Thursday, 13 August 2009

Variety Tv Program : FO


Winter Sonata, Autumm in My Heart, Coffee Prince, Boys Over Flower dan banyak lagi adalah sebahagian siri tv dari Korea yang memang aku suka. Boleh menonton sehingga subuh andai anda sudah terjebak dengan siri sebegitu. 2 minggu lalu, kawan aku promo kat aku suh tengok variety tv program dari Korea bertajuk "Family Outing". Dia dah download sehingga episode yang terkini. So okey la memandangkan aku bosan dan juga semua assignment dah siap so aku pun layan la. Seriously mula-mula macam x suka tengok tapi pertengahan episode pertama jer dah wat aku jatuh hati ngan variety tv ni. Semua yang terlibat memang sporting tahap gaban. Tanpa secalit makeup pun diaorang boleh bergembira, and rancangan ini juga dialognya adalah spontan. Baiklah meh aku berkongsi sikit dengan kalian tentang program ni:



Setiap dua minggu, mereka akan di hantar ke sebuah kampung dan juga mereka mesti menjaga rumah tersebut manakala tuan rumah akan di hantar bercuti. Sepanjang di kampung tu, mereka kena melakukan kerja-kerja kampung tersebut. Dari menangkap ikan hinggalah masuk lumpur semua ada. So sepanjang di kampung itu mereka ibarat sebuah keluarga. Setiap minggu akan ada artis undangan yang akan bertandang ke family tersebut. Itulah short synopsis program ini. Ahli FO ini ialah:
  • Yoo Jae Suk - Pengacara
  • Lee Hyori - Penyanyi
  • Yea Jin - Pelakon
  • Lee Chun Hee - Pelakon
  • Dae Sung - Ahli Kumpulan Big Bang
  • Yee Jon Shin - Komposer
  • Kim So Roo - Pelakon
  • Kang Jong Kook - Penyanyi
kalau nak tahu siapa mereka google la sendiri yer..
So kalian patut tengok sebab program ni best!! kalau kat negara kita rasanya tak menjadi kalau wat program macam ni. Nak tahu kenapa tengok dulu program ni.

1 comment:

Fatin Filzah said...

drama2 korea mmg best!
menyentuh perasaan.