Minggu Kedua
Menjejaki kembali sebuah kehidupan yang aku kira penuh dengan corak yang kadang kala sukar ditafsir dengan mudah tetapi perlu akal yang matang untuk menilai akan sesuatu yang buruk mahupun baik. Jangan mudah membuat kesimpulan akan sesuatu yang terjadi tanpa mengetahui sebab dan musabab kenapa ianya berlaku, kerana jika tersilap langkah besar malu yang akan ditanggung kelak. Jangan pula meletakkan ego di satu tahap yang akan membuatkan kita mendabik dada dengan apa yang kita ada tanpa memikirkan bagaimana ianya ada untuk kita.
Merepek sekejap, maaf yer. Sekarang nak kata aku busy sangat tak juga tetapi setiap kali nak update blog aku kehilangan idea dan cerita. Biar banyak “drama” yang berlaku di sekitar aku namun tak bisa juga aku nak coretkan disini secara langsung kerana banyak hati yang perlu aku jaga, banyak persoalan yang berpusing dikepala aku ni, tetapi biarlah mereka yang terlibat selesaikannya sendiri.
Minggu ni aku sempat lunch dengan rakan-rakan dari satu department aku. Itupun setelah dipaksa untuk sertai mereka. Aku sebenarnya tak pernah lunch dekat ngan fakulti, aku lagi suka tapau makanan and makan kat bilik depan pc aku, bukanlah aku ni xmahu bersosial Cuma ruang masa yang sikit itu bisa untuk aku berehat sebelum memulakan kelas pada sesi tengahari. Tapi aku tetap enjoy bila berkumpul macam tu, best sebab semua macam sekepala then senang nak borak.
Aku dapat rasakan ada yang tak kena dengan kawan-kawan aku, so aku mula jadi tukang busy body bertanya itu dan ini. Maklumlah dah satu uni even bukan satu fakulti dengan aku tetapi mereka tetap kawan aku yang sering bersama aku time main bowling, tengok wayang dan juga karaoke. Lagipun makin tua kita sepatutnya makin matang dalam menilai bukan makin buta hati. So sebab aku dah diheret sama dalam kes kawan aku ni, so akupun minta penjelasan. Lepas dengar and compare dengan apa yang aku perhatikan. Sebenarnya kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan, adatlah kita manusia ni tak perfect. So muhasabah lah diri kita tu then cuba tengok baik sangatkah kita? Mampu ke kita melakukan sesuatu tanpa pertolongan kawan kita tu? Sebenarnya dah nama siswa dan siswi gunalah otak tu, jangan hanya belajar tetapi tak diaplikasikan pada kehidupan kita sendiri.
Uiks baru perasan kita dah di penghujung tahun 2009,
Cepat btol masa itu berlalu, dan banyak juga perkara yang telah terjadi sepanjang tahun 2009. Ada yang gembira ada yang sedih dan ada juga yang pahit untuk ditelan tetapi ianya menjadi memori 2009. Nanti la kalau ada kesempatan akan aku buat entry rumusan untuk tahun 2009.
Sekarang ni aku kira aku tak bermusuh dengan sesiapa mahupun ada bergaduh dengan sesiapapun, Alhamdulillah semuanya selesai sebelum tahun 2010 menjelma. Aku gembira dengan itu, kerana aku sebolehnya tak mahu ada masam muka dengan teman-teman aku.
p/s: Sudah dapat menerima ketentuan itu, moga Dia bahagia dengan apa yang dia mahukan.
Comments