jaya and terus ke shah alam. Haha shah alam ni wanz suka tengok rumah-rumah kat seksyen 7 & 9.. besar giler babi.. hehe. so pusing depan rumah diaorg mcm nak merompak taw.. matilah pasni no kete kena suspek.. huhu..

Dah xde idea we all terus jer balik sambil melalak atas keta.. sampai bilik dah kol 6.30 pagi, solat dan tido ler.... papepun i enjoy and akibatnya skank kepala pusing and pening sbb tido xikut jadual...

xoxo

Lo's of Love
~ WaNz ~

Friday, 13 June 2008

Aku Dia & Mereka

Hey !!~


Hari jumaat adalah penghulu segala hari and everything yang baik berlaku pada hari ini atau dilakukan pada hari ini seelok-eloknya.. Aku mula mengerti setiap yang terjadi pada hari-hari yang lalu.. Orang cakap jangan lakukan pape dalam keadaan marah kan so aku taip ni dalam keadaan tenang tapi hati aku hancur sama sekali.. Ikhlas aku yang setiap kali tersenyum tidaklah menggambarkan hati aku sebenar. Entah siapa yang tahu apa yang aku fikirkan, tapi yang pasti Allah s.w.t tahu aper yang hambanya ini fikirkan..


Aku kecewa bila mereka yang dinamakan kawan akhirnya mengutuk and menghina, ikhlas aku tahu aku ni tiadalah sebijak mereka, malah aku tiada kelebihan yang mampu aku banggakan. Petang tadi, aku cukup kecewa dengan seorang kawan, perlu ke hendak menipu malahan seawal perkenalan aku dah inform bahawa aku dapat terima semua kekurangan mahupun kelebihan setiap orang just be honest with me. Setiap kata yang di utarakan, satu pun aku x dapat terima dengan tenang, kenapa? kerana aku dapat rasa ada sesuatu yang disembunyikan.. entahla last dari aku untuk dia thank u. kerana dialah yang beri aku semangat time aku down a few month ago. Sekarang dia mulai hilang dari pandangan mata tanpa diminta. Just I hope that u will be happy and successes in everything that u do. Just ingatlah tidak semua impian kita dapat di capai, belajarlah untuk hidup susah kerana ianya mungkin terpaksa diharungi suatu masa nanti..


Hurm, tamat? Still NO yesterday or a few days ago aku dah delete beberapa kenalan dalam friendster. Aku minta maaf kerana bagi aku hidup aku biarlah aku tentukan, aku hargai setiap kutukan dan kejian yang korang lemparkan, kalau yang tidak terlibat pun aku delete jugak, let it be secret to me why.. Ikhlas, aku penat nak menjadi setiap individu yang berbeza di depan kalian, boleh tak aku jadi aku yang dapat puaskan hati aku. Terimalah aku seadanya, kalau x suka aku harap korang kuar dari hidup aku dengan cara yang terhormat.. aku tiada aper, aku hanya seorang insan yang harapkan ketenangan dalam meneruskan hidup aku.. supaya sepanjang pengajian ini aku tiada masalah. Aku suka berkawan, kawan yang aku ada pelbagai ragam, tiadalah aku ni nak cepat kecik hati or perkara yang sewaktu dengannya. Aku berubah bila ada teguran, kalau nak tahu biler kawan tegur, jangan suka carut, aku pun stop, jangan suka merajuk, so aku pun cuba hentikan dan banyak lagi. Sebenarnya biler aku diam aku banyak fikir..


Siapa kerispati yang bagi komen macam sial jer itu, aku pun tak tahu, tapi aku harap dia dapat aper yang dihajati, moga hari harinya gembira dengan mulut mcm bangkai itu.. Hurm, aku dah x marah, tapi sangat kecewa.. kecewanya aku xdapat digambarkan..hurm tadi aku bawak motor pusing-pusing area gombak, so far dapatlah release tekanan yang aku hadapi.. entahla aku pun x tahu dah aper drama A.I pasni, just tunggu and lihat..


Dalam pada aku kesedihan, ada jugak teman yang aku hargai kehadiran mereka.. terima kasih, kalian peka dan hormati aku.. itulah biler kak neem and nazmie plan kuar aku yakin jer nak kuar coz it will be fun for me, they know who am I then it will be ok. .. okeyla penat dah aku bebel kat sini..


“tiada kegembiraan yang hadir tanpa
tempuhi kesusahan dan kesedihan terlebih dahulu “


Lot’s of love
~ WaNz ~

Thursday, 12 June 2008

Happy Birthday Friends !!~

Hey !!~

Suprise !!~ hehehe tanpa sebarang perancangan yang lama we all berjaya suprise kan birthday boy.. hahaha first of all suprise party ni di rancang oleh his roomate and fully sponsored by his roomate too.. Wanz punya keje just delivery kek to his room. Bukan la party yang besar with variety of food, sebbnya birthday boy ni bukan jenis suka celebrate.. katanya sms pun dah okey, but orang nak sambutkan so kenalah terima.. hehe..

P E R S I A P A N : -

Habis jer kelas dalam tengahari kot, daniel texting me and tanya biler his roomate birthday just to confirm. so Wanz pun bukak la my organizer and check it. So memang btol la birthday dia on 11th June so daniel cakap nak beli kek, wanz just ok la kan sebb fully sponsored by him.. Nak beli pun timbul one problem even kedai kek dekat tapi kalau Wanz pi ngan motor, habisla kek tu jahanam.. so carilah keta.. well after one hour pikir keta saper nak guna, jumpa gak keta one of my friend.. nasib baik dia bagi pinjam. well pinjam siap ngan driver.. hahahaha..

dah ader keta plan pun bertukar, pi la tempat yng jauh sikit which is Jusco wangsa maju, xdelah jauh sangat dekat jer ngan our uni.. tapau cake kt secret recipe and mamam jap kat kfc, singgah beli gift and balik la..

kol 11.55 kot wanz pergi bilik diaorg, well besday boy ni x perasan pun wan masuk with kek asyik dia main game... hahaha so nak bakar bilik pun boleh agaknya..
S U P R I S E :


this is how birthday cake look a like..
"Happy Birthday Athip @ Drogba ke - 22"




Nak tahu aper birthday boy cakap? "aper korang buat ni ??" haha itulah muka suprise and terharunya dia.. keep smiling after that, hahaha well senyum pun cepat potong kek tu, kiteorang dah lapar nak makan.. hehe..



Akhirnya potong jugak kek itue... credit to daniel for all picture here.. sorry gak sebab wanz just be there for a few minute, i think a few people know why, let it be secret as secret recipe, hehehe. thanks sekali lagi to them sebab siap anta kek lagi kat bilik wanz.. hahaha

Happy Birthday dude!!~



Lot's of Love

~ WaNz ~

Tuesday, 10 June 2008

Cerita Tentang Mereka

Hey !!~

Saat ni Wanz baru bangun.. giler lama tido, habis kelas kol 11 pagi tadi balik terus tidur
biler bangun feeling macam bosan lite-lite.. so usha la folder-folder dalam my pc
Usha sana then sini i find this picture,
one picture that i love most..
.
.
.
.
.
V



Naper Wanz suka?
this picture was taken during hari raya last year..
tahun lepas ke?
rasanya la..

Inilah cerita 5 sahabat..
Mereka semua ni berkawan since sekolah lagi.
punyai pelbagai karakter
time susah,
sama-sama tolong
time happy,
sama-sama happy
sampai biler cerita tentang mereka berlima
biarlah ia hingga ke akhir hayat...

Nanti laa
kalau ada peluang lagi
mereka ni akan wat sesi
photoshoot lagi
harap
cerita mereka tidak terhenti
....

Lot's of Love
~ WaNz ~

Saturday, 7 June 2008

P.Ramlee The Musical

Hey !!~


Yeah hari ni walaupun sentap di pagi hari tapi agak excited.. Dapat pi tengok P.Ramlee The Musical. Thanks a lot to my buddy Nazrie. Actually kakak dia plan nak gi tengok ngan dia tapi memandangkan kakak dia ada hal yang xdapat di elakkan dia ajak Wanz.. yeay!!~ ikhlas happy sangat okeh. Kol 12 dah get ready, gigihnya iron baju nd etc.

Wanz janji nak jumpa dia kat LRT station Kg Baru kol 2.30 tapi kol 2.45 baru dia muncul show start kol 3pm.. time ni ler kelakar sebb dia macm kalut giler.. nazrie yg wanz kenal since sekolah mmg relax cool jer, maybe takot xdapat tgk atilia la kot itu yang kalut.. hahaha. dia lambat sebb baru balik dari reunion so itu jerla alasan.. hahaha

sememangnya first time wanz masuk istana budaya, so tahap keterujaan tu melampau giler.. hahaha. Seryesly kind of different atmosphere that they have there. Show pun start la at 3pm.. nasib baik sampai 5 minit kot before 3 lupa la.. tapi ramai lagi time tu yg dtg.. otw masuk dewan wanz ternampak one of active blogger tapi aku xtegur la as usual wanz ni segan..




okey Wanz xtahu nak review aper about this show.. Wanz enjoy each scene, sonok tengok all the dancers menari ramai-ramai, background and many more. lagipun ni 1st time tengok teater so semua wanz rasa bagusla cuma sumtimes dialog tu wanz x berapa dengar so tengok la subtitle in english itu.. watak-watak kekasih and isteri p.ramlee sangat menarik.. Wanz paling suka atilia, dia pegang watak junainah..
this show have 20 minute break so that u can have rest jap.. sbb jarak antara seat sangat sempit make me uncomfortable, huhu, minah cina sebelah pun xhabis-habis komen, entahla orang tgk citer dia pun nak wat citer leh?


Habis jer tgk teater ni, terus we all pi makan kat kampung baru.. hentam jer kedai papepun janji dapat makan. Wanz amik western food sbb nak larik dari nasi, nazrie plak nasi gorng cina pas makan wanz balik la... sebb esok kuar lagi with my senior plak, hopefully dia belanja semuanya yeay!!~ : ) Papepun thanks a lot to nazri and his sister.. thank u so much.. hehehe terima kasih daun keladi, kalau ada nak lagi


Lot's of Love
~ WaNz ~

You Sucks !!~

Hey !!~

Weekend again, early in da mornink i woke up and check my email, comment and blog.. What makes me sentap, ada sorang ni entahla ikhlas dunt know who is he/she. Wanz just nak gtahu, Wanz tahu my life isn't perfect at all. Tak semua suka kat Wanz, sebb Wanz ni chubby la and etc.. tapi dulu Wanz sangat ambil kesah aper orang nak kata, tapi now Wanz just nak have friend, x kesah who ever u are okey.. then sebb muka terus kamu wat assumption? meh sini kalau berani put ur pic and ur name. let me do some assumption on you. K lah xnak gaduh-gaduh mahupun sentap, kalau itulah dak sama uni ngan Wanz, Wanz just nak ckp how stupid u are, our uni have to main concept pikirla sendiri ok..

One thing to remind to all of you readers, my blog is about me myself and i.. aper yang berlaku dalam idup Wanz, i will post it here as my journal.. soon or later i will make my blog private so that readers with invitation only can enter.. sebab itu rasanya lagi bagus. xda orang nak wat dosa kan? Entahlah coz of that thing Wanz sakit kepala..

Lot's of Love
~ WaNz ~

Indah + Pahit = Kehidupan

Hey !!~





Biarlah Bulan Bicara Sendiri.. ingin sekali aku mendengarnya, andai itu yang terindah. Cuba jawab siapa tak mahu yang terindah dalam hidup ini, tapi pahit juga yang melanda. Erm terkedu bila ingt balik aper yang berlaku.. tiada siapa yang salah, tiada siapa yang patut mengalah.. Semuanya layak menang.. erk mcm pertandingan plak kan? hahaha xdelah biler keindahan itu datang ianya hanyalah sementara, seterusnya hilang di bawa angin.. aku sudah terbiasa dengan keadaan itu, mungkin sekarang aku dapat berlagak cool macam tiada aper yg berlaku.. tapi bila sunyi datang semua yang negative juga akan bersarang..





Pengorbanan itu penting, untuk sesiapa sahaja yang kita hargai dan sayang.. termasuklah keluarga, kawan, dan ... jadi andai itu yang terbaik lakukanlah. Kerana sms salah faham.. kekadang aku plak tergelak tapi btol gak sms ni membawa tafsiran yang berbeza so jadiknlah pengajaran... okey terus melangkah tanpa menoleh lagi.. ayuh!!~



Lot's of Love

~ WaNz ~








Thursday, 5 June 2008

Hari-Hari

Hey!!~

Waaaaaaa terkejut lite-lite boleh? hehehe.. yesterday Wanz kuar temankan nazrie pi lowyat, nak pi usha barg.. so ikut jer la kan, lagipun okey la dari Wanz duk sentap dalam bilik sebab tetiba leh emo ngan sowang ni..

We went to GSC pavillion, nazrie awal-awal lagik gtahu nak tgk Long Khong 2, tapi sygnya kat situ x release lagi.. so pas bincang xtaw nak wat pe, decide la tgk citer Superhero The Movie.. overall Wanz bukan faham sangat citer ni.. i mean plot citer yang ntah pape.. time gelak Wanz gelak then blur gak sebab citer tu habis awal. 1 jam 20 minit jer.. jap je kan? huhuhu.. then pusing-pusing la kt pavillion tu.. nak shopping xleh la sebb weekend nanti ada gathering ngan senior2 Wanz so kena la tunggu..

Tengok jam baru kol 6 ptg so Wanz ajak nazrie pi KLCC, hehehe pasni semua kawan serik nak jalan ngan Wanz coz Wanz memang suka jalan tambahan lagi kalau kat tpt gitu, besh.. Penat tu langsung xde.. sampai kt klcc terus la pi mamam.. Wanz mmg x mamam pape lagi sbb i'm still on diet..huhuhu desperate nak kurus boleh ke? lepas dinner then pusing-pusing la sambil singgah a few butik and aim a few shirts and jeans.. entah biler nak beli xtahu, aim jer.. then kol 8 we all balik la.. waa hujung minggu ni sesuatu yang menarik akan berlaku, itupun kalau xde halangan, nanti wanz stroy later..


On the way balik, my rumate sms me, katanya petrol dah nak harga which is RM 2.70, ikhlas Wanz x pernah amik kesah sangat sebb Wanz guna motorsikal jer, itupun untuk ke kelas.. penuh satu tangki pun, leh tahan till 3 minggu then ok ler.. cuma biler minyak naik, semua harga barang akan naik.. aper lagi nak wat..jimat jer la, Wanz still student so terpaksalah susah dahulu senang kemudian.. terfikir gak, mcm ne lah kehidupan orang yang susah,mungkinkah mereka akan bertambah susah till melarat.. pernahkah pihak atasan fikir.. renung-renungkan lah!!~ pasni banyak jalan kaki la dari naik motor or kereta..


Lot's of Love
~ WaNz ~

Tuesday, 3 June 2008

Majlis Pertunangan & Khatam Al-Quran

Hey !!~


Alhamdulillah, selesai sudah majlis pertunangan yang berlangsung pada 1 jun 2008.. Wanz hanya incharge bahagian belakang tabir boleh? macam filem plak kan? hehehe.. actually ramai tetamu yang datang ingatkan kenduri kahwin disebabkan wujudnya benda ini :-






actually idea pelamin ni Wanz sendiri x pasti daripada sesiapa tapi ni paling bestla.. pelamin ni sangat simple jer so kalau di perhatikan just memang sesuai untuk majlis pertunangan.. yang kahwin nanti lagi grand kot.. haha biarlah rahsia.. rombongan dari pihak lelaki tiba agak lewat dari waktu asal, WHY?? sebabnya, musim cuti sekolah ni jalan jem yang amat then rombongan pengantin lelaki tersalah jalan.. tapi xpelah at last jumpa gak.. yang ni kalau Wanz salah bg arah or arahan yang Wanz bagi x jelas, Wanz mintak maaf la bebnyk.. Next picture plak pic hantaran dari pihak perempuan and lelaki.. let see..








menarikkan? dalam family Wanz sebenarnya x ramai yang bertunang, rasanya ini yang kedua.. so tengok hantaran ni mcm dah nak kahwin.. huhu papepun 1st picture tu yang perfume tu hasil sentuhan Wanz sendiri sebb Wanz incharge bahagian creative ( reka sendirik nama bahagian ).. next picture plak pic coklat dalam raga tu bagi Wanz sangat istimewa.. Raga tu sebenarnya di perbuat daripada roti so memang boleh makan la.. tapi sangat la lembut raga itu, takot plak patah pemegangnya..huhuhu.. for me i love to see everything menarik and puas hati, biar simple tapi nampak smart..

Next plak let see suasana tetamu yang tiba.. ruang tamu tengah rumah dijadikan main hall untuk majlis ni.. mana semua perabot Wanz pun xtahu.. hehehe









majlis ini berlangsung sangat simple, for our family kiteorang mahukan yang simple.. tiada sesi berbalas pantun kerana ini bukannya pesta pantun owkay.. cuma susunan bahasa yang digunakan sangat berlapik dan berjaya memenuhi tuntutan tradisi dan budaya. Majlis dimulakan dengan kata-kata terima kasih dari pihak lelaki dan kata-kata aluan dari pihak perempuan yang diwakilkan kepada besan my grandparents.. cool jer.. lepas selesai sesi cakap-cakap ni, ni la klimaksnya sarung cincin..

kalau tadi si dara menunggu si teruna dengan debaran



menuruni tangga ke pelamin yang telah tersedia





majlis sarung cincin kini menjadi nyata...





nampaknya kak long berjaya buat kejutan untuk tunang dia.. sebab safril langsung x sangka kiteorg akan wat pelamin and dia juga di jemput untuk duk atas pelamin itu.. huhu itu lah yang dia pakai t shirt jer, papepun sempoi la kan.. hehehe my unty sarungkan cincin untuk bakal menantu dia..




berdiri dari kiri ni my uncle, bakal mertua kak long, and my unty.. then duduk dari kiri plak nenek abg safril, kak long and my moyang.. gigih okay moyang Wanz, lepas tu petang dia dah penat sangat sebab dia pun bnyak tolong we all..


semua jemputan di jemput mamam lor, simple jer okay sebb jemputan hanya di kalangan saudara-mara and jiran and kawan-kawan.. tapi sudara mara keluarga Wanz pun dah ramai macam mana tu? hik hik hik



sempena majlis pertunangan ini, family Wanz juga bersepakat la nak wat majlis khatam Quran jugak, tapi Wanz x sempat nak khatam sebab Wanz balik last minute so x sempat nak arrange.. Majlis khatam tu just untuk adik and sepupu Wanz sahaja.. mereka semua wearing all black jubah.. and duduk di tengah-tengah hall. di kelilingi para jemputan










selesai sudahlah majlis ini.. dari pagi till midnyte barulah semuanya settle.. walaupun rasa penat tapi berkumpul dengan all family members ni sangat best, biler ada usik mengusik, gelak tawa dan sebagainya.. inilah my family, senyum tawa kami tetap bersama, salah faham dan kecil hati itu di lupakan kerana itulah penyeri sebuah kehidupan.. entah biler dapat berkumpul macam ni lagi..


Untuk Kak long and abg safril, both of you dah harungi segalanya for 6 years till today so kekalkanlah segalanya.. tidak semuanya indah, kelebihan dan kekurangan di kongsi bersama agar bahagia menjadi nyata.. kalau ada salah and silap selama ini harap di maafkan, we all already grown up and pandai berfikir.. Wanz ni kekadang laser sket.. hik hik tapi ni lah Wanz.. waaaa korunk dah tunang Wanz biler lagi??? huhuhuhu

~!! Mohd Safril & Ainie Jamily !!~


Lot's of Love

~ WaNz ~

Holiday Part 1

Hey !!~




Selamat kembali bersiaran, hehehe.. Sekejapnya Wanz balik kampung.. best sangat owkay, actually kepulangan Wanz kali ni untuk memeriahkan majlis pertunangan my cousin, yang juga cucu sulung dalam keluarga belah ayah.. At first Wanz mcm xnak balik sebab x tahu mcm ne ngan jadual kelas, ada replacement class or what, buatnya ada test paper matila kan? So last minute, Wanz sgt free so aper lagi, Wanz balik la, tumpang atok sedara yang nak balik kelantan.. lagipun tiket bas dah habis, almaklumlah cuti sekolah kan? hehehe


Semua ahli keluarga berkumpul bagai nak raya plak, and i miss this moment so much. Well sangat susah sebenarnya nak berkumpul ahli keluarga mcm ni sebb masing-masing ada komitmen lain, yang tiada pada majlis kali ni 2 org sepupu Wanz. Sian diaowang.. papepun majlis tetap berlangsung dengan simplenya tapi meriah..



Wanz incharge bahagian kreatif part, duk la deco a few thing, happy biler idea Wanz di terima pakai, itu yang make me more happy..So far semua persiapan kami wat sendiri, termasuklah barang yang nak di isi dalam goodie beg.. Unty Wanz wat muffin, Agar-agar kering, Kek hantaran and etc. Xtahu dah nak citer aper let see this picture.. below..



PERSIAPAN !!~


Mari membalut muffin

Gossiping

keadaan haru biru

Yeah dah siap

Ini yang aku balut !!~

bersambung !!~