Sejenak - Gundah Gulana

Gundah Gulana ~

Itulah yang dapat menggambarkan perasaan aku buat ketika ini.
Kerisauan yang amat sangat pasal internship aku yang masih tidak dapat ni, walaupun dah dekat 20 company aku approach. 12th April dah bermula internship aku tapi till now tiada lagi jawapan positif. Setiap hari celik mata check email and check website internship tapi yang ado~

Final exam pun bakal menjelang tiba tidak lama lagi, ikut jadual yang paling latest exam aku bermula pada 25/3 sehingga 7/4. So untuk tempoh ini aku kuarantinkan diri aku kat area uia. Paling jauh boleh pergi pun sekitar gombak jer la. Jauh-jauh xmo~ muktamad.

Baiklah rasanya untuk bulan 2 aku dah banyak susahkan beberapa kenalan aku yang terpaksa dengar aku bercerita mahupun aku jadikan tempat mengadu. Maaflah aku tahu kalian sibuk dengan kerja dan kehidupan kalian semua. Tetapi terima kasih kerana masih sudi mendengar aku bebel.. :P

Hari ini juga aku tidak tahu adakah itu noktah atau suatu permulaan cerita, yang penting drama yang tak tercalon di oscar ini makin komplikated jalan ceritanya sehingga aku terheret sama, jenuh aku fikirkan kenapa aku diheret sama kerana aku hanyalah watak jemputan yang datang berkenalan dan cuba keep in touch tapi end up aku dapat watak juga. Alhamdulillah aku berjaya lari dari drama ini dan aku harapkan kalian settlekan elok-elok. For whatever reason between you guys.. i'm still kawan kalian.

Bercinta? tak mungkin..
Aku malas, masih banyak benda lain aku fikirkan.
Hidup aku pun masih up side down so settlekan dulu soal aku..
the rest kemudian lah.

Esok jumaat aku akan ke picc..
menyokong syazwan di pertandingan pidato antarabangsa bahasa melayu.
Jadi untuk semua saksikan secara langsung di tv1.
malam esok yer..

Haqq Out~

Comments

Popular Posts