Review : Anugerah Juara Lagu 23


Yeah seminggu sudah Anugerah Juara Lagu 2008 berlalu, dan cerita tentangnya masih juga kedengaran. Hanya memenuhi janji, saya akan cuba komen dan beri pandangan peribadi terhadap AJL23 ini. Berkonsepkan "Iluminasi Muzik", membuka tirai persembahan dengan penuh meriah oleh One Nation Emcee dan penari. Walaupun hanya melihat di kaca tv, tapi sudah memadai.


Untuk kategori Etnik Kreatif, ianya sangat hambar dan macam tak bermaya. Entah kenapa persembahan aiman yang tenggelam dengan pakaiannya yang pelik mengundang ketawa saya dan rakan-rakan. Doa dan Lagu pula entahla keserasian itu tiada kot antara zahid dan heliza, then pakaian and make up dia sangat dahsyat. Tahniah untuk farahwahida sbb menang untuk kategori ini. Okeyla koy better than 2 lagu itu.


Untuk kategori Balada pula, Overall semua lagu saya suka, cuma kehadiran Ziana Zain hanyalah sebagai pelengkap atau semacam artis jemputan, sbb itulah strategi tv3, ntah pape.. layan jer la. Sampai syurga memang layak menang sebab memang best. Cuma saya tidak menggemari penyanyinya sahaja. Ntahla, hak masing-masing okey.


Untuk kategori Pop Rock pula persembahan Meet Uncle Hussein and Stacy bagi saya sangat diingati. Rasanya ini kali pertama dengar lagu MUH dari mula sampai habis and i realize lagu tu memang besh. Persembahan stacy plak superb, tiada lagi artis di Malaysia macam dia yang mampu menyanyi dan menari at the same time. So energetic.


Untuk vokal and persembahan terbaik, saya ingatkan salah satu milik stacy tapi ianya milik superman itu, jadi terimalah. Nasib baik juara overall bukan dia. Yeay, saya bersorak time MUH di umumkan juara overall. Tahniah untuk AJL23, meriah dan berjaya.



Comments

yg pting pejal tair best gile mlm tuh heheeeeeeeeeeeeeee

Popular Posts