Saturday, 27 February 2010

One Minute - Tag by Ricca!!~

IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
Jika ku Harus Bermimpi - Samsons
Haa terus bermadah ~ pose termimpikan seseorang..


HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
Laskar Pelangi - Nidji
Yeah hidupku penuh warna warni and love it so much =D


WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
I'm already there - Westlife
Erm mcm kena mcm x ~ entah ..


HOW DO YOU FEEL TODAY?
The greatest love of all - Whitney Houston
yup love all of you around me~


WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
Pesona - 6ixth Sense
Create my own reiatsu.. leh x? salah konsep


WHAT'S YOUR MOTTO?
Doa dan Pujian - Rabbani
Doa itu semestinya di pohon, Pujian itu satu hadiah ~


WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Kembara Cinta - Rabbani
Hehehe kembara mencari cinta mcm tu ke korang fikir?


WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Impiankan Nyata - Siti Nurhaliza
Yup i will always put my family first no matter what..


WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Going home - Hardev Kaur
Yeah!!~


WHAT IS 2 + 2?
Cari Pasangn - Rabbani
hahahaha i love it~


WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Brown Eyes - Lady gaga
all of them memang suka pakai lense brown.. kan? :P


WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Jalan Keluar - Sheila On 7
Yeah!!!!!!!


WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Epilog Memori Gelita - Fauziah Latif..
Nope i dont want to be gelap gelita.. nak cerah macam matahari~


WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Nirmala - Siti Nurhaliza
Maknanya kena jerit guna key tinggi ek?


WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Selamanya - Slam
Comey plak!!~


WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
September - Taufik Batisyah
a month before october aite?


WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Bukan Kemahuan Fikiran - Fauziah Latiff
yup!!~


WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Keheningan Malam - Hijjaz
biarlah ianya jadi satu rahsia.. =)


WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
Diari Seorang Lelaki - VA sepi OST
erm :P wink~


WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Akankah Bisa - Rossa
Erm bisakah bertahan? InsyaAllah~


WHAT WILL YOU POST THIS AS?
One Minute - Kelly Clarkson!!~

Friday, 26 February 2010

Salam Maulidur Rasul



Salam Maulidur Rasul
untuk
Semua Muslimin dan Muslimat..

memetik kata-kata rakan di laman sosial facebook
kalau menyambut hari jadi rakan kita
mampu berhibur, karaoke sampai subuh dan sebagainya..

kenapa hari ini kita tidak mampu hanya untuk berselawat
mengaji dan melakukan apa yang sepatutnya untuk mengingati
insan paling mulia dan tinggi makamnya di sisi
Allah s.w.t.

Renung-renungkan ~

Thursday, 25 February 2010

Murah.. Sangat Murah


Apakah yang murah?
Cuba anda tengok kat atas ni..
Nasi Ayam Goreng hanya RM 2.00

Skank kat kampung aku musim nasi macam ni kot..
Sekitar bandar pasir mas tu ramai giler orang berniaga nasi macam ni,
and aku sempat beli before and lauknya and nasi banyak okey..
kalau kat cafe aku agak-agak dengan nasi dan lauk macam tu at least
RM 4.50..

Tetiba aku rasa sangat bertuah
kalau dapat kerja kat kelantan untuk masa depan
banyak la duit aku leh saving..
hehehehe :p

Tuesday, 23 February 2010

It's weekend!!~

Jom bercerita..

Hujung minggu lalu, sempat jap kuar lepak dengan aiman, teman rapat aku dari sekolah dan juga cj. Jap sebelum itu, nazmie, nazrie and afif bila nak datang lepak sini.. sebelum aiman ke.... oopss rahsia lagik~ dia akan umum sendiri ke mana.. hehe

So end up kami just lepak kat midvalley sebab nak tengok wayang, banyak la pula cerita yang boleh ditonton kali ni semuanya macam best. Akhirnya kami pilih movie Valentine's Day, sebabnya pelakon filem ni semua mantap-mantap.. so why not kan tengok cerita ni walaupun dah tahu konsepnya cintan cintun..



Since kat gsc midvalley tu beratur panjang yang amat, kami pilih gsc signature dekat the garden, haiyoo siapalah yang pilih midvalley ni. Hehehe.. Lepas tengok wayang sempat plak tu main boling, hurm lama dah jugak aku tak pegang bola boling ni. Okeyla first round aku menang, second round aku kecundang.. by the way siapa yang dapat tempat last for both game?

Dari mid valley singgah jap lepak kat chawan sembang before anta cj balik..
On that night also kelab debat uiam dihadiahkan berita gembira apabila pasukan muda uiam memenangi pertandingan debat astar di um dan ismail mendapat anugerah pendebat terbaik pusingan akhir. Tahniah untuk semua..

On sunday morning~

Dapat msg tup tup nak buat discussion and bilik aku jadi tempat nya.. Jap jap bila kita deal nak buat discussion ni? aiyoo i'm not even say yes at the first place.. So discussion postponed and assignment still going on..

Petang went out with aiman for dinner, since aiman pun duk kat gombak jer at the moment so hujung minggu kalau bosan ajak dia la makan. Nak ajak nazrie nazmie and afif jauh sangat diaorang tu. Nak try tempat baru dekat AU2 setiawangsa, entah apa kedainya yang baru bukak tu, sudahlah mahal then tak sedap plak tu. So not recommended..

Rasanya kedai tu nama Lerk Thai kot.. kalau tak silap aku la.
Erm my weekend..
short and happy..

p/s: watak tempelan sahaja, dipanggil bila perlu.. :p




Saturday, 20 February 2010

Movie Review : 3 Idiots


Sudah menonton filem ini?

Pertama kali aku dengar tajuk filem ini, daripada senior aku itupun di laman sosial facebook. Jadi mula mencari cerita ini, kalau-kalau ada yang mendownload.. sebabnya nak tengok kat pawagam, sudah terlambat. Sudah ada cerita, sarikata pula yang sukar dicari. Jadi terus menunggu. Semalam setelah dapat apa yang dikehendaki, barulah aku dapat menonton filem ini.

Filem yang durasinya 2 jam 40 minit, sememangnya cerita hindi pertama dari genre yang berbeza yang paling aku suka. Biasanya filem hindi akan dikaitkan dengan percintaan yang terlarang atau dihalang keluarga dan akhirnya tetap bersama. Tetapi untuk filem 3 idiots ini, konsep persahabatan lebih diketengahkan.

Secara ringkasnya persahabatan 3 watak ini bermula dari zaman pengajian tinggi mereka. Rancho, Farhan dan Raju. Sikap Rancho yang sedikit berbeza terus menjadi tulang belakang kepada filem ini. Farhan dan Raju pula belajar untuk mendapatkan ijazah dan seterusnya mengubah nasib hidup keluarga masing-masing. Zaman belajar di kolej yang diketengahkan ada benarnya, pelajar sering tertekan dengan harapan keluarga dan juga peraturan universiti untuk menempatkan diri dalam golongan atas. Untuk tahu lebih lanjut, anda boleh tonton sendiri atau mencari blog yang review dengan lebih detail.




Bagi aku pula konsep persabahatan itu paling berbekas di hati aku..
Kadang-kadang contoh yang baik perlu kita ambil dan lekatkan di dalam hati agar kita dapat mengaplikasikan dalam kehidupan kita.. =)


Friday, 19 February 2010

My Cousin Got Married!!~

Cuti Chinese New Year hari tu, rumah aku meriah sekali dengan majlis perkahwinan sepupu aku. Balik ingat dapat rehatkan badan tetapi tidak, sebaliknya banyak kerja yang perlu diselesaikan disamping itu dapat lah melepak dengan teman rapat yang agak sukar untuk kami berkumpul. Itupun curi-curi masa jap untuk keluar semua..

Majlis akad nikah pada 15 February 2010
Bertempat di Masjid Besar Daerah Pasir Mas.
Maklumlah musim cuti sekolah kan, tok kadi kena handle tiga akad nikah pada malam tu, yang penting keluarga aku ni meriah walau dimana sahaja. Dalam masjid pun tetap tak nak kalah.. hehe papepun sweet memory for my cousin. Opps lupa sekali akad Safril sah menjadi suami kepada Aini Jamily. Motip sangat cousin aku yang pompuan ni wat muka seposen jer.. hehe.





Before



After


Majlis Resepsi Pengantin Perempuan pada 16 February 2010
Bertempat di Kediaman Nenda kami, Pasir Mas Kelantan.
Kali ni kami sekeluarga memilih warna ungu sebagai warna tema, so berhabislah semua duit mencari baju ikut tema. Before balik kelantan ritu aku sempat terjah wisma yakin jap cari baju melayu sepasang warna ungu.. tapi yang ado sempat tangkap gambar with that baju melayu sebabnya tengahari tu aku dah cabut pulang ke kuala lumpur.. sedey 4 saat. Aku pun tak sempat nak snap pic a lot since aku banyak layan tetamu and berkemas nak balik. Sudey lagik..


Baru suku ni ahli keluarga aku


Sabar menanti..



Yeah dah jumpa.. mata bertentang mata lalu turun ke hati..


Yang diaorang bagi.. tapi ada lagi ni...



Yang kami balas.. aku okeyh susun semua tu.. hehe


Akhirnya bersanding jugak diaorang~


Special pose for my blog..


Anyway untuk majlis perkahwinan ini, sekalung penghargaan buat semua ahli keluarga aku yang terlibat. Yang bahagian buat hantaran, tok chik an always creative aite.. got the idea la nanti leh wat part time wedding planner.. hehe. Then tok ngah and mak ngah thanks for coming memeriahkan majlis.. senang citer thanks untuk semua.

Untuk my cousin and husband.. congratulations to both of you.
x sempat nak menyakat kan malam tu.. :p

Monday, 8 February 2010

2 Years Old!!~


Minggu baru yang bermula membuatkan hati aku gembira yang tak terhingga sebabnya akan kembali sibuk dengan tugas seharian yang perlu dilakukan. Tapi dalam benak fikiran aku, aku masih berfikir macam mana mahu selesaikan sedikit kekusutan yang berlaku antara aku dengan teman-teman. Setiap hari kena lihat dan belajar dari kesilapan yang aku lakukan untuk mengekalkan persahabatan yang masih wujud. Uiks tanaman pun kalau tidak dijaga dengan elok, layu jua akhirnya. Begitu juga dengan persahabatan. Setuju?

Cerita teman-teman aku, nazri berada di johor bharu dengan kerjanya, nazmie pun selepas tahun baru cina ni akan ke johor jugak memulakan hidup baru selepas temuduganya berjaya. Afif tersesat di dalam hutan menggalas tugas sebagai pendidik, yang paling dekat dengan aku sekarang aiman.

Ulang tahun ke 2 blog aku pada hari ini!! Happy Birthday.. hehe terover.

Dah lama juga aku berblogging ni, alhamdulillah banyak pahit manis sepanjang blog ini wujud. Adatlah asam garam kehidupan..

untuk semua yang membaca, yang memberi pendapat dan pandangan, yang jadi follower, dan semua sekalilah. Wan HaQQ mengucapkan jutaan dan ribuan terima kasih kepada kalian. i'm happy for what i have now.. family and friends. Muahxx (oopss terlebih plak)

by the way..
untuk team Al-Faruq dalam debat antara kolej yang lalu,
tahniah mara hingga ke semi..
terlekat badi musim lalu, xpelah next year cuba lagi pada yang berminat..


p/s: world peace!!~

Friday, 5 February 2010

Minggu lepas dan Minggu ini..

Dah seminggu aku pulang ke kampus untuk meneruskan hidup sebagai seorang pelajar. Penat? aku rela penat disini dari penat mendengar maki hamun buat aku. Entah setiap kali teringat apa yang diucapkan untuk aku, air mata ini menitik.. Sedih kerana inilah ujian yang aku perlu lalui untuk terus maju dalam kehidupan yang aku pilih. Maki hamun itu sememangnya bertujuan baik untuk aku jangan putus asa dan main-main tapi sedar tak ayat yang diluahkan itu buat aku hilang arah. Rajuk aku tak lama mungkin seketika tetapi luka yang berbekas di hati tak pernah sembuh. Pesan rakan, haqq jadikan apa yang diucapkan sebagai semangat untuk terus berjaya, jangan ingat sangat.

In this week sahaja aku dah rasa penat sangat, ya ampun banyak sangat kerja yang kena disiapkan dan jugak susunan jadual aku sehingga cuti tahun baru cina pun kena ubah juga. Huru-hara sekejap hidup aku, tapi ikhlas aku sangat sukakan kehidupan aku yang macam ni, kalau dah grad nanti pun aku nak kekalkan hidup aku busy dengan kerja semua supaya aku jadi happy. This is my life and i am enjoy doing it. Jangan risau plak aku dah agihkan masa untuk family dan teman-teman. Cuti tahun baru cina minggu hadapan, aku kena pulang sekali lagi ke kampung sebabnya sepupu pertama belah ayah aku nak kahwin, so semua ahli keluarga terdekat wajib balik untuk memeriahkan majlis.

Risau, hati aku masih risau dengan internship yang masih tidak dapat placement ni. Tinggal beberapa minggu lagi untuk praktikal yang dijadualkan bermula pada 12 April.. Uiks dah tak lama tu. Nak buat praktikal pun dah susah macam ni, kalau kerja esok-esok macam mana laaa hidup aku. Setiap hari pasti ada soalan dalam fikiran aku, bila nak dapat ni. Kawan-kawan yang lain dah ramai dapat. First choice aku hopefully tempat praktikal tu di kuala lumpur or selangor, tapi kalau dah rezeki kat kelantan, so kelantan lah aku pilih.

Kebelakangan ini, aku makin gemar bermain facebook. Ada sahaja perkara yang aku nak buat. Main game itu semestinya, suka kot. Dari restaurant city, ke barn buddy, ke farmville dan paling latest aku main zoo, tapi tak aktif sangat main zoo tu, cuma aku seronok sangat. Aktivit menegur orang itu, jadi habit yang paling aku suka wat. Ada sahaja idea buat aku nak menyampuk perbualan orang. hehehe. Hampir terlupa, american idol musim ke 9 sudah ke udara. Yeah i love to watch this show. Tengok episode untuk audition sahaja dah ada pelbagai ragam, ada yang datang dengan simple tapi suara mantap, dan ada pula yang datang berhias bagai tapi suara sumbang.

erm rasanya itu sahaja yang ada untuk aku kongsikan bersama teman-teman yang mengunjung blog ini. insyaAllah akan kembali rajin mengemaskini blog ini, kalau ada masa. untuk yang baru kenal aku, salam perkenalan.. i'm simple yet sensitive and emotional. untuk the rest yang dah kenal.. let's our friendship remain good till forever.

p/s: keluarga itu jasad dan nyawa, kawan itu persekitaran..