Aku Dia & Mereka
Hey !!~
Hari jumaat adalah penghulu segala hari and everything yang baik berlaku pada hari ini atau dilakukan pada hari ini seelok-eloknya.. Aku mula mengerti setiap yang terjadi pada hari-hari yang lalu.. Orang cakap jangan lakukan pape dalam keadaan marah kan so aku taip ni dalam keadaan tenang tapi hati aku hancur sama sekali.. Ikhlas aku yang setiap kali tersenyum tidaklah menggambarkan hati aku sebenar. Entah siapa yang tahu apa yang aku fikirkan, tapi yang pasti Allah s.w.t tahu aper yang hambanya ini fikirkan..
Aku kecewa bila mereka yang dinamakan kawan akhirnya mengutuk and menghina, ikhlas aku tahu aku ni tiadalah sebijak mereka, malah aku tiada kelebihan yang mampu aku banggakan. Petang tadi, aku cukup kecewa dengan seorang kawan, perlu ke hendak menipu malahan seawal perkenalan aku dah inform bahawa aku dapat terima semua kekurangan mahupun kelebihan setiap orang just be honest with me. Setiap kata yang di utarakan, satu pun aku x dapat terima dengan tenang, kenapa? kerana aku dapat rasa ada sesuatu yang disembunyikan.. entahla last dari aku untuk dia thank u. kerana dialah yang beri aku semangat time aku down a few month ago. Sekarang dia mulai hilang dari pandangan mata tanpa diminta. Just I hope that u will be happy and successes in everything that u do. Just ingatlah tidak semua impian kita dapat di capai, belajarlah untuk hidup susah kerana ianya mungkin terpaksa diharungi suatu masa nanti..
Hurm, tamat? Still NO yesterday or a few days ago aku dah delete beberapa kenalan dalam friendster. Aku minta maaf kerana bagi aku hidup aku biarlah aku tentukan, aku hargai setiap kutukan dan kejian yang korang lemparkan, kalau yang tidak terlibat pun aku delete jugak, let it be secret to me why.. Ikhlas, aku penat nak menjadi setiap individu yang berbeza di depan kalian, boleh tak aku jadi aku yang dapat puaskan hati aku. Terimalah aku seadanya, kalau x suka aku harap korang kuar dari hidup aku dengan cara yang terhormat.. aku tiada aper, aku hanya seorang insan yang harapkan ketenangan dalam meneruskan hidup aku.. supaya sepanjang pengajian ini aku tiada masalah. Aku suka berkawan, kawan yang aku ada pelbagai ragam, tiadalah aku ni nak cepat kecik hati or perkara yang sewaktu dengannya. Aku berubah bila ada teguran, kalau nak tahu biler kawan tegur, jangan suka carut, aku pun stop, jangan suka merajuk, so aku pun cuba hentikan dan banyak lagi. Sebenarnya biler aku diam aku banyak fikir..
Siapa kerispati yang bagi komen macam sial jer itu, aku pun tak tahu, tapi aku harap dia dapat aper yang dihajati, moga hari harinya gembira dengan mulut mcm bangkai itu.. Hurm, aku dah x marah, tapi sangat kecewa.. kecewanya aku xdapat digambarkan..hurm tadi aku bawak motor pusing-pusing area gombak, so far dapatlah release tekanan yang aku hadapi.. entahla aku pun x tahu dah aper drama A.I pasni, just tunggu and lihat..
Dalam pada aku kesedihan, ada jugak teman yang aku hargai kehadiran mereka.. terima kasih, kalian peka dan hormati aku.. itulah biler kak neem and nazmie plan kuar aku yakin jer nak kuar coz it will be fun for me, they know who am I then it will be ok. .. okeyla penat dah aku bebel kat sini..
“tiada kegembiraan yang hadir tanpa
tempuhi kesusahan dan kesedihan terlebih dahulu “
Lot’s of love
~ WaNz ~
Comments