Congratulation's!! Convo Aiman & Afif

Tahniah!! untuk Mohd Afif dan Aiman di hari konvokesyen korang yang berlangsung pada 14/08/2009 di UPSI dan 16/08/2009 di UTP.

Pertamanya aku mohon maaf sesangat kerana tidak dapat hadir dan juga on behalf of nazrie and nazmie kerana aku, mereka tak dapat juga attend. Yup aku memang dah janji nak attend walau macam mana sekalipun tapi di saat akhir itu ada masaalah yang wujud sehingga aku memang tak dapat datang and kalian berdua pun tahu sebabnya.

Yup maaf nak update cerita konvo kalian berdua sedikit lewat kerana korang jugak yang tak hantar email kat aku or upload di laman sosial milik korang dan setelah diberi ceramah oleh aku baru la korang nak send kan? hehe bebel plak maaf..

Sedar atau tidak sudah lama kita tinggalkan zaman persekolahan, dimana zaman itulah kita semua mula kenal dan berkawan sehingga kini. Bila di ingat kembali berbagai cerita dan kenangan telah kita kutip sepanjang perkenalan kita berlima. Setibanya gambar korang di inbox aku, aku tersenyum dan gembira untuk korang berdua. Ingat lagi bila mana jatuh naik kita berlima dari zaman sekolah till la korang semua ke SBP dan MRSM dan sekarang ni dah pun berjaya menerima segulung kertas yang nilainya sangat besar dan tak mampu dibayar dengan wang ringgit kecuali pengalaman dan penat usaha kalian berdua.

Bermulanya dari pbsm yang menemukan kita berlima sehingga kini, kalian banyak bantu aku and bagi aku semangat untuk berjaya macam kalian. Alhamdulillah korang adalah antara harta yang aku hargai di dunia ni selain keluarga aku. Harta yang nilainya infiniti. Thank You so much!! Next year Nazmie and Nazrie plak konvo and after Next year barula aku plak InsyaAllah!!

Mohd Afif graduate from UPSI - Pendidikan Kimia, kimia tu confirm tapi lupa full name ijazah dia. Sekarang ni sedang tunggu posting, hopefully dapat kat semenanjung. Cikgu Afif yer skank ni!!

Aiman graduate from UTP - Kejuruteraan Kimia, tetap kimia jugak. Sekarang ni sedang berkerja ni syarikat .... lupa jugak sebab berbelit nak sebut. Dia ni sorang lagi, kalau ada rezeki dengan satu company ni, dia plak akan ke oversea. Doa dari kami you will get it, InsyaAllah.

Itu cerita mereka berdua, untuk mereka berdua.. Tahniah.. Tahniah.. Tahniah. Biar jadi macam padi makin berisi makin tunduk begitulah yang aku doakan buat kalian. Ingat selalu update about your life and cerita terkini antara kita berlima..


Afif dan Keluarga



Aiman dan Keluarga


p/s: pic aiman and family tu di ambil from lutfy!! sorry curik sekeping.

Comments

WaN HaQQ said…
HR Putera Yusoff - Hehe bila ur convocation?

Popular Posts