Bercakap tentang aku

“ Aku penat dengan hidup aku, bukan aku tidak menerima ujian yang mendatang tetapi aku rasa sangat penat sehingga aku rasa tidak mampu untuk menerima lagi semua ujian. Tetapi sebagai hamba, aku perlu redha dan terima kerana Allah tak pernah uji hambanya kalau hambanya tak mampu terima ujian itu. Alhamdulillah salah faham ngan Miss W telah pun selesai kerana keadaan aku yang terkena tapi tidak apalah aku mengalah, bukan rugi pun janji aku tak nak sakitkan hati sesiapa. Dengan kawan aku yang sorang tu plak entahlah aku langsung tak reti untuk berbicara dengan orang yang egonya tersangatlah tinggi, aku pujuk hati aku agar bersabar tetapi pedulilah kerana dari kenal till sekarang tak tahulah berapa kali aku sakit hati dan geram.. aku doakan dia bahagia dengan apa yang dicari Cuma pesan aku ingat jangan ego sangat nanti kalau dah terjatuh susah nak terima kenyataan.

Petang tadi lepas bangun tido aku duk termenung menatap skrin computer aku ni, yup monitor ni bukan aku yang punya, pinjam dulu kerana monitor aku rosak.. mengeluh lagi kerana aku masih bertangguh untuk membaiki monitor tu. Erm aku terdengar kawan aku duk bercakap ngan mak ayah dia, Ya Allah hati aku lantas diselimuti rasa kerinduan akan mama yang dah lama pergi meninggalkan kami, dan aku juga rindui ayah dan adik-adik aku di kampong. Rasanya kalau mama ada aku akan lagi manja tetapi aku pasti mama akan ada bila mana aku memerlukannya. Mama, along rindu sesangat kat mama.. entahla ujian dating bertandang dalam hidup ni. Harapnya I can survive!.

Sejak akhir-akhir ini dada aku sering sakit, entahla kenapa tapi aku juga risau. Lagi risau untuk buat medical check up yerlah sebarang kemungkinan ada kan? Cuma aku hindarkan mandi lewat malam dan bila tidur mesti selimut. Cuma kalaulah suatu hari nanti aku juga ditakdirkan pergi awal, aku terima cuba bersediakah aku? Esok dah bulan jun maknanya kita dah sampai ke pertengahan tahuun, so apa yang aku dah buat sepanjang januari sehingga jun? muhasabah sebentar..

Penat juga bercakap dengan diri sendiri tetapi lagi elok kerana siapa lagi nak fahami kita kalau bukan kita sendiri. Aku Cuma harapkan segala drama dalam hidup aku dihentikan, aku nak lalui hidup aku dengan tenang dan gembira dengan teman di kala aku senang dan susah, teman yang tidak memilih untuk berkawan dengan aku, teman yang tidak malu untuk mengaku mamat ni kawan aku, teman yang menerima segala kekurangan dan kelebihan aku, dan teman yang menerima aku seadanya. Credit tu Miss A sebab lately memang banyak kacau dia, sebabnya diakan suka gelak.. hehe..

Jap ada lagi, semalam aku duk chat ngan sorang kawan ni sekali dia kata ko ni membosankanlah, yup aku terkedu nak cakap aper lagi kan? Yup aku tahu kalau aku ni seorang yang membosankan tapi tak kenal maka tak cinta gitulah jawapannya selepas aku kembali ke konsep cermin diri. Masih teringat komen junior-junior bila mana aku menjadi fasilitator diaorang, antaranya

“abang ni at the first place macam bosan tapi bila duk main game, abg ni okeyla baik dan menceriakan”

“bro, hari pertama tu memang bosan tapi bila dah selesa dan kenal baru fun”

Bukanlah aku nak mendabik dada dengan pujian itu tetapi sebagai sumber kekuatan aku sahaja, untuk aku pulihkan semangat aku. Iyer aku menanti kritikan atau teguran kawan-kawan aku kerana aku belajar dari kesilapan dan teguran. Macam mana ko nak hidup dan berkawan tak diajar secara khusus tetapi pengalaman lah yang mengajar kita tentang mcm ne nak hidup dan bergaul, pandangan aku la. Satu lagi hati aku jadi geram dengan seorang mamat ni, yup kat blog dia tak habis-habis berbicara pasal politik, yup aku bukan suka politik tetapi bila kritikan beliau sekadar diatas angin baik tak usah kerana ia menunjukkan peribadi anda sendiri. Tak dinafikan budak tu dengan aku lagi ensem dia tetapi bila bercakap tentang sesuatu tanpa ilmu yang cukup kamu jadi bodoh. Letaklah dalil sebanyak mana pun tetapi kalau tak faham maksud dalil tu, bukankah ianya tidak elok? Entah la tak faham”

p/s: monolong ini dalam diri aku, kalau terasa aku minta maaf.. au perlu luahkan agar hati aku tenang aku penat nak menerima segala karenah. So bermula 1 Jun, jom mulakan hidup yang baru dengan harapan yang baru. (macam sambut new year plak)

Comments

relax and take it easy k...tu semua perkara biasa dlm hidup...things like that come and go just like that...what u need to do is just calm and take things as it is...

try to smile as much as you can cuz it would help you become more relax...
RyZ4L said…
yurp yurp. rilex k!
to whomever ckp u bohsan~
sah2 die lg membosan kan;)
just b urself.
no one malu mengaku die kawan u..
selagi U maseh kawan i ok!:D
huhu
WaN HaQQ said…
Miss Coco Chanel,
thanks for ur advice.. appreciate it.

Ryzal,
thanks for u too..
-touching jap i..
:)
hi nakmo lee depres2 lg k..u have so mnyh frenz out there kn:)

Popular Posts