Thursday, 19 May 2011

Cuti Wesak : Bukit Broga

Niat hati dah lama nak kesana, malangnya rasa cuak dan tak pasti makin menebal~

Hari isnin tengahari dapat sms dari kawan nak confirmkan nak join tak panjat memanjat ni, aku cakap bagi aku masa untuk fikir sekurang-kurangnya satu jam. Masa untuk fikir tu, aku google la cari info pasal tempat yang hendak dituju dan sms kawan-kawan tanya sebab ada yang dah gi. So aku decide untuk join.

Malam tu lepak umah member aku, sebab nak panjat ni sebelum subuh. So dalam jam 4.30pagi dah bangun bersiap simple jer sebab konsepnya dalam hutan tak ramai orang. Kami bertiga bertolak dari umah kol 5 pagi, sampai kat ladang kelapa sawit tu, dah ramai orang. Bayar parking RM2, cari port. Then mulalah berjalan memanjat bukit broga ni, sebab orang ramai so perjalanan tu tak sunyi sangat, then seronok juga ramai-ramai.

Trek ke atas bagi aku sedikit mencabar, sebabnya aku bukanlah orang yang selalu exercise, badan plak tu besar, so memang tak tahu tahap kesabaran aku macam mana. Sepanjang jalan tu aku memang fikir positive and bagi semangat untuk aku naik jugak ke atas. Terpaksa berhenti di beberapa tempat sebab semput. Before tiba ke puncak 1, aku dah memang angkat bendera putih. So aku decide tunggu kawan-kawan aku dekat ngan pokok tempat orang baling kasut tu. Nak naik tapi sangat tak larat. Sedih plak, tapi kawan aku yang dua orang lagi berjaya ke puncak 4 bukit broga. Dengki sebab tak dapat ikut naik ke atas.

Sepanjang aku kat bawah tunggu kawan tu, sempat perhatikan gelagat orang-orang yang datang. Yang buat aku kagum, ada pakcik-pakcik dan makcik-makcik sampai ke tempat aku tu, and ada yang sampai atas lagi. So kenapa tidak aku kan? Ramai jugaklah orang kat sana, kebetulan hari cuti wesak so memang agak sesak dan meriah kat atas sana.

Perjalanan turun lancar cuma kena hati-hati sebab ada part yang licin dan curam. Ouh time nak turun ni kami bersaing dengan keluarga kak rahimmah dan abg asrul, sangat meriah akak sorang ni. Penat tu hilang bila dengar celoteh akak kita ni. Sebelum balik singgah jap makan nasi ayam berhadapan sekolah cina kat area tu. Boleh tahan nasi ayamnya..

Okeyh aku nak gi broga lagik,
nak cuba panjat naik keatas tu.
InsyaAllah


Wednesday, 18 May 2011

Cuti Hujung Minggu : Teluk Kemang

Let's update:


Dah lamer aku mengidam nak bercuti ni, biarlah tak pergi jauh pun janji konsepnya bercuti. Jadi, hujung minggu lepas kami berempat ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Okeylah sekadar weekend gateway. Tak jauh sangat dari Kuala Lumpur. Okey aku sangat excited bila duk fikir pasal percutian ni, honestly aku tak fikir benda lain dah selain duk terfikir nak relax jer. Kami bertolak dari Sg. Besi malam around 8pm and sampai kat sana around 9:15pm kot. Since company tempat one of my friend keje tu ada buat kind of small apartment untuk disewa staff so kami stay kat situ. Murah pun murah, cukuplah untuk cuti weekend. So kami cari punya cari jumpa tempatnya di teluk kemang. Ada 6 unit rumah apartment, okeylah.. kemudahan asas complete and selesa. Sebab aku ni jakun so paling penting ada swimming pool.. hehehe~

Malam tu pusing-pusing cari tempat makan, akhirnya makan tepi laut on the way ke hutan lipur kot. Okey service sangat slow.. plus masak macam tak reti sangat. Sabor jer la.. tapi inilah kaedah jalan-jalan cari makan~ nyamuk pun banyak..

Aktiviti kat sana most of the time mandi kolam~ celik mata pi breakfast terus terjun dalam kolam, sampai kecut semuanya baru naik.. Duk bersembang sampai bosan, terjun lagik dalam kolam~ pastu mandi kat pantai plak~. Okey if kat teluk kemang ni, pantai dia not bad.. tak ramai orang dan tak kotor.. Air pun boleh la tak sekeruh kat pantai melawi yang aku biasa gi.

Kalau gi trip mesti ada BBQ, so konsep mudah perap ayam guna sos knows jer. Google kat mana ada mall di PD, lucky us jumpa oceanic mall.. so pergila beli pape yang patut. Kami pilih nak bakar-bakar tepi pantai. So mmg gigih angkut semua barang-barang ke pantai, hidupkan api, sambil tu main kad.. sampai terlupa ayam hangus~ tapi still can eat..

Okey kami balik dari PD hari ahad, tapi singgah makan dekat Ayam Panggang nasi kukus, menarik gak cuma aku lagik suka ayamnya.. Konklusinya percutian pendek ini sangat best biarpun ada kekurangan tapi ianya hilang bila asyik bergelak ketawa dan yang penting ENJOY THE PRESENT moment.. =) thanks a lot to Faiez, Shah, and Hafiz.. p/s: men kad sampai kol 4 pagi tu best gak.. =)