Our Hero !!~

Hey !!~









Kalau di tanya siapa hero yang di kagumi, sudah tentulah ayah wanz.. beliau bukanlah ada superpower tapi cukuplah ada hati yang ikhlas dan tabah.. Seingat wanz ayah wanz ni tak pernah nak pukul atau rotan wanz, kalau ada buat salah. Mungkin bagi ayah, itu bukanlah cara yang terbaik dalam mendidik putera dan puteri-puterinya.. Waktu kecil wanz pernah x dapat jawab soalan latihan dan akibatnya sekotak besar komik wanz di buang, kalau di ingatkan balik mmanglah sedih dan terkilan tetapi kalau tidak kerana itu wanz x jadi wanz pada hari ini.. Dan wanz dapat tahu komik itu tidak dibuang sebaliknya disembunyikan di rumah atok belah ayah..


Since bonda pulang ke pangkuan ilahi, ayah sangat tabah dalam membesarkan kami.. seingat wanz waktu tu my age just 10 years old, adik yg second baru 5 tahun and yang 3rd 7 bulan. Waktu tu sangat susah dan perit bagi wanz tapi ayah la insan yang banyak bagi sokongan untuk kami 3 beradik.. ketabahan beliau juga menjadi teladan untuk kami.. Kini telah 12 tahun bonda pergi dan ayah tetap tidak menemui pengganti, bukan tiada tapi ayah yang tak mahu, baginya biarlah anak-anak dia besar dahulu..


Ayah wanz ni bab berkawan tidak memilih, dari seorang nelayan atau cleaner till la orang berpangkat semua ayah berkawan.. hurm sebab itulah ayah ni disenangi di kalangan kawan-kawan dia.. Kalau nak cerita pasal hero wanz ni, sangatlah panjang.. jadi cukuplah sekadar itu yang wanz kongsikan.. Harapan wanz supaya kami tiga beradik dapat genggam segulung ijazah sebagai tanda pengorbanan ayah lakukan berbaloi dan di hargai..




Happy Father's Day
You will be our Hero Forever



Lot's of Love
from

Along !!~
xoxo





Comments

Anonymous said…
yg nie plg touching skali..
its not easy to find some1 like ur dad...

Popular Posts