Sunday, 20 September 2009

Aidilfitri : Hari Pertama

Salam Aidilfitri,
Salam Satu Malaysia..

Kadang-kadang apa yang kita rancang tak menjadi nyata.. Sudah 4 hari kereta ayah aku rosak so kami tak dapat bergerak ke mana-mana pagi tadi. Jadi aku masih tak sempat ziarah pusara bonda. InsyaAllah esok aku cuba ikhtiar..

Hari ini ramai juga yang datang ke rumah ni, saudara mara dan juga kenalan keluarga.. Esok lagi ramai kerana dah jadi tradisi keluarga belah nenek aku yang akan berkumpul disini pada raya kedua..

Selepas zuhur tadi, aku sempat pergi ke rumah nazri dan juga aiman., thanks la untuk aiman sebab jadi driver kiteorang. hehe

So kesimpulan hari pertama aku hanya lepak kat rumah jer and berjalan ke umah nazri dan aiman.. turut sama aku afif.. sorang lagi iaitu nazmie tak dapat join since dia beraya kat penang tahun ni..

Okeyla!! ada tetamu datang..
jom wat pape yang ptt..



p/s: menjelang raya, kami berempat masih sempat lepak di kota bharu.. bukan tpt lepak tu penting tapi siapa yang lepak bersama itu penting.. hehe.. namiey, u rugi..hehe but all of us miss u dude :D

Monday, 14 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri :D


Ellop! hari ni 14 September kan? Yeay!! i'm going home today!!.. Alhamdulillah dah hampir sebulan kita berpuasa dan Ramadhan akan melabuhkan tirainya dalam masa beberapa hari lagi. Cepatkan masa berlalu? Sayu dan sedih ada wujud di hati ini, setiap tahun perasaan ini akan datang. Yerla nikmat Ramadhan itu berbeza berbanding bulan-bulan biasa, alhamdulillah aku masih di beri peluang untuk bertemu Ramadhan kali ini. Uni aku dah mula bercuti dari hari sabtu lagi, tetapi aku pilih balik ke kampung lambat sedikit kerana nak meluangkan masa dengan teman-teman yang ada. Alhamdulillah hajat ini tercapai..

Hati mana tak gembira bila mahu berjumpa dengan keluarga yang jauh di kampung, perasaan lega selamat dan gembira itu memang lain bila bersama keluarga. Cuma dalam gembira tersemat juga duka yang ada. Seperti tahun-tahun yang lalu, Aidilfitri akan disambut dengan meriah cuma hati ini amat merindui arwah bonda. Biskut Tart Nenas yang bonda buat lagi sedap dari yang ada di kedai, malahan corak hiasannya juga berbeza. Sudah 13 tahun bonda pergi tetapi memori itu kekal diingatan. Mum i love u more than u know!!

Tahun ni as usual, resipi wajib yang akan aku wat kek cokelat.. As usual jugak itulah yang adik-adik aku nak and teman rapat aku juga ada minta buat. Hehe yang lain aku pun tak tahu, harus balik berdiskusi dengan nenek and makcik-makcik aku dulu..

Di kesempatan ini, aku mohon maaf zahir dan batin kepada semua teman-teman yang mengenali aku. Yup aku akui dalam aku cuba memuaskan hati kalian, ianya masih belum sempurna dan mungkin juga kerana sikap aku, kalian tidak selesa. Goodfellas, teman baik, rakan blogger, rakan ym, rakan facebook,friendster and myspace dan kesemuanya sekali.. :D

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin ..

p/s: i'm going back to Pasir Mas, Kelantan :D
mula bercuti dari 14/09 till 27/09

Black Canyon!!~

Salam!!
Semalam sempat lepak ngan aiman (rujuk tentang lima)
since dia dah lama ada and kerja kat sini, tapi inilah baru sempat jumpa
kalau x tunggu raya la baru leh nampak batang hidung kawan aku ni..
Ajak nazmie join tapi katanya bosan la nanti drive dari shah alam to gombak
so jawapan aku..
bawaklah satu masjid shah alam tu kalau muat keta so x bosan..
motif sangat nak ajak lepak susah.. haiyooo!! sentap 5 minit..

Aiman dtg around 12..
Kol 3 petang baru kiteorang kuar,
itupun selepas aiman decide nak gi cari biskut raya..
So hajatnya nak gi ke Jalan TAR, tapi jem terus so kiteorg pusing balik
and lepak kt jusco AU2..

Berbuka kali ni kat Black Canyon!!
Uiks for me ini antara yang best la tempat makan
next time harus gi lagi.. Sambil tu sempat jugak aku introduce jalan kat aiman
since dia pun xtahu jalan area ni..

K la nak update entry raya!! hehe
Pulang bercuti..

Sunday, 13 September 2009

n3x-G grand iftar


Khamis lalu sempat aku berbuka puasa dengan kawan-kawan dari n3x-G.

Kalau batch kiteorang kt sini, n3x-G tu a bit famous sebabnya kebanyakan ahlinya excellent in study (not me) and leh dikatakan since matrik kalau kuar mestilah diaorang beramai-ramai la. Xdelah satu bas okey tp at least 5 0r 6 orang sekali kuar. Aku tak involve with n3x-G rasanya since nak masuk second year.





So petang khamis around 4pm, ajim momo buzz aku kat ym ajak kuar berbuka. Since aku dah lama tak join mestilah rasa tak selesa, but dia paksa gak. So nak tak nak pergilah sebabnya kebanyakan ahli n3x-G ni will be grad next semester. So selagi boleh kita simpan memori ketika ada masa ni, kita buatlah.

Berbuka di Gombak Station, dekat jer ngan kampus uia. Terbit satu rasa bila mana berkumpul ni, teringat time awal-awal aku kenal diaorang semua. Memula takut la jugak sebab mereka semua pandai compared to me, tetapi leh masuk jugak berkawan cuma bila ada sorang dua yang mula wat hal, aku memang emos..

Baiklah untuk semua ahli n3x-G, thanks for the invitation, thanks for the memories that have been created since in iium. It was so great knowing all of you at least i learn something is good. Just forget the pass and create a new chapter of life for the future. Life is alwasy hard but then if all of you still support each other, this group will remain in many years. Just be open mind and respect to each other. Ikhlas i do miss some xtvt that we have created together like barbeque and so on but then it will not remain the same since i have my own way of life however i will never forget this group till die. Thanks :D


It's was a short time but yet meaningful. :)



p/s: not in the picture: Athief, Zaidi, Ados and few people that i can't recalled.

Friday, 11 September 2009

Shopping Raya!!

Puasa cukup tak? Kalau tak cukup tak leh beraya!! hehe Cakap bab shopping aku akan terus jadi segar.. yang penat letih semua hilang. So aku personally ada duk survey kedai mana nak gi cari baju melayu, since this year aku tak sempat nak gi tempah. Zaki ada bagitahu suh gi tengok dekat wisma yakin..




So selasa lepas, habis jer kelas kol 2 petang msg fifi and mimi konfemkan program. Kiteorg park kereta kat Sogo, sbb itu jer la idea yang kiteorang ada untuk parking. Dari Jalan TAR ke Masjid India kami berjalan. Memang best rasa sangat nak raya!.. Tiba di wisma yakin aku masuk satu kedai ke satu kedai and since aku mmg cerewet so susahla nak jumpa apa yang aku nak. Plus ada satu kedai ni terus sangat layanan dia.. Ya ampun suh amik saiz XL dia duk paksa aku try saiz L, motif ko tahu badan aku kan?



So end up ada satu kedai kat wisma yakin ni ada apa yang aku nak and akak tu layan baik giler, aku beli la kat situ.. hehe excited happy semua ada and mmg xsabar nak pakai baju tu first raya nanti.. Macam budak-budak tapi itu aku.. Lepas tu kami shopping plak kat jalan TAR, end up kol 7 baru sedar waktu berbuka dh dekat.. Terus beli roti and air, kami berbuka dalam kereta jer.. Malam nya baru kiteorang makan kat Mali's..




Penat weyh!!

Iftar with Anak Yatim and MRC


Pada 6 September 2009 yang lalu, aku menghadirkan diri ke majlis berbuka bersama anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Darul Kifayah (maaf kalau silap). Setibanya aku, adik-adik semua dah ada dan sedang menanti untuk berbuka. Entah kenapa ketika aku tengok jer mereka aku jadi sebak, memang aku macam xleh control.. Yup aku juga memahami mereka, walaupun aku still ada ayah namun rasa kehilangan itu tetap ada. Nasib baikla aku leh control, kalau tak aku plak duk berair mata kan. Untuk mereka, jangan rasa rendah diri kerana tidak mempunyai ibubapa tetapi buktikanlah bahawa kita mampu berjaya dan juga dapat menunaikan impian ibubapa kita untuk jadi seorang yang berilmu dan menjadi hamba yang baik.






Lauk petang tu, Nasi Beriani.. Alhamdulillah rezeki. Tersenyum pula hati aku melihat mereka gembira menjamah makanan yang disediakan. Ayuh adik-adik jangan patah semangat!

Keesokan harinya, 7 September 2009 mpkk yang baru di lantik organize majlis buka puasa di restoran sabak dekat jer dengan uia. Semua yang ex-mpkk and mpkk ada menghadirkan diri. Buffet Ramadhan kat restoran tu okey la for those yang minat nak makan steamboat and barbeque.. Konvoi 5 buah kereta ke sana, kekwat semua xnak share kan? so satu keta 2 or 3 orang..





Kol 9 malam kiteorang cabut la dari situ..


So aku secara peribadi mengucapkan terima kasih untuk kalian mpkk who well done organize both event and hopefully all of you success and all-Faruqian will be proud to have u all as our MRC. I'm so sorry because i will not join you guys to Vietnam by end of this semester due to problem that exist!!

p/s: pic later

Wednesday, 9 September 2009

Tahajjud Cinta - 090909


Uiks kalian peminat siti ke? haa meh sini nak bercerita untuk pengetahuan kalian album siti ni dah di releasekan dipasaran. Bila dapat msg dari kawan tadi terus aku search kat google so dapat la cover album and poster album terbaru dari siti. Tajuk album kali ni plak "Tahajjud Cinta"! I will get it later and make sure it is original okey!! Yeah i think wan kuar kan entry ni dulu dari encik anuar kamaruddin hehe.. tetap kan? Uiks share with me what is ur opinion about this album..

Monday, 7 September 2009

Dugaan Bulan Ramadhan & Chocolate Lounge

Indah khabar dari rupa, itulah ceritanya. Bila usha pasal restoran ni untuk berbuka punya lah gempaq menunya sekali yang ado. So sedey lite-lite and lagik sedey bila ada sms yang memang nak menghanjeng aku.. sabar lagi. Senyum as owez!

Jumaat yang lalu, aku ajakla boy, wawa and the geng untuk berbuka puasa kat Pannaz di damansara kerana tertarik dengan iklan or flyer yang ada kat website restoran tu. Yup with only RM32NETT u can eat all the things kan? plus list menu yang ada memang banyak.. hanya kat website sajork. So end up bersabar and makan jer la.. xmahu ingat dah pasal tu.



boy, dal, wawa


fiqa and me


Lepas jer dari situ kami terus ke One Utama, so we choose Chocolate Lounge as our pit stop.. huhu. Aku order princess iceberg kot, lupa la.. for me best la and harganya berpatutan jugak. We all lepak situ till 11pm then going home la.. silap going back to iium





:D


duk berbangga dengan pilihan masing-masing

Sebelum balik, kami duk bergambar kat forest ni.. dalam bangunan OU jugak!! tema national geographic.. huhuhu


me only face that u can see








p/s: entry sentap later kalau nak tulis la.. AWAS!!

Sunday, 6 September 2009

Berbuka Puasa : Kelab Darul Ehsan

Sedikit lewat mengupdate blog ni tentang makan-makan di Kelab Darul Ehsan Ampang.. Pada 31 Ogos 2009 yang lalu, kami ahli kerja interschool debate telah di bawa berbuka puasa di situ. Tak semua yang dapat join ni kerana mereka yang dijemput adalah hc and ahc sahaja.. Dalam 25 orang semuanya. Yang penting ianya meriah!! hehe

Sesungguhnya berbuka puasa di Kelab Darul Ehsan ini sangat berbaloi dan pilihan makanan yang banyak and sesuai ngan selera aku hehe.. Berbuka kali ini di taja sepenuhnya oleh Koperasi uni aku and abg Azhar person incharge yang kami banyak deal time program berlangsung. Thanks bro hopefully next year ada lagi. hehe..

Juadah plak ada satay, mee bandung, spaghetti, grill, nasi ada dua pilihan, kuih memang banyak, overall memang berbaloi kalau korang pergi RM48++.

Let's layan picture, grab from mujahadah blogspot.. the rest zack still not upload..


Bersempit untuk bergambar :D


Meja paling banyak makanan


mY table!! waiting time


kid's food pun kami rembat!!


ato', izat, zaki the president


abg azhar : thank u!!


Erm duk merancang nak gi sekali lagi before cuti.. sempat x?