Monday, 27 July 2009

Suku Sakat

Perjuangan itu mungkin terhenti disitu
tetapi ianya masih belum berakhir..
Mungkin tiada rezeki uiam ke final
Mungkin tiada rezeki uiam untuk bergelar juara
tetapi setidak-tidaknya kalian telah berusaha
berlatih siang dan malam, tanpa mengira penat dan lelah.
Adat pertandingan ada yang menang dan ada juga yang kalah
InsyaAllah kalau ada rezeki uiam pasti juga akan menang.



Mornink!~ time duk jawab quiz tadi dapat sms, dalam hati dah agak ni mesti update DAS 2009, terus jawab quiz and dalam kepala harap sgt it was a good news from zaki or ezuwan. Tetapi lain pula jadinya, it was a bad news.. turut rasa down kat mereka sebabnya kalah di peringkat suku akhir. Just menuggu mereka pulang ke kampus untuk mendengar sendiri pandangan mereka, itupun kalau mereka nak citer la. huhu.. So ini keputusan di suku akhir DAS 09:

Pusingan: Suku Akhir
Pasukan: UTP vs UIAM
Usul: Penguatkuasaan undang-undang lebih efektif daripada insentif ekonomi
Pendebat Terbaik: Junny
Juri: 3-2
Margin: 1
Pemenang: UTP


So itu sahajalah cerita DAS 2009.
Nak tahu Juara tahun ni kena tunggu la dalam paper kosmo lusa.

p/s: time debat integriti pun uiam kalah ngan tuan rumah di suku akhir.. hurm jangan cuba buat analisa khurafat yer

No comments: