Saturday, 28 July 2012

Yeay!! dah habisssss

26/7/2012

Celik mata pagi tetiba teringat nak check result..
Before that aku check status.. tertulis..

GRADUATED

means that aku dh graduate and complete my study..
Syukur Alhamdulillah.
Air Mata mengalir tanpa henti..
Semua itu untuk Ayah dan Mama..

Terima kasih pada semua.. 

Wednesday, 11 July 2012

Terima Kasih

Jejak kembali laman ini,

Makin kita meningkat usia makin banyak yang kita perlu hadapi. Untuk seketika aku nak masa berhenti untuk aku renung kembali apa yang telah terjadi dan bisa perbetulkan kesilapan dahulu. Namun dari kesilapan itu lah kita belajar untuk menjadi siapa kita hari ini.

Awal pagi tadi bangun dari tidur, aku termenung memikirkan hala tuju hidup aku sekarang. Alhamdulillah ada sahabat yang sudi memberi tempat tinggal untuk seketika tetapi sampai bila? Sedang menunggu respon dari sebuah kedai minuman. Ingin sekali untuk sementara waktu berkerja disitu, timba pengalaman, dan setidak tidaknya aku penuhi masa aku dengan berkerja dan dapat bayar sewa bilik.

Sudah setengah tahun, jujur masih tiada berita gembira buat aku..
Sabar dan terus menanti. Yang melihat senang meluncurkan kata-kata
Tetapi yg menggalas beban beratnya DIA yg tahu..

Sekarang ini hati aku senang terusik.. Sangat senang..
Berbual dengan sahabat di telefon pun mata aku dah berair, makin aku tahan suara aku pula menjadi serak lantas tiada kata-kata aku ucapkan.. Jauh disudut hati ada rasa yang aku tak pernah kongsi dengan sesiapa. Sesudah solat, DIA lah tempat aku mengadu.. setidak tidaknya DIA tahu apa yang aku lalui dan hadapi secara tersurat mahupun tersirat.

Sahabat,
Bila aku menunggu mu, aku tunggu kerana merindui kamu
Bila aku menangis akan perihal mu, aku menangis kerana risau kehilangan kamu
Bila aku banyak bertanya, bukan aku ingin mengawal pergerakan kamu..
Tindakan aku ada sebabnya
Bicara aku ada yg tersirat.
Tak mungkin aku dapat merealisasikannya secara lisan kerana aku sendiri tidak faham..
Cinta sayang aku hanyalah sebagai sahabat.
Terima Kasih untuk semuanya selama ini..

Biar aku hilang dari pandangan, biar jauh terpisah asalkan sedikitpun aku tidak melupakan kamu. Bila aku menyendiri jangan cari aku tapi doakanlah kesejahteraan aku. Untuk sahabat-sahabat aku. Demi dia yang menjadikan Langit dan Bumi aku hargai korang dan sangat sayang kalian.

Okey update lain kali plak~
selamat malam..


Monday, 7 May 2012

Kisah Aku

Lama sudah aku tinggalkan laman ini,
Laman yang pernah menjadi teman setia..
Bukan melarikan diri cuma masa yang ada aku lagi suka berdiam diri.
Bohong!! masa yang ada sebenarnya aku habiskan di twitter.
Macam-macam perkara berlaku sejak kali terakhir aku menulis disini.
Kadang-kadang tidak mengerti kenapa semuanya terjadi,
ada juga rasa tersepit dengan ujian datang bertandang
Jesteru berdiam diri adalah langkah bijak,
tahun ini entah berapa gelen air mata aku curahkan
hanya kerana ujian yang datang silih berganti.

Untuk seketika aku kembali,
dengan harapan laman ini kembali menemani
hidup aku yang sunyi dan sendiri.
Rindu zaman aktif menulis blog dahulu
ada sahaja cerita yang ingin dikongsi,
suka dan duka sering saja aku khabarkan
hanya kerana tak tertanggung rasa di jiwa.
Entah kenapa sekarang aku lebih selesa memendam
kadang-kadang terbit kerisauan ianya meletup kemudian hari,
risau ada yang terkena percikan itu walaupun tidak berkaitan.

Di saat ini,
hidup aku tidaklah macam dahulu..
Cuma aku bersyukur dikurniai dan ditemani mereka yang aku sayang.
Bila aku jatuh mereka di sisi,
Bila aku gembira mereka dilupa jangan,
Doa aku supaya aku dapat membalas budi setiap daripada mereka
atas apa yang mereka lakukan.
Jika aku tidak berkesempatan,
Biarlah DIA yang membalas budi baik kalian.
Aku masih terus berjalan mencari kejayaan,
untuk ayah, ibu dan adik-adik serta tidak
dilupa kepada mereka yang ingin melihat aku berjaya.

Pada MU aku mengadu
Pada MU aku bercerita
Pada MU aku menangis
Pada MU aku berharap
hanya kerana MU yang Maha Mengetahui..

Sebulan lagi, semoga aku mampu mengharunginya..


Wednesday, 28 March 2012

Paya Beach Resort - Pulau Tioman

88 dari 366 MukaSurat


2 Minggu lepas, Aku berpeluang bercuti di Pulau Tioman bersama teman-teman. Gembira? sangat!! sebab aku jarang dapat bercuti macam ni. Sampai pagi di mersing hujan ~ jadi hari pertama kami di sana memang hujan on/off. Nasib baik we bring uno card jadi memang duk main sambil bergelak ketawa. Ouh kalian boleh layan gambar -gambar di bawah.


Overall Paya Beach Resort ini best!!~
Food layan..
Okeyh saya nak gi lagi!!!




























Thanks to faiez for this trip..
dan kawan-kawan yang lain..


Chill lah~

Wednesday, 25 January 2012

WordLess Wednesday





at the moment,
i think of this..

Sunday, 22 January 2012

Botak ~ Sigh..

22 dari 366 MukaSurat

On facebook,
tengok ada kawan upload gambar baru..
Oh!! itu gambar kertas akhir peperiksaan seminggu yang lalu~

Ouh aku dah botak!! demmit.. it clearly in that picture..

Sepanjang belajar kat sini,
ini kali lecturer snap picture time exam.
Thanks Prof!!

Inilah paper Solid Waste Engineering..








Sekali lagi..
mata aku berair..
hurm..

Mama, Ayah.. i already do everything that i can..
i work hard in order to make both of you proud and happy..
Sorry if i can't make u happy..
forgive me.. but i will always try to make you happy 
no matter what..





Thursday, 19 January 2012

Baru di Dalam Hidup Aku.

19 dari 366 MukaSurat..


Alhamdulillah.. finally i'm using this handphone..
Love it and like it so much!!
and absolutely happy..

Wait, not absolutely happy
but thankful..
now still thinking about my result ~ sigh..




I'm still using old phone number,
just not with Maxis anymore..  i change to Celcom..
it's much cheaper than i bet and no hidden agenda hopefully..
the might have it but at least not too much..

Okey till we meet again..
picture, i just google it.. LOL..
because my handphone cannot snap pic of himself.

:P


Wednesday, 18 January 2012

Permulaan yang Samar

18 dari 366 Mukasurat..

Selamat Tahun Baru!! Lambat sikit aku update sebab busy dengan exam..
Exam aku start dari 31 December 2011 till 15th January 2012. 
Alhamdulillah mampu melepasi semua tu walaupun didatangai dengan pelbagai ujian.
Masa tu lah penyakit emosi datang menyerang dan seterusnya buat aku tak keruan.
Sebab MUNGKIN inilah peperiksaan terakhir aku di sini..

Ouh menjawab soalan..

Kenapa tak kurangkan online masa exam?
If kalian di tempat aku, korang mungkin mengerti kenapa..
So sebab itulah aku ada quote sepotong ayat dari lagu siti yang berbunyi begini..

"Pernahkah kau bermimpi, seketika berada ditempatku, 
                 membayangkan pahit manis berlaku, entah siapa yang tahu...."


Sejujurnya setiap hari aku mengalirkan air mata sebabnya aku rasa kesal, aku rasa sunyi, aku rasa sendirian. Mungkin kalian akan gelakkan aku tapi inilah hakikat. Kertas aku pada 15hb tu tidaklah sesukar mana tapi entah kenapa selesai sahaja sesi itu aku balik kebilik menangis bersungguh-sungguh.. Risau mula melanda bilaman memikirkan nasib aku bersama 7 subjek ni.

Wajah-wajah mereka mula datang bertandang..
dari ayah aku, ibu aku, adik-adik, teman-teman yang selalu bg semangat dan segalanyalah~
aku risau jika aku tak bisa buat mereka bahagia dan gembira..

Baiklah tulisan aku berhenti disini,
aku gembira bersahabat dengan mereka yang aku sayangi..
siapa mereka? merekalah yang selalu bersama aku..

~2012 memulakan coretan cerita.. 
mengharapkan yang terbaik untuk semua.