Saturday, 12 February 2011

Road Trip Day 2

Uiks kesibukan melanda diri, tetap nak sambung cerita ke ipoh!! sorry aku sedikit jakun so bila dapat bercuti walaupun dekat tetap nak story kat sini.

Since trip ke ipoh ni just trip hujung minggu so hari ahad kiteorang dah bersiap nak balik. Tapi before balik still nak pusing-pusing ipoh dulu. Since plan nak ke garage sale, or pasar orang jual barang-barang antik tidak kesampaian, so bangun jer terus brunch. Brunch kali ni kat kedai aper ntah. Lupa!! tapi makan nasi ganja. Haa jangan la plak ingat ganja yang diharamkan kerajaan tu, nama jer nasi ganja, tapi sebenarnya nasi lauk ayam goreng and berkuahkan kari kot. Ramai giler orang kat kedai makan tu. Harga pun murah~

then dah kenyang, singgah plak kat stesen keretapi ipoh, yang ni aku request since nak sangat ke situ. Next plak tempat aku gi Perak Cave Temple.. temple ni macam dalam gua sedikit, ada patung buddha dan lukisan dinding. Dan di temple ni ada tangga untuk ke puncak, so that korang dapat tengok pemandangan dari puncak bukit ni. Ouh korang hanya perlu mendaki anak tangga, dan tidaklah sukar mana, cuma bagi yang kurang senaman macam aku. Cepat sikit penat.~ huhu.

So dari situ, balik rumah and berkemas nak balik KL~ singgah jap di Kampar, rumah nenek kawan aku. Sangat excited bila singgah kat kampung kawan aku ni, since umah nenek dia, umah melayu traditional and persekitaran yang sangat luas dan bersih. Honestly next time ke sana, aku nak lepak kat kampung dia jer, since aku teringin nak duk kat kampung macam tu.

Okeylah~
itu jer trip aku. maaf sesangat if cerita diatas tak best or pape lah yang seada dengannya.
try to improve later~

No comments: