Terima Kasih
Jejak kembali laman ini,
Makin kita meningkat usia makin banyak yang kita perlu hadapi. Untuk seketika aku nak masa berhenti untuk aku renung kembali apa yang telah terjadi dan bisa perbetulkan kesilapan dahulu. Namun dari kesilapan itu lah kita belajar untuk menjadi siapa kita hari ini.
Awal pagi tadi bangun dari tidur, aku termenung memikirkan hala tuju hidup aku sekarang. Alhamdulillah ada sahabat yang sudi memberi tempat tinggal untuk seketika tetapi sampai bila? Sedang menunggu respon dari sebuah kedai minuman. Ingin sekali untuk sementara waktu berkerja disitu, timba pengalaman, dan setidak tidaknya aku penuhi masa aku dengan berkerja dan dapat bayar sewa bilik.
Sudah setengah tahun, jujur masih tiada berita gembira buat aku..
Sabar dan terus menanti. Yang melihat senang meluncurkan kata-kata
Tetapi yg menggalas beban beratnya DIA yg tahu..
Sekarang ini hati aku senang terusik.. Sangat senang..
Berbual dengan sahabat di telefon pun mata aku dah berair, makin aku tahan suara aku pula menjadi serak lantas tiada kata-kata aku ucapkan.. Jauh disudut hati ada rasa yang aku tak pernah kongsi dengan sesiapa. Sesudah solat, DIA lah tempat aku mengadu.. setidak tidaknya DIA tahu apa yang aku lalui dan hadapi secara tersurat mahupun tersirat.
Sahabat,
Bila aku menunggu mu, aku tunggu kerana merindui kamu
Bila aku menangis akan perihal mu, aku menangis kerana risau kehilangan kamu
Bila aku banyak bertanya, bukan aku ingin mengawal pergerakan kamu..
Tindakan aku ada sebabnya
Bicara aku ada yg tersirat.
Tak mungkin aku dapat merealisasikannya secara lisan kerana aku sendiri tidak faham..
Cinta sayang aku hanyalah sebagai sahabat.
Terima Kasih untuk semuanya selama ini..
Biar aku hilang dari pandangan, biar jauh terpisah asalkan sedikitpun aku tidak melupakan kamu. Bila aku menyendiri jangan cari aku tapi doakanlah kesejahteraan aku. Untuk sahabat-sahabat aku. Demi dia yang menjadikan Langit dan Bumi aku hargai korang dan sangat sayang kalian.
Okey update lain kali plak~
selamat malam..
Comments