Minggu lepas dan Minggu ini..

Dah seminggu aku pulang ke kampus untuk meneruskan hidup sebagai seorang pelajar. Penat? aku rela penat disini dari penat mendengar maki hamun buat aku. Entah setiap kali teringat apa yang diucapkan untuk aku, air mata ini menitik.. Sedih kerana inilah ujian yang aku perlu lalui untuk terus maju dalam kehidupan yang aku pilih. Maki hamun itu sememangnya bertujuan baik untuk aku jangan putus asa dan main-main tapi sedar tak ayat yang diluahkan itu buat aku hilang arah. Rajuk aku tak lama mungkin seketika tetapi luka yang berbekas di hati tak pernah sembuh. Pesan rakan, haqq jadikan apa yang diucapkan sebagai semangat untuk terus berjaya, jangan ingat sangat.

In this week sahaja aku dah rasa penat sangat, ya ampun banyak sangat kerja yang kena disiapkan dan jugak susunan jadual aku sehingga cuti tahun baru cina pun kena ubah juga. Huru-hara sekejap hidup aku, tapi ikhlas aku sangat sukakan kehidupan aku yang macam ni, kalau dah grad nanti pun aku nak kekalkan hidup aku busy dengan kerja semua supaya aku jadi happy. This is my life and i am enjoy doing it. Jangan risau plak aku dah agihkan masa untuk family dan teman-teman. Cuti tahun baru cina minggu hadapan, aku kena pulang sekali lagi ke kampung sebabnya sepupu pertama belah ayah aku nak kahwin, so semua ahli keluarga terdekat wajib balik untuk memeriahkan majlis.

Risau, hati aku masih risau dengan internship yang masih tidak dapat placement ni. Tinggal beberapa minggu lagi untuk praktikal yang dijadualkan bermula pada 12 April.. Uiks dah tak lama tu. Nak buat praktikal pun dah susah macam ni, kalau kerja esok-esok macam mana laaa hidup aku. Setiap hari pasti ada soalan dalam fikiran aku, bila nak dapat ni. Kawan-kawan yang lain dah ramai dapat. First choice aku hopefully tempat praktikal tu di kuala lumpur or selangor, tapi kalau dah rezeki kat kelantan, so kelantan lah aku pilih.

Kebelakangan ini, aku makin gemar bermain facebook. Ada sahaja perkara yang aku nak buat. Main game itu semestinya, suka kot. Dari restaurant city, ke barn buddy, ke farmville dan paling latest aku main zoo, tapi tak aktif sangat main zoo tu, cuma aku seronok sangat. Aktivit menegur orang itu, jadi habit yang paling aku suka wat. Ada sahaja idea buat aku nak menyampuk perbualan orang. hehehe. Hampir terlupa, american idol musim ke 9 sudah ke udara. Yeah i love to watch this show. Tengok episode untuk audition sahaja dah ada pelbagai ragam, ada yang datang dengan simple tapi suara mantap, dan ada pula yang datang berhias bagai tapi suara sumbang.

erm rasanya itu sahaja yang ada untuk aku kongsikan bersama teman-teman yang mengunjung blog ini. insyaAllah akan kembali rajin mengemaskini blog ini, kalau ada masa. untuk yang baru kenal aku, salam perkenalan.. i'm simple yet sensitive and emotional. untuk the rest yang dah kenal.. let's our friendship remain good till forever.

p/s: keluarga itu jasad dan nyawa, kawan itu persekitaran..


Comments

Hezesuze said…
yes! apapun family 1st tau...
wah bizi bangat adik akak nie..
jg kesihatan tau...

p/s rinduuu kamu!
WaN HaQQ said…
hehe
yup mmg kena letak family first..
buzy with study jer la akak
okie dokie..
thanks..

p/s: =D

Popular Posts