Sunday, 25 July 2010

July's Birthday Celebration!!~

Niat nak balik kampung pada hari khamis telah pun dibatalkan atas sebab yang aku pun tak mahu ingat. Just lupakan apa yang tak sepatutnya. So hari Jumaat aku dipaksa rela oleh Syazwan untuk menghadirkan diri untuk sambutan hari jadi teman-teman kdbm yang lahir pada bulan July.

Bertempat di Redbox Sogo, Kami 10 orang melalak beramai-ramai..

Bila birthday boy buat suprise untuk kami yer, bukan kami buat suprise untuk dia.
Rasanya dah lama jugak aku tak join mereka melepak macam ni~
It makes me happy!!~ sebabnya beberapa perkara berlaku buat aku down.
So thanks yang memaksa aku, walaupun aku dah cancel jugak nak join ni~




Happy Birthday to Fakhrul Sesuatu and Mecky~

Aku lepak dengan diaorang about 1 jam setengah sahaja and kalut balik sebab got another plan with my cousin. Cousin aku baru bukak kedai makan di saujana impian kajang~ so kami pergi untuk tolong makan. Hehehe~ plus dia launching new line food. So kol 7 baru gerak dari uni aku and terus ke Kajang~ nasib baikla along tak mengamuk sebab tunggu aku lama sangat.. Lepak sana till Midnyte and balik keramat. ~ Happy Jugak sebab rindu dah lama tak jumpa and lepak ngan diaorang semua. Thanks Kak Ha for the Food!!

Uiks
sesiapa yang kat area saujana impian kajang tu,
Kalian leh try makan kat
Uncle's Na Cafe
siap ada delivery lagi~
detail will post later~


p/s: soon i will change my url to wanhaqq@blogspot.com


Wednesday, 21 July 2010

Bila Hujan

Hujan itu rezeki yang dikirimkan kepada kita hambanya~ Alhamdulillah

Awal aku bangun, usai menjalankan tanggungjawab kepadaNYA, melangut depan pc, macam biasa .. Ada orang tanya " haqq u tak bosan ke duk berkurung dalam bilik jer?" aku senyum susah nak jawab sebabnya terpulang pada individu itu sendiri bosan atau tidak.

Reply email teman aku, then melangut tengok mukabuku pulak~ reply komen kawan-kawan then baru bersiap nak gi kelas~ masuk bilik mandi dah menggigil, belum bukak paipnya lagi. Sesungguhnya air kat gombak, ni sangat sejuk.. mungkin sebab dikelilingi bukit-bukit ni kot~

Bersiap la sempoi jer sebab nak gi kelas jer kot~ jangan over bersiap nanti kena carut~ budak engin kat kampus aku ni semuanya pakai sempoi jer~

Dah off semua pc~ nak gi tempat motor hujan pulak lebat.. Nak jalan kaki sure bila sampai pintu kelas tu dah kena kunci.. Lecturer pagi ni memang strict sikit. Haiyooo mengharapkan hujan at least berkurangan supaya aku yang bawak motor slow ni tak kebasahan bila sampai kelas..

tapi tak jugak berkurangan~ now since dah 8.42pagi, ko berani nak ke kelas? kan ada kena suh duk luar kelas kan~ so end up aku update la blog ni...


=( Esok kena gi beli raincoat dah~ yg lama dah terkoyak.. when i turn to be incredible hulk~

Monday, 19 July 2010

Jom berkelah ~


Jom berkelah!!~

Okeyh semalam aku dapat join geng putus fius wat gathering di air terjun batang kali. Lama jugak aku tak ikut serta program blogger ni, kali terakhir aku jumpa diaorang masa karaoke di the mines, itu pun kebetulan ikut Zaffril setahun yang lalu. Itulah first time jumpa Kak Heze, Qielah, Pojie Pooh, Ritz, Remy dan juga beberapa lagi rakan blogger yang aku tak ingat nama.

Kami semua berkumpul di stesen minyak Shell,Batu Caves.. Dari situ gerak ke batang kali, Birthday boy jer tahu jalan so dia lead the way. Sempat aku lelap jap~ sebab jalan bengkak bengkok, sebelum aku pening baik aku tido. hehehe then sambil tu amik serai pukul driver sebab mulut tak henti nak bahankan aku.. ggggrrr :p

Cari port, and bertuah kami sebab port tu paling elok cuma nak main air kena panjat memanjat la sikit. Kata Kak Heze "baru adventure".. Dah selesai susun makanan, ada yang gi main air terus termasuk aku dan ada juga yang tolong selesaikan bbq itu~

Sekali masuk air sejuk sangat kot~ so bertapa jap make use ngan suhu air tu. Lepak ngan anak-anak Kak Heze. Sangat cumil.. geram. :P hehe . Ada few games yang kami main, besh gak.. Kelakar pun ada, next time kena main lagi~ hehehe




Ouh perkelahan ni sehari selepas hari jadi Zaffril, apa lagi besday boy memang harus dikenakan so Am dah mandikan dia dengan air perap ayam tu. Haiyoo~ xsanggup :p hehe Cool besday boy sporting~ Memandangkan hari gelap nak hujan and kami decide untuk berkemas dan balik, yer la bahaya kot kalau hujan diatas sana..




Okeyh we end our perkelahan with photography session~
I do happy to join all of you, tersangat minta maaf if ada kekurangan, terdiam ke, terlebih cakap ke dan semuanya.~ Salam perkenalan buat yang first time jumpa. Untuk yang dah jumpa before, moga ikatan perkenalan ini kekal ke akhir hayat~


Sunday, 4 July 2010

SLMSB sebuah kenangan~

Ingatkan tiada setitik pun air mata mengalir di hari akhir praktikal, tetapi lain ceritanya. Penat okey menahan supaya tidak mengalir. Minggu terakhir aku kat SLMSB tu, banyak masa aku di peruntukkan untuk siapkan log book dan tolong mana yang patut tambahan lagi aku perlu menerima lawatan pensyarah aku untuk menilai prestasi dan melihat keadaan syarikat itu.

Cerita duka aku letak tepi, entri kali ini banyak kepada yang lebih positif kerana tak semua yang ada itu negatif. 30hb aku menerima lawatan dari Bro Raziff dan Bro Ashraff, sekali dua datang, cuak sekejap aku. Alhamdulillah presentation aku sangat simple and more to discussion. Lepas sembang-sembang terus buat pusing kilang. Sedikit token of appreciation untuk mereka berdua, setiap seorang dapat minyak pelincir kereta lagi tu. Hehehe.

1hb pula ialah farewell party untuk aku dan juga 2 lagi pelajar praktikal, kira diaorang gabungkan sekali. Best giler makanan tengahari tu, our sales manager tempah or masak sendiri xtahu. Janji kenyang dan best. Walaupun ada sedikit kontroversi pasal masakan tu, but i do trust him even we are not in same religion but he know well what is halal and haram to muslim. Simple speech from me and my fellow intern.

Esoknya pula our CEO, ask me what i want to eat dia nak belanja.. Since aku kan pemalu jadi, ikut jer la apa orang nak belanja. Aku terima jer, end up tapau pizza makan lepas solat jumaat with all staff. Terkilan my ceo tak sempat lunch sekali since dia ada urusan lain.

Betul kalau ikutkan masa kita marah banyak perkara negatif wujud tanpa kita pandang yang positifnya. Tetapi sepanjang minggu aku cuba ingatkan apa yang manis untuk aku kenangkan dan jadi pembakar semangat untuk aku supaya jadi better person dan cuba jadikan teladan atas kekurangan yang wujud. Mengenali mereka semua, buat aku berfikir banyak benda.. dari hari pertama hingga hari terakhir banyak perkara yang akan aku ingati. Too many things..

i feel so lucky to know them, i feel so lucky to get this experience and i will never regret to be there. i'm touched with this words:
"haqq, you are a good man, i know one day you will be a manager or more than that, just be yourself.. when we come to kelantan, we want you to become our tour guide.. and don't be shy because no matter what, we are like family.. anything just contact us"
lepas tu aper lagik, penat tahan akhirnya merah la mata aku.. =(

Thanks a lot to Our CEO, Bos Li, Kak Rin, Abg Nizar, Muz, Bro Sritharan, Abg Nazli, Abg Sholeh, Abg Seriman, Zul and all SLMSB staff..