Monday, 22 March 2010

Internship ooh Internship

Syukur..
dah pun dapat tempat praktikal
nun jauh di bangi tempatnya.. jenuh aku nak mencari tempat tinggal plak
xpe janji dah dapat praktikal ni so skank leh fokus exam
doakan aku yer..

credit to my junior who ask me to apply to that company..



Friday, 12 March 2010

PABM 2010 and Weekend!!~

It's friday!!
It's mean that we are going to meet weekend again..
and this entry is about last friday and last weekend..
It's sound weird with the statement above.. but i dont care then..

Haa aku sibuk sedikit dengan persediaan final dan juga nak submit segala macam benda, tetapi yang ado dapat fokus kat final tak kala lect masih gigih nak bagi assignment, nak bagi kuiz.. bila bercakap time management habis student dihempuk dengan pelbagai tuduhan tetapi bila terjadi macam ni, SALAH SIAPA?


Baiklah Congrat's untuk Syazwan Shuhaimi!!
Johan kategori Nusantara di Petandingan Akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2010.


Sedikit cerita pasal penyokong dari uiam, kami bertolak agak lewat untuk ke sana ingatkan ada tempat and jalan smooth, tetapi berangan la kan.. End up kami tiba di picc jam 8.30 malam. Nasib baik pertandingan masih belum mula, kalau tak kami down. On the way kami bas cukup meriah mana taknya main teka nama lagu, nama movie and segala jenis game ada. Yang penting jalan yang jem tu tak rasa bosan sangat. Since dah lewat, so there will no seat yang available, so kami hanya duduk atas tangga jer, xpelah janji dapat tengok and menyokong kawan-kawan.



Sabtu


Semalam penat pun tak hilang
awal pagi dah dikejutkan, plan mereka nak ber skytrek
tetapi since kena ada pre book so xdapatlah mereka nak ber sky trek
alih-alih kami kayuh jer la basikal

kalau last week nak masuk rumah 4 musim tu tak dapat
sebabnya semua tinggal duit dalam kete,
kali ni pulak rumah 4 musim ditutup sebabnya
perubahan musim..

Kali ni kami berbasikal ke tempat yang kami xpergi last week, lagi mencabar since naik bukit yang tinggi pastu turun ke empangan yang sgt curam so pepahamlah naik naik balik pasni mmg hazab~ tapi seriously kawasan empangan tu sangat sunyi and air sangat jernih. So time sampai tu ada dua tiga orang sibuk duk memancing.




Tenang and Relax..
Ilang jap perasaan penat tu sebab dapat tgk keindahan pemandangan di situ.


Dari bukit cerakah, terus ke Masjid Shah Alam untuk bertukar pakaian then ke Sunway pyramid. We have our lunch and then karaoke till drop.
Thanks to Aiman sbb jadik driver kiteorang.. and zul menyanyi tak ingat!!~

p/s: pic selebihnya kat facebook

Thursday, 4 March 2010

Sejenak - Gundah Gulana

Gundah Gulana ~

Itulah yang dapat menggambarkan perasaan aku buat ketika ini.
Kerisauan yang amat sangat pasal internship aku yang masih tidak dapat ni, walaupun dah dekat 20 company aku approach. 12th April dah bermula internship aku tapi till now tiada lagi jawapan positif. Setiap hari celik mata check email and check website internship tapi yang ado~

Final exam pun bakal menjelang tiba tidak lama lagi, ikut jadual yang paling latest exam aku bermula pada 25/3 sehingga 7/4. So untuk tempoh ini aku kuarantinkan diri aku kat area uia. Paling jauh boleh pergi pun sekitar gombak jer la. Jauh-jauh xmo~ muktamad.

Baiklah rasanya untuk bulan 2 aku dah banyak susahkan beberapa kenalan aku yang terpaksa dengar aku bercerita mahupun aku jadikan tempat mengadu. Maaflah aku tahu kalian sibuk dengan kerja dan kehidupan kalian semua. Tetapi terima kasih kerana masih sudi mendengar aku bebel.. :P

Hari ini juga aku tidak tahu adakah itu noktah atau suatu permulaan cerita, yang penting drama yang tak tercalon di oscar ini makin komplikated jalan ceritanya sehingga aku terheret sama, jenuh aku fikirkan kenapa aku diheret sama kerana aku hanyalah watak jemputan yang datang berkenalan dan cuba keep in touch tapi end up aku dapat watak juga. Alhamdulillah aku berjaya lari dari drama ini dan aku harapkan kalian settlekan elok-elok. For whatever reason between you guys.. i'm still kawan kalian.

Bercinta? tak mungkin..
Aku malas, masih banyak benda lain aku fikirkan.
Hidup aku pun masih up side down so settlekan dulu soal aku..
the rest kemudian lah.

Esok jumaat aku akan ke picc..
menyokong syazwan di pertandingan pidato antarabangsa bahasa melayu.
Jadi untuk semua saksikan secara langsung di tv1.
malam esok yer..

Haqq Out~

Monday, 1 March 2010

Berbasikal itu Best

Wayang lagi? Ada yang nanti kata aku kaki wayang~

Usai solat jumaat, terima sms dari aiman ajak tonton wayang dengan cj. Baru jer aku bercadang nak lelapkan mata yang sangat mengantuk tetapi tetap juga pergi. Ramai orang di one utama ni, al maklumlah cuti maulidur rasul.

Jadi memilih untuk menonton cerita "The book of Eli", cerita yang serasa aku tiada dalam senarai filem yang mahu ditonton. Tetapi layankan, janji ianya bisa beri kepuasan pada aku. Cerita yang ringkas, aksi yang ekstrem dan memerlukan pemahaman yang mendalam untuk cerita ini agar hati tak terpesong. Jesteru kanak-kanak tidak disyorkan untuk menonton filem ini.

Habis tayangan pun sudah jam 12 tgh malam, tandanya pagar kota larangan kini terkunci rapat.. itulah jam loceng sudah berbunyi, aku gagal memenuhi syaratnya. Ambil keputusan bermalam di rumah teman aku, sebelum itu kami pusing bandar kuala lumpur sehingga jam 2 pagi barulah pulang~

Hari yang simple tetapi buat kami gembira, lupa seketika redup yang melanda..


Sabtu malam terima sms lagi, ajak berbasikal di bukit cerakah ahad pagi, setelah dipastikan jam 7 pagi ahad aku dah siap menanti driver datang amik, hehe.. mati pasni aiman xmo amik lagi~ sampai kat umah cj dah jam 8 pagi tambah sesat lagi so jam 9pagi lebih kurang kami tiba di destinasi..

Blur jap bila dah sampai~ sebab tak tahu mana nak mula..
amik basikal yang disewa, haa sewanya tak mahal pun, murah jer.. so mulalah kami kayuh basikal tu, kekok sedikit setelah lama juga aku tak mengayuh basikal ni.

penat, letih, semput, lapar, happy semua ada. Rasakan lagi semua tinggal wallet dalam keta, jadinya dahaga pun kena berjimat ~ hehe kelakar plak~

3 jam mengayuh basikal tu penat and sangat letih tetapi enjoy... lupa plak kat bukit cerakah ni, ada taman kaktus, dusun buah buahan, taman burung, taman hiasan dan macam-macam lagi, untuk yang tak pernah pergi boleh pergi and enjoy disitu.

Ouh untuk gambar kena tunggu..
sbbnya hanya cj yang berjaya tangkap gambar..
camera yang aku bawa dah habis bateri.. sudey lagi..

Penghujung bulan 2 yang menyeronokkan~ bulan 3? kena serius peperiksaan akhir semester bakal menjelang tiba.. doakan aku yer.