Hilang ~ Al-Fatihah

25 July 2009
11.25 pm

Al-Fatihah
Allahyarhamah Yasmin Ahmad



Siapa Beliau? Pada pandangan aku sebagai rakyat Malaysia, yang selalu juga mengikuti perkembangan filem tempatan, beliau yang dimaksudkan adalah Pengarah Filem yang sangat berani dan kreatif dalam setiap arahan beliau. Meskipun di undang pelbagai cemuhan dan kritikan, filem beliau masih hebat dan mampu menyampaikan mesej keamanan, perpaduan dan segalanya sesuai dengan Malaysia yang wujud didalamnya pelbagai bangsa, kaum dan agama. Hilangnya beliau bagi aku, adalah satu kehilangan kerana setakat ini masih belum ada pengarah yang aku kagumi sebagaimana aku kagumi hasil ciptaan beliau.

Di negara kita, filemnya di cemuh tetapi di luar negara filemnya terus di beri sokongan dan seringkali mendapat anugerah. Itulah seorang pengarah yang berani mengetengahkan kehidupan sebenar masyarakat majmuk di Malaysia. Karya terakhir beliau yang aku sempat tonton adalah filem "Telentime", bagi aku filem ini sangat baik dan bisa buat aku tak senang duduk ketika menonton filem ini. Kerana elemen sedih, gembira, hormat-menghormati dan banyak lagi menjadi intipati filem itu. Kagumnya aku melihat hasil arahan beliau itu. Namanya terus terpahat di arena seni tanah air, hasil ciptaannya ditinggalkan sebagai kenangan, nama beliau terus diingati oleh mereka yang terus menyokong filem kita. Itulah dia Yasmin Ahmad.











p/s: sumber kematian dari utusan.com.my

Comments

alfatihah..sgt2 khilangan kann

Popular Posts