Saturday, 25 July 2009

Dua tempat yang berbeza, matlamatnya yang sama.


Salam bumi hijau untuk tetamu blog ini. Pertandingan Debat Alam Sekitar (DAS) 2009 kini sedang berlangsung di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh Perak. Seperti dalam poster di atas, bermula 24/7 hingga 28/7 kesemua pendebat akan berkampung di negeri perak untuk menjayakan pertandingan ini. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), membariskan empat peserta iaitu: Syazwan Shuhaimi, Nurul Husna Ahmad, Farhan NorDiana, Muhammad Izat untuk membawa nama universiti ke pertandingan ini.

Ini merupakan keputusan pada hari pertama:

Pusingan: 1
Pasukan: UIAM vs UTeM
Usul: Penerokaan hutan membawa faedah
Pendebat Terbaik: Farhan Nordiana
Juri: 3-0
Margin: 10.33
Pemenang: UIAM


Pusingan: 2
Pasukan: UIAM vs UTP
Usul: Penggunaan pembungkus plastik perlu diharamkan
Pendebat Terbaik: Farhan Nordiana
Juri: 2-1
Margin: 3
Pemenang: UIAM


Pusingan: 3
Pasukan: UIAM vs UPM
Usul: Earth Hour perlu diteruskan
Pendebat Terbaik: Amiruddin
Juri: 2-1
Margin: 2.5
Pemenang: UIAM


thanks to ezuwan for the updates!!
all the best untuk esok pula pusingan 4 hingga pusingan 6.


Di UniMAP pula, UIAM juga menyertai pertandingan Syair dan Sajak, juga antara Universiti. Tetapi UIAM tiada rezeki di Perlis bila mana 2 peserta itu gagal ke peringkat akhir, tetapi jangan putus asa wahai temanku. Kerana kalian telah berani untuk mencuba dan memartabatkan seni budaya melayu. Untuk Fifi and Azri, jangan bersedih.. good luck untuk next tournament.

Di dua negeri yang berbeza,
Dua pertandingan yang menguji minda dan akal,
Mereka membawa satu Misi,
Untuk kemenangan,
Hanya kerana
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

1 comment:

||| PöJìé PööH ||| said...

wahhh hebat!!
wan xjoin ker??