Monday, 31 August 2009

Salam Kemerdekaan!!

Malaysia

Selamat Menyambut


Hari Merdeka

52 tahun





Salam Satu Malaysia untuk Semua. Kemerdekaan itu maknanya amat besar, satu cara mudah kita lambangkan sebagai kebebasan. Kebebasan dari cengkaman penjajah dan seterusnya berjaya membangunkan negara seperti hari ini. Jalan yang di lalui 52 tahun dulu sangat sukar, mungkin aku sendiri gagal memahami kesusahan pejuang-pejuang kemerdekaan tetapi aku mampu mengenali dan mengetahui melalui pembacaan. Kesimpulannya jangan hanya alpa dengan kemerdekaan atau kesenangan yang wujud sekarang, tetapi sedarlah bahawa kebebasan ini tidak akan wujud andai tiada yang lama dan tidak akan kekal andai yang baru gagal menghargainya.


p/s: Takziah untuk Wan Faziati dan Keluarga di atas kembalinya Allahyarham bapa beliau ke rahmatullah malam semalm. Bersabarlah kerana setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Al-Fatihah..
thanks to fikri and eddy for the info.

Sunday, 30 August 2009

Congratulation's!! Convo Aiman & Afif

Tahniah!! untuk Mohd Afif dan Aiman di hari konvokesyen korang yang berlangsung pada 14/08/2009 di UPSI dan 16/08/2009 di UTP.

Pertamanya aku mohon maaf sesangat kerana tidak dapat hadir dan juga on behalf of nazrie and nazmie kerana aku, mereka tak dapat juga attend. Yup aku memang dah janji nak attend walau macam mana sekalipun tapi di saat akhir itu ada masaalah yang wujud sehingga aku memang tak dapat datang and kalian berdua pun tahu sebabnya.

Yup maaf nak update cerita konvo kalian berdua sedikit lewat kerana korang jugak yang tak hantar email kat aku or upload di laman sosial milik korang dan setelah diberi ceramah oleh aku baru la korang nak send kan? hehe bebel plak maaf..

Sedar atau tidak sudah lama kita tinggalkan zaman persekolahan, dimana zaman itulah kita semua mula kenal dan berkawan sehingga kini. Bila di ingat kembali berbagai cerita dan kenangan telah kita kutip sepanjang perkenalan kita berlima. Setibanya gambar korang di inbox aku, aku tersenyum dan gembira untuk korang berdua. Ingat lagi bila mana jatuh naik kita berlima dari zaman sekolah till la korang semua ke SBP dan MRSM dan sekarang ni dah pun berjaya menerima segulung kertas yang nilainya sangat besar dan tak mampu dibayar dengan wang ringgit kecuali pengalaman dan penat usaha kalian berdua.

Bermulanya dari pbsm yang menemukan kita berlima sehingga kini, kalian banyak bantu aku and bagi aku semangat untuk berjaya macam kalian. Alhamdulillah korang adalah antara harta yang aku hargai di dunia ni selain keluarga aku. Harta yang nilainya infiniti. Thank You so much!! Next year Nazmie and Nazrie plak konvo and after Next year barula aku plak InsyaAllah!!

Mohd Afif graduate from UPSI - Pendidikan Kimia, kimia tu confirm tapi lupa full name ijazah dia. Sekarang ni sedang tunggu posting, hopefully dapat kat semenanjung. Cikgu Afif yer skank ni!!

Aiman graduate from UTP - Kejuruteraan Kimia, tetap kimia jugak. Sekarang ni sedang berkerja ni syarikat .... lupa jugak sebab berbelit nak sebut. Dia ni sorang lagi, kalau ada rezeki dengan satu company ni, dia plak akan ke oversea. Doa dari kami you will get it, InsyaAllah.

Itu cerita mereka berdua, untuk mereka berdua.. Tahniah.. Tahniah.. Tahniah. Biar jadi macam padi makin berisi makin tunduk begitulah yang aku doakan buat kalian. Ingat selalu update about your life and cerita terkini antara kita berlima..


Afif dan Keluarga



Aiman dan Keluarga


p/s: pic aiman and family tu di ambil from lutfy!! sorry curik sekeping.

Wednesday, 26 August 2009

Hari ini with Them

Hari keempat!!
Jap entah keberapa..

Berbuka puasa with my goodfriend
riang hati aku jap.
Yerla dah 3 hari berbuka seorang diri
mahu tak happy dapat ramai-ramai ngan orang yang aku senangi.

Tema berbuka sempoi
terjah jer mana restoran yang bukak
sebab sampai ke AU2 dah jam 7.10mlm
End up we all eat kat BBQ Chicken!!

Yang ado semua xsedap!!
aku berangan jap makan sandwich jer
and tadi makan lagi nasi plak kat planet
hehe baru leh senyum sbb kenyang!!
With me today!! Mimy,Fifi,Boy and Zaki!!
Besh besh!! mekacih korunk



aku kalah!! kalah pada perasaan..

Tuesday, 25 August 2009

Ramadhan Situ Sana Sini

Ramadhan Situ Sana Sini, okey tak? Alhamdulillah masuk hari ke-empat kita berpuasa hari ini. Pelbagai karenah dan ragam manusia dapat aku perhatikan di laman sosial facebook, tapi itulah kita manusia. Cerita hari pertama hingga semalam masih sama, jam 6.45 petang aku akan ke cafe membeli juadah untuk berbuka.. Seorang diri, itulah rutin hidup sunyi sepi pun ada juga tapi terima jer la. Sepanjang ramadhan bermula hati ini mula rasa sayu terkenangkan seseorang yang aku sangat rindui tetapi kena la terima hakikat, yang beliau telah lama pergi meninggalkan kami.

Hari pertama aku berbuka, tanpa sedar sesuap nasi ke mulut air mata ini jatuh berderai. Rindu akan keluarga dan rasa sunyi di hati hanya Tuhan yang tahu. Paksa juga makan, yerla dah lapar dan tak baik tak habiskan makanan. Lagipun teman sebilik aku semua pulang ke kampung masing-masing tinggallah aku yang ada test pada hari tersebut

Saat ini kalau aku tak kelas, atau study di bilik.. aku habiskan masa aku main game kat facebook. Seronok plak, ada juga yang hiburkan hati aku. Mengakui hati aku sekarang cepat benar remuk atau sedih entahla hilang kekuatan seketika. Masih mencari cara untuk aku kembali ceria sebagaimana dulu.. Seronok juga tengok kawan-kawan dengan pasangan masing-masing, yang unexpected pun ada juga tapi doakan kalian semua happy okeh! Aku tak berhenti mencari tetapi tidak bersungguh-sungguh, malas nanti aku juga yang kecewa.

Uiks dah 4.11pagi, my job today kejutkan orang bangun sahur. Then aku pun masuk tido.. Nanti la aku update and tukar layout blog ni.. Selamat Berpuasa!!

Thursday, 20 August 2009

Kedatangannya Di Nanti ..

Selamat Datang Ramadhan, aku menanti kehadiran mu dengan penuh kegembiraan agar ramadhan kali ini akan aku sempurnakannya dengan dipenuhi dengan amal dan ibadat.

Pejam celik sudah setahun berlalu dan kali ini bulan ramadhan akan menjelma kembali. Alhamdulillah dan insyaAllah dapat merasa kembali nikmat ramadhan.

Riang hati ini, hanya DIA yang tahu. Entah aku mengharapakn bulan ini memberi aku ketenangan dari segi mental agar aku mampu berfikir dengan lebih baik dalam menyelesaikan setiap permasaalahan yang wujud.

Sempena ramadhan yang bakal tiba lagi 2 hari ni, aku ambil kesempatan ini untuk mohon ampun dan maaf kepada semua teman dan pengunjung blog ini andai kata ada tersalah silap dan kata dan mungkin juga tingkah laku yang kadang kala melampaui batasnya. Aku hanya manusia biasa yang tak mampu lari dari melakukan kesilapan.

Selamat Berpuasa Buat Semua!!
Salam Sayang Untuk Kalian!!

Tuesday, 18 August 2009

Bebaskah AKUI?

Salam bulan kemerdekaan untuk semua! Alhamdulillah sempat juga aku mencoretkan kembali sedikit cebisan pengalaman dari hidup aku. Setiap hari aku akan buka blog ni, tetapi nak update langsung tiada idea. Jadi aku hanya tengok blog, and check blog saper yang dah update so aku kan singgah baca blog diaorang. Selain on facebook untuk melihat tanaman, kedai makan dan semua itu. Sedar atau tidak komunikasi skill aku makin berkarat, kalau dulu selalu jugakla bertemu dengan bermacam-macam orang dan dari situ belajar untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

Minggu lalu, aku ke USIM untuk melihat pasukan UIAM di pertandingan debat kemerdekaan. Yup aku suka tengok debat, rasanya dari kecil kalau ada pertandingan debat di tv aku akan tonton. Seronok bila mana dengar pasukan UIAM mara ke separuh akhir, tetapi kecewa bila gagal melangkah ke peringkat akhir. Tahniah untuk pasukan UTP yang menang lagi debat arkib tahun ini, sudah rezeki yang tersurat untuk kalian.

Bulan Ogos ini aku simpulkan pelbagai kenangan yang tinggal, baik pahit mahupun manis. Biarpun bulan ini masih belum ke hujungnya tetapi ketika tiba di saat ini banyak sudah pengalaman yang aku kutip dan aku pelajari.

Hidup aku masih sama.. rakan datang dan pergi, itulah adat sebuah kehidupan..

Thursday, 13 August 2009

Variety Tv Program : FO


Winter Sonata, Autumm in My Heart, Coffee Prince, Boys Over Flower dan banyak lagi adalah sebahagian siri tv dari Korea yang memang aku suka. Boleh menonton sehingga subuh andai anda sudah terjebak dengan siri sebegitu. 2 minggu lalu, kawan aku promo kat aku suh tengok variety tv program dari Korea bertajuk "Family Outing". Dia dah download sehingga episode yang terkini. So okey la memandangkan aku bosan dan juga semua assignment dah siap so aku pun layan la. Seriously mula-mula macam x suka tengok tapi pertengahan episode pertama jer dah wat aku jatuh hati ngan variety tv ni. Semua yang terlibat memang sporting tahap gaban. Tanpa secalit makeup pun diaorang boleh bergembira, and rancangan ini juga dialognya adalah spontan. Baiklah meh aku berkongsi sikit dengan kalian tentang program ni:



Setiap dua minggu, mereka akan di hantar ke sebuah kampung dan juga mereka mesti menjaga rumah tersebut manakala tuan rumah akan di hantar bercuti. Sepanjang di kampung tu, mereka kena melakukan kerja-kerja kampung tersebut. Dari menangkap ikan hinggalah masuk lumpur semua ada. So sepanjang di kampung itu mereka ibarat sebuah keluarga. Setiap minggu akan ada artis undangan yang akan bertandang ke family tersebut. Itulah short synopsis program ini. Ahli FO ini ialah:
  • Yoo Jae Suk - Pengacara
  • Lee Hyori - Penyanyi
  • Yea Jin - Pelakon
  • Lee Chun Hee - Pelakon
  • Dae Sung - Ahli Kumpulan Big Bang
  • Yee Jon Shin - Komposer
  • Kim So Roo - Pelakon
  • Kang Jong Kook - Penyanyi
kalau nak tahu siapa mereka google la sendiri yer..
So kalian patut tengok sebab program ni best!! kalau kat negara kita rasanya tak menjadi kalau wat program macam ni. Nak tahu kenapa tengok dulu program ni.

Kisah yang lalu, sedang, dan akan berlaku..

Bila kita tidak bercerita atau berkata-kata bukanlah bermakna kita ini blur atau buntu cuma memikirkan ayat yang sesuai agar apa yang diucapkan kelak tidak akan menyentuh mana-mana sensitiviti orang sekeliling aku. Sejak kebelakangan ini, ikhlas aku tidak punyai hati untuk membuat entry baru kerana banyak masaalah yang melanda. Sekadar entry yang wujud bila di paksa kerana tak mahu blog ini bersawang.. Entah datang dari mana datangnya semangat untuk update entry baru ni..

Xtvt di kampus masih seperti biasa, kelas, assignment, tutorial.. hidup sebagai pelajar senang.. Senang ke? adalah terhadnya tapi demi masa depan berkorbanlah dulu sekarang. Syukur jugak sem ni segala yang sukar itu nampak mudah, cuma aku perlu berhati-hati agar tidak jatuh untuk kali ini. Cukuplah kecuaian yang lalu, so mulai saat ini setiap apa yang aku lakukan, pelajaran adalah paling utama.

Sosial life aku sekarang hanyalah dengan teman-teman seuni, atau berkurung di bilik menonton siri yang best or bermain facebook. Bukan tak mahu keluar berjumpa macam dulu cuma buat masa sekarang aku harus akur dengan keadaan. Yerlah aku student jadi walaupun kehendak itu tinggi tetapi kalau tiada kosnya macam mana? even kadang kala program teman seuni pun aku terpaksa batalkan.. maaf yer kalian.. harap kalian faham.. tak lupa pun semua cuma masa dan keadaan tak mengizinkan.

Perasaan bersalah terhadap aiman, afif, nazrie dan nazmie masih ada. Iyalah janji yang dibuat sekian lama tidak dapat direalisasikan, walhal perkara itu akulah yang usulkan. Yup my goodfellas is important to me like my family, entah bukanlah aku tak menghargai teman lain . Aku syg semuanya cuma kami berkawan since sekolah lagipun ada suka duka antara kami berlima, walaupun mulut mereka cakap okey tapi entahla.. once again i'm sorry hopefully angan2 for the future jadi kenyataan.. (mereka berangan, aku tumpang jer)

Okeyla itu sahaja setakat ini, no xtvt yang best untuk dikongsi

p/s: FB buat aku tak senang duduk.. ayuh let's play game RC

Sunday, 9 August 2009

Love her as always


Ingat lagi tak pasal konsert satu yang aku pergi hari tu? So inilah cenderahati yang aku beli sebagai kenang-kenangan. Buku nota yang dalamnya ada pose menarik dari penyanyi nombor satu negara. So ingatkan pas konsert nak dapatkan siti punya signature on my book but then kerana kejar masa nak balik so xdapatlah.

So nak dijadikan cerita, fifi bagitahu aku yang sorang kawan kami tu sedang wat recording ngan tok siti untuk album terbaru tok siti yang akan dipasarkan pada bulan ramadhan nanti. So aper lagi, peluang terbaik untuk aku.. So i asked adi to get siti's signature on my notebook! and last week ..... tadaaa!!



Yeah i like it!! thank you adi and thank you tok siti. Menunggu album terbaru itu dan juga dvd konsert satu. Bukan aku seorang jer yer.. tapi boy,mumu and fifi juga wat macam ni. Yang penting sorang tu tak habis-habis duk proud ngan aper yang dia dpt sebbnya lain sikit dari kami. haha..

p/s: alhamdulillah i'm happy with what i have :D

Wednesday, 5 August 2009

Bunga-bunga CINTA

Jom bercerita tentang flora, bukan fauna yer. Hujung minggu lalu mimi call aku ajak join mereka ke Putrajaya. Terfikir jugak motif nak jalan jauh-jauh kan? Biasanya kalau ke sana adalah sebab kami semua ikut boy balik. Rupanya Pesta Flora 2009(FLORIA) sedang berlangsung disana, so aper lagi dari tidur kat bilik lagi best lepak tengok bunga.

Besar jugak tapak pesta ni, khemah hawa dingin khas untuk bunga yang memerlukan suasana sejuk dan selebihnya di sekitar kawasan presint 2. Juga ada pertandingan hiasan flora mengikut kategori. Sempat juga tengok dekorasi dari uiam, kalau dibandingkan dengan ipt lain, mungkin uiam boleh menang tapi siapa yang tahu kan? Nanti kita tengok la. Masih belum terlambat kerana Pesta flora ini akan berakhir pada 9th August!! so aper lagi pergilah!! so biar gambar plak bercerita.


sangat cantik


purple i like!



Orked putih


















So penat kami usha hiasan di tapak pesta.. so ayuh lepak tepi tasik, ada juga permainan untuk kanak-kanak.. teringin nak naik tapi sah-sah naik jer aku kuar semua angin.. hiks













posing atas rumput!!



sebelum balik kita lambai ke menara..




bye!! kami semua balik dulu yer!!~

Teringin nak naik perahu dondang sayang tu, tapi malangnya kami tiba agak lewat so pemandu bot pun dah nak balik. Next time la nampaknya.. Papepun happy dan penat!!



Tuesday, 4 August 2009

Why i'm not online?

It has been for a few days that I'm not online. It is because:

  • I forgot to pay the bill
  • I'm waiting for my dad to settle the bill since I'm still Lil kid :P
  • I'm not in the mood to online
  • I just wanted to be alone for a while.

First of all thanks to my dad because help me to settle the bill and I'm sorry for not update with him every month about the bill.. hehe suka kumpul!! Okey bila online jer terkejut jap sebab too many updates that i've missed.. Urghh

Okey lupakan dulu apa aku wat time weekend, tapi meh update apa aku wat before weekend. On tuesday tu aku lepak ngan kawan aku dari perak. Kebetulan dia baru balik dari sabah so dia ajak aku gi karaoke. So aper lagi melalak la 4 jam setengah yang penting orang tu syok nyanyi till habis tumpah gelas air. Hehehe.. papepun thanks yer bu er bunjer aku on that day. Nanti later lepak lagi..

Then aku lepak ngan teman sekampus yang rapat jugak ngan aku, as usual mimi and fifi. Cutest couple ever.. I just want to see both of them got married, mesti riuh pelamin tu.. Mati pasni mimi marah.

Itu sahaja update.. ngantok and penat men boling tadi.
welcome to new blogger's i wish generally so saper rasa dia baru dalam dunia blog so welcome la!!

"Bila dah sakit barulah mencari teman yang serba kekurangan
Bila diri sihat terus lupa dan mencari teman untuk kemewahan
Jangan kerana ego, terlepas semua peluang yang ada..
Kerana hidup ini ditentukan oleh - NYA"