Selamat Hari Raya Aidilfitri :D


Ellop! hari ni 14 September kan? Yeay!! i'm going home today!!.. Alhamdulillah dah hampir sebulan kita berpuasa dan Ramadhan akan melabuhkan tirainya dalam masa beberapa hari lagi. Cepatkan masa berlalu? Sayu dan sedih ada wujud di hati ini, setiap tahun perasaan ini akan datang. Yerla nikmat Ramadhan itu berbeza berbanding bulan-bulan biasa, alhamdulillah aku masih di beri peluang untuk bertemu Ramadhan kali ini. Uni aku dah mula bercuti dari hari sabtu lagi, tetapi aku pilih balik ke kampung lambat sedikit kerana nak meluangkan masa dengan teman-teman yang ada. Alhamdulillah hajat ini tercapai..

Hati mana tak gembira bila mahu berjumpa dengan keluarga yang jauh di kampung, perasaan lega selamat dan gembira itu memang lain bila bersama keluarga. Cuma dalam gembira tersemat juga duka yang ada. Seperti tahun-tahun yang lalu, Aidilfitri akan disambut dengan meriah cuma hati ini amat merindui arwah bonda. Biskut Tart Nenas yang bonda buat lagi sedap dari yang ada di kedai, malahan corak hiasannya juga berbeza. Sudah 13 tahun bonda pergi tetapi memori itu kekal diingatan. Mum i love u more than u know!!

Tahun ni as usual, resipi wajib yang akan aku wat kek cokelat.. As usual jugak itulah yang adik-adik aku nak and teman rapat aku juga ada minta buat. Hehe yang lain aku pun tak tahu, harus balik berdiskusi dengan nenek and makcik-makcik aku dulu..

Di kesempatan ini, aku mohon maaf zahir dan batin kepada semua teman-teman yang mengenali aku. Yup aku akui dalam aku cuba memuaskan hati kalian, ianya masih belum sempurna dan mungkin juga kerana sikap aku, kalian tidak selesa. Goodfellas, teman baik, rakan blogger, rakan ym, rakan facebook,friendster and myspace dan kesemuanya sekali.. :D

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin ..

p/s: i'm going back to Pasir Mas, Kelantan :D
mula bercuti dari 14/09 till 27/09

Comments

Hezesuze said…
wow! awalnye dia cuti uols...mesT syok kan balik kg...ahkak nan ado kg uols.....uwaaaaa!!! nangis guling2 ni....opppsss pose daaaa....ekekeke

so slmt ri raya juga akak ucapkan kt wan....nk rasa kek cekelat tu bleh tak??? ekekeke
wahhh lama giler cuti...
jeles2..
btw selamat hari raya gak dear..
ampun maf di pinta yer..
0-0 tau!
selamat pergi selamat kembali wan!

jgn luper balik KL tewos =D

salam lebaran! =)

Popular Posts