Movie Review : MAUT
Sekadar berkongsi dengan kalian tentang filem maut yang kini sedang ditayangkan di pawagam. Filem arahan Bade Hj Azmi kali ini berbeza daripada filem arahannya sebelum ini, kerana filem ini lebih kepada konsep ingat mengingati sesama manusia atau lebih senang kita sebut berdakwah. Ianya adalah filem pertama yang saya tonton di pawagam untuk tahun 2009 ini, jadi ingin saya berkongsi dengan kalian tentang filem ini dan sedikit pandangan daripada saya sebagai penonton.
Cerita ini terbahagi kepada 3 jalan cerita yang berlainan dan tidak akan ada pertembungan diantara satu sama lain seperti filem Cinta dan Sepi. 3 cerita diangkat dari 3 bulan islam, bermula dari bulan sya'ban, ramadhan dan syawal. Jalan cerita yang bagi saya mudah untuk difahami dan diikuti, malahan kita sudah dapat meneka babak seterusnya. Antara cerita-cerita dalam filem ini ialah:
Sya'aban
Su tiba-tiba dikejutkan dengan kedatangan seorang gadis pada tengah malam dalam keadaan basah kuyup, dan meminta untuk meminjam sedikit wang supaya dia dapat ke rumah makciknya di bukit kemboja, cheras. Kerana kasihan, su menyuruh fadhilah untuk menukar pakaian dan bermalam di rumah dia. Keesokan harinya gadis yang bernama fadhilah itu hilang dari tempat tidurnya. Yang menjadi persoalan, siapakah fadhilah, dan bagaimana dia dapat keluar dari rumah su tanpa sesiapa tolong membuka pintu untuknya..
Disini saya dah dapat agak yang datang sbg fadhilah itu adalah petunjuk kepada kehilangan fadhilah dan bukit kemboja adalah petanda dimana fadhilah berada..
Ramadhan
Farah seorang pramugari yang alpa dengan kehidupan di dunia ini kerana terkejar-kejar dengan arus pemodenan dan kebebasan yang cuba di cari. Akhirnya kebebasan itu memakan diri, tetapi dia diberi suaut gambaran ketika beliau koma selama beberapa hari di hospital. Sepanjang tempoh koma itu, dia diberi gambaran tentang setiap pembalasan yang dia akan terima kelak. Akibat daripada itu dia kembali ke pangkal jalan.
Cerita ini sebenarnya sering dipaparkan, cuma ilusi atau gambaran farah ketika koma itu sungguh menarik umtuk diingatkan kepada kita penonton.
Syawal
Seorang lelaki muda yang bernama jamil, dimana terlibat dengan budaya black metal. Sebagaimana maklum kita juga tahu bagaimana mereka melakukan ritual dan sebgainya. Jamil mula sedar sesuautu bila mana dia meludah kepada seorang pakcik, kerana katanya pakcik itu berbohong tentang agama. Pakcik itu hilang di hadapan matanya, dalam perjalanan kereta yang dinaiki jamil terbabas ke dalam sungai dan jamil meninggal dunia di hospital.
Cerita ini pula lebih kepada azab yang diterima oleh jenazah sebelum ianya dikebumikan dimana tanah seperti tidak terima jenazah, tanah setiap hari seperti tidak cukup dan sebagainya
Cerita ini bukanlah suatu cerita berat kerana masih ada babak-babak yang bagi saya kelakar kerana watak-watak tambahan yang ada. Tetapi ia cukup untuk menyedarkan kita tentang kehidupan, agama, akibatnya dan sebagainya. Jadi untuk kalian yang belum menonton filem ini, silalah ke pawagam berdekatan.
Rating : 2/5

Comments
teringin nak tgk,
tapi kalau takut x blh tgk,
kang x pasal2 semput lagik,
huk huk huk
i'll talk bout it also ;)
erm xtakot pun tgk..
seryesly few part mcm lawak plak
tapi wan xover gelak
kang org ckp wan ni over..
Nuar,
yeah like to know ur opinion
mesti berbeda..