Wednesday, 25 November 2009

Kampungku!!

"Aku Bukan Billy Milligan" seharian suntuk aku baca buku novel yang ditulis oleh Norhayati Ibrahim. Sebenarnya setiap kali cuti sem inilah kerja aku. Buka almari and pick any novel that i want to read. Since both of my sister ni memang collect novel. End up mag's yang aku beli pun masih belum terusik..

Seharian jugakla tak nampak sinar matahari kat sini since hujan jer dari pagi hingga ke malam. I'm lucky tempat aku duduk ni x banjir. Besh gak hujan-hujan ni, jimat eletrik sebab kipas memang x on.

Semalam aku tiba kt kampung aku ni, kol 10.30 malam. Alhamdulillah sepanjang jalan tu hujan tapi tak banjir.. Cuma jalan yang teruk giler tu memang terpaksa bersabar la.. Since aku pun x leh drive malam and my friend pun tak harapkan aku drive keta dia, so dia drive la sesorang. hehe thanks dude, at least aku bercakap from gombak till pasir mas, so xde la u bosan kan? hehe

Thanks gak to my goodfellas sebab sepanjang perjalanan tu mereka sms and call tanya khabar and keadaan.. yerla mesti korang jeleskan kalau kami dapat main air banjir kat tengah-tengah jalan??

Haa kepulangan aku juga diiringi dengan seribu persoalan ~ aku dapat panggilan dari seseorang yang dah agak lama mengjauhkan diri dia dari aku.. Yup aku happy tapi speechless.. Entah banyak yang aku fikir.. Nampaknya cuti kali ini yang bisa buat aku relax tapi jadi sebaliknya..

DRAMA?

Everyday terjaga, benda paling buat aku gusar.. ialah pasal result exam.. Only Allah s.w.t. how i feel.. Seriously.. cuak giler.. but then tenangkan hati jer la..

Waaarrgghhh NEW MOON!!~ can't wait to watch this movies, tengok chanel E! siap review lagik pasal citer ni.. Adoi!!

Okie dokie ~

p/s: aku tidak mengerti, tetapi aku mungkin bisa memahami!!~

Friday, 20 November 2009

Pisau Cukur di tahun 2012

Sana sini kalut bercerita tentang 2012, apa specialnya tahun itu? Masih menjadi persoalan kepada mereka yang terlampau memikirkannya. Aku berpeluang untuk menonton filem itu di pawagam semalam, itupun selepas ajakan Daia dan Wan. Aku langsung tak berminat untuk menonton filem sebegini kerana sudah pasti apa kesudahnnya.

Ketika cerita itu berlangsung, hanya kami bertiga yang duk gelak. Kerana banyak yang kelakar di pandangan mata kami. Baiklah secara ringkas cerita 2012 menceritakan kepada kita apa yang berlaku di kerak bumi yang menyebabkan pemanasan yang melampau dan akhirnya pergerakan di kerak bumi menghasilkan tsunami yang lagi besar dan kuat dari apa yang kita pernah lihat di Acheh.




Dalam movie ni, kita dapat lihat bila masanya tiba manusia mula mencari jalan untuk selamatkan diri, walhal telah terang bersuluh bahawasanya tiada jalan yang akan kita temui selain mati dan menghadapi hari kiamat itu sendiri. Yang kaya di beri peluang untuk terus hidup, yang miskin pula ditinggal kelemasan. Itulah dunia hari ini.. Dalam cerita ni ada good point yang kita patut lihat, tetapi jangan pula ada yang taksub dengan tahun 2012 itu sendiri kerana lain pula jadinya.. Tiada siapa yang tahu bila kiamat itu akan tiba, tetapi yang kita patut tahu Kiamat itu memang ada dan ianya pasti tiba..

Faqir!! tetiba kan? Oh My Gucci, Oh My Prada, Jimmy Choo!! hehe semua itu tentang pisau cukur. Sebetulnya aku lagi ingin menonton filem ini kalau dibandingkan dengan cerita 2012, then finally aku sempat and berpeluang tengok cerita ni. YeaY!! Aku dah jadi peminat fazura since tonton few film and drama yang dilakonkan oleh beliau. Cerita ini simple and santai itu sahaja yang aku dapat katakan.




Pisau cukur pula ada kekuatannya tersendiri, bukan lawak yang bodoh tetapi masih mampu mengundang gelak tawa aku. Intan dan Bella merupakan gadis yang bercita-cita untuk berkahwin dengan jutawan demi masa depan yang terjamin, itu kata mereka.. Soal aku "anda yakin jutawan itu mampu menjamin masa depan anda?". So di atas kapal itu bermulalah cerita mereka. Yang penting dalam mengejar kekayaan mereka lupa nilai sebuah kehidupan, maksud aku untuk mencari kebahagiaan dan kepuasan pada hati dan diri sendiri.



Kadang-kadang kuman di seberang laut kita nampak, gajah di hadapan kita tak nampak, itulah kesudahan yang aku nak wat. Louis Vutton!!~

thanks Daia and Wan !!~

Saturday, 14 November 2009

3 paper's DONE!!

Cerita bakar kerusi stadium serta memusnahkan harta benda awam di piala malaysia lagi banyak diceritakan dari kisah perlawanan akhir piala malaysia itu sendiri. Yup aku bukan minat bola pun, kekadang langsung tak faham bila orang bicara pasal bola. Tapi untuk beberapa big game macam world cup, and piala malaysia ni aku amikla tahu. Benci, meluat, sakit hati, sedih dan malu melihat telatah mereka yang aku klasifikasikan sebagai tidak bermaruah dan tidak bertamadun ni. Kesannya yang tidak bersalah menanggung malu, yang terlibat perlu membayar denda dan sebagainya. Sepatutnya kita berbangga kerana setelah lama pasukan cik siti wan kembang gagal ke peringkat akhir, akhirnya tahun 2oo9 mereka berjaya ke pentas akhir. InsyaAllah mungkin tiada rezeki di tahun ini, tahun depan tiada siapa yang tahu. Ingat menang kalah adat bertanding, semangat itu perlu ada untuk menghargai mereka yang berpeluh di atas padang mengejar sebiji bola untuk kepuasan masing-masing di samping menaikkan nama pasukan dan negeri. Setidak-tidaknya mereka lebih baik dari yang membazir masa dan sebagainya. Tahniah pasukan Negeri Sembilan, kalian layak menang malam tu.. Untuk pasukan cik siti wan kembang, next year ada lagi..


Alhamdulillah sepanjang tidak berupdate ni aku dah selesaikan 3 paper exam so tinggal lagi 1 paper selasa ni. Semester ni sedikit pelik bila malam sebelum exam aku akan sakit dada and sehingga sukar nak bernafas. Selalunya aku fikir positif, tetapi negatif tu still ada. Paper Complex Analysis and Differential Equation adalah paper paling aku risau, malam tu aku lost.. latihan yang buat sebelum ni semua aku gagal jawab balik, tapi syukur sangat esoknya aku okey and semuanya tenang.. Thanks to both of my sister who cheer me up and support me, also my dad.. Mom even you are not around but i know you always be with me.. and saper lagik kalau bukan kawan-kawan..

Next paper selasa ni!!~ 8 topic kena cover dan memorize.. all the best
Untuk yang pertama kali ke blog ini selamat datang..
Untuk kenalan baru di facebook dan blog i do appreciate all of you..

Mengadulah pada pencipta kerana DIA Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..

Saturday, 7 November 2009

Hok Mano Sa?

Weh kali ni aku nok kecek dale loghat kelate pulok. Bakpo? Sebabnyo male ni Kelate nok lawe negeri sembile di stadium putro bukit jalil. Agok-agok la hok mano pok pok mu sokong? pastu agok jugok hok mano leh mene? Aku tengok rama sunggoh dok-dok ni hok nok gi sano. Aku pulok jenih hok tok minat bola-bola ni, jadi tok tengok pun tok sero rugi la, cumo keno jugok amik tahu lamoke orghe kato aku ni outdated. Kabanya saing aku hok duk batu pahat pun turun nok kelih jugok bola ni, padahal pok pok dio ado perekso lagi. Harapenyo supayo kelate mene la kali ni, mugo lamo doh tok masok final piala malaysia ni. Jadi hok mano takdop khijo ae nok buat tu, gi la belako tengok bola ni stadium male ni..

~
Macam ne? aku mengaku fasih loghat kelate kalau dalam pertuturan tetapi bukan dalam penulisan yer. Alhamdulillah, semalam first paper aku dah settle. 3 jam jam untuk paper decision science tu memang tak cukup. Nak kata aku down tak jugak, sebabnya aku dah usaha and agihkan masa sebaik mungkin. The rest aku bertawakkal jer la. Next paper will be on 10/11. Okey. Have a great weekend. =)

p/s: -

Monday, 2 November 2009

Exam punya Cerita

Hitam putih kehidupan ku~ tetiba mood lagu Sheila Majid datang kan? Pic di atas ni aku mintak kawan aku snap since malam tu aku duk get ready nak tangkap gambar untuk resume for my internship. Akhirnya pic yang mengarot ni lagi banyak dari pic untuk resume and aku pun aper lagik duk main edit la pic ni..

Orang pesan kat aku, "wan lupakanlah and focus on your study.. the rest biar masa tentukan". Tapi sehingga kini, aku still teringat everything memang ianya akan spoiled mood aku even time tidur aku pun terganggu. But that's the fact so i will accept it la, cuma kesal itu keputusan yang aku sendiri langsung tak faham.

Uiks untuk kekawan yang aku tak reply msg masa korang wish few days ago jangan duk cakap aku sombong plak, sebetulnya aku sangat serabut with all the assignment and project so topup handphone pun x. Aku menghargai each sms yang aku terima and ianya membuatkan aku gembira dan rasa dihargai okey =)

Cerita goodfellas aku plak, si Aiman kat sarawak, si lut kata sedang hanimoon, Nayie and Nazmie plak dah start exam and ni final sem korang goodluck!! and Afif plak dah posting ke Negeri Sembilan, felda palong katanya. Aku plak pun nak hadapi final exam yang berbaki 3 hari lagi. So di kesempatan ini.. Aku mohon maaf kalau ada terkasar bahasa, ataupun perlakuan aku yang korang tak senang or anything yang ada kaitan ngan aku. Wish me Luck!!

p/s: x sabar nak habis exam and cuti!! nak rehat nak lupakan semuanya!!

Sunday, 1 November 2009

It's story on my birthday =)

Date: 30 October 2009

It will be short story about my birthday, so that i can remember it for the future. =)

Alhamdulillah, aku dah 23 tahun officially. Seminggu sebelum my birthday ada jer benda yang terjadi buat aku stress and tension. 12.01 mid nyte aku senyum sesorang tengok luar tingkap and syukur sebab masih diberi peluang dan nikmat untuk merasa dan melihat semua keindahan dan ciptaan yang Maha Esa.

Pagi-pagi lagi dah terjaga sebab on that day we have to submit our assignment before friday prayer. Sebab soalan yang diberikan tu susah so semua orang tak siap and mencari source untuk wat. End up kol 12.15 i call rissa and dia cakap di kat meeting room datang segera kalau nak copy.. So aper lagi ramai-ramai ke meeting room tu duduk macam ada kelas and copy assignment ramai-ramai. Boleh dikatakan satu kelas berkumpul kat situ, seronok plak bila ingat balik.

Balik jer dari solat jumaat, aku balik tido.. since xde kerja dah nak kena wat. Then dapat call dari Aiman tanya nak join makan-makan x, so i just said okey. So lepas asar diaorang sampai and terus ke OU. Kebetulan Awang ada balik bercuti dia pun ada sekali, pusing-pusing kat OU sambil diaorang settlekan kerja diaorang and cari barang sikit. Then lepas isya' all of us went to Bubba Gump kat the curve. We have our dinner kat situ.. Should i call it as my birthday dinner?? Best gak makanan dia. Yummy!! Balik uia 5 minute before 12pm..

Thanks to Aiman, Nina and Awang yang banyak bunjer malam tu. Bila plak aku nak bunjer ko xtahula kan. InsyaAllah but at that time i think u will richer than other's. Hehe.

Thank u so much for those who wish through sms, wrote on my wall at facebook, comment at friendster. Even just simple wish but it is meaningful and i am happy with that =) InsyaAllah i will try to create one entry for the wishes.. =) thank you thank you thank you!!