Teater Natrah

Maria Hertogh atau Natrah menjadi bualan masyarakat tempatan tak kala teater tentang Natrah sedang di pentaskan di Istana Budaya sehingga 13 December 2009. Aku baru selesai menonton teater tersebut dengan Nina, Zul dan Mimi..

Siapa natrah? tak pernah aku ketahui.. namanya tak pernah ada dalam buku sejarah peradaban dunia mahupun sejarah malaysia ketika aku ambil subjek itu di tingkatan 4 dan 5. Yang menarik minat aku untuk menonton teater ini adalah disebabkan pelakon-pelakonya serta pengarah yang sangat aku kagumi iaitu Erma Fatima..

Sedikit pemahaman aku tentang natrah..

Seorang anak kecil yang berketurunan belanda diserahkan kepada keluarga angkat untuk dipelihara seketika kerana ibu anak kecil itu mengalami kesusahan kerana suaminya menjadi tawanan perang.

Anak kecil yang diberi nama Maria Hertogh atau Natrah ini dibesarkan oleh keluarga melayu islam di Kemaman Terengganu.

Isunya timbul bilamana keluarga kandung mula mencari anak mereka yang akhirnya di kesan di kemaman dan membawanya ke Singapura.

Perebutan natrah di antara keluarga kandung dan keluarga angkat menjadi kontroversi kerana kedua-duanya punyai agenda tersendiri. Agama menjadi sebab dan musabab kenapa ianya menjadi begitu sensitif.

Persoalan dan kenyataan dari teater ini:

- Kenapa kata berlaku di kemaman tetapi dialek tempat tersebut tidak kedengaran.

- Sangat suka dengan monolog Sofea Jane, Adelaine ibu Natrah, Che Aminah.

- Remy ishak, motif menyanyi?

- Pergerakan dari kecil hingga besar sangat pantas..

Tahniah buat Erma Fatima, teater natrah ini tidak panjang meleret simple and tetapi penuh makna untuk dihayati. Konsep orang melayu yang bila dah terhantuk baru nak bersedia, bila dah diusik mula melenting. alpa dengan kesenangan yang ada. Apepun aku suka dengan teater ini.. =)

Thanks untuk nina susah from start till malam tadi.


p/s; sorry detail about natrah u can google it by yourself.. =)

Comments

Izzat Jonid said…
out of 5, berape mu bg?
WaN HaQQ said…
3/5 itu yg ceq bagi

Popular Posts