Monday, 26 January 2009

Weird and Operation

"Haqq ko kenapa pelik ??" hehe i'm laugh after i got this msg from one of my goodfellas. Before that i just sent an sms just to wish happy holiday to all my goodfellas. Erm one more thing aiman also text me to inform that he can't hang out with me within this holiday. He just graduate and now financially not stable yet, so find with me too. Just hope i can get the ticket for PGL season 3 soon..


Cuti 4 hari ini, i just spend my time in my room, kemas bilik, study, online, and etc. Nak keluar, memang nak, tapi nak pergi mana?? Entah rasa bosan plak nak kuar area kl sbb dah asyik keluar maybe. Or i keep thinking to find somebody that can cheer me up and share my feeling with me. huhu. Just forget about it!!


Okey last week before holiday, i went to HKL lagi untuk buat rawatan akan gigi. Yup first time ni nak wat, lagipun since kecil gigi wan xde problem, tapi once ada problem terus jadik kes yang agak besar kotnyer. So doktor tebuk and masukkan wayar semua sampaila ke akar gigi, sakitnya xde sebb dah cucuk bagai kan, cuma bunyi mesin itu and ini agak scary. Yang sedeynya i have to proceed with operation next month. Uwaaa i'm so afraid, even orang cakap small operation sekalipun.. banyak benda negative dalam kepala. So 16/2/2009, itulah tarikh operation wan, with Dr. Azilia and Dr. Sherry.


Till we met later..
Have fun and Happy Holiday
Gong Xi Fa Chai !!

Sunday, 25 January 2009

Movie Review : InkHeart


New movie again.. just release last thursday. Okey la a bit review about this movie.. Setahu saya movie ini adapted by a novel, mungkin skank semua movie adapted jah.. Cerita ini ada 2 lagi bukunya selepas inkheart, it is inkspell and inkwords kot, sorry kalau silap. Saya memang menantikan movie ini kerana i love this kind of movie. Kanak-kanak sangat kan??Permulaan cerita ini agak perlahan, few people said to me yang citer ni membosankan sebab leh jadik mengantuk. Bagi saya pula, cerita ini mula kita rasa seronok di babak pertengahan hinggalah ke penghujung.







Inkheart cerita yang berkisahkan seseorang yang membaca buku atau cerita secara kuat, bacaannya itu akan menjadi nyata, dan setiap yang menjadi realiti akan mengalami proses pertukaran maksudnya vice versa la, kalau yg fantasi jadi realiti begitulah juga sebaliknya. Seorang lelaki yang dipanggil silver tongue berusaha mencari naskhah inkheart untuk mencari isterinya yang telah masuk ke dunia fantasi itu. Bertemankan anak perempuan tunggalnya, beliau mencari buku itu dimana sahaja.







Bila buku di jumpai, beliau pula di jejaki oleh dustfinger yang meminta bantuan capricorn. Timbullah konflik, keinginan, kebebasan dan sebagainya. Kehadiran Makcik kepada silver tongue, make me laugh non stop sebab kelakar. Seorang yang perfectionist and kekwat tak ingat. Huhu.. Untuk kesudahan pastikan anda menonton movie ini. Ending cerita ni, saya suka.. entah kenapa, tapi it's meaningful..



Rate : 3.5/5

Overnite

Overnite ni aktiviti yang selalu wan lakukan di semester lepas, biasanya weekend kalau weekdays plak hari khamis or jumaat sbb last semester tiada kelas pada hari jumaat. So untuk permulaan tahun 2009 ni, inilah overnite pertama wan. Kami ni duk dalam sangkar yang hanya dibuka pada jam 5 pagi till 12.30 tgh malam so kalau nak tgk midnite movie harusla tido luar subuh baru balik. Sbb xpuas keluar petang tadi, we all sambung malam selepas boy habis solat hajat and fifi plak habis meeting mpkk kolej kediaman dia. So wan and mimi check punya check, inkheart baru kuar. So roger each other and decide nak tengok inkheart.



Tempat paling dekat ngan we all dari gombak, OU la kot, so pilihan kami untuk menonton di GSC OU, movie kol 1am, so kami settlekan tiket kol 11.45pm.. ada masa lagi so main boling lagik 1 game jer, kali ni mimi xmain, penat dah katanya. Game ni paling sengit, tapi best.. Huhu.




Untuk inkheart movie review nya next entry, tapi citernya bagi orang yang xsuka agak slow and ngantok, tapi wan enjoy jer .. mmg suka citer tu. Boy dah tido entah kemana, fifi plak ikut serta, dia just terkejut bila mimi and wan gelak. Yang beshnyer, orang dalam cinema tu bengang kot, wan ngan mimi duk gelak bukan tgk part dlm movie tp gaya fifi tido siap ada sound effect. Hahaha. Lepas movie, kuar la and it's my turn untuk drive. Xtahu nak gi mana terus pusing area jalan bukit bintang and jln sultan ismail. Boy plak duk cari tempat yang ada wifi nak wat per ntah, almaklumlah iphone dia canggih kan so bz la nk download few software and application katanya.


duk study menu ke?? hehe



see his iphone..

On the way to cheras, bad thing happen. Seryesly wan tergamam jap then a bit blur. Nyari-nyaris nak langgar keta orang. Seryesly kalau orang tu bawak laju, mati wan kena. i diam jap sebb dan mmg blur giler, then terus jer la ke cheras.. sebab rasanya oldtown kat situ open 24 hours. So yes it is.. Lepak la situ till 6am then balik uia. Me drive, yang lain tido.. uwaaa i'm sleepy.. nasib baikla xde pape ote balik uia tu.. mata pun xleh bukak. Sampai jer uia, balik bilik, solat and tido.. huhuhu.. sedar-sedar untuk siap gi solat jumaat..



me in black


Bowling dan IKEA

Tengok jam dah kol 3ptg, janji ngan makhayam or fifi kol 4. Cepat-cepat siapkan assignment dalam lab semua, nasib baik lab hari khamis just research and cari jawapan jer kat internet sajork. Then hari ni juga election kat uiam, jadi kol 3.30 ptg kuar cepat-cepat, actually ada lagi 2 soklan kena wat, dah faham so i mintak tolong my lab partner jer wat then as usual detail report i wat, so terus jer ke bangunan E3 untuk vote. Selesai vote merempit ke bilik, salin pakaian then terus ke mahallah fifi and boy. Mimi dah call katanya dah setengah jam tunggu tapi x amik dia lagi. Aper leh wat bukn salah wan k, salah makhayyam sebb dia gtaw wan kol 4ptg. Huhuhu.. yeah my phone ring once again, makhayyam dah bebel. Huhuhu park motor then nek kete.


Biasalah kalau dah fifi ada kecoh jap dunia tapi makes me laugh x henti kekadang plus mimi pun ada sekali lagi la meriah. We all amik mimi then terus ke One Utama, memula nak gi karaoke tapi penuh fully booked so men boling jer la.. 2 game seorang, and wan xmampu nak lawan boy and fifi men, superb. Sunyi jer OU time kiteorg main tu, xde orang pun a bit dull la. Then terus ke IKEA, atas keta fifi masih sibuk berceloteh.




me with new hair style.. :P


Plan ke IKEA ni dah lama kot, tapi asyik postponed jer atas sebab-sebab tertentu. Sampai jer ke IKEA wan dah list dalam kepala nak aper, sebb if not habis semua wan nak beli. I love to be there so much, ntahla mcm seronok plak kat IKEA tu.. leh berangan jah. Sebelum tour around there, we have to eat sebb dah kol 6ptg and semuanya masih lom makan. So dapat la try meatball yang femes itu.






fifi yang busy makan, hehe





mimi mesti sentap, sbb dia cakap tudung dia x perform.. hehehe





artist sorang ni, with his new iphone

Then pusing lagi la untuk tgk barang plak. Wan rembat cermin and box untuk letak my stuff dalam locker so that macam lagi kemas senang nak simpan, and frame untuk poster. Tapi xpuas nak round boy dah dpt call nk kena gi amik satay plak sbb team debate uia wat solat hajat untuk debat astar lepas chinese new year nanti. Sampai uia kol 8 malam then next plan??? hehehe

Saturday, 24 January 2009

University Sports Carnival 2009


Last week, saya menyertai perbarisan penutup untuk Karival Sukan Universiti (USC 2009). Sebelum itu, sebnyak 15 buah kolej kediaman di kampus gombak mengambil bahagian dalam 6 sukan utama yang di anjurkan selama seminggu sebelum majlis penutup ini berlangsung. USC merupakan acara tahunan yang dianjurkan dengan koloborasi kesemua 15 kolej kediaman. Acara sukan pula di bahagikan kepada brother and sister dan venue pertandingan pula sama ada di male sports complex and female sports complex.




Kemuncaknya adalah perbarisan penutup. Semacam sambutan hari sukan sekolah, cuma kreativitinya lagi menyerlah dengan perlbagai formasi yang di tunjukkan. Sedia maklum kolej kediaman perempuan lagi menyerlah kerana mereka sangat gigih untuk berlatih dan siapkan wardrobe yang unik.





Sebagai salah seorang mpkk untuk kolej kediaman saya, jadi haruslah kena turun padang juga walaupun banyak kerja menanti. Seronok juga bila semua ini mengingatkan saya time menyertai pertandingan kawad kaki ketika di bangku sekolah. Yeah penat lelah semuanya berbaloi bila kita lakukan kawad dengan kemas. Untuk marching ini, kolej kediaman saya just mendapat tempat kedua, sedey sikit tapi gembira kerana motif utama adalah untuk enjoy. Tahniah untuk semua mpkk yang terlibat dan all the best for the future..

Review : Anugerah Juara Lagu 23


Yeah seminggu sudah Anugerah Juara Lagu 2008 berlalu, dan cerita tentangnya masih juga kedengaran. Hanya memenuhi janji, saya akan cuba komen dan beri pandangan peribadi terhadap AJL23 ini. Berkonsepkan "Iluminasi Muzik", membuka tirai persembahan dengan penuh meriah oleh One Nation Emcee dan penari. Walaupun hanya melihat di kaca tv, tapi sudah memadai.


Untuk kategori Etnik Kreatif, ianya sangat hambar dan macam tak bermaya. Entah kenapa persembahan aiman yang tenggelam dengan pakaiannya yang pelik mengundang ketawa saya dan rakan-rakan. Doa dan Lagu pula entahla keserasian itu tiada kot antara zahid dan heliza, then pakaian and make up dia sangat dahsyat. Tahniah untuk farahwahida sbb menang untuk kategori ini. Okeyla koy better than 2 lagu itu.


Untuk kategori Balada pula, Overall semua lagu saya suka, cuma kehadiran Ziana Zain hanyalah sebagai pelengkap atau semacam artis jemputan, sbb itulah strategi tv3, ntah pape.. layan jer la. Sampai syurga memang layak menang sebab memang best. Cuma saya tidak menggemari penyanyinya sahaja. Ntahla, hak masing-masing okey.


Untuk kategori Pop Rock pula persembahan Meet Uncle Hussein and Stacy bagi saya sangat diingati. Rasanya ini kali pertama dengar lagu MUH dari mula sampai habis and i realize lagu tu memang besh. Persembahan stacy plak superb, tiada lagi artis di Malaysia macam dia yang mampu menyanyi dan menari at the same time. So energetic.


Untuk vokal and persembahan terbaik, saya ingatkan salah satu milik stacy tapi ianya milik superman itu, jadi terimalah. Nasib baik juara overall bukan dia. Yeay, saya bersorak time MUH di umumkan juara overall. Tahniah untuk AJL23, meriah dan berjaya.



Wednesday, 21 January 2009

I have Nothing

Share my life, take me for what I am
Coz I'll never change all my colours for you
Take my love, I'll never ask for too much
Just all that you are and everything that you do


I don't really need to look very much further
I don't want to have to go where you don't follow
I won't hold it back again, this passion inside
Can't run from myself
There's nowhere to hide


Well,don't make me close one more door
I don't wanna hurt anymore
Stay in my arms if you dare
Or must I imagine you there
Don't walk away from me...
I have nothing, nothing, nothing
If I don't have you, you, you, you, you, you...


You see through, right to the heart of me
You break down my walls with the strength of your love mmmmm...
I never knew love like I've known it with you
Will a memory survive, one I can hold on to


I don't really need to look very much further
I don't want to have to go where you don't follow
I won't hold it back again, this passion inside
I Can't run from myself
There's nowhere to hide
Your love I'll remember, forever


Don't make me close one more door
I don't wanna hurt anymore
Stay in my arms if you dare
Or must I imagine you there
Don't walk away from me...
I have nothing, nothing, nothing...


Well,don't make me close one more door
I don't wanna hurt anymore
Stay in my arms if you dare
Or must I imagine you there
Don't walk away from me no...
Don't walk away from me
Don't you dare walk away from me
I have nothing, nothing, nothing
If I don't have you, you
ooohhh,ooooh
if i don't have you,oohh... Thank you, thank you very much!

Monday, 19 January 2009

Cerita Hujung Minggu

Selamat kembali bekerja, belajar dan sebagainya. Pagi Isnin yang sangat penat rasanya, penat kerana berjalan sekitar KL semlm. Sekarang ni sudah jam 1.04 pagi. Okeyla wan sekadar ingin berkongsi cerita apa yang dilakukan saya sepanjang hujung minggu ini.


Sabtu
Pagi yang indah, hehe bangun awal pagi then siap untuk ke KLCC menonton cerita maut sebagaiman yang telah direview kan sebelum ini. Haa sebelum tu, i spend my day alone k, bukanlah perkara pelik bagi saya kerana sebelum ini pun saya selalu lakukan aktiviti berseorangan. Tetapi sunyi plak kan? Saya sempat ke Iclub di aras 2 isetan untuk apply member card. Just pay rm20 for two years, murah sikit dari jusco card. Huhu tapi okeyla sbb saya ada plan nak shopping sket selepas menonton wayang tadi.


Pusing around men's area tu, tak banyak yang saya berkenan. Tetapi sempat rembat few item, memandangkan pakaian harian untuk ke kelas dah nak lusuh kot. Huhu, yes with 70% discount, sangat berbaloi untuk beli baju harian ni. Then i spend my lunch kat dunkin donut's.. jap ni kita boycott jugak ke? huhu i don't know but i have iced latte and sandwich for my lunch. Then kerana kebosanan sesorang so terus balik. Neway sempat jugak singgah beli magazine kat kinokuniya (tetap nak bg tahu), so wan beli magazine men's folio and ipod guide..


Ahad
No plan pada awalnya, tapi tetiba zaki ajak keluar, nak gi sungai wang katanya so saya and fikri just ikot jer la. Lagipun saya tiada niat nak shopping kerana semalam dah rembat few item. Untuk aktiviti menyihatkan badan kami berjalan dari KLCC ke Pavilion, then ke Sungai Wang, dan balik pun saya ikut jalan ni juga.


Yeah ramai sangat orang kat situ, pening and penat. Tetapi, sempat juga aim few thing nak beli next time kalau ada rezeki. Selepas itu, pusing balik pavilion then look around, then we have dinner at klcc, sambil tu sempat lagi beli seluar tido.. yer lah isetan sale untuk member's till today kan so beli la pape yang patut. Rushing balik untuk tengok Anugerah Juara Lagu 23.. Nantikan komen saya di next entry..
Nak tido.. Ngantok.. muahx


Saturday, 17 January 2009

Movie Review : MAUT


Sekadar berkongsi dengan kalian tentang filem maut yang kini sedang ditayangkan di pawagam. Filem arahan Bade Hj Azmi kali ini berbeza daripada filem arahannya sebelum ini, kerana filem ini lebih kepada konsep ingat mengingati sesama manusia atau lebih senang kita sebut berdakwah. Ianya adalah filem pertama yang saya tonton di pawagam untuk tahun 2009 ini, jadi ingin saya berkongsi dengan kalian tentang filem ini dan sedikit pandangan daripada saya sebagai penonton.





Cerita ini terbahagi kepada 3 jalan cerita yang berlainan dan tidak akan ada pertembungan diantara satu sama lain seperti filem Cinta dan Sepi. 3 cerita diangkat dari 3 bulan islam, bermula dari bulan sya'ban, ramadhan dan syawal. Jalan cerita yang bagi saya mudah untuk difahami dan diikuti, malahan kita sudah dapat meneka babak seterusnya. Antara cerita-cerita dalam filem ini ialah:



Sya'aban
Su tiba-tiba dikejutkan dengan kedatangan seorang gadis pada tengah malam dalam keadaan basah kuyup, dan meminta untuk meminjam sedikit wang supaya dia dapat ke rumah makciknya di bukit kemboja, cheras. Kerana kasihan, su menyuruh fadhilah untuk menukar pakaian dan bermalam di rumah dia. Keesokan harinya gadis yang bernama fadhilah itu hilang dari tempat tidurnya. Yang menjadi persoalan, siapakah fadhilah, dan bagaimana dia dapat keluar dari rumah su tanpa sesiapa tolong membuka pintu untuknya..

Disini saya dah dapat agak yang datang sbg fadhilah itu adalah petunjuk kepada kehilangan fadhilah dan bukit kemboja adalah petanda dimana fadhilah berada..




Ramadhan
Farah seorang pramugari yang alpa dengan kehidupan di dunia ini kerana terkejar-kejar dengan arus pemodenan dan kebebasan yang cuba di cari. Akhirnya kebebasan itu memakan diri, tetapi dia diberi suaut gambaran ketika beliau koma selama beberapa hari di hospital. Sepanjang tempoh koma itu, dia diberi gambaran tentang setiap pembalasan yang dia akan terima kelak. Akibat daripada itu dia kembali ke pangkal jalan.


Cerita ini sebenarnya sering dipaparkan, cuma ilusi atau gambaran farah ketika koma itu sungguh menarik umtuk diingatkan kepada kita penonton.



Syawal
Seorang lelaki muda yang bernama jamil, dimana terlibat dengan budaya black metal. Sebagaimana maklum kita juga tahu bagaimana mereka melakukan ritual dan sebgainya. Jamil mula sedar sesuautu bila mana dia meludah kepada seorang pakcik, kerana katanya pakcik itu berbohong tentang agama. Pakcik itu hilang di hadapan matanya, dalam perjalanan kereta yang dinaiki jamil terbabas ke dalam sungai dan jamil meninggal dunia di hospital.


Cerita ini pula lebih kepada azab yang diterima oleh jenazah sebelum ianya dikebumikan dimana tanah seperti tidak terima jenazah, tanah setiap hari seperti tidak cukup dan sebagainya




Cerita ini bukanlah suatu cerita berat kerana masih ada babak-babak yang bagi saya kelakar kerana watak-watak tambahan yang ada. Tetapi ia cukup untuk menyedarkan kita tentang kehidupan, agama, akibatnya dan sebagainya. Jadi untuk kalian yang belum menonton filem ini, silalah ke pawagam berdekatan.

Rating : 2/5

Friday, 16 January 2009

Perasaan

Gembira, Sedih, Kecewa, dan banyak lagi itulah dinamakan sebagai perasaan. Sungguhpun perasaan ini suatu yang tak mampu kita rancang kerana ianya lahir dan wujud dari hati kita sendiri. Sebenarnya bila kita kata seseorang itu tiada perasaan, sebenarnya dia ada perasaan cuma kerana ego mahupun kekeliruan perasaan mana yang perlu di tonjolkan. Perasaan adalah suatu yang tulus, sama ada perasaan marah sekalipun.


Ketika ini di tulis, saya terkedu kerana jauh di sudut hati otak jadi kosong. Entah apa yang saya fikirkan atau saya renungkan. Bukanlah niat untuk melarikan diri, tetapi bila provokasi yang dilemparkan tanpa henti, saya perlu menjauhi agar setiap masaalah dapat saya fikir dan cuba cari kesilapannya. Ikhlas sejak akhir-akhir ini, bila sesuatu masaalah timbul saya cuma tengok diri sendiri, maknanya cuba analisa kekurangan pada saya yang menyebabkan masaalah itu timbul dan cuba jadi optimistik keatas setiap keadaan. Bukanlah saya pengecut untuk berdiam mahupun tidak melayan sebarang pesanan anda cuma saya ingin berfikir dan kumpul sesuatu agar ianya dapat diselesaikan dengan aman dan tenang.


Berdiam bukanlah pengecut tetapi suatu tindakan bijak, betol atau tidak anda fikirkanlah sendiri. Kalau kita buat keputusan dalam keadaan yang marah, kita akan menyesal kerana waktu itu kita hnya ada perasaan marah dan benci tanpa memikirkan akibatnya. Kenapa saya berkongsi tentang perasaan?? kerana saya punyai pandangan yang tersendiri tentang perkara itu, jadi ingin berkongsi dengan kalian. Saya masih belajar, belajar untuk jadi yang terbaik untuk semua agar diri ini tenang dan senang.


Tiada apa yang menarik tentang diri ini.. cuma memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh teman-teman sekalian..

Thursday, 15 January 2009

UIA cuti.. air ooh air..

Kalian,
Bermula esok 16/1/09 - 18/1/09
UIAM akan bercuti dari sebarang aktiviti
akademik dan bukan akademik.
ini disebabkan masaalah gangguan bekalan air
harap maklum
Notis pemberitahuan telah ditampal
di setiap mahallah..


Erm hopefully ramai la yang balik so leh la kat blok wan ni ada air. Tapi till now blok wan masih ada air, so alhamdulillah. Erm nak buat aper?? xtahulah. Huhuhu.. Have a nice weekend.

Gamelan Jawa

Semlm bermula sudah kelas skill gamelan. Gamelan Part 2 ini, lebih ke arah Gamelan Jawa. Kalau semester lepas seronok dengan gamelan melayu yang lagi mudah dan senang difahami, gamelan jawa ini pula mempunyai keunikannya tersendiri. Wajah-wajah sama masih menghiasi kelas gamelan ini, alhamdulillah seronok sebenarnya dapat bersama kembali untuk kelas ini. Kesemua studnt ada 21 orang, yer cukup ramai dan 3 muka baru. Hurm weird but then kena la terima keadaan itu. Gelak tawa menjadikan masa 2 jam terasa untuk sesi pertama malam tadi, amat sekejap. As usual wan masih menjadi pemain sarong, kalau boleh tak nak tukar sebabnya instrument ni paling best and layanz untuk wan mainkan.


Instructor kami masih Pak Djamal, rupa-rupanya beliau merupakan pengajar tarian jawa asas kepada Datin Sri Tiara, siapa lagi kalau bukan Puteri Gunung Ledang kita. Beliau juga menyumbangkan muzik gamelan dalam PGL the movie suatu ketika dulu. Bangga jap kan? walaupun Pak Djamal ni tegas tapi masih kelakar orangnya, pertuturannya yang pekat dialek jawa kekadang membuatkan kami tertanya-tanya apakah sebutan yang jelas. Tapi itulah keistimewaan beliau.. ( puji menggunung harap part 2 dapat A lagik) hehe.. So meh kita menghappeningkan kelas gamelan kita..


*************************************************************************************


Previous entry
tentang petikan akhbar yang wan dapat dari utusan.com
Harap kalian tidak memandang serong ataupun menilai secara mudah
Fakta itu menarik minat wan untuk berkongsi dengan kawan-kawan sekalian
kerana untuk saling menambahkan ilmu dan pengetahuan am.
Itu sahaja..

Be Positive!!

Petikan Akhbar : Fakta Menarik Perlu di Ambil Tahu

Petikan akhbar Utusan Malaysia ini di ambil dari www.utusan.com.my, bertarikh 14 Januari 2009. Sekadar berkongsi dengan pembaca blog WaNz iMraN !!~


Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

Wednesday, 14 January 2009

Tag dari Ritz: 10 Things About Me!!

List 10 things about yourself
Make it interesting, even if you have to dig deep..

Let's start
1-Emosional or Meroyan ~ ini akan terjadi biler?? it's unpredictable.. just hati-hati.. :)

2-Shopaholic ~ erm nak kata berduit xdela tapi memang suka shopping, tambahan kalau dapat paperbag yang pelik and menarik. Hahaha spend duit just untuk dptkan paperbag.. Gilo!!

3-Sensitive ~ erm even small thing wan akan fikir till i satisfy, tengok movie sedey, wan pun akan layan sedey sekali. Berkotakla tisu habis oopss..

4-Wah, Sekian, Gitu, Kaedahnya ~ adalah words yang paling banyak wan guna dalam 1 hari, entah words ni wujud dari mana pun xtahu, tapi yang rapat ngan wan dah terbiasa guna jugak. Hehehe

5-Single ~ Haaa ni fact yang amat btol k, hehe.. plus scandal pun xde k, leh x malas dah nak mencari, biarlah dia datang dengan sendiri.. Tahun 2009 hopefully meet somebody.. papelah k, let it be.

6-Manja ~ Memandangkan anak tunggal lelaki, wan ni dimanjakan oleh arwah mak, nenek, moyang and semuanya, sakit sikit mula la feeling nak dilayan bagai anak raja. Matiler.. Future manja ngan si DIA plak. huhu

7-Romantik ~ Ni pasti kot, huahuahua.. aper yang wan wat? let it remain secret la between me and my ex.. Tapi memang jenis jiwang sket so layan jer la ( carotlah.. nak dengar :P)

8-Family & Friends ~ Penting ni ek, kalau xde mereka, wan xleh emo, xleh merajuk, xleh bergembira, xleh kecik hati, xleh macam-macam lagi.. haaa pentingkan mereka?? walaupun bergadoh ke, bergembira ke.. they olz memang important..

9-Kreatif ~ Hurm.. tol ke?? dunt know.. tapi di amanahkan untuk jadik wedding planner sepupu wan nanti. Hurm creatifla jugakkan?? hehe

10-Lepak ~ haaaa melepak ni memangla x elok tapi tengokla motifnya untuk ape kan? hehe tapi i like this too..


***hehe aper la wan merepek ni kan?? tapi ini yang sedang dalam kepala wan skank..

Passed this award goes to 7 bloggers that you feel can embody the spirit of the honest scrap..

- Danny ( tetiba suh wat sbb danny jarang update blog)
- Ryz4L ( ritz dh tag dia tapi tetap nak tag lg)
- Alex ( i know u have free time kan?? hehe)
- Mr Charmed ( erm just read his blog.. sajer nak tag)
- Ricca ( sajer nak tengok essay yang hang akan wat, LOL)
- Nuar ( sbb dia suka bg komen)
- Cik Anis ( adik yang baik nih, hehe)
-

Gigi Oh Gigi


Erm, bagi sesaper yang suka melaser orang ataupun papela, sinilah tempatnya, Hehehe. Actually wan baru ke sana pagi tadi, bukan sebab wan ni melaser orang, tapi futher appointment from last week. Last week datang nurse amoi yang sedang pregnant tu layan sangat baik, explain one by one, plus wan memang banyak soal tapi dia layan jer. So total berpuas hati gak la. Habis kelas at 10am tadi terus tunggu bas nak gi HKL tapi tunggu punya tunggu sangat lama takot plak terlepas appointment kol 11am, so terus amik cab.


Sampai HKL 10.50am so daftar jap, bayar pendaftaran then kol 12.30 barulah wan di panggil jumpa doktor. Doktor check balik semua so far gigi semua okey no problem at all but then kat lelangit or bahagian atas dalam mulut ada bengkak so next monday kena dtg jumpa specialist plak, sbb today specialist cuti katanya. Hurm.. Xpelah yang penting, tetap suka datang.. hahaha..
Okeyla itu jer citer latest wan.. xde yang menarik pun. Huhuhu

Tuesday, 13 January 2009

Tagged : AWARD 2008

AWARD 2008

Best day Award – Everyday is the best day

Best Memory Award – Jumpa and lepak together

Best Friend Award – All my friend’s yang kenali wan

Best Enemy Award –Gurl yang call ugut wan satu malam tu!! You bitch!!

Song of The Year – Hampir Ke Situ

Movie of the year - Twilight semestinya

Male Singer of the year - David Archuletta

Female singer of the year – Celine Dion

Duo/Band of the year –Spice Gurl boleh?? hehe

Actor of the year -Robert Pattinson..

Actress of the year –Reese Whiterspoon

TV program of the year - House

DJ of the year – Linda Onn sbb banyak kontroversi.. tol ke??

TV host of the year – Aznil Hj Nawawi

Scandal of the year - huhu.. haha!!!

Best Hang Out Spot – Pavilion

Best Cinema – GSC Pavilion, sbb tempat baru yeah

Best Eating Place – Kak Mah Tom Yam Kg Baru J

Best Bowling Spot –One Utama

Best Bookshop -Kinokuniya

Best Shopping Spot - KLCC, Pavilion, Sunway Pyramid, One Utama

Best Karaoke Spot – Redbox la kot, tapi baru first time pi 2009 huahua

Mostly Done Activity - Blogging

Best Website – www.wanzimran.blogspot.com

Other awards you would like to give- ????

The most shocking news – Dia tu??

Best Things that happen – Be with my family and friends

The worst moments –Let bygone be bygone..

Next people have to do this

- RyZ4L

- RidzuaN

- Cali

- Cik Anis

- Nuar

- Ritz

- Farique

- Haneem

- Pojie Pooh









Siapa Dia dan Burger King

What i want to share with all you this time ek? Yesterday i have only one class in the morning and after that I'm free for the whole day. Just because this semester i just took 12 credit hour only and my busy day will be on tuesday and thursday. Hurm so memandangkan weekend wan kat umah sedara so masa lapang yang ada ni wan kena la do some laundry and kemas bilik, almari semua. Yeah lepas penat semua tu, kita tido jap. Bangun at 5.30pm, solat and buy dinner at 6pm as usual. Wan tapau jer makanan kat cafe and makan la sambil ngadap tengok citer kat bilik.


At 8.30pm, ada satu sms masuk " wan hw u, kat ne, wt apa?" so i reply la tengah lepak jer and ngadap komp sebb duk kemaskini semua folder dalam komp. Then dia reply lagi " nk, jumpaa i ke?", i just said yes and okey la kalau lepak kedai dekat-dekat uia ni. So after make a conclusion dia amik wan kat uia and pergila lepak kat Burger King, sbb dia kata dah lamer xmakan burger king. Ikut jer la.. Huhu, siapa dia?? Haha suprise jer kan? Actually dia tu kenalan chatter kat ym, almost one year chat and dah macam kaunselor wan. Ini la first time jumpa lepak ngan dia sebb dia bz ngan kerja plus few thing la. The best thing is dia sama jer dalam ym kalau bab bercakap non stop and totally open mind so that many thing kiter leh discuss and dia antara orang yang sangat optimistik yang wan pernah kenal. At 11pm dia kena blah dah sebb nak amik abang dia pulang daripada bercuti.. So sebelum tu dia anta wan pulang and lepas ni xtahu la plak biler leh lepak lagi, but then thanks sbb bunjer wan. : )


Seronok dapat kenal kawan baru.. Okey lah itu jer nak kongsi dengan kalian..
Esok gi HKL lagik.. Jumpa Dr Azalia
Cuak plak..

Sunday, 11 January 2009

Tentang itu dan ini, Happy Birthday

Hey to all.. Lamer jugak wan bercuti ni. Yup sebagaimana maklum wan rest dari update blog ni untuk beberapa hari kerana pergi berehat dan tenangkan fikiran di suatu tempat yang tenang yang dikelilingi bukit yang hampir tiada disebabkan ketamakan manusia itu sendiri. Erk tetiba jadik karam singh walia plak, hehe. Okeyla for the truth pulang ke rumah mak sepupu wan, sebab kat sana lagi tenang dan aman untuk wan. Alhamdulillah selepas pergi HKL on wednesday last week and makan ubat yang doktor bagi bengkak gusi semua dah okey, but i have an appointment with dentist next thursday . So pergi lagi la nampaknya, demam pun dah xde.. Yippy like this way.. i feel okey and better.


Pulang jer ke hostel terus few perkara masuk otak and terus wan jadi emo, so kena cool down and ignore jer la. Malas dah fikir, jadikla aper nak jadik and i keep thinking to resign from jadik MRC, ilang position semua tu xpe dari ilang kawan dan semua ketenangan ini. Roomate? again as i expected, already inform to save one port LAN for me tapi habis dia bagi orang. What else i can say? Xnampakkah aku still hidup dari bilik ini? erm dalam perancangan tukar bilik or mahallah terus tengoklah.. Just berdiam lagi elok la kot.. Aaargghhhh!!~... cool down. Erm 4 hari yang tenang dah berlalu so sad lor.. :(


Termenung seketika melihat gambar mangsa kekejaman israel, apelah dosa budak kecil yang tidak pernah tahu masaalah dunia, yang baru hendak kenal apa itu matahari, langit dan bumi. Warga tua yang tiada lagi kudrat untuk berperang pun antara ratusan mangsa kekejaman itu. Hanya doa dan few action we can do, seperti boikot barangan israel (even banyak yang wan guna skank either product or service, i try to boycott it). Harapnya sidang khas parlimen esok akan mengeluarkan satu resolusi yang menjadi suara rakyat Malaysia terhadap isu ini. Caiyok!!~


Erm happy belated besday to my youngest sister on 8th January and share the date is my aunt.. Will post present for my sister later. Still thinking what should i give her. Huhu.. As everybody know today is 11th January and Happy Birthday to Dato' Siti Nurhaliza and semoga semua yang celebrate besday this month, anda berjaya mencapai cita-cita anda, bahagia dan sehat hingga ke akhir hayat. :)


WORLD PEACE !!~

Thursday, 8 January 2009

New Resolution 2009 and 1430H

Heyya!! Dah seminggu berlalu untuk tahun 2009, barulah wan nak kuarkan my new resolution yer? Due to health problem and few thing menyebabkan entry ni lambat sket di published walhal dah lama di dalam folder my computer. So sempena kita masih dalam bulan January dan juga Muharram, this is my new resolution for the year 2009 and 1430Hijrah.

Increase my pointer as high as I can, focus on study

Kekalkan hubungan ngan kawan yang sedia ada dan sedia menerima kawan yang baru

Healthy diet, :p

Not being so emotional..

Have a great holiday at a few places.

Jadi anak yang soleh, abang yang bertanggungjawab, dan sahabat yang baik.

Get a new gadget for myself

Read a lot of books, novel, biography, motivational and so on.

Love??

Be happy and have fun

Yeah I think this is my new resolution for this year. Hopefully I can achieve it. Yup this year a bit pressured for me because my buddies already graduate and will be graduate and they already searching for a job and I still pursuing my degree. OMG this is when you don’t have proper planned at first. Bagaimanapun, Alhamdulillah sepanjang tahun 2008 telah mematangkan wan sedikit dengan kehidupan, perkara yang buruk jadikan teladan agar tak diulangi dan perkara yang baik kita teruskan untuk kegemilangan pada masa akan datang.. Gitu!! Caiyok

Monday, 5 January 2009

I'm Sick, HKL


Short entry untuk kali ini.. Since yesterday wan x sehat demam. Mungkin on saturday tu kuar kena hujan plus x happy sangat pun. So balik malam tu dah rasa sakit kepala tapi wat xtahu jer. Pagi ahad dah rasa demam so the whole day wan tido jer. Malam semlm plak tetiba gigi sakit. Uwaaa i can't sleep for the whole nite.




So pagi tadi gi health center kat dalam kampus wan ni. So doktor bagila ubat bagai, tunggu around setengah jam nak jumpa doktor tapi masuk 5 minit jer dah kuar. Entah doktor kekadang x puas hati ngan rawatan ni, tapi free so layan jer la. Kuar jer dari klinik tu, terus ke klinik gigi plak.




Seb baik wan sempat dapatkan nombor untuk sesi pagi ni. Kalau x, matila kesakitan.. Ingat dapatla solve problem. Tapi after doktor wat x-tray semua dia suh refer ke HKL, so rabu ni after kelas i will go to HKL, jumpa oral surgeon. Katanya mcm ada hole dalam gusi wan. Entahla cuak pun ada.




So new resolution semua, xsempat nak taip lagi. Soon la after kesihatan wan okey. Love you all..
Doakan wan sehat and xda pape k.

Thursday, 1 January 2009

First January

Happy New Year 2009


It was a great day..
Have fun with my friends..


Karaoke
for the first time at RedBox Sogo,
Bowling
at Time Square
and laypark
area BB..



Thanks to all of you.