Selamat Hari Guru !! Jasamu tiada galang gantinya..


Cikgu..
Saya mungkin bukan yang terbaik
tapi cikgu tak pernah putus asa
cikgu pernah mengeluh dalam mendidik saya
tapi cikgu tetap berusaha menjadikan siapa saya hari ini
walaupun belum berjaya menggenggam segulung ijazah lagi
tapi rasanya saya telah berada di landasan yang yang betul
landasan yang cikgu harapkan kepada saya dan kawan-kawan
suatu ketika dahulu.

Cikgu..
kalau saya dapat ucapkan terima kasih
kepada seorang demi seorang memang saya akan lakukan
kerana demi kami pelajar
cikgu korbankan masa dan tenaga cikgu untuk kami
kami tahu cikgu seorang bapa, dan juga seorang ibu
yang menjadikan cikgu seorang yang bergitu mulia
kerana cikgu tak pernah membezakan kami dalam mencurahkan ilmu..

Cikgu..
saya pernah alpa
pernah juga hilang arah tujuan dalam hidup
tapi cikgu kembalikan semangat saya
cikgu kata kamu mampu berjaya sama dengan mereka
mampu berada di kalangan mereka yang bijak pandai
mampu membanggakan semua orang..
hari ini saya percaya akan kata-kata itu..
walaupun saya bukanlah bintang yang bersinar
dan saya bukan lah juga yang karam di lautan
tetapi saya adalah anak didik cikgu
yang sederhana dalam mencari pelita hidup.

Cikgu..
kalian ibarat ibubapa saya
dari kecil cikgu begitu mengambil berat akan kehidupan saya
cikgu kalau hari ini saya menangis..
adalah kerana saya bersyukur dalam kehidupan saya
saya diperkenalkan dengan cikgu
yang tak pernah kesal akan seorang pelajar
yang bernama
Wan Mohd Abdulhaq..

Selamat Hari Guru..
Jasamu merentasi benua
tak terkira akan bilangan
tetapi kekal sepanjang zaman.
doa saya untuk cikgu tak pernah pudar dari ingatan.

Comments

seronok jd cikgu ada hari guru..
mana ada hari doktor.. hehhe
RyZ4L said…
Happy Teachers day!!
waa...rindu waktu skola~
ayat wanz..melets :D

Popular Posts