Perasaan

Gembira, Sedih, Kecewa, dan banyak lagi itulah dinamakan sebagai perasaan. Sungguhpun perasaan ini suatu yang tak mampu kita rancang kerana ianya lahir dan wujud dari hati kita sendiri. Sebenarnya bila kita kata seseorang itu tiada perasaan, sebenarnya dia ada perasaan cuma kerana ego mahupun kekeliruan perasaan mana yang perlu di tonjolkan. Perasaan adalah suatu yang tulus, sama ada perasaan marah sekalipun.


Ketika ini di tulis, saya terkedu kerana jauh di sudut hati otak jadi kosong. Entah apa yang saya fikirkan atau saya renungkan. Bukanlah niat untuk melarikan diri, tetapi bila provokasi yang dilemparkan tanpa henti, saya perlu menjauhi agar setiap masaalah dapat saya fikir dan cuba cari kesilapannya. Ikhlas sejak akhir-akhir ini, bila sesuatu masaalah timbul saya cuma tengok diri sendiri, maknanya cuba analisa kekurangan pada saya yang menyebabkan masaalah itu timbul dan cuba jadi optimistik keatas setiap keadaan. Bukanlah saya pengecut untuk berdiam mahupun tidak melayan sebarang pesanan anda cuma saya ingin berfikir dan kumpul sesuatu agar ianya dapat diselesaikan dengan aman dan tenang.


Berdiam bukanlah pengecut tetapi suatu tindakan bijak, betol atau tidak anda fikirkanlah sendiri. Kalau kita buat keputusan dalam keadaan yang marah, kita akan menyesal kerana waktu itu kita hnya ada perasaan marah dan benci tanpa memikirkan akibatnya. Kenapa saya berkongsi tentang perasaan?? kerana saya punyai pandangan yang tersendiri tentang perkara itu, jadi ingin berkongsi dengan kalian. Saya masih belajar, belajar untuk jadi yang terbaik untuk semua agar diri ini tenang dan senang.


Tiada apa yang menarik tentang diri ini.. cuma memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh teman-teman sekalian..

Comments

sedap gaya bahsernyer...plus bermanfaat entrynyer :)

Popular Posts