Tuesday, 1 February 2011

Road Trip Day 1

Road trip to Ipoh~ itulah agenda yang dirancang.. Kebetulan kawan aku faiz nak balik sana so ape lagi ikut jer la, lagipun since cuti pertengahan semester dah start kan, so grab la peluang ni nak kenal tempat orang. Plan berempat tapi since 2 orang lagi kawan tak dapat ikut serta sebab tetiba ada keje yang tak dapat dielakkan. For sure if berempat lagik meriah la road trip ni~

Dari gombak dalam kol 7pagi tu, kami sampai kat kampar dalam kol 9 lebih kot. Singgah jap kat kampar sebab kawan faiz ada kebun durian so stop untuk makan durian. I'm not so lucky, even durian banyak tapi aku memang tak makan durian. So can't help~ Dalam kebun tu, ada pondok tinggi jugakla tempat untuk berehat and nak melepak sambil makan durian. So most of the time duk tengok jer la diaorang makan. Lepas jer makan, pi pusing-pusing tengok ada tak durian yang jatuh. Honestly berjalan dalam semak without proper shoes memang menakutkan, aku pakai flip flop jer so memang asyik terpikir menatang yang berbelit-belit tu, nasib baiklah xde pape~ huhu

Puas sudah melepak kat kebun durian tu, kami teruskan trip ke ipoh~ lunch di restoran tasik raban. Banyak sangat pilihan makanan yang ada, and murah. Aku rasa ngan lauk yang aku amik kalau kat kl sure la mahal~ service pun not bad. so next time kalau ke ipoh kena gi lagi restoran ni. Lepas lunch balik umah dulu rest~ tapi sebelum tu aku kena lunch untuk kali kedua~ memula memang taknak, since tuan umah dah angkat hidang semua. So nak tak nak kena makan jugak la kan? (bila nak kurus?) .. sampai umah tido~ huhu

Malam plak berjalan ronda ipoh~ sempat singgah di gerbang malam, macam uptown kat bandar ipoh la. Not so meriah macam kat danau kota, tapi crowd berbeza so sonok jugak~ before that dinner kat nasi ayam hainan~ yummy!! Ouh end day 1 kat ipoh watching movie Shaolin kat ipoh parade! best~

No comments: