Sunday, 14 August 2011

Alhamdulillah!! Selesai Sudah.

Syukur ke atas-NYA kerana dengan izin dan limpah kuarniaNYA, experiment project final year aku tamat dan dapat result yang aku kehendaki. Perasaan gembira itu hadir dikala aku rasa sedih dan rasa tidak terurus for past few days (again).

Semasa nak siapkan project ni pelbagai halangan dan cabaran perlu ditempuhi, semuanya menjadikan aku lebih matang dalam menyelesaikan masaalah mahupun berhadapan dengannya. Sepanjang menyelesaikan project ni, Prof, Lina, Kak Hidayah, Kak Shidah antara orang yang paling banyak membantu, tidak aku lupa teman-teman lab yang selalu memberi kata-kata semangat dan menghiburkan hati di saat aku perlukannya. Family dan kawan-kawan lain pula terima kasih juga kerana menjadi inspirasi aku. Kejayaan korang, ialah cabaran untuk aku.

Report plak, sv aku suh submit after raya.. So apa lagi melompat gembira jugak!! Nak balik kampung dah!! tiket pun dah terus beli semalam.. Nak balik berehat dan bersama keluarga. Nak lupakan seketika apa yg terjadi disini..

Ramadhan 14.


p/s: buat sahabat, diri mu masih aku perlukan.. walaupun aku bukanlah sebaik yang dikau harapkan tapi aku masih aku.

Thursday, 4 August 2011

Hari ke Empat Ramadhan

Lambat 3 hari baru aku mula bercerita disini..

Hari pertama ramadhan, dalam sedar atau tidak kita sebenarnya berpuasa.. Puasa kali ini tidak meriah kerana aku keseorangan di kampus. Kalau dulu roomate, kawan-kawan ramai sekarang ni di blok aku pun ada kurang dari 10 orang..

terawih malam sebelumnya di pavillion, menemani nina dan aiman shopping.. aku hanya menemani mereka. Jam 10malam aku dan nina bertolak ke KLIA menghantar lutfy pulang ke Saudi. Kasihan teman yang seorang ni, orang baru nak berpuasa dia terpaksa pulang ke Saudi..

Hari kedua pula aku di makmal, menyediakan beberapa perkara untuk step terakhir dalam procedure experiment aku. Sedikit penat, kata seorang teman hari kedua biasanya perut sudah terkejut kerana makanan tidak diambil pada siangnya.

di makmal, bergerak kesana kemari memang memenatkan.. sempat berborak dengan kak shidah pasak kpop, kerjaya dan suggestion sambung master kat korea.. interesting~

Ouh hari ni bernasib baik bila seorang teman lab, hafizal nak datang berbuka puasa di bilik aku. At least hari kedua tidak berseorangan time berbuka.


Hari ketiga, kembali berbuka seorang diri.. tapi sepanjang time berbuka sampaila ke saat aku menulis entry ni.. hati aku nervous sangat. Entah apa yang aku fikirkan.. hari ketiga ini aku super letih..

siangnya di lab, masuk stor chemical mencari urea.. macam-macam bau aku dapat. kuar je dari stor memang pening tak ingat..

sepanjang 3 hari ramadhan, cafe mahallah Ali jadi tempat aku beli makanan.. murah dan lauk yang aku nak dah makan ada disitu.

Hari keempat? nak bersahur jap lagi..

sahur aku air masak, biskut chipsmore dan kurma sebijik..

Okeyh.. now perlu berhenti disini.. nak menelefon keluarga di kampung kejut bangun sahur dan juga teman yang entah dimana untuk bangun sahur..