Saturday, 14 August 2010

Ramadan itu bulan Yang Indah

Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Berpuasa buat semua teman-teman yang datang membaca blog ini. Hari ke-4 kita berpuasa barulah aku ada peluang untuk mencoretkan sedikit cerita tentang Ramadan kali ini.

Hari pertama berpuasa, aku berbuka bertemankan komputer aku jer, menonton movie sambil berbuka, hanya itu peneman kesunyian. Sedikit sayu teringatkan kampung halaman, tapi ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Bagaimanapun sempat ke Bazaar Ramadan Taman Melawati, ramai sangat orang sama macam tahun-tahun lepas. Menu aku untuk hari itu, Nasi Dagang, Puding Keramel, Cendol.

Hari kedua pula aku berbuka di rumah makcik aku, tahun ni sempat menjengah umah makcik aku ni. Menu berbuka Nasi Kerabu, Ayam Percik, Tumis Udang dan Daging Goreng with tauhu goreng anura. So tak ke baazar la yer, sebab makcik aku dah marah jangan gi sebabnya dia masak. Terubat rindu kat family jap~

Semalam berbuka bersama teman-teman kelab debat~ Izat, boy, wawa, abg jep and jue di studio. Sekarang hujan lebat di petang hari, so semalam gigih jugak meredah hujan di Baazar Taman Melati. So aku tapau Nasi Minyak, itu jer sempat beli lepas tu cepat-cepat balik. Then kuar melepak di NZ curry house wangsa maju lepas terawih~


Menghargai setiap waktu yang ada, penuhi dengan memori dengan orang yang kita sayangi supaya ianya dapat menjadi momen yang berharga kelak~
jumpa lagi~

No comments: