Monday, 27 July 2009

Good Bye Cik Anis

Seketika ini, mood aku nak berblogging ada jer kan, so tanpa membazir waktu yang ada aku pun curi la masa petang aku ni untuk berblogging. Jogging di malam hari yer, supaya aku biasa jogging dengan tenang, alasan jer.. hehe. Neway baru pasan kat blog anis yang dia akan berpindah ke utara lagi 4 or 3 hari kot. Yup setelah melakukan kesalahan yang besar jadi dia pun dikehendaki keluar dari negeri yang dia duduki sekarang. Kesalahan dia sangat banyak, tetapi yang paling utama, kekwat!! yer dia sangat kekwat so dengan itu dia akan di tempatkan di Jitra Kedah supaya dia dapat muhasabahkan diri dia dan seterusnya next year dapat masuk pencarian gadis melayu terakhir..

Jap tenangkan hati, sebab dah banyak melalut.. hiks!! jangan marah yer kak wos! neway dia akan sambung belajar di negeri Kedah, kat mana dalam bidang aper aku pun dah lupa. Heheh maaf sekali lagik yer. I know her since bila ek? at the first place ingat dia lagi senior dari aku, rupanya lagi muda dari aku so taraf adikla kan kan? tapi bila dia bebel kat aku terus jadi taraf unty.. hehe how? Jumpa waktu gathering blogger's tu, then pastu dah xjumpa kan? hehe.. Yer dia digelar kekwat sebab bila nak ajak lepak, katanya minggu tu dia dah busy. Kalau sekali dua xpe, tapi more than 3 times.. hehe



Inilah kak wos,
pose sebelum di tahan oleh JAIS.
Yang penting posing kekwat tetap ada.. LOL






Okeyla.. serious jap!!~ to anis, thanks a lot yer sebab jadi teman melahar dan mengumpat sehingga habis credit dan limit my handphone, so pasni sila bayar balik yer. Kesian kiter!! hehe neway thanks gak coz be so open minded with me. Ingat, hidup kita tak mati dek kejian orang, tak juga hidup dek pujian orang so apa yang penting u know what you want and who you are. Jangan amik ati lor ek or terasa or kecik hati with me, tapi kalau terasa sekalipun.. wan tak kesah!! hehehe. Thanks also for give me such a good advice and layan jer karenah poyo ku ini!! Neway kalau orang xmo layan kita, jangan layan dia balik.. tol x? hehe just kidding. Ingat jangan cari musuh tapi berbaiklah dengan sesiapa sahaja.. Tapi kalau dah tahu org tu jahat and hang gi bebaik memang cari pasal la tu. hehe Haaa semoga berbahagia dengan si dia. peace..



Suku Sakat

Perjuangan itu mungkin terhenti disitu
tetapi ianya masih belum berakhir..
Mungkin tiada rezeki uiam ke final
Mungkin tiada rezeki uiam untuk bergelar juara
tetapi setidak-tidaknya kalian telah berusaha
berlatih siang dan malam, tanpa mengira penat dan lelah.
Adat pertandingan ada yang menang dan ada juga yang kalah
InsyaAllah kalau ada rezeki uiam pasti juga akan menang.



Mornink!~ time duk jawab quiz tadi dapat sms, dalam hati dah agak ni mesti update DAS 2009, terus jawab quiz and dalam kepala harap sgt it was a good news from zaki or ezuwan. Tetapi lain pula jadinya, it was a bad news.. turut rasa down kat mereka sebabnya kalah di peringkat suku akhir. Just menuggu mereka pulang ke kampus untuk mendengar sendiri pandangan mereka, itupun kalau mereka nak citer la. huhu.. So ini keputusan di suku akhir DAS 09:

Pusingan: Suku Akhir
Pasukan: UTP vs UIAM
Usul: Penguatkuasaan undang-undang lebih efektif daripada insentif ekonomi
Pendebat Terbaik: Junny
Juri: 3-2
Margin: 1
Pemenang: UTP


So itu sahajalah cerita DAS 2009.
Nak tahu Juara tahun ni kena tunggu la dalam paper kosmo lusa.

p/s: time debat integriti pun uiam kalah ngan tuan rumah di suku akhir.. hurm jangan cuba buat analisa khurafat yer

Sunday, 26 July 2009

Let's support them in DAS 2009

Salam, short entry kali ini hanya untuk mengupdate perkembangan pasukan UIAM di DAS 2009. Dalam mamai pagi tadi, dapat sms dari ezuwan bagitahu pasukan UIAM telah kalah di pusingan keempat dengan UTP dan juga pusingan kelima. Inilah keputusan hari kedua perlawanan DAS 2009



Pusingan: 4
Pasukan: UIAM vs UTP
Usul: Kereta Hybrid hanya menguntungkan pengeluarnya
Pendebat Terbaik: Junny
Juri: 2-1
Margin: 2.5
Pemenang: UTP


Pusingan: 5
Pasukan: UIAM vs UTP
Usul: Dunia memerlukan teknologi biofuel
Pendebat Terbaik: Farhan Nordiana
Juri: 3-0
Margin: 3
Pemenang: UTP




Pusingan: 6
Pasukan: UIAM vs MSU
Usul: Perdagangan karbon menjual alam sekitar
Pendebat Terbaik: Farhan Nordiana
Juri: 3-0
Margin: 8.33
Pemenang: UIAM




Dengan berakhirnya 6 pusingan awal, UIAM alhamdulillah berjaya ke pusingan suku akhir yang akan berlangsung pada awal pagi esok. Yang mana sekali lagi menemukan UIAM menentang UTP. Yup aku sangat tak senang duduk memikirkan tentang hari esok, dan hanya yang mampu aku lakukan doakan untuk pasukan UIAM agar mara ke peringkat separuh akhir dan akhir. InsyaAllah. Untuk mereka berempat, jangan down and teruskan usaha kalian. All the best. Untuk teman dari taman ilmu dan budi, ayuh doakan untuk teman-teman kita di pertandingan DAS 2009.



p/s: credit to ezuwan for the info and Encik Saiful for the picture.. sorry took it without his permission from FB.

Hilang ~ Al-Fatihah

25 July 2009
11.25 pm

Al-Fatihah
Allahyarhamah Yasmin Ahmad



Siapa Beliau? Pada pandangan aku sebagai rakyat Malaysia, yang selalu juga mengikuti perkembangan filem tempatan, beliau yang dimaksudkan adalah Pengarah Filem yang sangat berani dan kreatif dalam setiap arahan beliau. Meskipun di undang pelbagai cemuhan dan kritikan, filem beliau masih hebat dan mampu menyampaikan mesej keamanan, perpaduan dan segalanya sesuai dengan Malaysia yang wujud didalamnya pelbagai bangsa, kaum dan agama. Hilangnya beliau bagi aku, adalah satu kehilangan kerana setakat ini masih belum ada pengarah yang aku kagumi sebagaimana aku kagumi hasil ciptaan beliau.

Di negara kita, filemnya di cemuh tetapi di luar negara filemnya terus di beri sokongan dan seringkali mendapat anugerah. Itulah seorang pengarah yang berani mengetengahkan kehidupan sebenar masyarakat majmuk di Malaysia. Karya terakhir beliau yang aku sempat tonton adalah filem "Telentime", bagi aku filem ini sangat baik dan bisa buat aku tak senang duduk ketika menonton filem ini. Kerana elemen sedih, gembira, hormat-menghormati dan banyak lagi menjadi intipati filem itu. Kagumnya aku melihat hasil arahan beliau itu. Namanya terus terpahat di arena seni tanah air, hasil ciptaannya ditinggalkan sebagai kenangan, nama beliau terus diingati oleh mereka yang terus menyokong filem kita. Itulah dia Yasmin Ahmad.











p/s: sumber kematian dari utusan.com.my

Saturday, 25 July 2009

Dua tempat yang berbeza, matlamatnya yang sama.


Salam bumi hijau untuk tetamu blog ini. Pertandingan Debat Alam Sekitar (DAS) 2009 kini sedang berlangsung di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh Perak. Seperti dalam poster di atas, bermula 24/7 hingga 28/7 kesemua pendebat akan berkampung di negeri perak untuk menjayakan pertandingan ini. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), membariskan empat peserta iaitu: Syazwan Shuhaimi, Nurul Husna Ahmad, Farhan NorDiana, Muhammad Izat untuk membawa nama universiti ke pertandingan ini.

Ini merupakan keputusan pada hari pertama:

Pusingan: 1
Pasukan: UIAM vs UTeM
Usul: Penerokaan hutan membawa faedah
Pendebat Terbaik: Farhan Nordiana
Juri: 3-0
Margin: 10.33
Pemenang: UIAM


Pusingan: 2
Pasukan: UIAM vs UTP
Usul: Penggunaan pembungkus plastik perlu diharamkan
Pendebat Terbaik: Farhan Nordiana
Juri: 2-1
Margin: 3
Pemenang: UIAM


Pusingan: 3
Pasukan: UIAM vs UPM
Usul: Earth Hour perlu diteruskan
Pendebat Terbaik: Amiruddin
Juri: 2-1
Margin: 2.5
Pemenang: UIAM


thanks to ezuwan for the updates!!
all the best untuk esok pula pusingan 4 hingga pusingan 6.


Di UniMAP pula, UIAM juga menyertai pertandingan Syair dan Sajak, juga antara Universiti. Tetapi UIAM tiada rezeki di Perlis bila mana 2 peserta itu gagal ke peringkat akhir, tetapi jangan putus asa wahai temanku. Kerana kalian telah berani untuk mencuba dan memartabatkan seni budaya melayu. Untuk Fifi and Azri, jangan bersedih.. good luck untuk next tournament.

Di dua negeri yang berbeza,
Dua pertandingan yang menguji minda dan akal,
Mereka membawa satu Misi,
Untuk kemenangan,
Hanya kerana
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Wednesday, 22 July 2009

It's END

Another day has gone
I'm still all alone
How could this be
You're not here with me
You never said goodbye
Someone tell me why
Did you have to go
And leave my world so cold

Itulah bila penyanyi lagu ini sudah tiada barulah aku mula meminati lagu-lagu nyanyian beliau, lupakan seketika segala kontroversi atau masaalah yang dihadapi beliau tetapi cuba hayati setiap lagu yang membawa pelbagai msg dan cerita yang tersendiri. Sudah lumrah manusia tidak pernah menghargai apa yang ada didepan mata, tetapi mula mencari bila ianya hilang dari pandangan dan detik yang lalu menjadi kenangan lantas rasa menyesal mula wujud tetapi masa itu tidak boleh diputar supaya apa yang berlaku jadi pengajaran agak tidak di ulang lagi pada masa hadapan.

Selesai jer kelas terakhir tadi terus saja aku pulang ke bilik, malas nak melepak lagipun tiada teman untuk aku bercerita di sana. Mungkin juga aku tiada minat untuk berbicara kerana seribu cerita bermain dalam fikiran aku, persoalan dan jawapan ada sahaja yang datang. Sebetulnya aku punyai masaalah dengan teman yang agak rapat dengan aku ketika ini, tetiba dia hilang dan sepi untuk seketika dan ianya bukan lah perkara yang biasa dia lakukan. Jadi selepas dua hari diam tanpa khabar, malam semalam dia sempat respon kepada sms aku, katanya dia kecil hati dengan kata-kata wan. Terus aku termenung, termenung memikirkan adilkah?

Kenapa adil itu timbul? kerana sepanjang kenal kata-kata dia memang ada sahaja yang wat aku kecil hati dan terasa, tetapi atas nama kawan aku buat tak endah jer la, sebabnya kalau dah kawan aku perangai macam tu nak buat macam mana, at least aku kenal siapa dia. Dan aku pun tak pernah nak simpan dalam hati, jadi bila terkena batang hidung sendiri dia mula diam dan itu jawapannya. Seringkasnya aku pernah berpesan kepada sesiapa sahaja kawan-kawan aku, kalau tak selesa dengan sesuatu perkara yang aku lakukan sila tegur kerana teguran itulah akan mengubah aku ke arah yang lagi baik, bukan diam dan melarikan diri.

Sakit kepala bila fikir, tak mahu fikir plak macam tak kena.. So semua yang nak dibuat, semua tak kena. Cuma alhamdulillah dalam kelas tadi semua yang aku dengar dari pensyarah aku faham dan ianya dah cukup buat aku tersenyum lega. Okeyla malam ni ada demo debate, so i will be there sokong kawan-kawan yang akan ke Pertandingan Debat Alam Sekitar 2009 lusa di UTP perak. All the best to all of you! Then pastu ada final meeting aku sebagai MRC, pasal tu citer later k.

Have a good day

p/s: "it's end" kat ym sbelum ini hanya main-maian sahaja, tak tahu la pulak ianya benar terjadi..


Tuesday, 21 July 2009

Nasib Cindy


Erm "Awang dah pergi ke?" tanya nazrie

itulah persoalannya time aku cuti semester hari tu, memandangkan masing-masing belajar di tempat berlainan so time cuti la nak update cerita kawan-kawan. Biasanya aku la yang jadi penyambung untuk mereka semua ni, kalau tak digerak maknanya yang ado la. Aiman busy dengan kerja and life dia yang kami klasifikasikan sbg elit, Afif baru selesai pengajian dan menunggu tempat untuk mengajar, Nazmie Nazrie and Aku plak masih belajar untuk berjaya sama dengan kawan yang lain.

Awangku Kasman ni bestfriend Aiman time kat UTP, mereka berdua ni sgt rapat. Time raya haji last year kot, awang ikut aman balik raya haji kat kelantan so time tu la kami kenal awang, sebelum tu plak aku hanya kenal nama sahaja, mana taknya aku nak call aman nak tanya khabar terus dia ingt aku ni awang. Aiyoo. Berbalik pada soalan diatas tu, awang dapat kerja kat mexico syarikat schlumberger, so setelah lama menunggu untuk di hantar ke sana akhirnya by end of june ritu awang elah berlepas ke sana. Sentap sebabnya beofre that janji nak lepak dulu before berlepas ke sana, tapi kesuntukan masa tu so xsempat la. Sempat jugak aku lepak ngan aiman and awang kat KL ni, starbuck plak dah jadi kedai kopi mereka berdua.

To Awang, good luck and kerja la elok-elok. Peluang tak datang banyak kali, hanya sekali dalam seumur hidup and all the best. Soon aiman plak kalau ada rezeki, insyaAllah. Still sentap yer janji lepak tapi x. So kalau ko balik mesia for ur convo dapat la jumpa, itupun kalau kami berempat jadi ke UTP.

kesian cindy..

p/s: maaf curi pic ni dari FB nina

Career Fair!!


GOOD NEWS!!


To all of you who is looking for a JOB
this is your OPPORTUNITIES

International Islamic University Malaysia (IIUM)
and
Alumni and Career Services Division

will organize

International Career Carnival 2009!!

from

Date : 31st July 2009 - 2nd August 2009

at

Mid Valley Exhibiton Centre (MVEC)

on

10am till 7pm


For more information
please click this link below
ICC 2009

Monday, 20 July 2009

Cendol oh Cendol

Salam .. since last entry lama jugak aku tak update blog ni. Pertamanya ada masa tapi tiada isi, keduanya ada isi tapi malas.. ketiganya mood dan otak tidak dapat berfungsi untuk menyusun setiap patah perkataan kat sini. Ini cerita last weekend before this semester start. Fifi inform to me and boy yang nanti nak gi jemput mimi yang tiba dari kelantan kat greenwood, so aku pun suggestla pastu kita leh ke tesco untuk beli barang keperluan. So lepas amik mimi kami pun plan ke tesco selayang sebab itu paling dekat.. So on the way tu ada orang jual cendol so aper lagik terus la berhenti untuk mamam cendol.


Ni van yang paling akhir tinggal yer kat situ.. itupun dah nak sold out.




so aper lagi kami berempat pun orderla nak makan cendol.. sambil makan tu aper lagi kalau tak bercerita. Panglipur lara ada katanya kan? hehe




Ini cara makan yer.. sangat tak sopan sebb tak duduk.. hehe at least aku duduk yer kekawan. Dialog time ni:

Fifi : Ceq sangat dahaga tak peduli dah hang nak tangkap gambar ke ape ke.. yang penting ceq dapat makan cendol ni.. nyum nyum bestnyer..

Boy : Yeah akhirnya aku berjaya habiskan dulu.. okeh pose!

Mimi : Muhd!! i okey ke ni? hehe sakit kepala i minum cepat-cepat..


then yang terakhir siap adalah..




hehe.. siap jeling lagi tu.. mintak tambah ke uolz?

Ampun yer kalian bertiga, ceq gurau jah!! hehe sebenarnya best lepak macam ni kekadang, tapi lagik best kalau ada proper place that we can seat and sembang. So pastu ke tesco la menacari barang.

Itu sajer untuk kali ini.
xoxo

Friday, 17 July 2009

Happy Buffday to El-Zaffril


Happy Birthday
to
El~ Zaffril

Let's start to say something about him.. Okey aku kenal dia Zaff ni since read his blog la kot, before that memang tahu dia ada dalam friendlist aku kat friendster. Cuma aku ni jer yang susah nak tegur orang. So dari situ lah aku kenal zaff ni, antara blogger friend yang aku selalu contact la. So just take this oppurtunity to wish him via blog sebabnya aku tahu kalau wish via sms nanti penuh inbox dia kerana mengikut tafsiran aku, dia ni ramai peminat so mestilah dapat banyak wish kan? huhu.

So, to Zaffril..
semoga happy selalu
ceria selalu
dan sukses selalu.


p/s: bunjer makan yer!! me and anis..


"Kita selalu melihat awan yang tinggi di atas,
kadang kita terlupa tanah yang kita berpijak,
Kita selalu melihat keindahan
tetapi jangan lupa akan kemusnahan
kerana hakikatnya pasti akan berubah
bila tiba masa yang telah di tentukan"




Wednesday, 15 July 2009

I'm not happy :(


I'm Happy
but
I'm sad

Monday, 13 July 2009

Sebuah Permulaan

Taman ilmu dan budi kembali ceria dengan kepulangan semua penduduknya yang pergi merantau ke serata negeri yang ada di Malaysia. Alhamdulillah tadi aku dah selesaikan sesi add drop subject. Yup aku terlepas nak add subject online so i have to do it manually. **sigh waiting for the lecturer from 8.30 till 11.30, tapi itu semua menguji la kehendak kita kan? So berjaya dapatkan signature lecturer tu, alhamdulillah..

Semester ni aku amik 14 credit hour sahaja which is 5 subject, sebab aku tak amik banyak kerana, 5 subject ni semua killer for me la then aku cuak jugak tengok semua tu, tapi i have to face it either i like it or not kerana aku dah jauh ketinggalan dari batch aku. sedey jap!! tapi xpelah biar aku lambat sikit tapi aku stabilkan dulu apa yang aku ada sekarang. InsyaAllah.

Untuk teman seuniversiti, all the best then selamat mulakan pengajian.. untuk teman yang baru pulang dari praktikal, jangan lupa kongsi pengalaman kalian yer. Erm itulah cerita aku dalam kampus. Baik dalam kampus atau luar kampus cerita aku tetap sama, jadi just hadapinya la dengan tenang dan jangan mudah gelabah. Biar kita kecewa, sedih, kecik hati macam mana pun, jangan tunjuk, tapi cerita kat blog jer kan?? hehe

Ingatan untuk diri sendiri plak:

"Kamu dah pernah diperlekehkan orang kerana kelemahan yang ada pada diri kamu
cubalah bangkit dan ingat setiap perkara itu supaya ianya membakar semangat kamu
untuk berada pada tahap yang sama dengan dia dan mereka
kenyataan itu pahit untuk diterima tetapi perubahan itu suatu pengalaman yang berharga"


Sunday, 12 July 2009

HaQQ at SATU ..


28th June 2009!!

Dalam tahun ni, tarikh di atas merupakan salah satu tarikh yang paling ditunggu, kerana pada tarikh itu berlangsungnya konsert penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kalian dan baca review tentang konsert ini, tetapi let me share few thing from pandangan mata WaN HaQQ.









Dari pagi excited nak pergi ni, yerla i'm a big fan of her since shw's winning bintang rtm, tapi sejujurnya tak segegeh nuar yer. Hiks.. wan tiba di IB at 7.26pm kot kalau tak silap then terus ke lobby istana budaya waiting for my friends. Sempat la beli program book and note book special for SATU, nak rembat benda lain, lupa plak nak cucuk.. huhu. Sempat jumpa Nuar and Ajim, gigih sgt datang lagik awal dari SITI kan? hehehe gurau jer.. jangan marah yer. Ryzak, Cali and Aneem plak agak lambat dari wan. Yang bersama wan malam tu Syazwan, Izat, Zack and Ezuwan.




Konsert di buka dengan persembahan daripada Aizat AF, dia nyanyi okey tapi nervous dia memang nampak. Mungkin cuak kot. Hehe.. Yang penting bila siti muncul di tengah pentas, satu dewan bersorak, suara siti sangat best and vokal meletop!! Dari satu lagu ke satu lagu, kalau cuba hayati kita dapat rasa apa yang cuba siti ingin sampaikan. Overall lagu dari mula hingga akhir wan suka semuanya. She will always be on the top!!




Kelemahan juga tetap ada.. pertamanya pakaian siti, paling tak suka baju warna hijau and gold itu, itu sahajakah tajaan jakel yang di war warkan puluhan ribu ringgit? Down sekejap tetapi nasib baikla semua itu ditutup oleh nyanyian siti. Persembahan pula sebenarnya agak biasa bilamana dalam kepala wan, i taught it will be muzikal tapi tak la muzikal sgt time wan tonton, bagi wan rasanya first konsert siti kat bukit jalil lagik meriah in term of persembahan. Penari pun masih ada kelemahan sedikit tetapi lebih baik ada daripada tiada kan? Kareografi untuk lagu di taman teman kekal sama time nyanyian Siti di ABP yang lalu.

Konsert ini walaubagaimanapun kekal mantap di ingatan kerana Siti Nurhaliza berjaya membuktikan beliau tetap unggul di persada seni tanah air. Tahniah Dato' Siti!! Malam terakhir itu diserikan dengan kehadiran bekas pemimpin negara dan isteri serta kehadiran Kris Dayanti dan juga Rossa.



Sentap Ryzal, Cali, Haneem, Nuar and Ajim sempat jumpa siti!!


Sekian!!~

HaQQ with Ryzal and Cali


27/06/2009 - Sabtu!!~

Kita mulakan sesi bercerita bermula dari dua minggu lepas yer. Maaf kerana tak update sepanjang cuti kerana mata tangan otak semuanya minta wan supaya berehat secukupnya and gain few kg ~ sigh**

Actually kali pertama ni kuar lepak ngan Ryzal and Cali, thanks to both of them sebab ajak gue yer.. Kali ini dari nak shopping jadi window shopping sahaja. Sekitar Pavillion dan KLCC kami jelajahi, gitu ayat tetap tak nak kalah kan? Snap photo here and there.. meet apek (maaf kalau silap) huhu and his cousin yang kebetulan ada di situ.


Have lunch at Carl's Junior!! First time gak ni masuk sini.. semua rasa nak try tapi berangan jer la kan? mana den mampu nak telan semua tu. Lupa gak aper wan makan tapi pemandangan sekitar itu sungguh indah. Terpegun seketika..




Thank's a lot guys.. nanti kuar lagik kalau ada rezeki..
yang penting i'm happy and besh..
cuma next time jangan ada baju jatuh lagik
ooppss.. hiks