Bebaskah AKUI?

Salam bulan kemerdekaan untuk semua! Alhamdulillah sempat juga aku mencoretkan kembali sedikit cebisan pengalaman dari hidup aku. Setiap hari aku akan buka blog ni, tetapi nak update langsung tiada idea. Jadi aku hanya tengok blog, and check blog saper yang dah update so aku kan singgah baca blog diaorang. Selain on facebook untuk melihat tanaman, kedai makan dan semua itu. Sedar atau tidak komunikasi skill aku makin berkarat, kalau dulu selalu jugakla bertemu dengan bermacam-macam orang dan dari situ belajar untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

Minggu lalu, aku ke USIM untuk melihat pasukan UIAM di pertandingan debat kemerdekaan. Yup aku suka tengok debat, rasanya dari kecil kalau ada pertandingan debat di tv aku akan tonton. Seronok bila mana dengar pasukan UIAM mara ke separuh akhir, tetapi kecewa bila gagal melangkah ke peringkat akhir. Tahniah untuk pasukan UTP yang menang lagi debat arkib tahun ini, sudah rezeki yang tersurat untuk kalian.

Bulan Ogos ini aku simpulkan pelbagai kenangan yang tinggal, baik pahit mahupun manis. Biarpun bulan ini masih belum ke hujungnya tetapi ketika tiba di saat ini banyak sudah pengalaman yang aku kutip dan aku pelajari.

Hidup aku masih sama.. rakan datang dan pergi, itulah adat sebuah kehidupan..

Comments

UTP menang lagi ker...
rajin jugak dia tgok debat ek..
WaN HaQQ said…
HR Putera Yusoff
Yup UTP lawan MMU final, katanya biasa jah tp rezeki UTP lagik.. Naper MPI Sultan Mizan xmasuk?


PojiePooh
Because seronok tengok orang berdebat

Popular Posts