Pisau Cukur di tahun 2012

Sana sini kalut bercerita tentang 2012, apa specialnya tahun itu? Masih menjadi persoalan kepada mereka yang terlampau memikirkannya. Aku berpeluang untuk menonton filem itu di pawagam semalam, itupun selepas ajakan Daia dan Wan. Aku langsung tak berminat untuk menonton filem sebegini kerana sudah pasti apa kesudahnnya.

Ketika cerita itu berlangsung, hanya kami bertiga yang duk gelak. Kerana banyak yang kelakar di pandangan mata kami. Baiklah secara ringkas cerita 2012 menceritakan kepada kita apa yang berlaku di kerak bumi yang menyebabkan pemanasan yang melampau dan akhirnya pergerakan di kerak bumi menghasilkan tsunami yang lagi besar dan kuat dari apa yang kita pernah lihat di Acheh.




Dalam movie ni, kita dapat lihat bila masanya tiba manusia mula mencari jalan untuk selamatkan diri, walhal telah terang bersuluh bahawasanya tiada jalan yang akan kita temui selain mati dan menghadapi hari kiamat itu sendiri. Yang kaya di beri peluang untuk terus hidup, yang miskin pula ditinggal kelemasan. Itulah dunia hari ini.. Dalam cerita ni ada good point yang kita patut lihat, tetapi jangan pula ada yang taksub dengan tahun 2012 itu sendiri kerana lain pula jadinya.. Tiada siapa yang tahu bila kiamat itu akan tiba, tetapi yang kita patut tahu Kiamat itu memang ada dan ianya pasti tiba..

Faqir!! tetiba kan? Oh My Gucci, Oh My Prada, Jimmy Choo!! hehe semua itu tentang pisau cukur. Sebetulnya aku lagi ingin menonton filem ini kalau dibandingkan dengan cerita 2012, then finally aku sempat and berpeluang tengok cerita ni. YeaY!! Aku dah jadi peminat fazura since tonton few film and drama yang dilakonkan oleh beliau. Cerita ini simple and santai itu sahaja yang aku dapat katakan.




Pisau cukur pula ada kekuatannya tersendiri, bukan lawak yang bodoh tetapi masih mampu mengundang gelak tawa aku. Intan dan Bella merupakan gadis yang bercita-cita untuk berkahwin dengan jutawan demi masa depan yang terjamin, itu kata mereka.. Soal aku "anda yakin jutawan itu mampu menjamin masa depan anda?". So di atas kapal itu bermulalah cerita mereka. Yang penting dalam mengejar kekayaan mereka lupa nilai sebuah kehidupan, maksud aku untuk mencari kebahagiaan dan kepuasan pada hati dan diri sendiri.



Kadang-kadang kuman di seberang laut kita nampak, gajah di hadapan kita tak nampak, itulah kesudahan yang aku nak wat. Louis Vutton!!~

thanks Daia and Wan !!~

Comments

Ricca said…
Haq, ko dah tengok.. bestnyer.. ader sesaper nak support aku tengok wayang tak?.. hehehe...
flyz said…
prefer 2012 jika dikira dr sudut enjoy lebih..hu..hu..
Hezesuze said…
pergghhh LV katenye....hahahaha

so mane satu yg akak ni tgok ni??? 2012 or pisau cukur....hehe
WaN HaQQ said…
Ika - U ask ustaz from kb la.. hehe

MataHariku - really? terpulang pada individu kan.. thanks visit my blog

Kak Heze - Xla akak nak chanel jer.. prefer both akak.. tap kalau bawak askar akak better tgk christmas carol..

xsabar tunggu new moon
flyz said…
Cristmas carol ke? better no2x..hancus...xbest

Popular Posts